Haha. Yang lain aku belum update lagi. InsyaAllah, ada masa aku update.
Hari nie aku nk cerita pasal Hello Kitty Cafe.
Hello kitty cafe sangat comel dan "girlish".
Serius.
Plus: aku obses pink *obses ka?
Dan aku suka kartun-kartun macam nie.
Jom layan gambar.
Comel?
Ini hot choco. ^_^
Roti Hello Kitty ^_^
Buzzer yang comel gaban! Kalau kat Korea, kebanyakan kedai atau cafe segera akan menggunakan sistem buzzer. So tak dak la semak sgt nk beratur kat depan kaunter dan menyusahkan kepada pelanggan dan pekerja. :D
Nampak simple. Tapi kadang kala tersentap juga. Masa first time dulu, aku mcm nak protes.
Aku rasa tak salah pertanyaan tu. Taaruf. Tapi bila masuk bab intonasi dan cara bertnya buat muka jadi panas.Macam post-post aku sebelum ini aku kadang-kadang tak nak ambil tahu, tp kadang-kadang aku macam terasa sebu dalam hati.
Sebu bila org tnya "kat PI ambil kos apa?". "eh, saya bukan budak PI. Saya budak sains sosial. Ambil anthropology and sociology". Dia tnya lagi " Anthopology dan dakwah?". Senyum tapi dalam hati rasa mcm nk sembur. Bukan aku nak cakap, aku tak suka nak dilabel sebagai budak-budak Pengajian Islam,pondok dan sebagainya. Tapi aku rasa benda yang aku pakai dan semua muslimat pakai ini adalah untuk semua pelajar yang bergelar "muslim" bukan hanya untuk orang yang ambil pengajian tertentu sahaja.
Mengucap 2 kalimah syahadah. Islam dan praktikkan Islam. :) Simple.
Kadang-kadang aku rasa terlalu tinggi sentimen pakaian. Yang tak bertdung labuh cakap orang tudung labuh ini budak pengajian Islam, sekolah pondok, sekolah agama. Yang bertudung labuh pula cakap orang yang tak bertudung labuh ini tak "muslimah". And so on.
Bagi aku soalan ini, soalan sensitif. Bagus tanya. Aku tak kata salah. Tapi cara tanya itu perlu berkias.
"Dari fakulti mana?". Lagi senang kan?. Kadang-kadang orang yang aku kenal pun cakap aku budak pengajian Islam,sekolah agama,pondok. Sahabat-sahabat aku yang baru bertudung labuh yang masih lagi mencari kekuatan kadang-kala menangis bila orang tanya macam tu. "Weh, salah ka budak bukan pengajian islam, pondok,sekolah agama pakai macam ni". "Tak salah, malah patut berbangga. Islam tak pernah ajar untuk menjuzuk-juzukkan pakaian setiap orang mengikut apa yang dia belajar. Bezanya di sisi Allah itu adalah taqwa.".
"Lagi satu sejauhmana ilmu yang kita guna untuk memberi manfaat kepada Islam".
Sungguh. Aku nak terus terang. Aku bukannya ada sentimen fakulti itu, fakulti ini. Belajar itu, belajar ini. Sekolah itu, sekolah ini. Sebab aku rasa perlu ada variasi manusia yang bernama 'kawan' untuk saling bantu-membantu. Tapi kadangkala kita tak perasan, pertanyaan kita tu betul. Tapi cara kita tanya itu adalah salah.
Macam orang yang berkahwin la. Jaga pertuturan bila tanya mereka tentang anak. Bila nk dpt anak.
Menghilangkan "stress" mencari maklumat untuk pembentangan minggu depan :D
Tetiba hari nie rajin pulak nk mengupdate. Aku cuma nk bagitau aku dah bosan. Bosan ikut fesyen. Makin dikejar, makin jauh. Haha. Orang yang rapat dengan aku ja tahu pasal perubahan ini. Kalau dulu, masa mula2 aku pakai tudung, aku still pakai shawl tapi aku labuhkan. untuk tutup bahagian dada. Sumpah, dari dulu aku memang tak dak tudung bawal. Kalau ada pun kaler hitam dan putih. Tu pun sebab aku duduk asrama. Haha.
Percayakah anda bahawa aku mempunyai shawl lebih dari 40 helai. Dan semuanya didermakan kepada adik aku. Even she's free hair. Mana tahu, tetiba hidayah menerpa, nak pakai tudung dengan sempurna. Aku buang kat tong MDL (majlis daerah langkawi). Yang mungkin shawl tu berguna kepada orang lain.
Then, aku lebih prefer untuk pakai tudung berjahit tengah. Tapi tudung aku tak dak la labuh sgt. =)
Sebabnya, aku lebih selesa. Selesa nak pakai. Selesa nak iron (part yang aku paling malas baq hang), selesa untuk tunaikan solat. Kalau pakai yang tak jahit tengah tu, aku rasa macam lambat sikit nak bersiap terutamanya bila bersolat kat tempat yang ramai orang, macam masjid Jamek sebab tempat ambil wudhuk dia kat luar. Then, nak keluar kadang2 ramai sgt lelaki. So, kena pakai sesempurna mungkin sebelum keluar dr tempat wudhuk.
Aku juga lebih selesa pakai tudung 45. Sebab senang nak iron :peace. senang jadi bentuk muka :peace dan senang untuk dipakai serta ianya lebih murah berbanding kalau aku beli tudung bidang 60. T_T Mencecah puluhan ringgit. Sebab tu aku jarang ada tudung bidang 60. 3 helai ja. Haha.
Kalau nak tutorial shawl dengan aku, boleh ja datang jumpa aku. Haha. Kita tutorial sama-sama. =)
p/s: AKu selesa dengan keadaan sekarang. Yang baru nk berjinak-jinak dalam menutup aurat, teruskan usaha anda! Walaupun payah, tapi Allah ada. Dialah sebaik-baik penolong dan tempat bergantung serta mengadu.
Aku malas nk komen panjang pasal ini. Tapi aku sendiri dah tengok macamana corak yang berlaku sekarang. Kalau orang lain cakap "jumud", marah. Padahal diri sendiri yang mencorakkan "jumud".
Nak tahu pasal "jumud". Sila google sendiri. Rajinkan diri.
Bagi aku, tak kisah kau akan setuju atau tidak. Sebab setiap orang ada pandangan sendiri.
Pandangan sendiri dibentuk oleh persekitaran dan kita yang mencorakkan. :)
Kadangkala, aku rasa "annoying" bila ada perbatasan diri yang melebih-lebih sedangkan Islam tak ajar pun macam tu.
Aku bagi contoh:
Aku pernah jumpa org tak nak pakai baju-baju yang agak moden. Dah tak nak pakai lepas tu bermulalah label melabel. Sungguh, naif dan sadis. Asalkan tidak bertabarruj dan mematuhi piawaian yang Islam gariskan. =)
yang paling aku rasa agak nak bebal sikit bab-bab membaca.
Jujur. Aku sedih. Bila org Islam sendiri membataskan diri sendiri dalam pelbagaikan sumber.
"Yang buruk jadi sempadan, yang baik ambil".
Bataskan diri hanya dalam satu arah.
Lepas tu bila org ckp pelik sikit, *walaupun masih berlandaskan Quran dan hadith which is bg aku kritis dan kreatif, bermula acara label-melabel.
Si B menjawab, "Penat. Penat sangat. Nak kejar kelas, tutorial. Pergi masa matahari belum muncul, balik bila matahari dah hilang". Tidur hanya 4-3 jam. Kadang-kala ja tidur 5 jam. Itu pun dah rasa lama sangat. Ada banyak benda yang masih terbengkalai".
"Kalau kau rasa penat. Tak terkejar. Berhentilah.".
Si B Senyum.
"Ini infak. Mana tahu kepenatan ini jadi ganjaran bila kita susah nanti. Bila dah ada kat dalam kerja-kerja ni, jangan pernah berharap bahawa kita akan bersenang-lenang dan tak penat."
Si B hela nafas dan sambung lagi,
"Bersyukurlah sebab Allah dah pilih kita untuk ber'penat' di jln ini".
p/s: Ustaz aku pernah ckp tapi masa tu aku tak ambil port sgt.