Aku rasa aku dah lama tak update blog kan?. Bukan setakat
blog, social media yang lain pun sama juga. Aku sibuk tolong mak aku kat kedai
bazaar Ramadhan. Untuk pengetahuan korang yang belum tahu, mak aku berniaga.
Tapi, mak aku memang tak ambil pekerja lain. Dari A sampai Z adik aku dan aku
sahaja. Yang lain semua sepupu dan kawan-kawan. Memang jarang la nak ambil
pekerja lain.
Dari kami berdua kecil lagi, memang sudah dilatih (latih la
sangat) dengan benda yang begini. Mak aku memang jenis tegas. Ayah aku pun
sama. Macam entri aku sebelum ini, family aku sederhana sahaja. Kiranya, kalau
aku dengan adik aku nak something, kena usaha la sendiri. Kalau 2-3 hari ini
nampak rajin, makanya mak aku kasi lebih sikit. Wakaakaka. Kami memang tidak
diajar untuk dapat something dengan mudah.
Aku dah start jadi ‘cashier’ daripada darjah 3. Mak aku tinggalkan kedai
dan senarai harga untuk aku kira duit orang. Hahahahaha. Sama juga dengan adik
aku. Memang berdikari sendiri dari dulu.
Ok, sambung cerita kat atas. Kadangkala bila berniaga bulan
puasa ini buat aku realized something yang aku tak dapat beli di mana-mana.
Serius.
1.
Ada lagi orang yang lebih
kekurangan daripada kita. Perasan kan? Kadang-kadang kita mengeluh kita rasa
kekurangan. Orang lain lebih banyak duit. Kita nak dapat apa pun susah. Tapi,
sebenarnya ada lagi yang lagi susah daripada kita. Sepanjang bertahun-tahun aku
jadi peniaga bazar ini, aku sudah jumpa ramai orang yang buat aku rasa ternyata
Tuhan bagi hikmah aku dilahirkan dalam keadaan yang sebegini. Family aku jual
nasi campur. Mak aku memang jarang nak masak benda yang ‘common’ macam kita
makan seharian. Esp, jenis ikan. Sebab ikan di Langkawi ini nama ja pulau.
Kalau mai musim ikan mahal, memang nasiblah. Mak aku akan masak menu yang rare
macam ikan bawal putih masak kari, telur ikan masak kari. Benda-benda yang
macam ini sebenarnya menu yang agak mahal. Seketul pun boleh cecah RM3 hingga
4.
Nak tahu tak? Ada ramai orang yang hidup serba kekurangan yang tanya lauk
satu persatu. Sebab nak cari yang murah. Tak mampu nak beli. Selalunya, ikan
yang kategori ‘murah’ dan ‘common’ akan habis sampai jam 4 lebih. Hanya sejam.
Boleh langsai lauk ini. Memandangkan ramai orang yang datang lewat, ikan
kategori ini habis. Mereka cedok kuah (biasanya mak aku tak buang kuah yang
ikan ini sebab tahu ramai orang yang menunggu), letak atas nasi dan bayar! RM
1.00 T____T Ada juga yang sayur sahaja. Sedih weh.
Kedai aku, selalunya pekerja asing akan
berhenti. Paling banyak Indonesia dan Bangladesh serta Myanmar. Diaorang dah
familiar dengan masakan mak aku. Tapi tu la, kadang-kala soalan yang aku rasa
sedih gila “ibuk, jual lah nasi lemak seringgit macam selalu. Saya mau beli.”
*mak aku jual nasi lemak pagi kalau bukan bulan puasa. Sometimes, mak aku selalu bagi ja nasi dan
cucur udang free untuk depa buka puasa.
Dulu, mak aku pernah jadi supplier barang
untuk pekerja bawah ayah aku, Bangladesh. Korang tahu tak? Gaji depa RM27
sehari. Setiap hari mencangkul longkang. Yang buat aku tumpah air setimba ialah
depa berbuka pakai air garam, perah asam limau. Hari-hari. Lepas tu, nak hebat
sikit hiris bawang besar. Bayangkan tak???
Kita, buang sisa bertan-tan. Aku terbayang
satu quote
“Remember, while we are confuse to choose what kinda of food we
wanna eat, there are some people don’t have any food”
2.
Ajar jadi sabar. Berniaga
di bazaar Ramadhan sangat menguji kesabaran. Mental dan fizikal perlu kuat weh.
Daripada tenaga sampai mental kena menghadap pelanggan yang berbagai ragam. J Mak aku start proses
penyediaan bahan dari jam 8 pagi. Selalunya akan habis masak dalam jam 2. Jam 3
dah boleh start jual. Bulan puasa kalau masa hujan, memang jualan akan menurun
sikit. Sabar. Dengan basah lencun. *kadangkala kalau angina kuat. Bulan puasa
kalau masa panas, orang ramai, bolehlah tahan. Tapi tekak rasa nak minum.
Serius. Tambah pula, orang ramai. Tak larat nak bercakap. Rasa kering air liur, Hahaha.
kbai,