Thursday, 10 March 2016

Yang sempurna.

Kenapa memilih yang sempurna? Bagi aku, benda ini adalah penyakit. Terlalu mencari kesempurnaan. Aku percaya kepada satu perkara, apabila kita mencari sesuatu yang sempurna, apa yang kita akan jumpa seberapa banyak kekurangan berbanding kesempurnaan. 

Manusia itu tidak pernah sempurna. Allah tidak pernah memberikan satu kata dalam Al-Quran bahawa Dia telah menciptakan manusia itu sesempurna makhluk. Allah menyatakan bahawa Dia menciptakan manusia itu sebagai sebaik-baik ciptaan. 

Oleh itu, mengapa kita perlu mencari yang sempurna?

Sedangkan tiada manusia yang sempurna. Carilah yang terbaik bagi diri kita. Terbaik untuk diri kita tidak semestinya terbaik untuk orang lain. Orang lain melihat sesuatu perkara itu tidak terbaik untuk kita. Tetapi, kita rasa itu yang terbaik untuk kita. Begitu juga, sebaliknya. Carilah, carilah yang terbaik. Jangan mencari yang sempurna. 

No comments:

Post a Comment