Saturday, 30 January 2016

Kahwin bukan macam main kahwin di dalam pondok masa kecil.

Dulu, aku kanak-kanak normal yang bermain kahwin di bawah pokok atau pondok. Dalam permainan ini, akan ada seorang isteri sebagai ibu dan seorang suami sebagai bapa. Kadangkala, ambil anak patung barbie menjadi anak. 

Seringkali selepas habis memasak, si anak akan digambarkan menangis dan ditepuk perlahan sebagai tanda mendodoikan! 

Bila aku besar, aku baru sedar main kahwin-kahwin itu amanah. Amanah besar. Sebut kahwin bukan macam kita main kahwin-kahwin. Tanggungjawab. 

Aku selalu berkata kepada adik-adik  junior aku yang sedang dilanda krisis mahu berkahwin, kahwin ini bukan setakat akad nikah, kenduri tapi hampa kena fikir sampai anak hampa masuk universiti dan bekerja! 

Dari sekecil-kecil perkara lampin anak sampailah ke kertas dia print untuk projek akhir tahun! 


Dan, aku nak jelaskan perkahwinan adalah satu perjudian hidup manusia. Sama ada kau nak tersungkur ataupun jalan terus. Bagi aku yang perempuan ini, pilih suami itu macam pilih syurga dan neraka. Pilihlah yang betul-betul yang diyakini sebabnya. Jangan pilih sebab kau saja-saja mahu berkahwin. A big no! 

Makanya, apa-apa jua keputusan yang kita ambil itu adalah tanggungjwab kita sendiri. Dan, kerana itu aku tidak mudah untuk menyatakan ya kepada sebuah perkahwinan. Kalau aku katakan ya, maknanya aku berada dalam situasi yang aku benar-benar yakin. 


Dalam fikir pasal perkara ini, aku harap semua org bersifat realistik. Matikan otak-otak dengan drama chenta yang memberikan kesempurnaan. Perkahwinan bukan membawa kepada maksud kesempurnaan. Tetapi, kelengkapan. 

No comments:

Post a Comment