Saturday, 2 January 2016

Asrama, disiplin dan kebersihan.

Aku ini adalah manusia yang tidak suka kepada manusia yang cepat serabut kalau bab macam ini. Ada orang cakap aku perfectionist. Tapi, aku rasa aku tak pun. Sebab, kalau aku perfectionist, aku tidak boleh duduk lama-lama dalam kem. Hahahaha. Mungkin sebab aku dulu diasuh di asrama dan doktrin selama 7 tahun. Daripada tingkatan 1 sampai ke tingkatan 6 atas. Asrama! 

Sesiapa yang duduk asrama tahu la, macamana rasa kena kemas katil dan loker sebab warden aku dulu suka buat pemeriksaan mengejut ke bilik. Buku kena susun, baju kena lipat, kasut kena susun. Loker itu memang kena tiptop. Tiptop! Masa mula-mula masuk, aku adalah orang yang selalu kena berdiri di hadapan sebab masa itu baru tingkatan 1, mana la nak reti lipat baju cantik-cantik macam mak kita. LOL. Baju sekolah kena bagi nampak kemas, ada garis kat tulang baju dengan lengan. Nak tahu tak? Sekolah aku dulu, ada pemeriksaan baju yang tidak iron. Kalau nak duduk, kena duduk dengan sopan sebab takut kedut. Astaga. 

Start dari itu, aku belajar. Kakak bilik aku ajar macamana nak manage loker dan sebagainya. Paling best, masa pagi tu, kena tarik cadar katil cekang dan kemas gila. Pergh. Katil cekang gila. Boleh jadi nak gaduh weh, kalau orang duduk atas katil kita tak tarik balik. Kah! Kalau masa balik sekolah sebelum masa prep; ada senggang dalam sejam macam tu, aku selalunya akan tidur. Tidur kat bawah weh. Bawah. Sebab malas nak tarik cadar katil. Pergh.

Lepas tu, baju kotor tak boleh ada dalam bilik air kalau pagi-pagi. Kena basuh masa balik sekolah dengan masa naik daripada riadah sahaja. Kalau tak, kena rampas. Lepas itu, setiap pagi kena sidai tuala kat ampaian. Kalau tak sidai; kena rampas weh. Macam itulah cerita aku di asrama. Perangai ini terbawa sampailah sekarang. Kecuali baju la. Sebab baju aku pemalas sikit. Tak basuh hari-hari macam kat asrama dulu. Wiwiwiwiwi. 


No comments:

Post a Comment