Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
Perasan tak? kita hafal surah nie tapi kita tak pernah ambil tau maksud dia.. ^^
Islam sendiri dah mengajarkan kita betapa pentingnya menuntut ilmu dan membaca..
Tapi adakah peratusan Umat Islam membaca itu melebihi peratusan orang bukan Islam membaca..
Lihat sahaja budaya membaca di negara-negara Eropah dan sebagainya..
Kita? hanya segelintir sahaja..
Alasan: tak payah baca,internet kan ada
tak pyh baca,kita kan lepasan SPM sahaja.
tak payah baca,aku tak minat,
*Membaca kat sini bukan buku teks atau buku nak periksa sahaja..
Buku yang kita takut nak baca.
1.buku perkahwinan.
Alsan yang kita selaku ucap:
"baca buku perkahwinan tu galak nak kawen la tu"
"tak mau la baca,aku bukan nak kawen lagi"
Pendapat-pendapat ini ada benar dan salah..
Tapi tak salah kan kalau kita ambil daripada sudut positif.. jgn ambil negatif..
"yang baik dijadikan teladan,yang buruk dijadikan sempadan" (chewaah)
Dari sudut positif,kita dah ada ilmu untuk mendirikan rumah tangga
Mendirikan rumahtangga nie bukan sekadar akad nikah dll lain tetapi pembinaan baitul muslim..
Contoh: kita lihat buku ustaz hasrizal: Cinta seorang murabbi,aku terima nikahnya..
Tengok tajuk macam romantik segala.. tapi dalam tu ada banyak sangat ilmu-ilmu parenting yang sgt berguna..
So,jom start khatam..
*tak rasa awal sgt ka nk baca buku-buku tu?"
menjawab persoalan ini,kita nak membentuk diri ke arah yang lebih baik memakan masa yang lama..
Mampukan mendidik atau membentuk diri ke arah yang lebih baik jika kita ada lagi sebulan untuk menjadi isteri/suami/ibu/ayah..
Mustahil!
2.buku-buku motivasi
kita jadi takot nak baca motivasi sebab kita rasa kita tak layak nak baca buku macamnie..
Kita cakap kita lepasan SPM,keja gaji pun tak berapa tak layak nak pbaca buku-buku mcmnie..
Jika sekarang kita tak bermotivasi,anak-anak kita nanti??
Buku motivasi ni kadangkala mampu menjadi peneman di kala kita kita down dan segalanya..
3.buku-buku sejarah
yang memang sangat ketara kita susah nak baca dengan alasan biasa.. aku tak ambil sejarah.. so,tak payah la baca.. lagipun sejarah nie bukannya memberi apa-apa pun..
Padahal kita tidak menyedari bahawa jika kita tak baca dan kaji balik buku-buku ini, "sejarah itu berulang" :)
Mengapa?
kerana orang yang tidak mendalam sejarah lambat laun dia akan mengulangi sejarah yang lalu..
Tak perlu takut pun baca semua ini..
Pengetahuan kita yang penting.. tidak kira kita nie bukan lepasan u ka,bekas student sains ka,jurusan doktor ka..
4.buku pengetahuan negara-negara luar
kita menumpukan perhatian kepada isu negara kita sahaja.
Tapi kita tak peka kepada negara-negara luar..
Sampaikan apa yang berlaku di negara luar pun kita tak kisah
Alasan yang selalu kita bg ialah negara mereka tak penting buat kita..
Bgaimana kita megetahui akan perjuanagan rakyat Syria yang dilabel sebagai PEMBERONTAK SYRIA dalam kalangan media kalau kita tak membaca.
5.buku politik dunia termasuklah dalam negara.
sekarang kan tgh hangat pru,, huhu
nak letak jugak la dalam list,,
Sebab kalau kita tgk kt fb,blog,twitter and etc.. bukan membahaskan melalui ilmiah tetapi spekulasi..
Pastu share kat fb perkara yang kita sendiri pun tak tahu .. kan?
muhasabah balik..
Cek balik sama ada status kita itu adalah ilmiah atau tin kosong semata-mata.
kalau rasa tin kosong,kita padamla.. hehehe
Orait??
6.buku-buku atau majalah agama..
Kita malas nak baca ni semua sebab kita rasa tak penting untuk ambik tau ..
Ha la,sekarang kan.. banyak majalah-majalah yang sgt comel dan kiut..
hahaha
tapi kita tak sedar,sebenarnya ini adalah makanan jiwa kita..
kita tak leh la nak kejar ilmu pembangunan,ilmu ekonomi,ilmu segala2 tanpa kita ambil tau ilmu pembangunan sahsiah,..
Mengapa?
Sebab tiada guna kalau kita hebat dalam segala bidang tapi sahsiah dan akhlak tak dak..
Tegasnya *karangan BM
Mengapa kita perlu membaca?
1.Supaya kita tidak menjadi cerdik tapi dungu depan orang --> orang tak mudah la nak tipu atau bash kita sesuka hati.
2.supaya nanti kita jadi orang yang berilmu.. :) sebab tak guna juga kalau ada segulung ijazah kelas pertama tapi tak tau apa..
3.supaya kita sentiasa berpandangan jauh daripada orang lain.. tak dak orang nak kata kat kita "tolong jgn berfikiran sempit"
4.menjadi contoh kepada generasi kita... Macamana? kalaupun kita lepasan PMR tapi kita banyak ilmu,anak-anak kita akan hormat dan mencontohi kita..
*kita jangan pula lupa baca Al-Quran dan menghayatinya serta memahami Sunnah Nabi.. inikan panduan hidup kita.
Salam sayang,
nabilah..