Sebenarnya, aku pun terkejut bagaimana viral ini boleh berlaku dengan begitu pantas. Aku nk ulas kat sini memandangkan semua orang persepsi mereka sendiri. Kata-kata semangat dan tak kurang juga kata-kata tohmahan.
Aku malas nak bergaduh dekat page yang berlambak-lambak menviralkan perkara ini sebabnya aku rasa 'wasting time'. Aku malas. Asyik putar benda yang sama.
1. Berpurdah tapi kurang sopan kerana menggunakan perkataan "aku" sebagai kata ganti diri pertama.
Kenapa? Apa masalahnya? Adakah dianggap kurang ajar bila menggunakan aku. Oh, kalau berniqab ini perlu menggunakan perkataan ana-enti, ukhti-akhi?. Diharamkan guna perkataan aku?
Ini sungguh dangkal.
2. Soal "tidak adil"
Ramai orang yang salah faham dengan status kak olai. Bila membaca dengan emosi. Sungguh, aku rasa tiada masalah bila membaca dengan tenang. Pemakaian seksi tidak mematuhi kod peraturan dibiarkan bebas. Ya, aku setuju. Sememangnya purdah memang tidak dibenarkan dalam dewan peperiksaan. Dan, perkara ini baru diberitahu. Sebelum ini, tiada pun sebut pasal benda ini. Malah, dalam kod etika pemakaian yang dipaparkan di papan kenyataan pun tiada pernyataan ini. Kod etika pemakaian purdah ini hanya boleh didapati di akses bahagian peperiksaan. Hanya dalam itu! Tiada hitam dan putih.
Ramai orang yang komen membandingkan kes di UM ini dengan universiti masing-masing. UIA, UITM,UPM dan sebagainya. Ada lagi, tapi aku malas nak taip. Sememangnya situasi anda dengan UM adalah berbeza. Kerana apa? Kerana dalam dewan peperiksaaan UM, anda akan menemui insan-insan atau manusia yang memakai seluar pendek atas lutut, berselipar, seluar carik kat lutut, bersinglet, berbaju atas pusat, berambut perang, memakai rantai (lelaki) yang sememangnya melanggar kod etika pemakaian seperti mana purdah melanggar kod etika. Tak percaya? Mohon dtg UM.
Malangnya, hanya purdah dijadikan isu.
Dan, aku pun rasa tidak adil juga. Sebabnya, kalau diikutkan larangan pemakaian purdah seharusnya bergerak seiring dengan etika pemakaian tidak sopan yang lain.
p/s : Aku harap benda ini jelas dan terang. Mohon hentikan perbuatan khianat membuat page yang lagi memburukkan keadaan. Mohon hentikan juga memberi komen-komen dangkal yang korang sendiri pn tak tahu apa yang sedang berlaku. Sekian :)
Kak olai,
Nabila tak tahu tahu kat mana kak olai sekarang.
Dan, nabila tahu kak olai masih dalam keadaan baik dilindungi oleh Allah.
Bagaimana viral yang berlaku.
Tabahlah.
Mereka takkan pernah faham apa yang sedang berlaku
Hanya empunya diri sahaja mengetahui.
Allahu :'(
Aku terbaca satu kisah dalam ruangan luahan hati. Lebih kurang sama la dengan cerita aku. Sailang menyailang.
Tapi aku suka dengan jawapan yg majalah tu bg.
1. Ambil kata-kata Hamka, " Cinta adalah suci bg org yg mengenal erti cinta selaras agama. Cinta itu pintu kasih, pintu syg dan pintu kasihan.
2. Cinta yg bersandarkan nafsu tak kekal lama sebabnya dia terlalu mabuk.
3. Dia bangga dgn kemaksiatan yg dia lakukan, Allah sedang mencabut rasa malu dan iman sedikit demi sedikit.
4. Perpisahan adalah satu rahmat dan nikmat Allah; dia bukanlah pasangan baik dan tak layak untuk org yg sentiasa berusaha menjaga kehormatan.
5. Allah akan kurniakan org yg baik jika kita baik dengan Allah.
6. Mengetahui baik itu apabila Allah buka hati untuk menilai apa yg terjadi .
They're my strength which Allah sent to me after my family and close friends. Subhanallah, indahnya peraturan dan perancangan Allah. Saat aku hilang seseorang lebih ramai yang datang. Aku bersyukur sebab adanya mereka ini dalam kamus. Mcamana aku boleh jumpa mereka itu sangat panjang ceritanya. Yang penting kami saling berkait rapat. Walaupun aku kat Langkawi, ayuni kat pahang dan amalina kat Langkawi juga tapi aku tak pernah kenal siapa dia. Takdir telah menemukan. :)
Bermula dengan perkahwinan Ayuni dengan si along. Aku start kenal 2 orang budak nie. Pergi ke Pahang sama-sama untuk kenduri ayuni. So, kami memang rapat. Tapi belum pernah hang macam malam itu. Along tu dah memang satu kepala sebabnya umoq pun sebaya dengan kami. So, no wonderlah dia yang jadi kami punya kameraman dan driver hari tuh. Haha. Buat kerja gila. Pusing langkawi dan makan ja lebih.
Aku rasa mereka punya kekuatan yang disalurkan kepada aku, aku tak mampu pun nak balas balik :'(
Thank you guys.
Masa aku kat Korea, saat tak dak sapa2. Depa inilah yang dok bg semangat. Mulanya depa 2 yang eksited lebih. haha. Tapi takdir Allah. Ternyata malam itu jadi saksi mereka akan terus jadi kekuatan aku. :)
Ini namanya amalan tidak sihat. Bila aku nk study ja mesti jadi kot lain
Aku sebenarnya alergik 'heavy caffeine'. Aku tak tahu la aku alergik ka hapa. Tapi aku yang mendefinisikan untuk diri sendiri. Hoho.
Terutamanya 3 benda yg aku sebut kt atas tu. Kopi, nescafe dan tiramisu.
Aku memang tak leh minum. kalau minum, boleh jadi macam PANDA sebab tak tidur. Aku pernah masa form 6. Cantas adik junior aku punya air milo. Punya la sedap. Aku memang sapu tanpa tanya "ini air apa".
Masa last tetiba terfikir nak tanya "Adik, ayaq padia nie. Rasa milo dia lain". "Neslo kak b"(nescafe plus milo). Aku rasa macam nak tersembur. Control. 2 hari aku tak tdoq. Dan aku rasa letih sangat sebab aku memang tak leh tidoq. Aku try untuk merehatkan diri selepas balik sekolah sebelum waktu study. Sebab itu memang time aku tidur. Time tu aku rajin turun study sebab aku biro study. Hoho. Tapi tak leh juga. pffttt.
Memang dr dulu lagi aku tak leh minum . Kalau tak mata memang segar. Aku tak kisah kalau mata segar untuk study 2-3 jam tapi 2 hari. Dan aku exhausted selepas itu.
Macam tu juga bila aku termakan kek. Selalu yang nampak warna coklat tu aku akan buat prediction itu kek coklat! Mkan punya sedap. Rupanya coklat tiramisu -_-'
K fine.
Menjadi panda sekali lagi.
So, sekarang bila dah matang sikit. Dah pandai jaga mkan. =3
k bye.
Mungkin orang perasan kot. Dan ada beberapa orang yang tanya aku pasal ini. Kenapa aku pilih warna hitam? Ada banyak sebab.
Senang untuk makan.
Dulu, aku makan buka ja niqab. Tapi rasa segan nak buka sekarang. So, aku makan tanpa buka. Mampu juga akhirnya :'( Kenapa aku kata senang? Sebabnya kau boleh makan apa sahaja tanpa perlu berjaga-jaga niqab akan kotor. Kalau kotor pun, tak nampak. Nampak dak permainan kat situ?.
Lagi selesa.
Lagi selesa sebab bila hitam orang tak perasan sgt. Dan ramai orang pakai. So, tak jadi warna yang "rare".
Selesa bila berjalan. Dan orang tak tengok sangat. Lain la kalau pakai "shine bright like a diamond".
Bagi aku, ok ja nak pakai niqab warna asalkan tak nampak shining. Contohnya: niqab kaler hijau, tudung kaler merah, baju kaler kuning.
Aku tak tahu nak cakap macamana. Alhamdullilah, aku dah berniqab dalam setahun. Allah jua Maha Hebat dalam merancang. Walaupun aku sah macam ini, tapi aku still tak leh nak adapt dengan karakter yang sering digambarkan kepada perempuan yang berniqab; lemah lembut. Aku tak tahu sama ada aku rasa aku perlu lagi lemah lembut. Lemah lembut??. Mungkin, Satu hari nanti. Tapi buat masa sekarang aku lebih selesa untuk tidak berlemah lembut. Walaupun akan ada skeptik negatif kat aku. Contohnya, orang akan kurang suka dengan kau bila kau outspoken benda yang kau rasa kau tak puas hati. Aku rasa mungkin sebab mereka assume aku adalah seorang yang bercakap lemah lembut dalam nada suara yang rendah. Aku pernah la terfikir, aku nk jadi macam itu satu hari nanti. Tapi kadang-kala aku terfikir juga, kenapa aku perlu jadi orang lain. Aku dah jadi macam ini.
Dan aku rasa ramai lelaki kat luar sana yang nakkan perempuan yang lemah lembut. Dan tak ramai yang nak orang yang suka serbu macam aku. Tapi aku suka lagu Fynn Jamal. 150 juta kali.
Aku yakin ada yang akan terima =)