Friday, 6 September 2013

~Nikmat yang akan hilang bila dah kahwin~


1. Nikmat bangun tidur lewat.
Nikmat ni confirm akan hilang. Tak kira lelaki dan perempuan. Bangun awal sebab ada komitmen (isteri,suami,anak,mertua,rumah dan sebagainya).

2.Nikmat basuh tangan sahaja selepas makan.
Nikmat nie juga akan hilang bila dah kahwin. Sebab apa?Sebab kena kutip basuh semua yang orang lain makan. Especially perempuan. *lelaki pun sama ja..

3.Nikmat bila lalu, barang jatuh buat tak tahu/rumah berhabuk
Nikmat tak ambil inisiatif untuk bersihkan rumah atau persekitaran. Malas dan biarkan kotor.

4.Nikmat makan ikut suka hati bila.
Bila tak dak komitmen, nak makan pagi pukul 5 pun boleh lagi.. 
Bila dah kawen, nikmat nie hilang.

5.Nikmat bila tak dak orang terdekat yang tegur.
Cara duduk,cara pakai, tak mandi sehari pun tak pa.. Tak dak org tegur.

6.Nikmat membeli-belah ikut suka hati tanpa bajet.
Kalau masa bujang ikut suka hati nk beli apa,harga berapa. Tapi bila dah ada komitmen, baju RM5 pun terfikir.

7.Nikmat boleh buat apa saja.
Boleh keluar malam,boleh pergi sana sini tanpa kebenaran.


Kesimpulannya,kadangkala nikmat itu adalah ujian.
Alhamdullilah,tak merasa rugi pun kalau lepaskan nikmat yang ada nie.. ;)

Thursday, 5 September 2013

#persediaan exchange student#dokumen penting#

hai guys. 
Jumpa lagi.. ^_^
tetiba suka nak mengupdate blog.
hehehe.
hari ni nabilah nak cerita pasai dokumen penting kalau nak keluar negara. :)
Mostly untuk pertukaran pelajar.




1.Passport.
yang nie sangat penting. Kalau dah dpt result bahawasanya anda terpilih untuk menjadi salah seorang pelajar yang akan mengikuti program pertukaran pelajar atau outboud dan mahu ke luar negara,sila buat passport dengan cepat dan sempurna. Supaya apa? Supaya tidak termengah-mengah seperti siti nabilah yang due date hantar passport adalah sehari! merayu kat pegawai imigresen tu bak hang! Alhamdullilah,dpat siap dalam masa 48 jam. Pepagi buta lepas pertandingan puisi terus lari laju2 pergi ambil pasport. Bukannya dekat, dari UM ke sentul! kena tukar 2 train. -_-
Lepas tu lari balik pula ke Um sebab kena hantar sebelum ptg. 
Untuk request nak dapatkan passport nie, korang kena ada beberapa benda penting.



1. gambar passport.
Gambar pasport yang berlatarbelakang putih. *yang nampak dahi,pipi. (series,muka besaq dalam pasport.. wakakaka)



2.Borang.
Korang kena isi borang. Yang nie masa pergi ke pejabat imigresen pun boleh isi.



3. Duit.
Korang kena sediakan duit. Sebab duit kena bayar dulu sebelum dtg ambil pasport. Nabilah buat untuk 2 tahun =RM100 .




4.Identitiy card atau kad pengenalan
Perlu diingatkan bahawa kad pengenalan yang dibwa tu bukan kad pengenalan umoq 12 tahun.
Nabilah kena pergi tukar ic.-_-



2. Tiket flight.
yang nie penting juga. Sebab kalau tak dak yang nie tak leh nk p mana-mana la..
Caution:
*lihat tarikh dan jam dengan betul. Sebetulnya!
Don't be late.
Kalau flight pepagi buta mcm nabilah hari tu, better prepare sesiap.
Kami tidur airport ja hari tu sebab check in pkoi 6 lebih.
*Kalau pergi group, korang bawak ja luggage berapa berat pun.. it's okey.
Macamana tu?
mcm kami tempah secara group hari tu,seorang adalah 30 kg. Darab dengan 6 orang.
30 kg x 6 = 180 kg.
Dia akan kira total semua. Dia tak kira sorang-sorang.
Maknanya korang boleh bawak sampai cukup 180 kg. ^_^




3,Visa.
Visa nie korang perlukan gambar mcm gambar passport..
Lepas tu sampai kat kedutaan tu, kena isi borang. Korang isi borang tu.
Then siap!
Bayar ikut harga yang dia cakap.
Kalau pergi Korea,hari tu nabilah kena bayar RM160.00
Oh, ya! ada lgi .
1. tiket flight perlu ada. (copy).
nie untuk rujukan depa.


2. Surat pengesahan dari pihak berwajib (kalau di UM, kami guna surat pengesahan dari ISC).
Surat pengesahan bantuan kewangan. *untuk exchange student.


4.Kad pengenalan
Kad pengenalan nie perlu supaya kalau berlaku kecemasan, ia berguna.
Contoh kecemasan: Pasport hilang. 



Requirement for exchange student programme.



1. Surat penarikan diri daripada universiti. 
Just tulis surat rasmi cakap korang nk keluar dari universiti untuk semester berapa dan kenapa?
Dan hantar kepada fakulti.
Fakulti akan sahkan.
Lastly,tunggu sampai surat penarikan diri tu dah diterima.


 
2.surat pemberitahuan kepada pemberi kewangan (sponsorship)
Which means PTPTN,JPA.
yang nie sgt temeh dan remeh. Kena turun naik. Ambik surat tu, ini.
*TERUTAMANYA PTPTN!
*nabilah tak hantar pun. sebab banyak sgt prosedur plus lagi seminggu nak fly.
Memang tak la..



3.Surat pengesahan dari universiti yang korang nk pergi.
Sebelum kita fly,akan ada surat daripada universiti yang terbabit sebagai tanda dia tawarkan kita dan dia dah terima maklumat yang kita hantar kat kita.

Korean food#bi bim bap#

Assalamualaikum and hai guys.
Sementara tunggu tour men'spot cek' bilik.
*biasalah tingkat 15.. Confirm paling last.
Baru lepas cuci toilet dan apartment.
^_^

Ramai sgt yang tanya pasal makanan kat sini.
Yes, it's hard to get halal food here.
Alhamdullilah,ada buddy yang membantu.
Tolong gtau yang mana boleh makan dan yang tak boleh makan.
So,apa yang buddy cakap tu la kami makan.
Lagi satu tabiat kami satu group. Cari makanan international (snack)
e/g: Kisses,snickers,kit kat ,kellogs, sometimes susu.

Kalau kat kedai selalu kami order yang vegetarian.
Which means.
No meats,no pork.plus no arak.
Salah satu makanan yang kami selalu makan. *baru 2 kali ialah bi bim bap.
Can google it!




bi bim bap nie mengandungi nasi,sos,telur separuh masak,taugeh celur,seaweed, other sayur(ulam) (tak tahu sayur apa)

Cara nak makan:
1. Masukkan nasi dalam mangkuk bahan-bahan (sos,telur,taugeh dan sebagainya) *actually nasi nie diasingkan dalam satu bekas yang asing.

2.Gaul sampai jadi mcm dalam gambar.

3. Makan dengan sempurna.

Try this!

Salam sayang,
nabilah.

Wednesday, 4 September 2013

Weirdo things during one weeks in Gwangju.


I found those for me it's weirdo (weird).

1. Manage jadual  guna phone. Jumpa buddy tgh jalan,tgh study. Just saying "Sis/bro,could you please manage my schedule?. I doesn't know how to do it. She/he said "Yes,of course. Just give me your ID and password".
5 minutes later. "Done! I'll sent to your mail and print it.". De?? -_-

2. Korean doesn't take a shower in the morning. :)
I don't expect why. 

3. Toilet tak dak air. You need to use tissue!!
Don't worry. Kalau kat dormitory ada.

4. They love to "hon". Pin! Pin! Pin!
tak tahu kenapa..
Agaga,
My freind said"Don't you that malaysian love road?".
Love to walking on the road. -_-

5. They love to use their mother tounge. (korean language)
Even in the class!.
I need to learn Korean ASAP!

6. In dormitory, fan doesn't exist.
We use aircond.
Oh,so cold.!
*padahal kau sedap ja kan tidur.

7.Memandu dalam keadaan yang sgt laju.
Sangat.
terutamanya taxi dan moto delivery.
macam ribut.
Mungkin depa nak on time dgn passenger atau customer kot.

8. Minggu orientasi yang cool.
Suka sgt.
Pergi tour.
Belajar sejarah korea.
Sejarah Chonnam.
*ada wall painting tentang reformasi yang dilakukan oleh pelajar.
Lepas tu bertukar pandangan dgn buddy. Have a chit chat.
Beritahu pasal Malaysia.

*Owh. kat sini tak cheers dan menari segala,
Harap maklum.

9. Customer service yang sgt tiptop.
Bermula dr kedai makan.
Pejabat.
Pemandu bas.
Pemandu taxi.
Pak cik tepi jalan.





Tuesday, 3 September 2013

Sejuta erti "aurat".


Sampai saat ini, baru terasa berharganya nama itu aurat. Berada di bumi yang asing.
Terasa sebak bila aku teringat masa tamrin, jerit "Aku anak panah Islam,campaklah aku kemana sahaja,pasti ada". Tapi bila kat medan sebenar aku tak jadi pun anak panah Islam macam aku selalu laungkan masa tamrin. T_T


Ujian Allah tu dtg juga. Allah uji aku dalam keseronokan. Keseronokan bila impian nk pegang salji, nak rasa sejuk. Nak makan kimchi original tercapai.
Tapi aku tak mampu nk lawan.. Macam aku tak dak kekuatan. Padahal aku ada Allah. 
Masa tamrin juga "Sapa bagi kekuatan?". Aku jawab"Allah". Tapi sekarang? aku tak mampu.
Allah, berat ujianMu.
Tapi aku tahu Allah sedang uji supaya aku kuat dan aku teguh. Dan juga tanda Allah sygkan aku.


Beberapa lama cuba mencari tolak ansur, akhirnya menemui jalan buntu. Yang sampai sekarang aku bimbang dan sebak. Aku tak mampu pertahankan.

Aku mohon semoga aku terus diberi ketabahan olehNya. 

Perlu beli sekeping kad telefon dengan aurat terdedah?.
Mungkin ini jihad. Jihad yang aku perlu jalankan. Mungkin Allah pilih aku untuk berada di jalan jihad ini.
Lupakan sebentar hal dunia . Apa lah sangat harga panggilan telefon dan wi-fi berbanding dengan erti sebuah "aurat".



Sunday, 1 September 2013

Kisah 2: Pak cik bas yang baik hati. Semoga Allah beri hidayah kepada beliau.


Hai guys.. jumpa lagi.. Rajin lagi mengupdate kan?

Entri nie yang aku dah janji nak bgtau korang.
Ada something special yang Allah izinkan ia berlaku.

kisah ni bermula bila kami satu kumpulan bergerak secara solo dan sendiri ke Gwangju.
Sebab apa? Tiket murah punya pasai.
Kami turun kat Busan 29 haribulan.
Kalau ikut penjadualan yang dah diberi,kami sepatutnya fly 31 August atau 1st aug. 
Ada pick up service. (tapi kena bayaq 30,000 won ) *darab sendiri dengan RM3.09/1000 won.

For the first time, we arrived in Busan, We took a train. 3 stesen ja. Series. Kemudahan dia terlalu moden sampai takot nk pakai. wakakaka.  *tapi kalau tak try bila nk naik train.
Train guna coin mcm Malaysia jugak tapi cara nk mendapatkan tiket tu agak kelakar. :D
Coin nie dipanggil "boarding pass".
Nabilah dengan selambanya pergi tunggu depan mesin untuk ambil boarding pass .Oh,rupanya coin. =,='
Malu p sat.

Lepas tu kami naik train.
train kami naik nie sampai ke Sanyang.
Sampai kat situ kami turun.
Dan berjalan ke terminal.
Jom layan gambar dulu.












Alhamdullilah,Allah telah bantu untuk permudahkan perjalanan kami.
Allah hantar seorang pakcik bas yang sgt baik hati, T_T

Benar. Perancangan Allah itu lebih istimewa.
Saat kami tercari-cari dan takut dengan tempat yang kami nk tuju.
Hanya berpandukan email daripada CNU. 
Kami cari dan beli sendiri tiket bas.
Ini bukan Malaysia yang dah biasa.
ini bumi yang belum pernah kami jejak.
Tiket yg kami beli tu adalah tiket yang paling last dalam perjalanan masa tu.
Alhamdullilah,ada jodoh dengan pakcik bas.

Pak cik nie dah la angkat semua beg kami yang berat-berat. Orang nk tolong pun tak boleh.
*mungkin dah jadi budaya kat sini.
#selingan: pemandu bas kat sini sgt berbeza dgn Malaysia. Allah T_T
Setiap kali nak memandu kata-kata maaf diberi dan senyum. Walaupun perjalanan ambil masa yang lama..
Bila kami sampai di terminal bas Gwangju, hujan lebat.
Kami pun nk lari untuk pergi ke tempat untuk ambil barang masing-masing tapi pakcik tu ckp tak payah sebab hujan dan suruh tunggu bawah bumbung. (ckp dalam bahasa Korea)

Lepas tu pakcik tu dapat tahu bahawa kami sedang cari taxi untuk pergi ke Uni. Pak cik tu ulang alik col taxi dalam hujan!
Allah.. Ada lagi orang yang berhati mulia,

Lepas tu,dia angkat beg-beg kami tanpa diduga dan suruh kami ikut dia.
Kami minta untuk angkat beg dia tak benarkan dan jalan dengan lajunya untuk kejar taxi.

Dia cakap kat Aaron (satu-satunya org yang boleh menulis dan bercakap dengan agak lancar dalam bahasa Korea dalam kalangan kami) .untuk tunggu bawah bumbung lagi . Bayangkan pakcik tu pergi tanya taxi satu persatu untuk cari taxi yang tawarkan harga yang paling murah. Dalam hujan! 
Dia yang tolong angkatkan beg dalam taxi.
Dan antara benda yang paling nabilah bangga dan terharu dengan intergriti pakcik nie.
Sebelum kami bertolak,dia ambil gambar no plat kereta sebagai jaminan yang kami akan selamat sampai ke destinasi.

Allah..
Nabilah harap pak cik tadi dapat hidayah dan Allah mudahkan rezeki pakcik.
Nabilah yang belajar nilai-nilai pun belum mampu buat lagi. ^_^




Kisah 1: Hari lalu di Korea.


Alhamdullilah.
Sekarang berada dlm bilik yang pendingin hawa selalu diturunkan suhu supaya sejuk. ^_^
Tak elok tau! jgn tiru.
kenapa buka aircond? Sebab kat sini tak dak kipas ;)
haha..
 
ahri nie dah hari keempat nabila kat sini.
Cuaca masih panas. Masa tengahari panas macam malaysia. tapi bila pg dan ptg,angin sejuk dah terasa.
Semalam nabilah dah cerita perjalanan nabilah dari Malaysia dan ke Gwangju kan?
Tapi cikit la.
nanti Nabila cerita lagi.
Ada something yang berlaku kat kitaorang.

Masa hari kedua,kami dah ada buddy.
Even my buddy doesn't come until now. Wakaka.
Sharing buddy dengan geng-geng gangster ja.
Buddy depa ini ada oppa.
hehe.
So,ptg tu, lepas kenal-kenal.
Depa bawak kami pergi jalan-jalan kat "back gate" (pintu belakang).
Uni kami nie. kiri kanan,depan belakang pekan. Kluaq kot mana pun pekan.
Senang la nk cari apa-apa.
tak perlu ambik taxi.
Jalan kaki ja.
*mcm nak patah kaki jalan dgn bebudak nim. Tapi kami cheers together. ^_^
Sgt fantastic.

Buddy nie tolong carikan makanan yang boleh makan. tak boleh makan. translatekan ingredients. dan tolong jadi jurucakap sebab dalam group kami ada sorang ja yg boleh ckp tapi tak fluent sgt.
Ada scene sangat lawak.
*bila buddy ajar makan guna chopstick kat lelaki-lelaki ni sebab perempuan dah tahu pakai :D