Monday 26 August 2013

Persediaan pakaian pertukaran pelajar ke Korea.

lagi 3 hari nabilah akan bertolak ke Kuala Lumpur dan berlepas ke Korea dan bermastautin di sana selama setengah tahun. Sedih? Gila hang tak sedih.. hahaha.
hari ni nabilah nk update pasai pakaian untuk ke Korea memandangkan musim sejuk dan bersalji... hehehe..
nabilah dah lama draftkan. Malas nk publishkan..
Setelah dikaji, digoogle dan segala usaha. nabilah dapat banyak info tentang pakaian semasa musim sejuk.
Alhamdullilah,persiapan sekarang dalam 70 peratus. :)
Antara yang nabilah siapkan:
1. Winter coat /baju sejuk.
Baju nie tebal. Memang dalam dia panas. Tapi nabila rasa tak mampu pun nk tampung tahap kesejukan kat sana. Kesejukan disana adalah mencapai tahap bawah sejuk (negative) ..
So,selepas nie nabila akan terangkan mcmana nak bg panas untuk membantu baju sejuk nie jadikan badan kita lebih warm dan selesa.
Baju nie nabilah beli hanya RM10.00.. hahaha.
Beli terus 3 pasang.. nanti tak payah beli kat sana.. 
Kat mana nabila beli? Nabila beli baju nie di bundle taman dato harun, depan pasaraya matahari. ^_^ 
Murah kan?
Setiap baju yang nabilah pilih nie ada hoodie bulu. Hoodie nie boleh buang sebab dia ada butang untuk buang.
#baju nie labuh,macam baju muslimah.. :)
First time tgok dah berkenan.
2. Seluar jeans.
Seluar yang nabilah bawak nie semua seluar kitar semula yang nabilah simpan dalam almari selepas berlaku penghijrahan. Alhamdullilah,boleh pakai lagi.
Seluar ketat. Macamana nak pakai? Nampak aurat.
nabilah akan pakai jeans nie bila nabila pakai kain ~jubah atau baju kurung.~ 
Jeans yang ketat akan menjadikan tubuh kita lebih panas disamping menghindarkan kulit kita daripada melecur. ^_^ kerana liang-liang roma akan gugur kalau terlalu sejuk dan akhirnya menyebabkan gatal pada  kulit.
3.baju kait.
Alhamdullilah juga sebab nabilah jumpa baju nie dalam clearance stock kat Times Square *RM10 ringgit ja. 
baju nie nabilah pernah nampak dalam filem Korea. Depa pakai masa musim sejuk masa dalam kelas dan dalam rumah. So,nabilah beli la jugak.. hehehe.
tapi sekarang musim panas di malaysia pun orang pakai jugak.. kikiki. Tiru K-pop.
nabilah betudung labuh,
macamana nak pakai?
baju nie besar tapi singkat.
So,nabilah akan pakai baju muslimah mcm biasa dan sarungkan baju nie di luar. Sama ja fungsi dia. ^_^
4.Baju panas.
Baju panas nie orang pakai dalam. Bagi selesakan badan masa musim sejuk. ^_^
*baju nie orang sponsor.
Ada sorang kakak tu sponsor sebab dia pun baru balik dr Korea.
Alhamdullilah.
5.Seluar panas.
Seluar panas nie kena sentiasa pakai. Macam seluar asas la. baju dan selua panas nie kena pakai sekali. Fungsinya sama.
Seluar nie lebih kurang mcm legging. tapi kainnya lebih tebal dan panas.
Kak tu juga bagi. terima kasih kakak.
6.mafla.
Mafla nie untuk mengurangkan rasa sejuk. Lilitkan di leher.
:)
Comel ja kan.
Sekarang nabila ada 4 mafla. 
Satu yang lama.
2 baru beli kat bundle.. 2 helai RM5.
satu,ada orang hadiah dari us. (kawan mak bg).
Rezeki lagi.
7.Winter cap.
Yang nie yang lama.
nabila ambik yang mak punya.,.
Wakakaka.
Dah jimat duit utk beli.
yang kait punya lebih panas.
8.Penutup telinga.
penutup telinga nie nabila beli di DAISO midvalley.
Murah ja.. RM5.
Masa musim sejuk kena pakai ni sebabnya telinga akan berdengung dan rasa bergegar terutamanya ketika suhu sangat kritikal.. hehehe..
9.Winter socks.
Winter socks atau stokin panas nie nabila beli di DAISO juga.
RM5 sepasang.
nabila ambik sepasang ja sebab nabila dah ada banyak stokin.
Stokin PLKN ada lgi. Tapi dah hilang sebelah. hahaha.
10.hands socks.
Yang ini bertujuan untuk panaskan tangan. dan elak tangan dari melecur dan gatal-gatal..
nabila beli 3 di DAISO dan selebihnya handsocks yang biasa pakai tu ja..
11. Gloves.
yang nie nabila suka sgt.
hehe.
Sebab dia comel.
Dan brg yang paling mahal dalam semua barang di atas. ^_^
harga dia 29.90. =,='
Nabila jumpa di Times Square dalam kedai women winter. 
Comel kan?
12. Boot.
belum beli lagi. Nak beli di sana. :P
13.Sweater.
Sweater ni untuk tidur malam dan aktiviti dalam bangunan.
Sweater nie Muhammad sponsor tapi pinjam ja la. =,='
Sweater nabila nipis.. 
tak payah nak beli bila ada orang bg pinjam.. Wakakaka..
Dah. habes.. Bye... :)
Salam sayang,nabilah.

20 comments:

  1. done follow sini :) good luck study XD -kyle-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Done follow juga. :) InsyaAllah.. mohon doa semua orang.

      Delete
  2. nice....good luck=) lame mana duk kat korea nnti ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you =) bulan 1 nanti balik la... 6 bulan ja.

      Delete
  3. waa besnyer 6bulan dikorea...ley rse nikmat Allah berikan di sne..enjoy it...=) emm mcm mane life kt sane ok x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah,rezeki Allah bg... :) Life kat sini... Banyak cabaran ^_^ Makan,hijab,baju.

      Delete
  4. Best nya dapat duduk sana walaupun sekejap...

    ReplyDelete
  5. Boleh tau x skrg suhu sejuk lg x...perlu pakai winter coat or blh pakai sweater biasa je...akn ke sana ahad ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih sejuk lagi. Sebab masih lagi winter. :Better pakai winter coat sebab kdg2 suhu dia tak menentu :)

      Delete
  6. salamualaik...nak tanye dari segi makanan macam mana nabilah bajet?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, bajet makanan? Saya tak bajet makanan sebab dapat free meal. Kadang2 ja makan luar kalau kena minggu yang memang tak leh makan. Kalau makanan, selalu kami akan makan "camchi bap" Nasi tuna. Yang nie ja yang halal kat kampus. Harga dia dalam 450 won. So, makan 3 kali sehari. Kalau nasi biasa, boleh panaskan, 1000 won satu mangkuk. Nak save bajet. selalu sruvey kedai, ada sale. :) Dan, saya banyak makan buah2an kat sana. Kenyang dan murah. Kalau nk makan kedai tu mmg mahal.

      Delete
  7. Salam. Nk tanya baju tu dekat bundle taman dato harun dekat mana eh? Nama kedai dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, nama dia bande-bande bundle. Bawah pejabat UMNO. Depan pasar raya matahari :)

      Delete
  8. Salam alaiki. Kdai bundle di taman dato harun d kat mana ye. Apa nama kedai dia?

    ReplyDelete
  9. saya pun nak tau nama jedai..tengah cari winter clothes jugak ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bande-bande bundle. :) Bawah pejabat UMNO. Depan pasar raya matahari.

      Delete
  10. wahh, sangat membantu post nie, saya pon akan join exchange ke CNU sem nie, terima kasih perkongsian :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama tak buka blog. Hehehe. Goodluck kat sana :D nikmati saat bulan madu di korea

      Delete