Saturday, 30 January 2016

Kahwin bukan macam main kahwin di dalam pondok masa kecil.

Dulu, aku kanak-kanak normal yang bermain kahwin di bawah pokok atau pondok. Dalam permainan ini, akan ada seorang isteri sebagai ibu dan seorang suami sebagai bapa. Kadangkala, ambil anak patung barbie menjadi anak. 

Seringkali selepas habis memasak, si anak akan digambarkan menangis dan ditepuk perlahan sebagai tanda mendodoikan! 

Bila aku besar, aku baru sedar main kahwin-kahwin itu amanah. Amanah besar. Sebut kahwin bukan macam kita main kahwin-kahwin. Tanggungjawab. 

Aku selalu berkata kepada adik-adik  junior aku yang sedang dilanda krisis mahu berkahwin, kahwin ini bukan setakat akad nikah, kenduri tapi hampa kena fikir sampai anak hampa masuk universiti dan bekerja! 

Dari sekecil-kecil perkara lampin anak sampailah ke kertas dia print untuk projek akhir tahun! 


Dan, aku nak jelaskan perkahwinan adalah satu perjudian hidup manusia. Sama ada kau nak tersungkur ataupun jalan terus. Bagi aku yang perempuan ini, pilih suami itu macam pilih syurga dan neraka. Pilihlah yang betul-betul yang diyakini sebabnya. Jangan pilih sebab kau saja-saja mahu berkahwin. A big no! 

Makanya, apa-apa jua keputusan yang kita ambil itu adalah tanggungjwab kita sendiri. Dan, kerana itu aku tidak mudah untuk menyatakan ya kepada sebuah perkahwinan. Kalau aku katakan ya, maknanya aku berada dalam situasi yang aku benar-benar yakin. 


Dalam fikir pasal perkara ini, aku harap semua org bersifat realistik. Matikan otak-otak dengan drama chenta yang memberikan kesempurnaan. Perkahwinan bukan membawa kepada maksud kesempurnaan. Tetapi, kelengkapan. 

Sunday, 24 January 2016

Once I decided to get married.

Once I decided to get married, people should know how serious it is.

Aku tak tahu la, kenapa? I open my heart to one stranger. 100 per cent totally stranger. Aku tak pernah kenal. Tak pernah jumpa. Hanya muzik yang jumpakan kami. 

Aku rasa ini kerja gila. Setelah hampir 4 tahun aku tutup pintu hati. Aku sengaja tutup sebab aku rasa tidak bersedia. Aku tolak beberapa lamaran daripada pihak-pihak tertentu untuk menjadi perempuan yang hati sado. 

Kali ini, aku adalah loser. Loser kepada strangers. Kalau dia adalah manusia yang menipu, maknanya aku adalah mangsa tertipu. 

We are in stage of knowing each other. Hope it will going well. 

Thank you Kurt cobain! 

Aku harap segalanya dipermudahkan Tuhan untuk hari-hari yang mendatang. Ingat senang nak menjadi seorang bini. Kekeke. Kena masak hari-hari. Benda paling aku benci. 

Untuk memberikan keadilan kepada semua org, perkara ini akan diumumkan selepas beberapa ketika kejadian. Sama ada sebulan, setahun atau lebih untuk aku cakap kat korang. Kakakakaka. Kejam. Doakan kepada aku dengan dia yang baik-baik sahaja. Aku adalah manusia yang sangat jiwa berantakan; takut untuk berada dalam perhubungan. 


And, 
I should say, the best man win. He is the best and he won. 


Thursday, 14 January 2016

Remeh dan bodoh

Aku seorang manusia yang tidak suka berfikir perkara-perkara yang bodoh. Sebab hanya orang yang bodoh sahaja melayan benda-benda yang bodoh. Aku nak menjadi orang yang bijak; tak nak bodoh. Sila letak akal sebelum apa-apa. Gunakan fungsi otak dengan selayaknya. :)

Saturday, 9 January 2016

Saiyidina Umar Al-Khatab; Amirul Mukminin. Omar Series.

Dah lama aku tengok Omar Series ini. Aku suka. MasyaAllah. The best stories. Aku suka. Aku suka. 
Cerita ini ada 30 episod. Setiap episod 45 minit. Nak tahu cerita apa? Cerita pasal Umar Al-Khatab. Keperibadian beliau.

Yang paling aku sedih sekali, Saiyidina Umar selalu menyamar jadi rakyat biasa untuk mendengar masalah rakyatnya. Nak tahu lebih lanjut; sila tonton! 


Have a nice weekend everyone! 

Manusia dan Tuhan.

"Did Allah Give Up On You?" 






Betapa pandangan manusia tiada membawa apa-apa erti kepada Tuhan kita.
Manusia boleh memandang kita dengan watak putih dan hitam.
Tetapi pandangan ini tidak sama dengan pandangan Tuhan kita.
Apabila manusia lain memandang kita dengan kehebatan;
Tidak semestinya kita adalah hebat di pandangan Tuhan kita. 


Aku tersentuh dengan ayat ini;

Kalau orang berfikir bahawa kita adalah jahat dan perlu masuk neraka,
itu bukan bermakna pandangan yang sama dengan Tuhan.
Ia tidak pernah mewakili Tuhan kita. 

Tahukah,
Kita masih punya Tuhan yang masih menyayangi kita. 

Friday, 8 January 2016

Harapan.

Pengharapan bagi aku satu perkara yang sia-sia kalau tidak disandarkan kepada Tuhan kita. Kalau kita memberikan harapan, harapan itu akan menimpa; lalu hati kita ke mana? Mahu ke jalan Tuhan atau sebaliknya. 

Letakkan harapan kita bersama Tuhan kita. Moga Tuhan bantu hati kita.


Thursday, 7 January 2016

Harap.

Aku harap, 
Kau akan tunggu aku nanti. 

Aku tidak tahu siapa pun, 
Akan menjadi seorang yang bernama 'kau'. 

Kau tahu? 
Aku rasa kenapa Tuhan itu masih lagi belum jelmakan kau depan aku, 
Ataupun,
Kau sudah depan aku, 
Tapi, masih belum Tuhan berikan jalan untuk menemukan titik, 
Aku rasa ianya sebab Tuhan tahu masing-masing belum lagi punya apa-apa untuk dipersembahkan kepada Tuhan nanti. 

Aku percaya kepada Tuhan,
Berlarilah ke hujung dunia sekalipun, kutub utara ke selatan.
Putaran timur ke barat, 
Akan ada satu titik kita berjalan perlahan atas titi yang sama. 

Lillahi, 
Aku harap jalan titi yang sama itu adalah titi menuju Tuhan kita. 
Tuhan aku dan kau. 

Aku perlu jujur berkata,
Aku manusia yang paling berdegil dan angkuh untuk berkata ya kepada frasa chenta, 
Sebab bagi aku cinta itu pengorbanan,
Pengorbanan itu tidak perlu tunduk kepada yang sia-sia dan celaka belaka. 

Mungkin, 
Kita perlu berdoa dengan sungguh-sungguh depan Tuhan kita, 
Moga satu hari kita jumpa disebuah titi. 
Kalau tidak di dunia, 
Boleh juga di syurga. 

Doakan aku moga aku baik-baik dalam perlindungan Tuhan. 

Tasawur Islam.

Tasawur Islam.

Aku dulu adalah salah seorang bekas pelajar Tasawwur Islam; semasa di tingkatan 4 hingga 5. Kat sinilah, aku belajar pasal tauhid dan sebagainya. Aku ambil paper tasawwur Islam sebagai subjek tambahan dan setiap hari rabu dan khamis ada kelas tambahan untuk subjek ini. Tapi, tahun aku tahun terakhir ambil paper lebih sebab kerajaan Malaysia dah tak benarkan lebih daripada 10 subjek tahun selepas aku SPM. Masa aku kat kelas tasawur inilah aku belajar pasal tauhid dan sebagainya.

Berguna untuk aku juga sebenarnya subjek ini. Hahaha.

Wednesday, 6 January 2016

Kenali empunya buku melalui bukunya.


Yes, you are what you read! 

Start from now on, bacalah apa-apa yang memberikan manfaat yang mampu untuk menjadikan kita sebagai seorang yang bermanfaat juga.


Sunday, 3 January 2016

Travel pakai train.

Salah satu impian aku; travel pakai train. Macam pergi ke negara-negara pakai train. Haha. Inspirasi daripada senior aku Meor Farid. Hahaha. Serius, aku teringin gila. Lepas tu, ambil ala-ala Chennai Express tu. Wuuwuwuuwu.

Aku suka benda yang macam ini sebab mencabar. Tidur tepi jalan; pergh. Macam aku pernah buat kat korea. Dah la musim winter. Kahkahkah. Masa aku kat korea. Memang travel pakai map. Pegang map untuk naik train. Wuuuu. Happy! Biar sesat masuk exit. 

Aku harap aku kawen dengan lelaki yang suka travel dan advanterous. Kalau tak, aku ajar dia sampai dia reti. Kah! 

Saturday, 2 January 2016

Asrama, disiplin dan kebersihan.

Aku ini adalah manusia yang tidak suka kepada manusia yang cepat serabut kalau bab macam ini. Ada orang cakap aku perfectionist. Tapi, aku rasa aku tak pun. Sebab, kalau aku perfectionist, aku tidak boleh duduk lama-lama dalam kem. Hahahaha. Mungkin sebab aku dulu diasuh di asrama dan doktrin selama 7 tahun. Daripada tingkatan 1 sampai ke tingkatan 6 atas. Asrama! 

Sesiapa yang duduk asrama tahu la, macamana rasa kena kemas katil dan loker sebab warden aku dulu suka buat pemeriksaan mengejut ke bilik. Buku kena susun, baju kena lipat, kasut kena susun. Loker itu memang kena tiptop. Tiptop! Masa mula-mula masuk, aku adalah orang yang selalu kena berdiri di hadapan sebab masa itu baru tingkatan 1, mana la nak reti lipat baju cantik-cantik macam mak kita. LOL. Baju sekolah kena bagi nampak kemas, ada garis kat tulang baju dengan lengan. Nak tahu tak? Sekolah aku dulu, ada pemeriksaan baju yang tidak iron. Kalau nak duduk, kena duduk dengan sopan sebab takut kedut. Astaga. 

Start dari itu, aku belajar. Kakak bilik aku ajar macamana nak manage loker dan sebagainya. Paling best, masa pagi tu, kena tarik cadar katil cekang dan kemas gila. Pergh. Katil cekang gila. Boleh jadi nak gaduh weh, kalau orang duduk atas katil kita tak tarik balik. Kah! Kalau masa balik sekolah sebelum masa prep; ada senggang dalam sejam macam tu, aku selalunya akan tidur. Tidur kat bawah weh. Bawah. Sebab malas nak tarik cadar katil. Pergh.

Lepas tu, baju kotor tak boleh ada dalam bilik air kalau pagi-pagi. Kena basuh masa balik sekolah dengan masa naik daripada riadah sahaja. Kalau tak, kena rampas. Lepas itu, setiap pagi kena sidai tuala kat ampaian. Kalau tak sidai; kena rampas weh. Macam itulah cerita aku di asrama. Perangai ini terbawa sampailah sekarang. Kecuali baju la. Sebab baju aku pemalas sikit. Tak basuh hari-hari macam kat asrama dulu. Wiwiwiwiwi.