Saturday, 27 June 2015

Beruntung jadi orang yang kecil. Pilih tudung murah.



Haha. Saja aku nak upkan entri pasal ini. Aku nak buat tutorial tudung macam dulu. Tapi memandangkan aku rasa segan, nanti aku nak letakkan gambar step by step. Doakan moga aku ingat janji-janji blog aku. Aku rasa banyak gila entri yang aku just tulis tajuk. Tak dak idea dan mood nak tulis. 

Ok, kelebihan dan untung jadi orang yang berbadan kecil ini aku nak hurai dari segi pemilihan tudung. Orang selalu cakap kat aku la. Tapi aku rasa asbab yang lebih jelas ialah cara kita lipat tudung dan pakai tudung. 

1. Bidang tudung 45. Aku pakai tudung 45. Tapi nampak macam bidang 60. RM5. 

2. Shawl. Aku pakai yang satu meter. Kat masjid jamek bercambah rm 10 ini. Aku tak suka pakai shawl yang cotton. Sebab entahlah. Susah nak belit. Aku suka pakai chiffon.Senang nak bentuk dan lilit. Hurm. 

Macam gambar bawah ini. 

Memang nampak labuh. Tapi sebenarnya aku pakai shawl biasa ja. Yang rm 10. Aku ada cara pakai aku sendiri. Nanti kalau aku rajin. Aku tunjukkan. InsyaAllah. Daripada bidang kecil, kita boleh besarkan. 

Tips nak beli sneakers ( converse )


Disebabkan aku ini memang pemakai sneakers converse. Aku nak bagitahu perkara penting kepada sesiapa yang nak membeli sneakers converse ( original).

1. Pastikan kau beli kat butik dia yang betul. Kalau aku, aku jenis tak suka pergi kedai yang campur-campur banyak jenis jenama kasut. Walaupun dia original, entahlah. AKu rasa ragu-ragu. Kalau aku lah. Depends on korang jugak. 

2. Dah sampai kedai. Perhatikan made in apa. Paling nak sedap, made in USA. Tapi mmg rare nak jumpa zaman sekarang. Aku tak tahu nak cari kat mana. Kecuali bundle original yang boleh dipercayai. T___T . Tapi sepanjang aku bercinta dengan converse ini, ada dua made in yang lebih kurang sama la selesa dia. Made in USA dan made in Vietnam. Walaupun korang pergi kedai yang betul, made in tu penting. Sebab bagi aku, aku rasa lain sikit dengan made in ini. Kualiti dia lain bhai ~~~~

3. Kalau nak tahu original atau tidak, Dibelakang kasut ini ada tulis "Converse All Star". Tidak hanya "converse". Lambakan sneakers kat pasaran sekarang ada beza. Oklah. Kalau dapat yang RM 30 ++. Tapi kalau ada yang jenis cakap "Ini ori bang, kak". Dia bedal kau RM 100++ Sebab dia cakap original. Padahal dia beli RM 30 ++. Hati-hati weh. Melayang duit tak sudah. Hahaha. 

4. Dia ada banyak jenis. Aku suka pakai yang classic. Pilihlah. Tapi kalau aku nak beli, aku akan round dan cari butik sampai puas hati. Biar berbaloi. Nanti hati nak pakai pun senang.

5. Nak converse lagi rare. Cari kat bundle. Kat situ banyak kasut yang rare. Kalau aku, aku suka kasut yang agak season. Tapi posibility nak dapat yang macam ini sekarang mmg sangat susah la. Aku tak tahu nak pergi mencari kat mana. T___T  

6. Aku cakap sama lu. Pakai sneakers berbaloi. Sekali aku beli, aku boleh pakai sampai 3 tahun. Hahaha. Nanti aku nk kawen, aku nak pakai sneakers. Rare tak rare belakang cerita. Aku tak nak sakit kaki. :D


I'm good eater.



Sebenarnya, walaupun aku kecil. Tapi aku jenis makan. Semua makanan aku bedal. Tak memilih. Sedap tak sedap belakang kira. Ada setengah makanan aku tidak makan. Tidak makan kat sini bukan maksud aku tak nak makan. Tapi kurang sikit. Memang jarang jugak aku tolak makanan kalau orang bagi. Bedal jugak. Hahahaha.

Aku tak makan banyak. Jenis makan sikit tapi ulang-ulang. Aku tak boleh nak resist kalau tengok gambar. Terus rasa craving nak makan. Aku ada satu tabiat pelik. Suka cari gambar makanan kalau masa craving. Lepas tu, meroyan sorang-sorang nak cari kat mana. Sapa yang follow aku punya twitter tahu la. LOL.

Tengah malam aku memang akan lapar. Parents aku dah tahu aku jenis yang macam ini. So, dalam peti ais. Ayah aku akan belikan buah. Untuk jadi snek. Anak ayah la katakan. Hihihi. Aku balik ja mmg penuh buah dalam peti ais. 

Kadangkala mai mood aku rasa aku perlukan makanan yang sihat, aku akan hentikan makan makanan yang oily macam burger, fries, nugget. Tapi kalau mai mood aku nak makan. Hurm.... letak tepi. 

Tapi kelebihan orang yang macam aku. Ada perangai jenis bedal semua makanan ini ialah boleh survive untuk makan kat tempat orang. Pergi mana-mana pun boleh makan. Walaupun lepas itu akan berlaku sakit perut. Sebab tak leh adapt. :D Hantaq p cerok tok kun pun makan jugak. 

Tu lah, perangai bedal semua makanan ni bahaya jugak. Tak memilih. Lastly, diri yang susah. Sakit perut lah, peninglah. Semua ada.

Btw, impian aku sebelum kawen. Aku nak pergi makan kat negeri orang. Masa first year aku pergi ke Kelantan. Duit habis kat melantak. Tak beli langsung barang. Berhenti. Makan. Berhenti. Makan. Makan. Makan. Makan. Kalau pergi penang lagi lah. Dari pagi sampai ke tengah malam. 

Hahahaha. kbai.

Friday, 26 June 2015

Berpuasa di Korea. Winter.


Aku dah draft berbulan-bulan. Makan bertahun nak cerita. Tadi cek draft baru perasan. Buat entri baru.

Aku nak cerita pengalaman aku berpuasa di Korea masa aku study sekejap kat sana. Alhamdullilah, aku pergi free. Universiti tanggung. Hahaha. Alhamdullilah juga, aku sempat rasa 4 musim. Spring, summer, fall and winter. LOL :P 

Masa aku kat sana, aku puasa. Saja nak rasa puasa kat negara orang. Kah! Aku ingat lagi masa tu, winter. Aku puasa sehari dalam 5-6 jam sahaja. Tapi, lapar. Ya Tuhan. Tuhan sahaja yang tahu masa tu macamana. Sapa yang pernah ber'winter' tu, tahulah azab lapar macamana. Hahaha. Sepanjang masa kena mengunyah. Lapar. Yang paling kau rasa ujian gila. Bila pergi ke street. Street food berlambak-lambak. Winter. Tengok makanan tu berasap-asap. Telan ayaq liuq. Hahaha.

Tapi itulah. Pengalaman kan? Nanti aku nak cerita kat anak-anak aku. Pengalaman ajar Islam minoriti kat sana. Selalunya dinner, cafeteria akan sediakan makanan. Tapi dia tak asingkan makanan. Ada sekali tu 'duoeji' week. Sepanjang minggu duoeji ini. 5 hari berterusan. T_____T 
Duoeji itu apa? Ha, sapa yang nak pergi ke Korea, mohon hafal ayat ini "Duoeji gogi isoyo?". Kalau dia jawab "Iso". Tak selamat. Kalau dia "anni" Selamat. Tapi as a muslims we can't eat any kind of meat without penyembelihan. Satu lagi ayat popular "Gogi?". Kalau ne tu jangan. Kalau dia jawab anni. Lantaklah. Hahaha. Oh ya, gogi itu daging. Duoeji itu khinzir. 

Sepanjang minggu 'pork' ini student malaysia makan nasi putih, chilli flakes dan kimchi. Huwaaaa :'(
Tapi melantak juga sebab lapar punya pasal. Kalau nak lagi ok, pergi beli sardin. Sardin tu pun kena hati-hati. Tapi, kalau kat korea ini memang kena survive dengan strugglenya.

Masa aku puasa, buka puasa dalam keadaan yang macam ini. Masa inilah baru nak bermuhasabah. Apa yang kita makan ini satu rezeki. Rezeki yang Tuhan bagi. Bayangkan ada lagi umat Islam yang berpuasa tanpa bersahur dan berbuka. Moga mereka diberikan kekuatan. Dan, insyaAllah, syurga buat mereka. 


Tempat aku pergi tu, Gwangju. 6 jam dari Seoul. T____T Memang sepanjang kitaorang di sana. Memang puasa makan 'daging' :(  Masa kat Seoul sebulan tu ja makan daging puas-puas. 
Itulah. Aku rasa hidup sebagai minoriti Islam selama berbulan-bulan. Ada hikmah Allah hantar aku ke sana. :)

Thursday, 25 June 2015

Pengucapan awam. Tanpa teks.


Pengucapan awam, presentation atau sebagainya tanpa tengok teks is quite hard actually. Tapi, aku yakin benda ini boleh diasah kan? Aku ada beberapa tips yang aku gunapakai semasa kena buat benda alah ini. Viva, and etc. Aku dilatih oleh cikgu sekolah. Alhamdullilah, agak berkesan jugak lah. Present tanpa ada teks. 

1. Tenangkan diri. Yakin ja. Orang yang kat depan itu manusia juga. Nebes juga kalau bagi ucapan.

2. Latih depan cermin. Latih dan latih lagi. Latihan depan cermin ini sebenarnya adalah latihan ekspresi muka, gerakan bibir mulut (gerakan bibir mulut ini adalah perlu supaya mesej dan suara kita jelas dan lantang) dan hilangkan rasa takut.

3. Rakam. Aku jenis rakam sebelum presentation. Kalau on the spot gagap jugak. Tapi kalau viva, presentation. Berguna woi. Memang la nak tergelak dengar suara sendiri. Tapi ini satu koreksi untuk dengar perkataan kau sebut itu betul atau tidak. Jelas atau tidak.

4. Kedudukan postur badan. Penting! Sebab kalau postur badan yang tidak stabil akan buat nampak kurang yakin. Hurm. Aku biasa akan memainkan gerak tangan kat perut. Eh?. Sebab itu buat kau nampak yakin dan tak nebes. Dalam hati? Tuhan sahaja yang tahu.

5. Tips yang sangat penting. Buat research. Buat research betul-betul. Sebab nanti kalau kena tembak, boleh tembak balik. Hehe. Tak ada lah. Ini untuk buat kau yakin dengan apa yang kau nak cakap. :)

6. Belajar untuk tidak bawa kertas. Tahu tak? Bawa kertas tu akan buat kita percakapan akan limit and agak 'distracted' sebab kita berpandukan point dalam kertas. Tersekat nanti. 

Kbai. 

Moga Tuhan temukan aku dengan orang yang baik-baik sahaja.


Hari ini aku rasa aku terlalu emosi.
Aku jadi emosi bila aku tengok perempuan lain merana di belakang selingkuhan pasangan. 
Demi Tuhan aku,
Aku pernah rasa apa yang perempuan ini rasa,
Bilamana seorang perempuan lain dan orang yang letakkan pengharapan bawa ke aku satu fasa yang baru rupanya ada selingkuh di belakang aku.
Dua tahun berlalu.
Lama. 
Benar, luka itu bisa sembuh. 
Parut belum tentu.

Begitu juga dengan wanita. Terkadang-kadang aku rasa wanita yang sanggup selingkuh di belakang wanita lain. Ini bukannya wanita. Tiada perasaan. Sudahlah perempuan itu memang ditindas lelaki. Ini kaum yang sesama wanita itu pun kau mahu menindas. 

Aku bukan mahu doa yang buruk-buruk.
Jauh sekali.
Aku selalu ingatkan diri.
Buatlah baik-baik sahaja kepada orang lain,
Allah balas kebaikan kita dengan kebaikan yang lain.
Begitu juga dengan perkara sebaliknya.

Jangan pernah merasa bahagia.
Jangan.
Jangan.
Jangan pernah merasa gembira untuk kasih yang kamu bina atas keresahan orang lain.
Dia tinggalkan manusia lain untuk kamu.
Tidak mustahil,
Dia tinggalkan kamu untuk manusia lain.
Berputar-putar.
 Sekejap di atas. Sekejap dibawah.
Tidak selamanya berada di tempat yang sama. 

Tuhan,
Moga kau temukan aku dengan pasangan yang baik-baik sahaja supaya aku tidak merasa.
Cukuplah sekali. 

Wednesday, 24 June 2015

Rahsia aku yang paling besar.


Jeng, jeng. jeng. 
Rahsia aku yang paling besar. Aku banyak teddy bear. Hahahaa.
Aku mmg kasar. Kasar lah. Tapi aku still perempuan. :'D 
kbai.