Dia mampu berbahagia, aku juga sedang berbahagia. Mereka juga.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Masih dalam proses terkilan dan belajar untuk redha. :)
Tapi alhamdullilah,Allah bagi ketenangan hati dan ketabahan. Sebab ketenangan dan ketabahan itu datang melalui ujian yang Allah bagi sebagai tanda Allah sayang. Dan teringat kata-kata ustaz, "Bersyukurlah kepada Allah kerana Allah masih memberikan ujian sebagai tanda Allah rindu akan rintihan hambaNya". Benar, manusia ini imannya turun naik. Kadang-kala cepat lupa bila ada nikmat. Kadang kala juga lupa bahawa ujian itu dalam erti "kesenangan" dan "kesusahan".
Redha. Sebaris kata yang tersirat seribu makna. Sampai saat ini, terasa aliran ketabahan bersama redha. Alhamdullilah. Jangan pernah anggap diri sebagai seorang yang kuat sebab faktanya kita masih hambaNya yang masih punya kelemahan.. Mampu berbicara sendiri dalam hati " Aku kuat" tapi jauh di hati yang kecil "Aku tak sekuat itu". Heh. Mainan perasaan. Dan saat itu perlu kembali kepada Maha Pencipta. Yang tahu segalanya kerana dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. "Allah jadikan sesuatu itu dengan berhikmah".
Perlu belajar dan menelaah untuk 'redha' dan yakin ini perancangan Allah yang teristimewa.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dan ternyata ada hikmah. Hadiah sebuah kebahagiaan. Erti yang berbeza-beza setiap individu. Hari ini mungkin dia berbahagia sebab dia jumpa orang yang sepadan dengan hati dan jiwanya. Esok lusa mana tahu. Allah hadiahkan sebuah bahagia untuk dia. Dan,Allah juga sedang hadiahkan bahagia aku. Bahagia bila ada pertanyaan daripada mad'u-mad'u tentang Islam. Bahagia bila ada terselitnya kata "Tolong doakan aku supaya satu hari nanti aku jadi seorang muslimah". Sebak tapi dalam hati bahagia. Allah alirkan bahagia melalui bahagia orang lain. Bahagia juga bila aku dapat ilmu yang baru. Bahagia bila ada aku sedang berkongsi tentang Islam kepada orang yang masih memerlukan.
Ya, mungkin sarkastik. Tapi bahagia ini bermula dan akan berterusan kerana mereka menjadi pemangkin untuk aku terus mencari Islam. Mereka mad'u dan mereka juga dai'e.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dan yang paling istimewa sekali pada detik ini, aku bahagia bila sahabat-sahabat seperjuangan aku di Malaysia Universiti Malaya menangis kegembiraan atas kemenangan. Moga Allah redha atas perjuangan kalian. Hanya kiriman salam perjuangan hanya mampu disampaikan. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Penat,lelah,kurang tidur, provokasi,halangan dan cabaran hanya Allah yang menilai.
"Sabiluna,sabiluna Jihad"
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam sayang dari Korea.
Nabilah si kecil.
No comments:
Post a Comment