Friday 15 November 2013

tandus langkawi.

 
Baca utusan malam ini. Dan ternampak artikel ini. Tajuk: "Antara kekhuatiran dan harapan". Disebabkan saya sebagai anak jati Langkawi yang ibubapa sememangnya berasal daripada Langkawi sedikit merasa bangga apabila ada pihak yang prihatin terhadap Pulau Langkawi. Keseluruhannya, berpuas hati dengan artikel ini mengenai cukai, pelepasan hak kepada pihak-pihak tertentu untuk pembangunan ekopelancongan dan sebagainya. Tapi sebagai anak muda yang berasal daripada Pulau Langkawi dan tinggal di Langkawi dan mungkin mencurah bakti dan tenaga di Langkawi, saya kurang bersetuju dengan pendapat di bawah ini.
"Para pelancong asing telah membawa bersama mereka nilai-nilai hidup Barat yang tidak sesuai dengan selera tempatan. Ini termasuklah perbuatan bercumbu dan berbogel di tepi-tepi pantai. Selain itu, ada juga kalangan pelancong yang meminum arak dan melakukan seks dengan pasangan tanpa nikah. Unsur-unsur negatif ini tentulah mudah mempengaruhi pemikiran para remaja tempatan. Laporan Utusan Pengguna tentang gelagat anak muda Pulau Langkawi yang berseronok dengan meminum arak di tempat terbuka merupakan bukti betapa nilai-nilai hidup asing telah berjaya merobohkan benteng iman mereka yang masih mentah."
Dari sudut pandangan kasar ada benarnya. Tapi, sejauh mana kepengaruhan daripada pelancong-pelancong asing kepada anak muda?. Bagaimana dengan penyebaran ilmu yang seharusnya dipasak dalam jati diri anak muda itu sendiri? Sudah mencapai tahap memuaskan? Benteng iman anak muda yang yang merapuh dan tidak diisi dengan sempurna. Mungkin orang luar tidak mengetahui tapi saya sebagai anak muda yang merantau tahu isi dalam. Bukan saya mengatakan penyebaran ilmu agama tidak ada tapi masih di takuk yang lama. Contoh: Soal nikah muda. Secara kasarnya, di Pulau Langkawi rasanya masih belum ada bicara ini. *tidak tahu sama ada berlaku semasa berada di perantauan*. Pernah berinteraksi dengan beberapa pasangan yang rasanya sudah bertahun-tahun menyulam cinta. "Tak pernah ada keinginan nak kawin". "Mestilah nak,tapi tak boleh lagi lagi sebab ibubapa tak bagi,dah banyak kali minta. Alasan depa bagi, tak cukup umur lagi." secara jujurnya, ada setengah ibubapa yang masih belum terbuka akan hal-hal seperti ini. Isu berniqab di Langkawi juga menjadi masalah;ajaran sesat. Solat tidak memakai telekung;sesat. Masih lagi berlaku pemujaan;mandi bunga,buang sial. Pasal gaza,Palestin,Syria tidak bergempita seperti di bandar besar.
Pasal arak, diakui di Langkawi, harganya lebih murah berbanding air gas. *beer,tiger dan sebagainya. Tapi pada pandangan saya, menjadi masalah apabila ada golongan yang hanya memberi nasihat di masjid-masjid dan surau yang sudah pastinya bukan menjadi tempat bagi golongan ini. Bertaubat? Jadi solehah? Saya ramai kawan yang mempunyai impian dan cita-cita macam ini tapi tiada tempat untuk diberikan kaunseling dan semangat. Cadangan menutup kasino,pub-pub,kelab-kelab malam,pusat-pusat karaoke dilihat sebagai idea yang agak bagus. Tapi kalau penutupan ini berjalan dengan lancar dan sempurna, apakah anak muda akan meninggalkan nilai-nilai "Barat" yang mempengaruhi jiwa anak muda tanpa ada akar ilmu dalam jiwa. Mungkin di Langkawi akan berkurangan. Bagaimana pula jika ke negara jiran?. Nilai itu ditinggalkan semasa di Langkawi dan masih berterusan di negara jiran. Mungkin orang akan berbicara seperti ini "Ini sudah tahap maksima kita untuk mengekang masalah ini". Tapi sebaliknya, ini bukan maksima!

Dari si kecil yang kerdil dari bumi Korea.

p/s: Doakan semoga impian aku untuk jalankan dakwah jalanan di tempat kelahiran aku berjalan dengan jayanya. Doa kalian aku perlukan untuk perjalanan ini sebab aku lelah lihat pihak yang satu lagi hanya tahu menghentam dan buat buta mata serta pekak telinga bila lihat anak muda jatuh dan lemas;bersembang di kedai kopi "Anak orang itu tak pandai jaga diri", "Ahli neraka dan ahli syurga", manakala pihak satu lagi masih mencari-cari erti hidup; tenggelam timbul. Tiada siapa nak tolong. Masih belum kenal maha Pencipta;begitu juga aku. Dan ramai anak muda yang aku rasa berkebolehan dan punya ilmu tapi hanya melihat dengan sebelah mata dan biarkan sepi.

No comments:

Post a Comment