Hari ni Hero dah pergi. Pergi meninggalkan dunia yang penuh kejam. Bila aku tgok balik gambar-gambar Hero yang dulu sampai la sekarang,aku rasa sedih dan bangga. Sedih dengan "manusia" yang bukan manusia. Sanggup buat binatang macam tu. Macam dah hilang pedoman. Sampai ptong kaki kucing :'( Macamana la Hero rasa masa kena potong tu. Mesti sakit. Tapi siapa kita? Hanya hamba Allah. Hero dalam sakit dan perit macam tu pun masih boleh hidup. Siapa sangka, Allah takdirkan Hero jumpa orang yang sangat aku bangga, Ayah Hero. Dan Hero mampu hidup. Aku bangga dengan Hero, tiada kaki hadapan, berjalan hanya guna 2 kaki. Kurang sempurna. Tapi, Allah punya kuasa. hero mampu survive macam kucing-kucing lain.
Pesanan aku, kalau orang yang buat Hero macam tu baca entri aku nie, segera memohon keampunan dan pengajaran supaya lebih sedar bahawa yang diri kau itu manusia. Tak kira kau bangsa apa,agama apa,kawasan apa,warna kulit apa. Tapi manusia!.
Kepada orang lain, ambil ini sebagai pengajaran. Allah hantar kucing nie sebagai salah satu tarbiyah dalam diri. Bongkak atau tidak dengan nikmat yang Allah beri. :)
No comments:
Post a Comment