Monday, 29 April 2013

Istiqamah? Bagaimana?

Soal istiqamah nie perkara yang sgt susah nak buat ^^
Saya akui..
Berbicara tentang istiqamah nie,saya pun sedang belajar juga untuk beristiqamah..
Baru setahun lebih bertudung ,sekarang masih lagi belajar apa itu istiqamah :)
Tapi InsyaAllah,saya akan menjawab persoalan itu..
Tapi ikut cara saya la..
1.Perkuatkan hubungan dengan Allah.
antara perkara penting dalam berlajar beristiqamah.. 
Dekatkan diri dengan Allah ..
Kerjakan apa yang wajib dan tambahkan apa yang sunat..
InsyaAllah..
Suruhan yang wajib mcm solat,puasa bulan ramadan,dan sebagainya..
Perkara-perkara yg sunat seperti baca Al-Quran..
Kalau baca Al-Quran,lagi elok kalau ada tafsir.. lepas baca Quran,tgk balik tafsir.. :)
Solat dhuha dan solat malam cuba untuk konsistenkan..
:)
Last sekali,Doa kepada Allah dengan penuh keyakinan bahawa Allah akan bantu..


2.Rajinkan diri update diri dengan majlis ilmu :)
Jangan biarkan kesibukan kita dgn assigment,mentaliti majlis ilmu itu hanya untuk orang 'tertentu'
sahaja dan sebagainya... Rohani kita perlu juga ada makanan..
Andaikan kalau tak dak majlis ilmu..
cara lain kan ada.. :)
Youtube,facebook,google.. hehehe.. ada kan?
cuma kita ja yang membuat pilihan sama ada 'nak' atau 'tak nak'


3.Baca buku
Saya sarankan perbanyakkan buku-buku motivasi dan buku sejarah-sejarah perjuangan ^^
walaupun ada yang akan cakap mengantuk.. tapi sekali try,nak baca lagi
#habes tu? buku-buku lain tak boleh baca la?
Boleh sahabatku yang tersayang.. :)
Saya juga masih membaca apa itu si kosong,hahaha..
Sophie Kensila (tapi tak pernah habis pun,hahahah)---> bi ! maleh ckit..
Tapi jangan la sampai berlebihan sampai hati kita tak dak makanan..
kan3?
 
Sebab kalau kita tak membaca,hanya mendengar dan melihat, kita takkan tau apa2..
Perjuangan Sultan Muhammad Al-Fatih, kezaliman Mustafa Kamal Attartuk, permulaan perang.. perang-perang dunia..
Malah,sistem politik negera kita pun kita tak paham..
*Ramai ja kat facebook,twitter,blog2 hanya memperjuangkan apa yang dilihat dan didengar tanpa ada kajian ^^
So,kita kena baca la untuk mengetahui apa yang betul dan apa yang salah..
lagi satu,kalau baca buku nie.. kita akan rasa lebih bermotivasi dan berkeyakinan sebab dalam perubahan ni banyak cabaran..
Buku-buku nie la jadi pembakar semangat ..Yeah!
4.Cari sahabat yg boleh menjadi pemberi semangat..
Last but not least,carilah sahabat yang boleh menegur kita dalam tingkah laku,cara berpakaian dan sebagainya menepati syariat atau tidak..
Kerapkan juga mengadakan perbincangan ilmiah supaya ada input-input baru yang dapt..
Ada ketika ada ilmu yang kita tak tahu sahabat tahu,ada juga ilmu yang kita tahu sahabat tak tahu..
kan3?
5.Hindarkan secara perlahan-lahan perkara-perkara yg boleh merosak hati 
#Kata last tapi ada lagi.. hahahaa
terlupa ada satu lagi..
tapi malas nak padan yang atas tu.. *malaskan saya..
perkara-perkara yang dimaksudkan kat sini ialah things that you're before..
Contoh: majalah-majalah yang memaparkan fesyen terkini..
Sebab nanti akan terdetik 'cantiknya baju dia,tapi aku sekarang dah bertudung'
Sebab tu ramai orang yang bertudung,berubah kepada yang asal sebab perkara-perkara macam nie la..
Contoh lagi:
Movie-movie yang rasa tak dak perlu tgok..
*Fenomena movie korea :)
Saya pun suka!
Tapi bila fikir balik macam terpengaruh..
Terpengaruh apa?
jalan cerita cinta!
Pastu mula berangan..
Ha,kan tak elok..
Cari la cerita yang rasa ada pengetahuan..
Banyak ja cerita korea ,jepun , taiwan, eropah yang memaparkan pengetahuan.. kan?
CSI,My tear dan mcam-macam lagi..
sekrang nie: saya tengah tgok cerita dinasti! korang  tgok la best!
Kita ja nak cari movie cinta kan?
*Filem Melayu hanya ada beberapa saja.. yang lain suma jalan cerita sama!

Salam sayang,
nabilah.

Sunday, 28 April 2013

Pemimpinkah sebegini? Buka hati,buka mata.. Ingatlah maghfirah Allah :) *sekadar rasa terkilan


HAi guys...
Terlebih dahulu,saya memohon kemaafan terhadap apa yang ingin saya katakan ini..
Andai ada tersilap bicara bisa mengguriskan sesiapa sahaja..
Tujuan saya menulis entri agar semua pihak buka mata,buka hati dan terima dengan hati terbuka dengan apa yang saya katakan ini..
Seperti yang kita lihat sekarang,
ambang pru 13,
minggu depan ja lagi kita nak buang undi..
Saya faham semua orang dengan ideologi sendri..
termasuk saya juga :)
Tapi jangan disebabkan ketaksuban dan kesukaan kepasa ideologi kita,
kita hampir terlupa akan apa itu pendidikan..
Saya tidak layak lagi untuk mengundi,
saya juga mahasiswa yang sentiasa dihujani pelbagai berita yang entah benar ataupun tidak,,
Tapi saya melakukan pemerhatian..
Siapakah pemimpin saya :)

Saya mengetengahkan entri ini bukan dari aspek politik tetapi aspek sosial dan kemanusiaan..
Saya sebagai anak muda dan juga mahasiswa turut berasa akan insinden yang baru saya jumpa sebentar tadi..
Benar,ceramah politik itu perlu tapi kita jangan sampai terlupa bahawa ada generasi bawahan seperti saya ada bersama :)

Rasa terkilan dan sebak apabila dalam satu ceramah politik yang seharusnya dipenuhi dengan kata-semangat supaya meraih pengundi menyakini bertukar sebaliknya.. 
Walaupun bukan saya yang berada di situ..
Tapi saya merasakan bahawa hilangnya erti  'malu' dalam kalangan kita..

Anak-anak kecil ditayangkan video tidak senonoh secara full di padang menghilangkan rasa hormat saya dan juga generasi saya..
*tanpa sensored
Saya anak muda walaupun sudah melepasi had umur untuk melihat pun tidak tergamak untuk melihat,
inikan pula kepada anak-anak kecil..

Allahurobbi :,(

Terbayang-bayang bagaimana nasib anak-anak kecil itu nanti..
Apakah mencontohi apa yang berlaku dalam video itu atau sebaliknya..

bagaimana nasib anak-anak saya dan cucu saya nanti kalau perkara sebegini berterusan..
Masih lagi terkilan,bagaimana mentaliti seorang pemimpin yang menganggap dirinya berwibawa dan berkredibiliti boleh memikirkan perkara serendah-rendah akhlak..

Ingatlah,wahai pemimpin dan bakal pemimpin..
Perbuatan kita akan menjadi rujukan..
Menjadi Qudwah hasanah terhadap generasi selepas ini..

Jangan berasa hairan jika adanya anak kecil yang ditangkap melakukan perkara yang tidak senonoh
Jangan berasa hairan jika generasi selepas ini tiada malu
jangan berasa hairan jika generasi selepas ini menganggap zina itu budaya..

#walaupun saya tidak berada di situ,tapi saya sedih akan keadaan ini..


Kepada pemimpin dan bakal pemimpin,
pulanglah ke jalan agama.. 


ikhlas dan penuh kasih sayang,
nabilah.

soal perkahwinan lagi = )

hai guys..
selamat petang.. =)
jumpa lagi noh..
hua3...

Soal perkahwinan lagi 

Mengapa saya mengetengahkan isu ini pada hari ini..
Sebab saya percaya dan yakin bahawasanya followers saya dan pembaca setia blogs saya (bajet femes hang!) hua3
adalah masyarakat yang terbuka minda dan berpendidikan..
tidak kira sama ada PhD,master,ijazah,matrik,sptm,asasi,spm,kemahiran dan sebagainya
yang penting kita semua adalah warga yang berpendidikan...

Pertama sekali,
inference mengapa terjadinya perkara-perkara yang tidak diingini berlaku seperti pembuangan bayi,khalwat,berzina dan sebagainya setelah saya melihat apa yang berlaku disekeliling saya dan sahabat-sahabat saya dan berlakulah perbincangan walaupun tak formal:


1. disebabkan oleh faktor agama..
sudah semestinya..
faktor agama menjadi major mengapa terjadinya benda-benda seperti ini..
ketandusan dalam beragama telah menjadikan perkara ini berlaku..
kadang-kadang bab agama ni.. 
ibu bapa bagi sepenuhnya kat cikgu,ustaz, ustazah dan sebagainya..
Ilmu itu memang dapat
tapi kat rumah?
kalau ibu bapa sendiri tidak mempraktik,
bagaimana dengan si anak :)


2.pandangan masyarakat..
yang faktor kedua major atau makro..
kalau kita perhatikan dan meneliti,kadangkala pandangan masyarakat ini menjadi faktor major primer..
Sebab apa?
kadang-kadang ada sesetengah individu mempunyai cukup nilai agama dan ingin mengadakan perkahwinan seperti yang ditetapkan syariat.. tetapi menjadi terhalang disebabkan rasa bersalah terhadap desakan dan pandangan masyarakat...
Saya sendiri pernah mendengar bagaimana seorang yang bermasam muka di hari perkahwinan kerana tidak dijemput pada hari pertunangan..
nilaikan sendiri..
#"Rahsia pertunangan,hebohkan pernikahan"
kenapa Rasullulah suruh kita merahsiakan pertunangan
kerana proses pertunangan itu adalah proses mengenali antara pasangan,ahli keluarga dan teman rapat..
Jika dirasakan tidak sesuai,putuskan pertunangan itu..

Lihat masyarakat kita sekarang,bagaimana meriahnya majlis pertunangan, sampai tak tau nak beza akad nikah atau bertunang.. 
#tak kisah kalau orang mampu dan berharta..
kalau keja kilang,gaji RM800 sebulan.. nak wat makan untuk satu kampung..
Please...we are Y generation,X generation,and Z generation..

BERTUNANG ITU BUKAN TIKET PERNIKAHAN =)

#PERBAHASAN YANG SERING BERLAKU ANTARA PIHAK PEREMPUAN DENGAN LELAKI TERUTAMANYA DI PUSAT-PUSAT PENGAJIAN TINGGI..
hahahaha..
Tapi bagi saya perbahasan seperti ini bagus..supaya minda kita lebih terbuka dan berkembang..
iaitu hantaran mahal..
alasan biasa hantaran mahal:
1.cantik
2.belajar tinggi
3.anak orang kaya
 =)
1. cantik,cantik macamana pun,kalau tak mampu nak urus suami,rumah tangga tak jadi jugak..
macamana pulak kalau cantik tapi agama kurang?
sebab nie la berlakunya penceraian..
2.belajar tinggi
paling rendah RM15,000 :)
kalau pasangan tu gaji dia RM 800 sebulan..
darab berapa bulan dia perlu menabung..
Rasa-rasa dalam tempoh yg panjang tu boleh dak berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini?
Contoh:lagi sebulan nak kawen ditangkap khalwat sebab tunggu terlalu lama untuk menunggu..
:)

3.anak orang kaya nie kalau dapat dengan orang kaa juga tak pa..
=)


#peranan media massa...
Jika kita lihat sekarang..
media massa kita tidak kira sama ada media cetak mahupun elektronik yang menekankan cinta selepas nikah..
Kalau ada pun mesti ada aksi yang membuatkan ramai generasi sekarang terbayang adegan yang tidak sepatutnya..
Memang ada novel-novel yang jumpa mengolah jalan cinta yang diredhai Allah..
tapi jumlahnya?
Sedikit...
tu tak kira share-share video lagi..
bayangkan seorang dewasa yang berfikiran waras boleh berkongsi aksi dan gambar yang tidak sepatutnya..
Allahurobbi :,(

tak masuk lagi bagaimana dengan cara hidup dalam filem.. kelab-kelab malam,judi


Lepas tu kalau si remaja buat salah,atas dasar diri sendiri... :)
sedangkan kita tak sedar pun kita yg mendidik remaja sebegitu..
Bila berlaku sesuatu perkara
"Budak-budak la nie tak leyh pakai"
"budak-budak la nie tak leh percaya"
"budak-budak la nie tak dak adap"

memang 'budak-budak ni salah'
tapi tidak seratus peratus :)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

*kalau bab agama kita letak tepi ja...
tak kira kawen ka,solat ka,makan ka,kebersihan ka...

"kalau akhirat dalam hati,dunia dalam tangan"

Ayuh,lakukan perubahan sedikit demi sedikit..
InsyaAllah Ummah yang bakal lahir nanti adalah kepimpinan Al-Fateh dan Rukunnudin..
Selagi mana institusi rumah tangga itu dibentengi agama ..
Salam sayang,
nabilah

p/s:entri ini ditulis atas dasar diri saya sendiri.. :)




Saturday, 27 April 2013

perempuan lemah lembut.. :)

hai guys.. sory menyemak dashboard hampa.. hahahaha
kita sering kali mendengar "hang tu perempuan,cakap kena lemah lembut cikit,jgn dok tinggi sgt suara."
bagus nasihat nie..
tapi bagi saya,
kita tak payah la nak lemah lembut sgt.. hahahaha

Sahabat yang tersayang kerana Allah,
kadang-kadang kita perlu lantang juga untuk sesuatu perkara yg kita rasa kita tak patut buat..
banyak orang akan mengambil kesempatan kalau terlalu berlemah lembut..
saya bagi contoh situasi yang memerlukan kita berbuat sesuatu yang kita rasa tak suka dan tak boleh buat..
orang akan paksa kita untuk ikut cakap mereka sedangkan kita ada hak untuk dipertahankan..
dan 
kita pun ikut cakap depa sebab terlalu 'lemah-lembut'..
Please muslimah,perempuan,adik,kakak yang dirahmati Allah..
Sometimes we need to pretend our hak..
kadang-kadang saya tidak suka melihat org yang hanya berdiam diri tanpa bersuara.. 
Sampaikan ada status 'pijak kepala' :)
Lantangkan kita suara menentang...
Bukan la maksud lantang kat sini perlu ubah kita punya 'kesantunan dan kesusilaan'
tapi
pastikan dalam 'kesantunan dan kesusilaan' adanya unsur ketegasan..

lagi satu hal..
jgn jadikan lemah lembut yang ada pada kita sebagai penghalang untuk kita buat sesuatu..
nak present dalam kelas, bentang depan khalayak ramai perlu kita tidak patut ada terlalu 'lemah lembut'
sehinggakan audience tidak mengerti apa yang kita ingin katakan..
tak salah pun kaum muslimat,perempuan,adik kakak yang tersayang menyertai sukan..
Asalkan memenuhi batasan yang Islam gariskan..

kalau kita rasa nak luahkan pendapat..
lontarkan sahaja.
jgn jadikan agen malu tidak bertempat itu sebagai penghalang perkembangan otak kita dalam menerima input dan output..


Muslimah itu perlu cergas fizikal,cerdas fikiran untuk melahirkan ummah terbilang..

Salam sayang,
nabilah..






kita suka mengeluh :)

morning readers yang awesome..
moga kita dalam redha Allah :)
tetiba teringat kat habib al Zaenal :)
"Menyelusuri perjalanan terindah Insan Mulia sepanjang Zaman"
Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Dalam penyampaian beliau, perjalanan hidup Rasullulah,subhanallah sgt indah dan tertib..
Tak dapat dibayangkan.. ^^
berbeza dengan kita pada hari ini..
Rasullulah seorang yg sangat tawaduk, rendah diri dan bersederhana :)
kita?
Sering mengeluh..
Dalam hal yg remeh pun kita mengeluh:
"kenapa la kerja aku banyak sgt"
"Kenapa Allah uji aku sampai mcam nie"
"Hawat la hari nie panas sangat"
"Hawat la hari ni hujan lebat"
kan3?
,lepas tu kita putus asa.
dan mempersoalkan kekuasaan Allah...
tanpa kita sedar itu semua ujian yang Allah bagi supaya kita dekat dgn Allah..
dan kita sering buat tak tahu akan ayat Al-Quran nie..
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" Surah Al-Baqarah ayat 286
begitu juga dengan ayat nie 
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman”. (Lihat Surah Ali Imraan : 139)


“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk”. (Lihat Surah Al-Baqarah : 45)

Al-Quran dah bg motivasi kat kita supaya jangan bersikap lemah dan bersedih jika menghadapi sesuatu ujian..
Al-Quran juga bagi cara untuk menghilangkan rasa berat ujian itu dengan S.A.B.A.R.
Subhanallah..
Betapa Allah sygkan kita..
tapi kita sbg hamba?
Mengeluh akan sesuatu yang sedikit ujianNya berbanding nikmatNya...

":"Dan DIA telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu pohonkan kepada-NYA. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tiadalah dapat kamu hitungkan. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari nikmat Allah" ( Ibrahim: 34 )
Allahurobbi :,(
 

Kita cakap kita syg akan Rasullulah tapi tak ikut pun cara Rasullulah bermuamalah dengan Allah...
Muamalah?
Rasullulah sgt bermuamalah dengan Allah..
Hidup dalam kesederhanaan..
Kesederhanaan dengan apa yang dimiliki..
Redha dengan apa keadaan
Semasa susah,Rasullulah tidak pernah meminta
Semasa senang,Rasullulah bersyukur
Meredhai apa yang diberikan Allah kepada baginda..
Agungnya peribadimu Rasullulah..

Bagaimana peristiwa dalam perang yang mana ramai tentera Islam terbunuh termasuk juga dengan sahabat-sahabat baginda..
Allah telah memberikan pilihan kepada Rasullulah sama ada melakukan hukum Qisas kepada pihak musuh atau bersabar..
Rasullulah pilih bersabar...

Begitu juga dengan peristiwa usai solat berjemaah..Umar berntanya kepada Rasullulah mengapa setiap kali baginda bergerak seolah-olah mendengar sendi bergeselan..
Rasullulah S.A.W mengangkat jubah baginda, sahabat terkejut apabila perut baginda kempis,dan dililit dengan batu kerikil untuk menahan rasa lapar..
Walaupun dalam keadaan begiut,Rasullulah tetap menolak perlawaan Saidina Umar untuk disediakan makanan.
Malah baginda menganggap bahawa kelaparan itu adalah hadiah dari Allah ..

Betapa bermuamalah Rasullulah dengan Allah... ^^

Terlalu cinta dan rasa kehambaan kepada Allah,Rasullulah masih lagi menjalankan ibadah kepada Allah untuk memohon keampunan sehingga bengkak kaki baginda..
sampaikan Saidatina Aisyah bertanya kepada Rasullulah
mengapa Rasullulah masih bersusah payah melakukan ibadah walaupun sudah dijamin syurga Allah..
Lantas Rasullulah menjawab,
baginda juga adalah hamba kepada Allah dan baginda ingin menjadi seorang hamba yang bersyukur..

Kita??
Allahurobbi :,( 
Sentiasa mengeluh..
hari panas,panas la
hari hujan,hujan la
hari mendung,mendung la..

Jom,kita belajar berhenti mengeluh.. Contohi Rasullulah S.A.W ^^

salam sayang,
nabilah..


Merindui zaman sekolah **

Tetiba rajin pulop nak update hari nie..
pssttt,pssttt, 5 presentation kami dah habeh minggu lepas...
Nk jerit kuat2!!
hahaha... Sgt letih bila presentation bertindih..
Mulai hari ini,assigment yg dalam perjalanan... hahahha
Tapi Alhamdullilah,saya rasa mempermudahkan segala urusan saya pada minggu lepas :)

Back to the story..
tetiba hari ini merindui aktiviti zaman persekolahan.. hahahaha..

1.kawad kaki
kat sini dah tak masuk kawad kaki.. sebab malas...
hahaha
tapi kalau ada orang yg offer ada pertandingan kawad kaki antara fakulti ka kolej ka.. confirm!
time sekolah dulu selalu pergi pertandingan kawad kaki..
nak tau3?
disebabkan saya yang amat tinggi..
barisan saya adalah di tengah-tengah abarisan yang tengah... macamana tu?
macam nie:

i i i i i i i i i i i i

i i i i i x i i i i i i 

i i i i i i i i i i i i



saya adalah x.. hahaha... nampak sangat kerendahan..
Bila buat formasi ka... mesti jadi tukang rujukan.. sebab dok tengah2..
hua3..

paling dirindui latihan kawad kaki dari pagi sampai pkoi 2 pagi...

2.kem
saat nie yang paling dirindui..
Pergi kem tahunan,kem daerah..
seminggu kem.. ^^
Baju tak tukaq.. Tidoq pun dak..
mandi??... kirim salam.. hahaha... 
tapi sgt best dan tak boleh dilupakan..
Solat berjemaah.. tazkirah..
pkoi 4 pagi kena turun kawad.. 
Sgt geram.. tapi berharga...

3.denda yang comel dan agresif
denda nie tak dah kat universiti kalau tak masuk palapes dgn suksis..

#roti gulung..
roti gulung tu maksud dia guling mcam shin chan...
bayangkan 10 kali..
bangun daripada beroti gulung tu..
pandangan dah jadi @@
jalan nampak 2 lorong..
lepas tu..
keluarlah segala isi perut..
Lepas denda tu, sembang-sembang balik dengan kawan-kawan dan gelak guling-guling... hui3
pelik bin ajaib....

#kawad spring
yang dia kena kwad tapi mcam spring..
tak tau nak bagitau mcamana..
tapi series.. memang lawak..

4.pertandingan yang dipaksa..
kalau kat sini nak masuk pertandingan kena atas diri sendiri 
tak macam sekolah..
sampai cikgu paksa-paksa suruh naik atas pentas 
dulu memang la tak puas hati sebab ketaq kot naik atas pentas tu..
tapi disebabkan keterpaksaan oleh cikgu nie la membuatkan saya mampu berdiri atas pentas dengan kerelaan diri saya sendiri..
deklamasi puisi pertama semasa tingkatan satu dipaksa oleh warden..
Macam nak teriak... hahahaha
Terima kasih cikgu mail

5.spot cek mengejut asrama
spot cek nie sgt lawak... sebab bukan tak kemas tapi kadang-kadang silap letak kasut.. gantung baju lain dari baju sekolah.. baju kat ampaian tak kutip..
dapat dilihat dari memek muka masing-masing yang malu dengan budak lelaki..
kalau masa form 1 dgn form 2.
denda dia berkawad sampai tgh malam..
hahahha
Sangat comel saya rasakan ketika itu!!

6.cerita hantu..
part ni memang semua budak asrama mengalami..
Ada orang jumpa kat situ,kat sini..
pastu tersebar meluas seperti angin..
dan mula bercerita sesama sendiri
lepas takut nak pergi ke toilet..
TT
hadess..
cerita nie selalu timbul time lepas maghrib,time nak tidoq..
siang-siang tak reti nak cerita.. 
hahaha..
budak perempuan lepas selesai buat aktiviti nie:
"weh,jom tidoq dgn aku.."
"teman aku p toilet sat"
nak mandi p sekolah pun kena mandi ramai-ramai..
tunggu sampai semua habis mandi..
kelakar..
laki ?
No komen..





P/S: terasa begitu cepat masa berlalu..
dah nak jadi isteri orang pun.. hua3..






Friday, 26 April 2013

Al fatihah buat sahabatku,Wan

Hari ini seorang lagi sahabat telah dijemput untuk bertemu Ilahi..
Terasa seperti baru semalam kita berpisah di pagar SMTL..
Terasa seperti baru semalam juga kita bergelak ketawa semasa di dewan makan
Terasa seperti semalam juga kita bertemu di Komart..
Tapi Allah itu Maha Berkuasa..
Semoga rohmu sentiasa dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan dengan orang-orang yg soleh.. :)
Al fatihah buatmu wan..

Stairway to Heaven ^^- Kuliah Perdana Mitta

Hai guys... Alhamdullilah semalam sekali lagi Allah beri peluang untuk menghadiri taman-taman ilmu Allah..
kali ini panel idola saya iaitu Ustaz Shaari dan ustazah Zawiyah... Seorang lagi panel ,pertama kali saya bersama dr faizal.. 
Moderator dan ketiga-tiga panel nie ore kelate... 
Kecek kelate la mulo-mulo..
hehehhe..
Walaupun perjalanan majlis bermula agak lambat tapi input dia... Subhanallah,sangat berkesan.
Semalam ustaz Ashaari ada menegaskan tentang pentingnya gambaran dalam minda kita untuk capai  sesuatu..
Macamana ya?
Macam nie..Kita mesti mempunyai gambaran tentang apa yang kita nak capai..
Saya bagi contoh, bagaimana dalam peperangan zaman Nabi Muhammad yang kekuatan tenteranya berjumlah 3,000 orang bisa menewaskan 200,000 orang tentera musuh..
Kalau ikut logik akal tak la... 
Tapai bagaimana tentera Islam menerima cabaran itu dengan hati yang terbuka ..
Dan 
Akhirnya kemenangan berada di tangan orang Islam..
Begitu juga dengan kisah perjuangan menawan kota Konstinopel oleh Muhammad Al-Fatih
kita belajar dalam motivasi hari ini pun ada teori ini.. :)
Tapi..
Kita selalu ambil contoh-contoh dari Barat... kan?
Sedangkan dalam Islam sendiri dah ada cerita motivasi kita sendiri...
#jom,beli buku sejarah-sejarah perjuangan masyarakat dahulu..
Lepas tu apa yang menyentuh hati saya dan sahabat-sahabat ialah ustaz cakap,kita diajar untuk menghafal bukannya memahami..
Ustaz bagi contoh: Asmaul Husna.. 99 nama Allah kita hafal tapi kita tak tau maksud pun...
"Betapa ramai orang yang baca Al-Quran tetapi buta hati"
Sebab apa?
Sebab tak belajar bahasa Arab... mcamana kita nak paham kan.. TT
Dr.Faizal yg sangat lucu bg saya dgn selambernya mengatakan "Saya tidak malu tidak boleh berbahasa Inggeris sebab Al-Quran bukan dalam bahasa Inggeris"
*timpa atas kepala*
Nak tau macamna orang yang hebat?
Cakap cikit makna banyak berbeza dengan orang yang cakap banyak tapi tak dak apa

Itulah kita.. Berkata-berkata dengan banyak tapi tak dak makna apa-apa kat diri dan orang lain..
Last sekali,ustazah Zawiyah yang selalu tgok kat TV tu...
Suka sgt buku-buku dia...
Semalam ustazah membicarakan tentang Mengelakkan diri dan orang-orang bawahan daripada azab api neraka 
Ustazah menekankan aspek pernikahan dan perkahwinan..
Bermula dengan perjalanan memilih pasangan hidup :
Benarlah,Islam itu indah dan panduan hidup..
Kehidupan seharian berdasarkan Al-Quran dan hadith.
Kalau nak cari pasangan pun kena berlandaskan 2 pegangan ini..
#mesti ada orang cakap,nak cari pasangan tak perlu pun sebab cinta dah cukup#
Saya akan membicarakan sebentar lagi :)
Rasullulah S.A.W.. telah menetapkan ciri-ciri seperti beragama,kecantikan,keturunan dan harta(maaf,tak susun ikut urutan)
Tapi kalau pilih beragama InsyaAllah kita akan menjadi orang yang sgt beruntung..
Kupasannya bermula... hehhehehee
Kenapa kena pilih beragama:
1.penceraian berlaku sebab perkara ini..?
-Agama la menjadi benteng pertahanan kita masa nak mendidik generasi dan sebagainya..
-Mcam mention kat atas tadi kawen hanya perlukan cinta tnpa melihat agama???
Mai nak kongsi apa yg saya dengar cerita semalam:
1.Ada kes isteri kena upah suami berpuasa...
kita tgk macam biasa ja kan agama itu?
Kalau dia dah terbiasa buat,takkan sampai kena upah-upah..
Cuba teka berapa upah?
Seminggu Seribu!! 4 minggu?? kira sendiri.. Saya tak sanggup nak kira..
Si isteri buat sebegitu sebab tak nak anak-anak mereka melihat ayahnya tidak berpuasa...
Ini nak panggil cinta...???

2."Lesbian"
Nie bukan lesbian remaja-remaja tu..
Pasangan nie masing-masing  sudah berkahwin dan mempunyai anak..
Tapi minat sesama jenis dan sering melakukan!!
inikah tak perlu agama??

3.Mengandung luar nikah.
Eleh,perkara biasa.. Ini bukan perkara biasa masyarakat yang tersayang..
Bukan mengandung luar nikah sebelum bernilkah tetapi dalam pernikahan!
Bgaimama?
Mengandung anak orang lain semasa dalam pernikahan..
Allahurobbi : ,(
Inikah tak perlu agama dalam memilih ???

4.dilema wanita
Pasangan yg dapat,agama hebat... 
Alhamdullilah,tapi menghadapi dilema dengan ibu dan bapa mertua..
Apa kena mengena dengan agama pula?
Bila balik kampung anak tidak mahu solat dgn alasan" Atuk dengan nenek pun tak solat"
nak ckp "tak solat masuk neraka " kat anak nanti terasa atuk dengan nenek.. 
nak wat macamana???
Betapa Rasullulah melihat akan semua ini...
Allahuakbar...
#nanti mesti ada orang cakap  orang boleh berubah selepas kawen.. Nop! kalau dari sebelum kawen dia tidak berubah,bagaimana nak berubah selepas kawen!
kalau nak berubah,tgok sebelum kawen...
P/S:dah habes!! hehehehe


Jurnal Inspirasi diri Prof Muhaya



Hai gyus.. mcam dalam facebook,saya ada uploadkan gambaq nie..
Judul:Jurnal Inspirasi Diri-Membina diri anda yang baru dalam masa 40 hari
oleh:Prof Muhaya

Ada yg inbox tnya buku nie buku motivasi dalam bentuk cerita atau apa?
Kalau tgok dari muka depan buku nie...
Ala-ala buku cerita motivasi macam tu kan?
Tapi tak pun..
Buku nie adalah diari kita setiap hari yang perlu diupdate setiap hari selama 40 hari..
Hasilnya?
Saya dah lihat testimoni ..
Mengapa?
Sebab dalam diari biasa kita selalu tulis ayat macam nie:
"Hari nie aku malu sebab jatuh"
"Hari nie aku tidak lulus lagi"
Perasan tak? itu semua perasaan negatif ^^
Tapi dalam buku nie kita kena tulis yang positif tentang diri kita setiap hari..
Barulah bermotivasi.. kan3?


Muka depan buku




Dalam buku nie.. kita kena isi tempat kosong yang mana ada setiap bahagian masing-masing
1.Alhmdullilah hari ini saya..................................... melalui.......................................
2.Saya melakukannya untuk...............................................
3.Kerohanian:
4.kewangan:
5.akademik:
6.Kesihatan:

daripada no 3 hingga no 6 nie tempat kosongnya adalah:Misi,visi,cara,matlamat dan sebagainya..
jangan risau,prof muhaya dah bg contoh pun :).. kita cuma isi ja ikut aktiviti kita pada setiap hari...
Mudah kan?
InsyaAllah,motivasi kita akan meningkat ^^

macamana nak dapatkan???
Saya beli di MpH
tapi online ja..
senang..
Buku nie Rm15.00 tapi sekali postage tambah 6 ringgit=21.00

Layari:
http://www.mphonline.com/welcome/welcome.aspx
Dan tempah!

*sebenarnya yang bayaran nie suma shabat yang buat.. hehehe

InsyaAllah dengan izin Allah dan usaha kita,kita akan menjadi yang lebih baik.. :)

Salam sayang,
Nabilah

Wanita solehah pendamai dunia :)- Forum Mitta


Alhamdullilah,semalam telah berlangsung satu program yang bermanfaat ^^
Walaupun kelas kami start daripada pkoi 8 pgi sampai ptg... majlis ilmu tetap perlu dihadiri..
Sebab apa? Rohani kita kena ada makanan yang sihat kan?
:D
Moderator malam tu sepatutnya Heliza Helmi comel tapi flight delay..
Tapi telah diganti oleh saudara Amin Idris yang awesome..
*sgt*
panel: Ustaz Sohor
:puan Raihanah.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
perbincangan dimulakan dengan pembukaan satu cerita menarik yang saya nak oleskan di sini sebab saya rasa benda berlaku di sekeliling saya...
Cerita nie saya olahkan mengikut gaya saya:
Ustaz cakap ada seorang ibu menelefon beliau cakap ada orang nak masuk meminang anak dia yang kebetulan adalah bekas anak muridnya dan  mintak tolong ustaz tolong tengokkan calon suami anak dia.
ustaz mencadangkan agar ibu tersebut memberi nombor telefon ustaz kepada si lelaki tadi.
Malam tu,lelaki itu telefon ustaz..
Bermulalah penyiasatan seorang ustaz,..hehehehe
Penyiasatan apa?
1.Ustaz suruh dia baca Al-Quran = Lulus.. Ustaz tambah lagi sangat merdu suara dia..
2.Sebutkan nama-nama ulama = Lulus..
dan macam-macam lagi..
ustaz merasakan bahawa lelaki itu ada agama..
Lepas itu,ustaz memberitahu ibu itu semula ikut pandangan ustaz,laki ini bagus ...


tidak lama selepas beberapa ketika..
Bekas murid ustaz menghubungi ustaz dgn mengatakan bahawa dia malu dengan lelaki tersebut..
Kenapa?
sebab ibu tadi telah menolak pinangan lelaki tersebut sebab hanya ada RM4,000 dalam tgn bukan 15,000..
Allahurobbi :,( 
Menggadaikan kebahagian yang mampu bawa ke syurga demi kebahagiaan sementara dunia..

Ustaz menyambung lagi:
Kejadian itu berlaku selepas keluarga sebelah ibu masuk campur..
Ada salah seorang bapa saudara sebelah ibu..
Mengatakan.. RM4,000 itu hanya jual anak..!!!

bagaimana dengan perkataan jual anak jika dibandingkan dengan hadis Rasullulah
Wanita yang paling besar barakahnya adalah yang paling ringan Maharnya" (HR Ahmad, Al-Hakim, dan Al-Baihaqi dengan sanad Sahih)

Ustaz menyimpulkan: orang itu tidak ambil peduli dan pengajaran daripada hadis nabi :)

Kebetulan pula ustaz menceritakan bahawa mahar pernikahan beliau adalah sebentuk cincin..
Anaknya? Seorang lelaki di UIA seorang dalam menunggu UPU.. 
beliau menambah lagi,dia rasa lebih menghargai isterinya sebab isterinya itu dimiliki dengan cara yang paling mudah dan berkat sebab tiada hutang ^^
Saya juga suka bait-bait yg disampaikan olah Puan Raihanah:
"Walaupun isteri cantik jelita,tak sembahyang apa guna"
"Walaupun suami kaya harta,kaki perempuan tiada guna"..
dan
Wanita itu perlu berpengetahuan dan berkemahiran:
Saya mengambil pengajaran daripada kata-kata ini untuk mencantas hujah-hujah yang sering kita dengar
"Belajar tinggi-tinggi buat apa,last sekali laki tak bg keja"
Tapi
tidak semestinya yang berpengetahuan itu perlu memegang ijazah
Sebab,
tak guna jugak jadi graduan kelas pertama tapi tak dak langsung skill parenting... kan3?

Last sekali amin idris buat persembahan


p/S:Ramai orang sekarang fikir nak kawen,tapi tak fikir selepas kawin...
*rumah berselerak,hutang sana sini sebab buat majlis grand,dapur tak berasap*

Wednesday, 24 April 2013

nak mula mcamana?

Hai guys,
Alhamdullilah Allah pinjamkan nyawa kita pada hari ini..
Menjawab persoalan yang dikomentar oleh pembaca tersayang rentetan daripada entri sebelum ini,
Nak mula tapi tak tahu macamana :D
Di sini saya cuba menjawab,harap membantu saudari.


1.niat
Perkara yang sgt penting dalam melakukan apa sahaja yang kita lakukan..
Betulkan niat “Aku buat nie semua kerana Dia” iaitu Allah. Ini adalah permulaan yang sgt baik untuk melakukan perubahan. Yakinlah kepada Allah bahawa Dia akan mempermudahkan segala urusan kita semua.


2.Cari sokongan untuk menyokong
Carilah penyokong untuk orang guide kita. Jika saya dahulu,Muhammad menjadi guide saya semasa beli-belah..Alhamdullilah,dia adalah antara penyokong awal perubahan ini. J Selepas itu Allah anugerahkan saya sahabat-sahabat yang baik untuk penyokong selepas Muhammad.. Syukran..


3.Bermuhasabah sebelum keluar rumah
Bermuhasabahlah sebelum keluar rumah “adakah pakaian saya sekarang adalah pakaian yang Allah redhai?”. Setiap malam sebelum tidur bermuhasabahlah “Allah bagi nikmat yang tidak terhitung hari ini,tapi apakah aku syukuri?”


4.Memakai tudung yang selesa buat kita
Seperti yang saya katakan sebelum ini,menutup aurat itu bukannya bertudung bulat dan labuh. Jika anda selesa memakai tudung bidang 45,teruskan usahamu sayang. Tetapi dengan syarat,tutup dada,tutup bahu dan tidak jarang. Ketika saya berada dalam situasi ini,saya lebih selesa mengenakan pashmina atau selendang yang dilabuhkan sedikit di bahagian depan dan belakang.. Semasa di peringkat ini,kita kena cuba belajar untuk pakai inner tudung.. Walaupun pada mulanya akan berasa rimas dan panas segala.. tpi lama-kelamaan akan terbiasa. Mengapa saya menyarankan memakai inner tudung? Sebab kalau kita lihat fenomena tudung bawal atau sebagainya agak jarang.. Perasan tak? Oleh itu,ia adalah inisiatif kita agar menutup aurat dengan sempurna.. Tak salah pun pakai cantik-cantik asalkan tidak ber’tabbaruj’ atau lebih senang cerita berlebihan dalam berpakaian. Contoh,pakai mekap tebal  dan pakai mata palsu warna-warni.


5.Pilihlah pakaian yang sesuai
Pilihlah baju yang dirasakan tidak menampakkan asset-aset yang ada. Sekarang banyak ja baju muslimah yang agak moden.. ada sekali cardigan lagi. Boleh ja cari pakai baju lama-lama yang masih padan asalkan tutup aurat, Tak semestinya pakai baju muslimah kan? Kemeja pun boleh
Pemilihan baju kurung dan jubah pun macam tu juga. Kalau kita rasa baju kurung atau jubbah tu dah okey dgn badan kita,tapi alamak! Jarang .. pakailah inner dan pelapik dalam.. tapi bukan inner yang ketat  tu *nanti sama ja dengan tak pakai apa-apa.. okey? Lepas tu,kalau rasa tak confident,Tanya la orang yang sokong kita tu.. okey ka tak.. Yang dah kawen Tanya la suami.. hehehehe..
#saya selitkan juga tips nak beli pakaian..
Meskipun org nak cakap saya nie cerewet atau apa.. Yang penting Allah.. usah pedulikan apa yang orang cakap,Allah itu Maha mengetahui..
Lets go,
1.tgk ikut bentuk badan ka tak.. seperti yang kita lihat dalam pasaran sekarang banyak ja baju yang kita cakap menutup aurat,tapi menampakan bentuk badan.. Rugi kan? Kita nak wat pahala tapi dapat murka :D


6.Pakai stokin dan sarung tangan
yang nie yang penting.. kadang-kadang kita pakai tudung labuh sempurna,baju sempurna.. menutup aurat Alhamdullilah..tapi kita sering terlupa bahawa kaki juga adalah aurat.. :D
kalau tgk dalam almari banyak stokin comel kaler pink,merah ka.. pakai ja..
Saya lebih selesa mengenakan stokin comel sebab:

1.suka dan comel
2.bila hujan,tak nampak warna kulit.. *saya rasa macam bila saya pakai stokin yang warna kulit tu,bila kena aiq nampak warna kulit sebab dia jarang ckit.. tapi ada ja stokin mcam nie yang tak jarang tapi yang mahal punya.

Seterusnya,
kalau bab pakai sarung tgn nie ikut keadaan la... Sarung tgn nie untuk menlindungi tgn kita daripada nampak pergelangan tgn..
Saya bg contoh: kalau kita pakai baju kurung.. masa tgn dibawah mestilah pergelangan tgn tak nampak.. Andaikan tetiba dalam kelas nak tnya soalan,takkan nak pegang legan baju kita.. Susahkan macam tu.. konklusinya,pakai la handsock utk melindungi pergelangan tangan kita..
Tapi ,kalau rasa tak perlu pakai,tak payah la pakai.. Senang kan?



Sunday, 21 April 2013

saya teringin nak jadi mcam tu tapi tak bersedia.. Relevankah?

Dengan nama Allah yang maha Penyayang lagi Maha Pemurah..
kita sering ungkapkan macam nie..
"Aku teringin nak jadi macam tu,tapi tak bersedia.. tapi InsyaAllah satu hari nanti aku nak buat jugak."
bagi saya itu adalah bentuk kesdiaan tapi kita sendiri yang tak mengorak langkah..
Ingat sahabat yang awesome dan dikasihi Allah,
Kita takkan mampu berdiri seperti sekarang jika kita ada tapak untuk bangun masa bayi dulu :)
So,mulakan langkah sekarang...!
lets go!
Kita selalu anggap pakai 'tudung labuh' itu perlu bidang 60,
kita selalu anggap baju yang longgar itu baju muslimah..
bagaimana saya mengetahui?
Sebab saya dulu pun seperti anda..
tapi sebenarnya tak pun..
Tudung=melepasi dada,bahu,tidak jarang
baju=longgar,tidak jarang dan melepasi punggung..
This is aurah :)
Easy kan?
"nak pakai tapi tak dak kekuatan lagi"
bagi saya, ini hanya alasan kita untuk menidakkan naluri dan keinginan kita..
Mengapa saya berkata demikian?
Sebab kekuatan itu perlu dicari :)
bagaimana mencari?
hadiri majilis-majlis ilmu,baca buku sejarah perjuangan Islam..
last but not least
jom makan biskut tarbiyah yang manis dan sedap.
"nak pakai tapi kita bukan dari keluarga yang mempunyai latar belakang keluarga beragama kuat"
kalau mcam tu,kita la perlu jadi pemula dalam keluarga kita..
Mengapa saya berkata demikian?
Sebab saya juga seperti itu..:)
dilahirkan dari dalam kalangan keluarga yang tidak kuat agama :)
tapi kita kena positifkan diri..
Allah menjadikan sesuatu itu dengan berhikmah kan?
kita la kena jadi pendakwah kat keluarga kita..
Memang sussah nak berdakwah dan tarbiyah kepada keluarga sendiri,
Memang diakui..
Tunjukkanlah dakwah perbuatan kita kat keluarga..
InsyaAllah,Allah akan tolong kita..
"nak pakai tapi belum dapat hidayah"
Memang hidayah itu milik Allah..
tapi hidayah itu juga kadang-kadang perlu dicari kan?
hari-hari kita kena doakan agar Allah bagi hidayah kat kita...
"nak pakai tapi tak biasa macam tu"
:)
Sahabatku sayang,
Saya juga seperti kamu.
Tidak biasa..
dan
"tak pa la,hampa dah biasa pakai"
tanggapan anda terhadap saya salah sama sekali..
Saya dulu tidak bertudung..
bukan mahu menjatuhkan aib sendiri
tapi saya perlu mengatakan di sini untuk kepentingan kita bersama... 
Apa sahaja sebelum keluar rumah,
disambar,
baby T? Singlet? Tube?
Short pants? Long pants?
Short skirt? Long skirt?
Semua itu pakaian saya :)
hari pertama saya disini adalah hari pertama saya memakai tudung labuh setelah beberapa bulan setelah saya bertudung...
tak sampai setahun pun saya bertudung sahabatku..
saya menulis nie sebab saya nak kita semua sama belajar bersama-sama..
Saya budak baru belajar :P
karaoke? panggung wayang? club(walaupun dok depan pintu saja )
Saya dah merasai semua itu
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Cabaran?
Sangat banyak cabaran..
1. sikap orang sekeliling terhadap kita yang baru ja nak bangkit..
cabaran ini paling getir dan pahit untuk dilalui..
bagaimana org bercakap kosong di belakang
"dah jadi ustazah"
"dah jadi budak baik"
Saya dah lali akan semua itu..
Kunci utamanya ialah S.A.B.A.R
Yakin Allah bg ganjaran kepada orang kepada orang yang sabar..
2.dakwah dalam keluarga
Tak dinafikan memang susah...
Tapi kita boleh tunjukkan akhlak yang baik dan doa banyak-banyak minta Allah tolong usaha kita..
kebergantungan kepada Allah ^^
tarbiyah itu perlu berterusan..


3.Sindiran pedas 'pakai tudung tapi kapel'
yang nie menjadi salah satu sindiran pedas yang popular..
Jadi kat saya semasa mula-mula dulu..
Saya diamkan sebab apa?
Anggap ja mereka tidak tahu akan latar belakang kita..
Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa saya mengetahui kapel itu haram apabila saya sampai di sini :)
Tapi orang lain tak tahu,.
So,positifkan diri untuk terima keadaan lain..
kepada sahabat yg rasa dia rasa bersalah kalau dia kapel lepas dia pakai tudung labuh..
Jgn risau,slow-slow belajar...
Mulut org kita tak leh tutup kan?
Saya tidak mengatakan bahawa kita boleh kapel..
tapi nak memutuskan hubungan 'win' to 'win'
Mengambil masa yang agak lama :)
Orang akan cakap kalau ada jodoh takkan kemana..
ini adalah situasi bg org yang tidak pernah mengalaminya.. :)
Pengalaman saya,saya dgn Muhammad tiga tahun lebih menjalin hubungan..
mana mungkin saya mampu menerangkan dan memutuskan hubungan sekian lama dalam masa sehari !
kan?
Tambahan pula kami terikat dengan keluarga.. lagi susah kan?
semester mesti akan ada gathering sesama...
Tapi alhamdullilah,Allah tolong saya berkat kesabaran saya selama beberapa bulan memujuk Muhammad agar bersabar menunggu hari barakah kami yang bakal menjelma..
Dan membantu Muhammad memahami apa itu erti cinta kerana Allah Taala..

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sahabatku yang dicintai kerana Allah Taala..
JOm,gigit biskut tarbiyah yang comel dan sedap!




Saturday, 20 April 2013

Malam Puisi Amal Gaza 2012/2013


Alhamdullilah..
Semalam telah berlangsung satu malam yang cukup bermakna iaitu malam puisi Amal Gaza di Kolej Tujuh, Za'ba
Sebenarnya tak sedia pun nak masuk tetapi disebabkan pada mulanya tiada peserta,saya pun letakkan nama..
nak berpuisi pkoi 9,cari puisi pkoi 5...
cari lagu background 7.45..
sangat rushing..
Tapi Allah permudahkan segala urusan saya semalam..

Saya tidak tahu puisi itu penulisnya siapa,
Puisi yang meruntunkan hati..
Sedar-sedar ja hangat pipi masa deklamasi
bait - bait yang sangat meruntunkan hati saya
"maafkan kami wahai gaza.
kerana kami tidak menghantar kereta-kereta kebal kami 
yang hanya kami gunakan hanya pada hari kemerdekaan
maafkan kami wahai palestin
kami ada tentera tetapi kami tidak mampu pergi berjihad bersamamu"

:)
hanya doa mengiringi kamu sayangku Palestin dan Syria..

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya minta persembahan saya diberi giliran no 2..
sebab saya nak habis cepat-cepat 
ada interfaith talk
Jesus Christ kat KPS
dok setengah jam pun jadi la...
Benar,Islam agama yang suci dan benar..
Allahuakbar!

balik ja dari talk tu ada jamuan kecil kat dewan makan.. p la makan.. 
jeng..jeng.. jeng



Alhamdullilah,Allah bg rezeki yang tidak terduga..
tapi yang lebih istimewa... 
Allah kurniakan juga kasih sayang dan kesyukuran buat kita semua..
kami bersamamu dalam doa Palestin..


juri?
juri?
Fedtri Yahya ;)

jangan jadikan doa kita kepada saudara-saudara kita disana sebagai bermusim seperti perubahan arah angin..

Wednesday, 17 April 2013

mahasiswa dan pelajar bertugas untuk belajar sahaja?

Hai guys! jumpa lagi.. hahaha
Alhamdullilah,huhuu. disebabkan human development dalam psikologi  tak paham apa.. meh,kita update blog...
 Sering kali kita dengar komen atau omelan lebih kurang macamnie:
"Mak bapak hantaq p belajaq bukan pi politik"
"orang suruh p belajaq,gatai nak menikah"
"Belajaq elok-elok,jgn dok terlibat dgn politik"
"orang suruh p study bukan suruh p berjalan,perabih duit"
natijahnya,mahasiswa atau pelajar ini hanya ditugaskan untuk belajar sahaja....
saya melihat fenomena ini sebagai salah satu cara untuk menjadikan pelajar dalam keadaan kejumudan(ketutupan) untuk menerima idea-idea yang baru.
Jika dilihat dan diamati,pelajar yang hanya terlibat dalam buku,exam,test,eksperimen tanpa apa-apa yang lain agak terbelakang informasi dari orang lain yang sebaliknya..
mengapa?
bayangkan,isu lahad datu tidak diketahui.
isu kemanusiaan seperti syria dan palestin apatah lagi
politik negara-negara maju
dan isu -isu semasa dalam negara juga tidak di ketahui
Apabila hanya berkawan dengan buku,exam dan sbgnya
tidak akan ada komunikasi yang baik antara ahli komuniti..
Dan akhirnya berlakunya berlaku proses 'isolation' atau pengasingan.
jangan hairan jika pelajar yang mendapat 4.0 ijazah kelas pertama tapi tidak mendapat tempat dalam masyarakat dalam pelajar yang 3.0 sebaliknya!
Poor english? tak seimbang mampu tulis dalam exam tapi tak mampu berbicara dan komunikasi dgn orang lain.. kan3?
keyakinan kita dalam berkomunikasi yang penting ... :)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
politik? tak salah pun berpolitik.. asalkan jangan menjatuhkan pointer.. :)
berdasarkan pemerhatian saya sepanjang berada di sini,
golongan yang terlibat dalam politik kampus mempunyai daya pemikiran yang agak ke hadapan :)
mampu berbicara dengan lantang dan bersahaja berdasarkan hujah yang bernas..
yang penting,dalam forum atau apa-apa sahaja wacana..
TANPA TENGOK TEKS DAN BERSAHAJA SERTA RIAK MUKA YANG TENANG DENGAN SENYUMAN WALAUPUN KADANGKALA ADA UNSUR PROVOKASI DARIPADA AUDIENCE..
ciri-ciri seorang pendakwah dan ahli politik yang baik :)
kebanyakan golongan ini adalah antara golongan yang selalu dalam majlis anugerah dekan ...
nak nikah atau kahwin? Alhamdullilah,ramai orang yang dah kawen time belajaq.. saya juga mahu! hahaha..
Saya memberi tabik kepada golongan ini.. 
kenapa?
dari segi logik.. mereka merupakan golongan mahasiswa atau pelajar yang bersedia akan tanggungjawab.. Walaupun mereka tidak mengetahui akan kejadian atau kemungkinan di kemudian hari,mereka bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan sebagai seorang suami,isteri,anak,ummi dan abi :D
berbeza pula dengan golongan sebaliknya :)
#berapa peratus pelajar atau mahasiswa yang ditangkap tanpa ada ikatan yang sah?
membangunkan ummah itu tanggungjawab generasi sekarang, ayuh,kita bangun..
#penceraian golongan yang bernikah muda dan bernikah semasa belajar ini berlaku peningkatan setiap tahun..
Sila kaji balik asbab mengapa terjadinya perkara ini :)
Wanita dinikahi karena empat perkara, karena hartanya, nasabnya, kecantikannya, & karena agamanya & pilihlah karena agamanya, niscaya kamu akan beruntung.” (HR. Bukhari dari shahabat Jabir bin Abdillah radhiyallahu ‘anhu)
InsyaAllah akan kekal sampai ke syurga jika memilih yang beragama dan kerana Allah Taala.. kan3?
travel semasa belajar?  "Jauh berjalan,luas pandangan"
ramai orang yang cakap travel nie membuang masa dan duit.. tapi bg saya tak :)
kaitkan semula dengan kejadian yang Allah jadikan..
Subhanallah,banyak sgt kejadian Allah yang tak pernah kita ketahui ..
Keindahan dan sebagainya :)
tahniah kepada pelajar -pelajar yang dapat pergi pertukaran pelajar..
golongan ini melihat sendiri,merasai sendiri bagaimana hidup berdikari di negara org..
yg pasti dapat menyelami akan budaya,politik ekonomi dan sbgnya.. 
pengalaman yang sangat berharga :)
Tak semua org mampu memiliki dan merasai
P/S:Doakan saya dan sahabat saya mampu melepasi tahap kedua untuk pertukaran pelajar ! Ke China.. hewhewhew...
*mahasiswa dan pelajar itu legasi agama dan negara !
p/s:Pelajar berminda kelas pertama itu bukan cemerlang ilmu dunia tapi ilmu akhirat juga!
Jom,aktifkan diri!

Tuesday, 16 April 2013

Allah memberi nikmat masa,kita memberi sisa-Solat

"“Dan jika kalian menghitung nikmat Allah nescaya kalian tidak akan sanggup.” (An-Nahl: 18)
Subhanallah,betapa Allah sayangkan kita...
Antara nikmat Allah beri kat kita ialah masa.

Solat itu adalah amanah.
Amanah?
ya,solat itu adalah amanah Allah kepada kita.
Perasan tak?
kadang-kadang kita suka lewatkan solat kita walaupun masa tu kita tak buat perkara-perkara yang tidak dikehendaki..(saya tidak membahaskan tentang hukum)
Balik dari kelas,sukan dan sebagainya walaupun masa kita berjalan tu azan berkumandang tapi kita balik sempat lagi tidoq dan rehat.
Alasan kita:
1.Tak pa waktu panjang lagi
2.tak pa janji aku solat dari aku tak solat langsung..
kesimpulannya, kita memandang solat itu sebagai satu tugas bukan amanah.. kan3?

Contoh yang paling ketara,kita kunci jam pkoi 6 untuk solat subuh tapi snooze,snooze sampai la pkoi 7.. 
Alasan kita: #Sempat lagi,waktu tak habis lagi.. 
# walaupun aku solat lewat,tapi aku solat juga..

zohor,asar,maghrib,isyak pun macam tu jugak..
tambah lgi nak bangun solat malam..
betapa kita tidak menyedari akan semua ini..
Allah bagi nikmat masa kat kita dengan penuh rahmat,kita bagi sisa kat Allah..
24 jam Allah bagi kat kita..
betapa kita lalai sampai tak sedaq masa 24 jam itu berlalu
Allahurobbi :,(
lepas tu Allah buka pula pintu keampunan setiap malam... free of charge,kita buat tak tau ja...

kata imam nawawi:
Terdapat dua nikmat yang selalu dilupakan oleh kita iaitu masa lapang dan sihat, kerana ia manusia selalu lapang dan sihat berbanding terlalu sibuk dan sakit.

jauhnya kita dengan para sahabat,pejuang-pejuang fisabillilah yang dulu....







First train to Jerantut ^^

berhabuk dah nak tulis benda nie.. tapi hari tu malas nak update hahahaha... malam nie baru mai mood nak tulis pasai nie... 
Sebenarnya kejadian awesome nie jadi semester lepas masa study week.. berapa hari bulan dah tak ingat.. :)
hehehe..

lepas menyelidik tentang cara nak pergi ke Jerantut -dari Kak Yuni Comel dan kawan-kawan yang awesome,saya dan seorang buddy silat mendapat hasil penyelidikan untuk pergi ke pahang.. *buddy silat nie org Jerantut juga tapi tak pernah nak balik dengan bas..

Natijahnya,kena pergi ke Pekeliling untuk beli tiket ke Pahang..
Kami tak naik LRT sebab beg kami besaq..
Biasalah nak bawak balik buku *tapi tak baca pun kan..
kami pun naik teksi
Traffic jam ---RM 17 ++ pakcik nie mintak 18.. =,=

Alhamdullilah,pertama kali berada di tempat bas pekeliling.. huhuhu
Ramai sangat orang time nie... 
pergi ke kaunter,Tiket habis!!!
tengok jam dah dekat nak maghrib dah nie...

Mak Muhammad dah col sebab bimbang sebab perempuan kan.. 
(sebenarnya saya pergi kenduri abg Muhammad yang sulung bersama family dia)

Tapi tak leh putus asa sebab malas nak balik ke UM malam-malam.. kena tukaq-tukaq train lagi.. 
setelah perbincangan meja bulat,kata sepakat telah dipersetujui.
Beli tiket kat kL sentral dan naik train KTM..
Train???
First time nak naik train nie... pesan dekat buddy,kalau ada yang tempat tidoq ambik yang tu,biaq mahai tak pa,asalkan selesa.. beg berat kot + letih sebab kelas pgi penuh.. bajet boleh rehat 2-3 jam dalam train..
sebab dari KL ke Jerantut biasanya 2 jam ja (ikut orang cakap la)

buddy bgtau tempat yang boleh tidoq tu habis... ! tak pa la,ekonomi pun jadi la janji sampai ke destinasi dengan selamat...

kami naik train pkoi 8 malam.. nak tidoq tak boleh sebab agak kurang selesa.. tengok jam...lamanya nak sampai..lau naik bas boleh ja sampai nie...
buddy col mak dia,mak dia cakap kalau train balik Jerantut dalam 7 hingga 8 jam..
pastu mak dia pesan jgn tidoq sebab takot terlepas stesen... 

habeh la...
 komik tak larat nak selak dah
makanan sampai habih.. dunkin pun dah sejuk..

Tapi yang part paling saya pelik dan suka,kalau tak silap dekat gemas,Negeri Sembilan kot..
Train berhenti dalam lebih kurang sejam..
Pastu ketuk-ketuk depan dia..
buddy cakap depa tukaq kepala train...
#tak paham gak..

bila jalan, mengundur! macam patah balik ke arah belakang... 
Sapa yang tau pasai nie sila komen di bawah :D

*mak muhammad dah tepon malam tu banyak kali jugak.. kecian depa tunggu.. nasib baik la rumah dekat dengan stesen...

Sampai sana pkoi 4 pagi lebih! macam balik kedah dah naik train nie...

Sampai kat stesen kak yuni dengan along dah menunggu dengan setia dan tepat pada masa..

Terima kasih daun keladi,esok tu nak sanding pkoi 4 pagi tak tidoq lagi semata-mata nak ambik saya... hahahhaha... tak pa nanti kami kawen kami bg yang special bg hampa dua... 

Sampai ja di homestay , Muhammad dah sengih-sengih  tunggu untuk berkhidmat angkat beg saya yang sangat berat menggantikan along pada awalnya... hahaha

p/s:Alhamdullilah,Allah beri saya kesempatan untuk merasai  pengalaman naik kereta api ..
Walaupun kadang-kadang terfikir macam serik untuk naik train.. tapi pengalaman ni takkan dapat kat mana-mana.. 
"Jauh perjalanan,luas pemandangan"

salam sayang,
Nabilah..