Friday 26 April 2013

Wanita solehah pendamai dunia :)- Forum Mitta


Alhamdullilah,semalam telah berlangsung satu program yang bermanfaat ^^
Walaupun kelas kami start daripada pkoi 8 pgi sampai ptg... majlis ilmu tetap perlu dihadiri..
Sebab apa? Rohani kita kena ada makanan yang sihat kan?
:D
Moderator malam tu sepatutnya Heliza Helmi comel tapi flight delay..
Tapi telah diganti oleh saudara Amin Idris yang awesome..
*sgt*
panel: Ustaz Sohor
:puan Raihanah.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
perbincangan dimulakan dengan pembukaan satu cerita menarik yang saya nak oleskan di sini sebab saya rasa benda berlaku di sekeliling saya...
Cerita nie saya olahkan mengikut gaya saya:
Ustaz cakap ada seorang ibu menelefon beliau cakap ada orang nak masuk meminang anak dia yang kebetulan adalah bekas anak muridnya dan  mintak tolong ustaz tolong tengokkan calon suami anak dia.
ustaz mencadangkan agar ibu tersebut memberi nombor telefon ustaz kepada si lelaki tadi.
Malam tu,lelaki itu telefon ustaz..
Bermulalah penyiasatan seorang ustaz,..hehehehe
Penyiasatan apa?
1.Ustaz suruh dia baca Al-Quran = Lulus.. Ustaz tambah lagi sangat merdu suara dia..
2.Sebutkan nama-nama ulama = Lulus..
dan macam-macam lagi..
ustaz merasakan bahawa lelaki itu ada agama..
Lepas itu,ustaz memberitahu ibu itu semula ikut pandangan ustaz,laki ini bagus ...


tidak lama selepas beberapa ketika..
Bekas murid ustaz menghubungi ustaz dgn mengatakan bahawa dia malu dengan lelaki tersebut..
Kenapa?
sebab ibu tadi telah menolak pinangan lelaki tersebut sebab hanya ada RM4,000 dalam tgn bukan 15,000..
Allahurobbi :,( 
Menggadaikan kebahagian yang mampu bawa ke syurga demi kebahagiaan sementara dunia..

Ustaz menyambung lagi:
Kejadian itu berlaku selepas keluarga sebelah ibu masuk campur..
Ada salah seorang bapa saudara sebelah ibu..
Mengatakan.. RM4,000 itu hanya jual anak..!!!

bagaimana dengan perkataan jual anak jika dibandingkan dengan hadis Rasullulah
Wanita yang paling besar barakahnya adalah yang paling ringan Maharnya" (HR Ahmad, Al-Hakim, dan Al-Baihaqi dengan sanad Sahih)

Ustaz menyimpulkan: orang itu tidak ambil peduli dan pengajaran daripada hadis nabi :)

Kebetulan pula ustaz menceritakan bahawa mahar pernikahan beliau adalah sebentuk cincin..
Anaknya? Seorang lelaki di UIA seorang dalam menunggu UPU.. 
beliau menambah lagi,dia rasa lebih menghargai isterinya sebab isterinya itu dimiliki dengan cara yang paling mudah dan berkat sebab tiada hutang ^^
Saya juga suka bait-bait yg disampaikan olah Puan Raihanah:
"Walaupun isteri cantik jelita,tak sembahyang apa guna"
"Walaupun suami kaya harta,kaki perempuan tiada guna"..
dan
Wanita itu perlu berpengetahuan dan berkemahiran:
Saya mengambil pengajaran daripada kata-kata ini untuk mencantas hujah-hujah yang sering kita dengar
"Belajar tinggi-tinggi buat apa,last sekali laki tak bg keja"
Tapi
tidak semestinya yang berpengetahuan itu perlu memegang ijazah
Sebab,
tak guna jugak jadi graduan kelas pertama tapi tak dak langsung skill parenting... kan3?

Last sekali amin idris buat persembahan


p/S:Ramai orang sekarang fikir nak kawen,tapi tak fikir selepas kawin...
*rumah berselerak,hutang sana sini sebab buat majlis grand,dapur tak berasap*

No comments:

Post a Comment