Tuesday 2 April 2013

peduli syria- "the story of humanity"


perasan tak dah jarang kita tak post atau tulis pasai isu kemanusiaan nie.. kalau tetiba Palestin dgn syria dan kawasan dunia yang lain kena serang dgn besar,baru kita post doa-doa
"Ya Allah,selamatkanlah saudaraku di Palestin".. tpi sekarang bila benda tu sepi,kita pun sepi..
doa pun tak dak dah... 
*nanti mesti org ckp doa tak perlu post-post...
yes! correct... tp dalam tak sedar kita jadikan isu ini mcam isu yang bermusim ja...
Allahurobbi :'( 
terlalu lalai dengan keamanan sehingga lupa kesyukuran..
nie pun ingat sebab pergi ke forum bersama dengan misi keamanan ke syria dan wartawan..
betapa lalainya kita kan..



beza antara syria dan kita banyak sangat ..
depa kat sana berjuang untuk belajar.
Belajar dalam suasana yang amat daif. Dalam bangunan sebab nak elak bangunan runtuh kena bedil,dengan hanya menggunakan satu batang lilin sahaja setiap kelas. Tapi apa yang menyentuh hati melalui penceritaan seorang ustaz yang selalu menjalankan misi keamanan ke Syria. Beliau telah menceritakan bagaimana kanak-kanak di kem pelarian ni pergi ambil serpihan meja dan kerusi yang telah musnah sebab kena bedil  .Bwak balik alatan tadi cantumkan semula dan belajar dalam kem pelarian.
vs
kita kat sini banyak yang ponteng sekolah. Tapi kecenderungan seseorang untuk belajar tu berbeza-beza kan?.Ada sesetengah yang berdasarkan kemahiran bukan sukatan.. okey la tu.. nak jugak berusaha..
Tapi ada jugak jenis yang tak mau dua-dua.. belajaq tak mau,keja tak mau,semua tak mau..
kat sini meja,kerusi, semua alatan musnah jugak,tpi bukan sebab bedilan tapi tgn sendiri..
*jauhnya kita dengan mereka

depa kat sana berjuang untuk kekal agama
rakyat Syria kat sana berjuang untuk terapkan ilmu agama kepada generasi mereka.. Bagaimana terpaksa belajar dalam keadaan bunyi bom dan bedilan.. tak kira lagi serang hendap... 
Al-Quran dan kitab-kitab musnah,.. tapi nak jugak belajar agama...kanak-kanak dalam video yang sangat comel sangat bersemangat menghafal Al-Quran.. *semoga Allah menjadikan jiwa kalian seperti srikandi Islam seperti Zinnirah dan Sumayyah

vs
kita kat sini makin nak jauh dari agama.
perasan tak? kita sekarang dah jauh dengan Allah...
kita lebih suka kepada kebendaan dan keseronokan yang merosakkan hati yang akhirnya membawa kepada kemusnahan umat dan akhirnya tamadun jatuh seperti mana tamadun-tamadun Islam yang dulu..
bagaimana Mustafa kamal Attartuk bisa mengubah turki dengan hanya menghilangkan agama.
Allahurobbi...
majlis-majlis agama kita selalu tinggal,walaupun dah ada depan mata.. kadang-kadang kita tak hadir pun..
kita tak perlu cari pun majlis-majlis agama nie.. sebab dah ada..
*jauhnya kita dgn mereka

depa kat sana berkongsi makanan untuk survive..
Salah seorang panel menceritakan pengalaman yang dia rasa dia tidak akan lupa sampai akhir hayatnya.
Semasa berada di Syria, Allah S.W.T telah menemukan beliau dengan satu peristiwa yang sangat menyayat hati dan menimbulkan kesyukuran..
peristiwa yang mana ada seorang kanak-kanak yang memegang roti dengan menggunakan tangan kiri dan tangan kanannya mengeluarkan sesuatu dari poket.
Daripada sesuatu itu, telah dibahagikan kepada rakan-rakan yang lain.
Tahukah apa benda itu?
Garam.. untuk dimakan dengan roti yang keras dan kecil itu..
kanak-kanak kat kem pelarian itu jugak kanak-kanak akan bergayut di pagar duri untuk menunggu lori bekalan makanan 

vs
kita kat sini disajikan dengan pembaziran.
terlalu banyak makanan sampai buang..
kita suka buang makanan.
bulan puasa kita kat sini hanya budaya bukan ibadah.
Seperti yang disorotkan oleh sebuah novel; puasa di malaysia hanya budaya iaitu membeli di bazar dan memasak makanan di rumah untuk berbuka.. bukan menumpukan ibadah.
Pembaziran kita sangat terserlah apabila berbelanja di hotel..
bayar Rm100 tapi makan tak sampai 20 ringgit.. kadang-kadang kedai makan biasa lagi sedap!
Kesombongan dalam makanan juga jelas terserlah apabila ada kucing yang datang mengiau kat kita.. kita tak bagi makan pun.. bukan kucing tu minta sepuluh ringgit pun kan> hanya sejemput nasi dan lauk.. :) 
*jauhnya kita dengan mereka

depa kat sana berjuang untuk pertahan negara dan bersemangat juang yang tinggi
depa terlalu rindukan akan kesyahidan dalam perjuangan.
bagaimana seorang pejuang kebebasan yang ditemubual beberapa kali terkena bedilan dan sedang dirawat dengan bangganya menyatakan "selagi saya hidup,saya akan berjuang untuk memperjuangkan kebebasan
Syria... *mampukah kita berkata demikian?
kanak-kanak Syria yang berterusan mempunyai semangat juang yang tinggi untuk menjadi syabab yang berguna untuk agama dan negara.
keadaan tentera remaja pejuang kebebasan yang sentiasa memegang tasbih dan senapang.

vs
kita kat sini berjuang berterusan untuk mempertahankan hak kita yang kita rasa betul tapi sebenarnya tidak!
kita kononnya perlukan privasi untuk sesuatu yang kita buat.. Misalnya,status kita di FB itu hak kita,aurat kita tu hak kita... tp sebenarnya tidak.,
kita sangat tandus dalam agama,bagaimana kita akan merasai kerinduan untuk syahid?
ramai saudara-saudara kita kat sini yang meninggal sebab berlumba haram,hisap dadah,HIV dan Aids?
bayi dibunuh dengan kejam... *bayi itu ahli syurga*
kita kat sini nak ucap Alhamdullilah pun susah 
*jauhnya kita dengan mereka



kita tak sedar pun kita dibuai oleh mimpi-mimpi yang tidak realistik
tambahan pula  sesetengah sorotan media yang keterlaluan menyebarkan auta daripada fakta...
malam ini fikiran saya dan sahabat -sahabat mungkin telah dipilih Allah untuk dibuka fikiran seluas-luasnya.

tidak seperti yang disampaikan oleh segelintir itu..
pejuang kebebasan Syria digelar pemberontak Syria,penganas Syria
bagaimana mungkin itu boleh berlaku
 pemberontak itu berjuang utk mempertahankan tanah air daripada kekejaman dan penghapusan hak bersuara
pemberontak itu jugalah yang diseksa,dibunuh oleh pejuang rejim Asad
perjuangan untuk pembebasan Syria daripada rejim  Asad digelar pemberontak Syria dan pengganas Syria?

pejuang kebebasan Syria yang menuntut bela 28 kanak-kanak yang ditahan kerana menulis di dinding 
sekolah "rakyat mahu menjatuhkan kerajaan" yang mana berpuluh tahun mereka dalam kekejaman rejim Asad
kanak-kanak diseksa dengan dicabut kuku dan tangan... 
apabila ibubapa mahu pembebasan anak mereka,harus dibayar dengan wanita 
 
#sedarlah saya saat ini, Allah sengaja mencampakkan saya di sini untuk membezakan antara permata dan kaca,antara bunga dan debu,antara hak dan batil,antara gelap dan terang,antara suluh dan jaga :)

*teringat satu lagi kisah menyayat hati:
surat kepada ulama Syria yang mengandungi pertanyaan dari seorang tahanan perempuan yang mengandung:Apakah hukum bunuh diri kerana aku sudah tidak sanggup untuk membawa benih rejim asad?
menangis ulama kerana tidak kelu..


kita tak mampu nak berjuang ke OIC dan PBB.. cukuplah hanya sekadar lukisan jiwa yang tak mampu digambarkan dengan kata-kata.. 

Istiqamahkan doa kepada saudara kita di sana dan seantero dunia....

tambahkan kesyukuran kita dan jadikan Syria sebagai ibrah kepada diri kita :)



No comments:

Post a Comment