Tuesday 16 April 2013

Allah memberi nikmat masa,kita memberi sisa-Solat

"“Dan jika kalian menghitung nikmat Allah nescaya kalian tidak akan sanggup.” (An-Nahl: 18)
Subhanallah,betapa Allah sayangkan kita...
Antara nikmat Allah beri kat kita ialah masa.

Solat itu adalah amanah.
Amanah?
ya,solat itu adalah amanah Allah kepada kita.
Perasan tak?
kadang-kadang kita suka lewatkan solat kita walaupun masa tu kita tak buat perkara-perkara yang tidak dikehendaki..(saya tidak membahaskan tentang hukum)
Balik dari kelas,sukan dan sebagainya walaupun masa kita berjalan tu azan berkumandang tapi kita balik sempat lagi tidoq dan rehat.
Alasan kita:
1.Tak pa waktu panjang lagi
2.tak pa janji aku solat dari aku tak solat langsung..
kesimpulannya, kita memandang solat itu sebagai satu tugas bukan amanah.. kan3?

Contoh yang paling ketara,kita kunci jam pkoi 6 untuk solat subuh tapi snooze,snooze sampai la pkoi 7.. 
Alasan kita: #Sempat lagi,waktu tak habis lagi.. 
# walaupun aku solat lewat,tapi aku solat juga..

zohor,asar,maghrib,isyak pun macam tu jugak..
tambah lgi nak bangun solat malam..
betapa kita tidak menyedari akan semua ini..
Allah bagi nikmat masa kat kita dengan penuh rahmat,kita bagi sisa kat Allah..
24 jam Allah bagi kat kita..
betapa kita lalai sampai tak sedaq masa 24 jam itu berlalu
Allahurobbi :,(
lepas tu Allah buka pula pintu keampunan setiap malam... free of charge,kita buat tak tau ja...

kata imam nawawi:
Terdapat dua nikmat yang selalu dilupakan oleh kita iaitu masa lapang dan sihat, kerana ia manusia selalu lapang dan sihat berbanding terlalu sibuk dan sakit.

jauhnya kita dengan para sahabat,pejuang-pejuang fisabillilah yang dulu....







2 comments: