Sunday 28 April 2013

Pemimpinkah sebegini? Buka hati,buka mata.. Ingatlah maghfirah Allah :) *sekadar rasa terkilan


HAi guys...
Terlebih dahulu,saya memohon kemaafan terhadap apa yang ingin saya katakan ini..
Andai ada tersilap bicara bisa mengguriskan sesiapa sahaja..
Tujuan saya menulis entri agar semua pihak buka mata,buka hati dan terima dengan hati terbuka dengan apa yang saya katakan ini..
Seperti yang kita lihat sekarang,
ambang pru 13,
minggu depan ja lagi kita nak buang undi..
Saya faham semua orang dengan ideologi sendri..
termasuk saya juga :)
Tapi jangan disebabkan ketaksuban dan kesukaan kepasa ideologi kita,
kita hampir terlupa akan apa itu pendidikan..
Saya tidak layak lagi untuk mengundi,
saya juga mahasiswa yang sentiasa dihujani pelbagai berita yang entah benar ataupun tidak,,
Tapi saya melakukan pemerhatian..
Siapakah pemimpin saya :)

Saya mengetengahkan entri ini bukan dari aspek politik tetapi aspek sosial dan kemanusiaan..
Saya sebagai anak muda dan juga mahasiswa turut berasa akan insinden yang baru saya jumpa sebentar tadi..
Benar,ceramah politik itu perlu tapi kita jangan sampai terlupa bahawa ada generasi bawahan seperti saya ada bersama :)

Rasa terkilan dan sebak apabila dalam satu ceramah politik yang seharusnya dipenuhi dengan kata-semangat supaya meraih pengundi menyakini bertukar sebaliknya.. 
Walaupun bukan saya yang berada di situ..
Tapi saya merasakan bahawa hilangnya erti  'malu' dalam kalangan kita..

Anak-anak kecil ditayangkan video tidak senonoh secara full di padang menghilangkan rasa hormat saya dan juga generasi saya..
*tanpa sensored
Saya anak muda walaupun sudah melepasi had umur untuk melihat pun tidak tergamak untuk melihat,
inikan pula kepada anak-anak kecil..

Allahurobbi :,(

Terbayang-bayang bagaimana nasib anak-anak kecil itu nanti..
Apakah mencontohi apa yang berlaku dalam video itu atau sebaliknya..

bagaimana nasib anak-anak saya dan cucu saya nanti kalau perkara sebegini berterusan..
Masih lagi terkilan,bagaimana mentaliti seorang pemimpin yang menganggap dirinya berwibawa dan berkredibiliti boleh memikirkan perkara serendah-rendah akhlak..

Ingatlah,wahai pemimpin dan bakal pemimpin..
Perbuatan kita akan menjadi rujukan..
Menjadi Qudwah hasanah terhadap generasi selepas ini..

Jangan berasa hairan jika adanya anak kecil yang ditangkap melakukan perkara yang tidak senonoh
Jangan berasa hairan jika generasi selepas ini tiada malu
jangan berasa hairan jika generasi selepas ini menganggap zina itu budaya..

#walaupun saya tidak berada di situ,tapi saya sedih akan keadaan ini..


Kepada pemimpin dan bakal pemimpin,
pulanglah ke jalan agama.. 


ikhlas dan penuh kasih sayang,
nabilah.

No comments:

Post a Comment