Wednesday 24 April 2013

nak mula mcamana?

Hai guys,
Alhamdullilah Allah pinjamkan nyawa kita pada hari ini..
Menjawab persoalan yang dikomentar oleh pembaca tersayang rentetan daripada entri sebelum ini,
Nak mula tapi tak tahu macamana :D
Di sini saya cuba menjawab,harap membantu saudari.


1.niat
Perkara yang sgt penting dalam melakukan apa sahaja yang kita lakukan..
Betulkan niat “Aku buat nie semua kerana Dia” iaitu Allah. Ini adalah permulaan yang sgt baik untuk melakukan perubahan. Yakinlah kepada Allah bahawa Dia akan mempermudahkan segala urusan kita semua.


2.Cari sokongan untuk menyokong
Carilah penyokong untuk orang guide kita. Jika saya dahulu,Muhammad menjadi guide saya semasa beli-belah..Alhamdullilah,dia adalah antara penyokong awal perubahan ini. J Selepas itu Allah anugerahkan saya sahabat-sahabat yang baik untuk penyokong selepas Muhammad.. Syukran..


3.Bermuhasabah sebelum keluar rumah
Bermuhasabahlah sebelum keluar rumah “adakah pakaian saya sekarang adalah pakaian yang Allah redhai?”. Setiap malam sebelum tidur bermuhasabahlah “Allah bagi nikmat yang tidak terhitung hari ini,tapi apakah aku syukuri?”


4.Memakai tudung yang selesa buat kita
Seperti yang saya katakan sebelum ini,menutup aurat itu bukannya bertudung bulat dan labuh. Jika anda selesa memakai tudung bidang 45,teruskan usahamu sayang. Tetapi dengan syarat,tutup dada,tutup bahu dan tidak jarang. Ketika saya berada dalam situasi ini,saya lebih selesa mengenakan pashmina atau selendang yang dilabuhkan sedikit di bahagian depan dan belakang.. Semasa di peringkat ini,kita kena cuba belajar untuk pakai inner tudung.. Walaupun pada mulanya akan berasa rimas dan panas segala.. tpi lama-kelamaan akan terbiasa. Mengapa saya menyarankan memakai inner tudung? Sebab kalau kita lihat fenomena tudung bawal atau sebagainya agak jarang.. Perasan tak? Oleh itu,ia adalah inisiatif kita agar menutup aurat dengan sempurna.. Tak salah pun pakai cantik-cantik asalkan tidak ber’tabbaruj’ atau lebih senang cerita berlebihan dalam berpakaian. Contoh,pakai mekap tebal  dan pakai mata palsu warna-warni.


5.Pilihlah pakaian yang sesuai
Pilihlah baju yang dirasakan tidak menampakkan asset-aset yang ada. Sekarang banyak ja baju muslimah yang agak moden.. ada sekali cardigan lagi. Boleh ja cari pakai baju lama-lama yang masih padan asalkan tutup aurat, Tak semestinya pakai baju muslimah kan? Kemeja pun boleh
Pemilihan baju kurung dan jubah pun macam tu juga. Kalau kita rasa baju kurung atau jubbah tu dah okey dgn badan kita,tapi alamak! Jarang .. pakailah inner dan pelapik dalam.. tapi bukan inner yang ketat  tu *nanti sama ja dengan tak pakai apa-apa.. okey? Lepas tu,kalau rasa tak confident,Tanya la orang yang sokong kita tu.. okey ka tak.. Yang dah kawen Tanya la suami.. hehehehe..
#saya selitkan juga tips nak beli pakaian..
Meskipun org nak cakap saya nie cerewet atau apa.. Yang penting Allah.. usah pedulikan apa yang orang cakap,Allah itu Maha mengetahui..
Lets go,
1.tgk ikut bentuk badan ka tak.. seperti yang kita lihat dalam pasaran sekarang banyak ja baju yang kita cakap menutup aurat,tapi menampakan bentuk badan.. Rugi kan? Kita nak wat pahala tapi dapat murka :D


6.Pakai stokin dan sarung tangan
yang nie yang penting.. kadang-kadang kita pakai tudung labuh sempurna,baju sempurna.. menutup aurat Alhamdullilah..tapi kita sering terlupa bahawa kaki juga adalah aurat.. :D
kalau tgk dalam almari banyak stokin comel kaler pink,merah ka.. pakai ja..
Saya lebih selesa mengenakan stokin comel sebab:

1.suka dan comel
2.bila hujan,tak nampak warna kulit.. *saya rasa macam bila saya pakai stokin yang warna kulit tu,bila kena aiq nampak warna kulit sebab dia jarang ckit.. tapi ada ja stokin mcam nie yang tak jarang tapi yang mahal punya.

Seterusnya,
kalau bab pakai sarung tgn nie ikut keadaan la... Sarung tgn nie untuk menlindungi tgn kita daripada nampak pergelangan tgn..
Saya bg contoh: kalau kita pakai baju kurung.. masa tgn dibawah mestilah pergelangan tgn tak nampak.. Andaikan tetiba dalam kelas nak tnya soalan,takkan nak pegang legan baju kita.. Susahkan macam tu.. konklusinya,pakai la handsock utk melindungi pergelangan tangan kita..
Tapi ,kalau rasa tak perlu pakai,tak payah la pakai.. Senang kan?



No comments:

Post a Comment