Aku ada menyertai kumpulan Facebook yang membincangkan mengenai perkembangan autisme di Malaysia merangkumi ratusan/ribuan ibubapa yang mempunyai anak autisme. Aku pun tidak tahu sejak bila aku mula 'mencintai' golongan-golongan ini. Mungkin sebab Juna anak kak Fynn ataupun selepas itu. Mungkin juga semasa aku menajalankan latihan industri di sebuah badan kerajaan yang memerlukan aku untuk memantau kanak-kanak ini setiap bulan. Tidak tahu. Apa yang penting, aku sekarang mula merasakan bahawa aku jatuh cinta kepada anak-anak ini. Mereka istimewa. 'Adorable and attractive' .
Banyak benda yang aku belajar daripada kak Fynn dan kumpulan tadi. Aku juga ada mengikuti beberapa orang pakar terapi luar negara yang kerap kali membincangkan mengenai autisme ini. Sangat menarik sebenarnya untuk aku ambil tahu. Sebab aku rasa di Malaysia ini tahap awareness masih berada pada tahap yang rendah. Masih ramai lagi yang tidak tahu akan autisme ini.
Aku sebenarnya kurang bersetuju dalam sistem pendidikan negara kita dalam menguruskan kanak-kanak seperti dalam pendidikan 'khas'. Dicampurkan dengan kes 'khas' yang lain. Seharusnya mempunyai satu sistem untuk anak-anak 'khas' mengikut keperluan. Adanya sekolah swasta untuk anak-anak autisme. Tapi, swasta kan? Bayarannya mungkin berpatutan. Namun, ada lagi yang tidak mampu. Akhirnya, anak-anak autisme ini dihantar ke sekolah pendidikan khas yang diajar bulat, bintang, nombor dan ABC serta bermain. Aku kira bagus. Mungkin aku lebih tertarik kepada sistem pembelajaran di negara-negara Eropah. Mementingkan hak anak-anak ini. Bayangkan di setiap tadika di Norway tak salah aku, akan ada satu pakar terapi untuk mengesan 'delay speech' dan perkembangan kanak-kanak.
Apa-apa pun, aku harap satu hari nanti kerajaan Malaysia mempertimbangkan persoalan ini. Ini perkara yang penting. Anak-anak istimewa ini bukannya tidak boleh berfikir. Malah, lebih 'advanced' daripada orang lain. Tapi, sistem pembelajaran di samping tiadanya pendedahan kepada ibubapa mengenai 'Homeschooling' yang menjadi keterbatasan. Kalau ada pun, masih lagi tertumpu kepada golongan yang agak 'educated' dan kawasan-kawasan akses tertentu. Mungkin juga perlu diviralkan benda ini sampai ke akar umbi. Aiseh.
Tadi, ada seorang kakak yang mempunyai anak autisme memuatnaik satu gambar anak dia yang autisme menaip di papan kekunci laptop. Yes, it is. Aku pernah tengok kat youtube kaedah komunikasi cara ini. Mereka tidak boleh bercakap secara verbal tapi boleh dalam tidak verbal. Kat situ, anak dia tidak tulis apa-apa cumanya dia menyusun (coding) mengikut abjad macam dalam kamus. Kira macam transfer daripada kamus kepada taipan. Yang peliknya, kakak ini menggunakan bahasa Melayu dalam pertuturan harian. Anaknya menulis perkataan dalam bahasa Inggeris! Itulah namanya tranfer memory. Mungkin dia pernah lihat dimana-mana. Dia ingat dan dia tranferkan. Istimewa kan? Kita pun tidak mampu. Aku cakap kat kakak itu bahawa ini adalah perkembangan kanak-kanak yang positif sebab daripada pembacaan aku, kalau anak autisme memberikan satu 'sign' komunikasi itu maknanya mereka sedang membina perkembangan positif. Gunakan laptop dan keyboard sebagai satu langkah untuk kita sebagai orang sekeliling berkomunikasi dengan dia. InsyaAllah, dia akan menjadi lebih baik.
Autisme is something. People don't know what it is! Every single person of them have their own 'something'.
InsyaAllah, satu hari nanti mereka akan jadi orang yang berjaya andai kita merasakan dan menghargai bahawa mereka ada 'sesuatu'.
No comments:
Post a Comment