Khamis minggu lepas aku ke Daurah Kitab Risalah an-Nur lagi macam biasa setiap hari khamis malam Jumaat. Minggu ini berkisar tentang kalimah iman dan kesempurnaan insan. Sudah menjadi lumrah kalau setiap kali hadir ke kelas ini, aku ini manusia yang terlalu kerdil jika mahu dibandingkan dengan orang lain yang belajar dalam bidang agama. Mendapat pendidikan formal.
Dalam kelas kali ini, ustaz banyak menyebutkan mengenai peranan iman dalam menjadikan seorang manusia itu sempurna. Betapa Allah memberikan penisbahan iman kepada kita sebagai manusia untuk menjadikan diri kita sebagai hamba Allah. Iman menjadikan seseorang manusia itu menjadi tinggi dalam kedudukan di dalam sesama makhluk. Kita seharusnya, merasa malu kerana apa yang Allah berikan kepada kita. Kita adalah manusia yang tercipta daripada air mani yang kotor. Malah, kita juga tidak mampu untuk berbuat apa-apa seperti makhluk yang lain. Kalau lebah dan kelulut, menghasilkan madu, lembu memberikan daging dan hasil tenusu. Lalu, manusia menghasilkan apa? Tiada apa. Kita cuma mengambil hasil-hasil daripada makhluk-makhluk lain yang Allah cipta. Jangankan binatang; seperkara kecil seperti zarah-zarah yang diperlukan kita itu pun mampu untuk bekerja; C02, 02, zarah-zarah lain. Namun, kenapa Allah melantik kita menjadi seorang khalifah? Inilah sebenarnya nisbah keimanan kepada pencipta kita. :)
Kita jarang bertadabur dengan alam-alam sekeliling sedangkan, kita adalah makhluk Tuhan yang diberikan kesempurnaan oleh Allah S.W.T. Alam-alam sekeliling ini adalah ayat-ayat Tuhan supaya kita melakukan refleksi diri kepada Dia. Kita adalah hamba kepada Tuhan. Allah meletakkan keihsanan dan kasih sayang Dia kepada sesuatu sebagai bukti cinta dan kasihnya menuju Tuhan kita.
Sifat-sifat kita sebagai manusia dan makhluk lain sebenarnya adalah refleksi kita kepada Tuhan. Dalam Al-Quran Allah, banyak memberikan perumpamaan supaya kita melakukan perkara ini. Antara perkara aku rasa kena di batang hidung; aku rasa semua orang pun sama masa malam itu; pasal buah oren.
Sebiji buah oren terhasil daripada sepohon pokok.yang bermula daripada sebiji biji benih pokok. Bagaimana proses sebiji biji oren yang kecil ini menjadi sepohon pokok yang menghasilkan buah oren? Bagaimana pula dengan jenis buah oren yang berbeza; negara A bentuknya lain, negara B bentuknya lain? Sifat Allah itu Maha Membentuk dan Maha Menjaga.
Kalau kita lalu atau berjalan di ladang oren atau sepohon pokok yang nampak cantik sebab variasi oren. Sifat Allah itu Maha Cantik.
Lalu, kita berkata lagi; oren ini adalah isinya elok untuk manusia makan. Sifat Allah itu Maha Pemberi Rezeki.
Seterusnya, apabila kita makan buah oren, kita rasa isinya lembut; Allah itu Maha Lembut.
Lagi?
Buah oren ini vitamin C kan? Allah Maha Menyembuhkan. :)
"Mana satu nikmat Tuhan yang engkau dustakan?",
Wahai manusia.
No comments:
Post a Comment