Wednesday 10 April 2013

cinta kerana Allah Taala ^^


Apa definisi cinta seseorang kerana Allah Taala?
Cinta seseorang: sahabat,guru,kekasih,suami,ibu bapa dan lain-lain
tapi banyak kat laman sosial merujuk kepada suami/isteri,kekasih dan sahabat.. yg lain tu ada tapi jarang-jarang kita tengok kan?

Tapi topik kali ini macam menjurus ke arah yang berlainan jantina sama ada isteri/suami atau kekasih..

Okey guys,lets start our discussion.. berdiskusi tau bukan provokasi... takut jugak kan? sebab sekarang panas politik.. hehehehehe

Pernah dengar kapel islamik? Yes! macam tu la.. saya pun dulu berfikiran macam kamu jugak.. kapel islamik nie selamat dari segi hukum tapi tak pun :)
mesej tanpa tujuan?
status tuju kat kekasih yang tak halal?
cakap telefon tanpa tujuan?
tu semua tak betoi... 
# tak buat apa-apa pun,cakap telefon ja,mesej ja.. bukannya cakap benda bukan-bukan pun..
Tapi kita selalu melalut sampai mesej makan apa?dok buat apa?
kan3?
Yes! that point! tak penting pun kita mesej.
kita kadang terlupa:)
mcam salah seorang sahabat saya berbicara "memang kita mula-mula msej benda penting ,tapi desakan hati kita mesti nak melalut p kot lain".. #betoi jugak cakap dia.. baik tak payah mesej terus... kan senang?

Sekarang nie kita boleh ja tarbiyah kat mana-mana fb,twitter,blog dan sbgnya..
macam kat fb kita share status,update status dah dapat pahala...
Tapi persoalannya?
adakah tarbiyah itu berkesan?

jom kita muhasabah:
1.kita tulis kat fb "Saya cinta kamu kerana Allah Taala".. tapi masih lagi melakukan benda yang mendapat kemurkaan Allah..
2.kita tulis status" jom,Amar makruf nahi Mungkar" tapi profile picture kita berdua bersama dengan si dia yang belum halal lagi.
3.kita cakap kita nie kapel islamik-keluar kita tak pegang tangan,keluar bersama mahram tapi kita tak sedar semua itu pembohongan kat diri,hati masing-masing tahu kan..
4. kita cakap kita nie cuma berkasih sayang bukan kapel-tapi setiap malam bergayut,mesej sentiasa,sentiasa luahkan rasa rindu... :)

kan?
Macamana status hubungan kita yang kita ucap kerana Allah tapi dalam masa yang sama kita 
 melakukan perkara yang mengundang kemurkaan Allah.. TT

P/S:Kita kadang-kadang menipu diri sendiri tapi kita terlupa bahawa Allah itu Maha Mengetahui..

jom,sama-sama kita lakukan transformasi untuk menjadi hamba yang cemerlang :D


4 comments:

  1. Syaitan memang pandai dan licik dalam memperelokkan sesuatu perkara yang hakikatnya buruk untuk mengaburi mata mangsa tipudayanya. Terima kasih Nabilah berkongsi idea dan peringatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. :D betoi kak,kadang-kadang kita sedar semua tu tpi kita buat jugak ^^ Sama-sama kak.. kita bermuhassabah...

      Delete
  2. thanx di atas perkongsian dan peringatan yg baik adik...:)
    Carilah keberkatan cinta yg sbnr..bukan cinta berlandaskan nafsu dan menipu diri menyatakan cinta tersebut krn ALLAH...jika cinta kerana ALLAH jadikan dia yg HALAL dan bawa hala tuju cinta tersebut kepada cinta sang PENCIPTA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama kak.. InsyaAllah kak :) kita sama-sama mencari kekuatan cinta berlandaskan cintaNya... hehehe..

      Delete