Hamba Al-Khaleeq yang berhati tisu; tidak sempurna. Biar rebah kaki, asal tidak mendongak bila memandang ke bawah.
Sunday, 31 May 2015
Pengharapan manusia dan Tuhan.
Friday, 29 May 2015
Jadi perempuan yang berhijrah tidak seindah yang disangka.
Dengan nama Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Kau tahu tak susahnya nak menjadi perempuan yang berhijrah ini?
Aku perempuan yang berhijrah secara drastik. Means dari free hair terus ke pakai tudung labuh kepada berniqab. Tiada transition. Kalau sesiapa yang memang ikut aku dari dulu lagi. Memang akan tahu.
jadi perempuan yang berhijrah ini bukan mudah. Tidak mudah. Bermula dengan tingkat penghijrahan yang pertama. Akan ada rasa dalam jiwa konflik identiti. Boleh ke tak eh? Boleh tak eh?
Sometimes, kau akan ada rasa macam nak buang tudung. Kau tahu sebab apa? Sebab sebelum ini, kau pakai main pakai. Nak keluar pakai baby shirt and short pants siap. Messy bun. Sneakers dan selipar. Jalan terus. Sekarang kau kena iron segala jenis mak tudung, baju dan sebagainya. Walaupun nak sidai baju dan turun beli kicap 5 minit T___T
Belum kira pakai hand socks dan stoking lagi. Ha. Besar pengorbanan. Hati memang kena kuat.
Banyakkan cari kekuatan melalui amalan sunat dan yang penting tahap ini. Bangun tahajud. Minta doa betul-betul dengan Tuhan. Selalu pergi majlis-majlis ilmu.
Aku rasa bersyukur juga sebab masa ini aku jumpa PMIUM. Ada usrah. Ribbiyyun.
Lepas itu, kau akan menghadapi ujian apabila adanya 'risik-risik' kepada kau. Tapi bila kau cakap. Saya perempuan berhijrah. Kau jangan letak harapan tinggi sgt kat orang. Tak semua orang boleh terima keadaan kau. Percaya dan yakin terhadap diri kau. Bahawasanya ada orang yang akan terima kau apa adanya satu hari nanti. Tak payah nak sedih sangat untuk ini. Allah dah bagi jodoh. Andai kata dia, maknanya dia. Yang penting, kita sama-sama jadi baik. Ingat, janji Tuhan.
Apa-apapun. Moga beristiqamah wahai wanita. Moga Allah memberi kekuatan dan keberkatan kepada kita semua :)
Thursday, 28 May 2015
Inner tudung. Satu teguran kepada muslimah.
A Man. Cat Lover.
Garang tapi hati tisu dan chengeng.
Rasa-rasa Allah ampunkan kita tak?
Wednesday, 27 May 2015
Berkongsilah apa sahaja. Itu saham akhirat kita.
Kisah husnozon.
Nasihat aku. Jangan pernah memilih bulu dalam menyatakan sesuatu yang mungkar. Kalau kau rasa kau buat, kau berdosa. Diamkan. Itu antara meditasi kau dengan Tuhan. Namun, tidak perlu berlakon seperti manusia suci yang hatinya suci.
Kau tahu tak? Manusia itu pendosa tanpa noktah.
Kan aku dah cakap. Kalau ada titik temu. Pasti temu.
Bertaddaburlah dengan kalam Tuhan.
Monday, 25 May 2015
Aku mahu lari, tapi kita masih di bumi yang sama.
Sunday, 24 May 2015
Aku dan sneakers. Tidak perlu jadi manusia lain.
Saturday, 23 May 2015
Bagaimana mahu menolak lamaran? Interesting betul soalan ini?
Sunday, 17 May 2015
Tips? Berpuasalah kalau tidak mampu.
Saturday, 9 May 2015
Bercinta selepas nikah atau sebelum? Hah? Macamana?
Semalam ada orang PM fb tanya pasal ni kat aku. Aku cakap, panjang aku nak cerita. Tunggu aku update entri. Akhirnya, aku update juga! Dah bersawang, LOL. Sarang labah-labah.
Kembali kepada persoalan. Nak bercinta sebelum nikah atau selepas nikah?
Kembali kepada persoalan. Nak bercinta sebelum nikah atau selepas nikah?
Perasaan itu kan fitrah
Hurm. Bagi aku, depends on individual juga sebenarnya. Cinta itu kan fitrah?. Allah bagi perasaan itu bersebab. Dan tak salah pun kalau kita rasa. Malah, aku rasa lagi tidak normal kalau takdak benda ni. Eh! Beginilah, perumpamaan. Tanya diri sendiri. Kau rasa kau sanggup atau tidak nak kawal perasaan dan tingkah laku masa bercinta sebelum nikah?. Means, tak mesej, tak cakap phone, tak jumpa, tak berkirim salam dan sebagainya. Kalau tanya aku, memang tak lah.
Aku tak cakap lah takdak langsung manusia bernama lelaki perempuan ini tak boleh survive dalam hubungan bercinta sebelum nikah ni. Tapi bilangan dia mmg sikit. Kalau tanya golongan-golongan yang ada pun, still ada juga benda-benda sebegini. Hurm. Again, it depends to individual.
Aku strongly believe kepada bercinta selepas nikah. Sebab apa? Sebab aku dah pernah melalui fasa bercinta (kapel) sebelum ini. Rasa macam klise dan kosong. Well. Pengalaman ajar jadi matang. Hahaha. Dalam fasa umur sekarang. Sejujurnya,aku lebih prefer untuk bercinta selepas nikah.
Aku tak cakap lah takdak langsung manusia bernama lelaki perempuan ini tak boleh survive dalam hubungan bercinta sebelum nikah ni. Tapi bilangan dia mmg sikit. Kalau tanya golongan-golongan yang ada pun, still ada juga benda-benda sebegini. Hurm. Again, it depends to individual.
Aku strongly believe kepada bercinta selepas nikah. Sebab apa? Sebab aku dah pernah melalui fasa bercinta (kapel) sebelum ini. Rasa macam klise dan kosong. Well. Pengalaman ajar jadi matang. Hahaha. Dalam fasa umur sekarang. Sejujurnya,aku lebih prefer untuk bercinta selepas nikah.
Tersuka dekat someone?
Kah! Normal la tu. Aku pun sama. Tapi aku tak tahu la orang tu suka aku ke tidak. LOL. Tak leh blah. *terbuka gila confess nie. Kisah apa aku. Bukannya orang tahu pun. In fact, I think he know. Diamlah. Ok, Kalau kita suka kat someone. Mesti ada sebab kan? Tak kisah la sebab apa pun, yang penting 'ultimate goals' kenapa kau boleh tersuka. Kalau sebab dia hensem dan perwatakan menarik. baik kau lupakan sahaja niatmu itu. Kau tersuka dengan dia sebab kehendak bukan keperluan. Think again. Rugi masa doh. Suka kat someone tapi tak dak ultimate goals.
Kenapa aku cakap begini? Sebab masa ini bagi aku adalah fasa untuk aim orang yang layak untuk jadi spouse. Bukannya cinta monyet macam zaman sekolah dulu-dulu. Ingat, ini fasa cari bapa/ ibu untuk anak-anak! Bukan untuk cari pasangan bercinta.
Tahu tak? Hubungan suami isteri ( happiness of marriage) itu bersifat 'U' atau huruf U. Penurunan happiness dalam perkahwinan itu akan berlaku dalam keadaan apabila bebanan makin bertambah. Kebiasaannya, penurunan ini akan bermula seawal usia 3 tahun lebih perkahwinan. Kalau tak mampu nak resist dalam fasa ini, kau akan nampak konflik yang memuncak ( in case, sebab itu penceraian kebiasaannya berlaku pada usia perkahwinan 5 tahun pertama. Boleh rujuk statistik negeri dan negara).
Ok, fikir sekali lagi. Kau suka sebab keperluan atau kehendak? Atau kehendak dan keperluan.
Pentingnya istisyarah dan istikharah?
Yes, exactly. Pentingnya istisyarah dan istikharah. Penting sangat. Selalu orang akan cakap pentingnya istikharah tapi membelakangnya istisyarah. Sebenarnya, dua perkara ini perlu dikepilkan sekali. Secara logikalnya, ya. Perlu tahu perbezaan ini. Istisyarah ialah perbincangan atau musyawarah. Kiranya minta pandangan daripada orang yang tahu dan yang korang percaya untuk buat keputusan ( ibu bapa, kawan-kawan dan sebagainya). Manakala istikharah tu pula adalah apabila memilih. Mohon bantuan daripada Allah. Well. Semua ini aspek yang penting dalam memilih pasangan. Good luck !
Ciri-ciri spouse
Subjektif. Sangat subjektif. Tanya diri sendiri. Ciri yang bagaimana korang nak ambil. Family man. Aha! Aku jenis pentingkan the way of approach. Aku kurang suka jenis personally approach. "Hey, I think I like you, next week my family will come to your house". Huh?. Bagi aku, ia tidak proper. Yet, it depends on individual again. Setiap orang itu pandangannya berbeza-beza. Bagi aku, ini kriteria yang paling penting dalam pemilihan aku. Aku tak suka nak mesej-mesej sangat. Kalau dulu pun, masa aku dalam fasa 'bercinta' so called bercinta. Aku mmg jarang mesej. Jarang col. Sebab aku rasa terkongkong sikit. Aku jenis yang rileks dan tak rush.
Tapi sekarang, aku ambil sikap hati-hati sebab the way of approach tu first impression kot. Hurm. kbai.
Dah la. Terpecah nanti kang.
Again, depends on individual juga.
Konklusinya
Kalau kau rasa bercinta sebelum nikah ini kau mampu resist, dipersilakan. Tapi aku bagi hint. Susah sebenarnya. Serius aku cakap susah gila. Walaumacamanapun, terpulanglah.
" Annyonggikesayo. "
Subscribe to:
Posts (Atom)