Berkongsilah apa sahaja. Itu saham akhirat kita.
Assalamualaikum dan selamat pagi!
Hai gais!
Hahaha.
Hari ini aku nak cerita pasal perkongsian. Dalam konteks perkongsian ilmu, sama ada ilmu formal atau tidak formal. Kadangkala, kita kata ilmu itu hanya tertakluk kepada pengajian Islam sahaja. Means, dakwah dalam laman sosial. Tapi sebenarnya, it is beyond than that. Tidak kira dalam mana-mana bidang yang kita ambil, jangan pernah lokek untuk berkongsi ilmu dengan orang lain.
"Ilmu itu adalah saham dalam kubur, walaupun ajarannya cuma satu noktah"
Apa-apa yang diajar adalah satu ilmu. Muqit pernah berpesan, kongsilah apa ilmu yang kita ada sebab boleh jadi apa yang orang tahu kita tak tahu, apa yang kita tahu, orang tidak tahu. Macam inilah, aku bagi contoh. Aku dalam bidang sains sosial, mustahil kan untuk aku tahu tentang sains tulen. Apabila berlaku perkongisan, ada proses timbal-balik. Saling melengkapi kan?
Kalau kau rasa 'passion' kau dalam sejarah dan politik. Ceritalah. Supaya orang dapat ilmu. Ilmu itu saham akhirat. Mana-mana ilmu yang kita ajarkan kepada orang dan bermanfaat jadi bekalan masa kita dalam kubur nanti. InsyaAllah.
Orang nak dengar dan tak dengar itu belakang cerita. Sekurangnya, kau dah jalankan tanggungjawab kau sebagai penyebar ilmu. Percayalah. Jadilah seekor hud-hud. :)
Apa yang aku lihat sekarang terutamanya dalam kalangan orang yang bukan latar belakang pengajian Islam, jarang nak kongsi pasal bidang masing-masing. Kongsilah. Ilmu Allah ini luas. Lagi luas dari yang kita gambar. Begitu juga dengan orang-orang pengajian Islam, jangan kedekut sangat ilmu yang ada. Nampak kawan yang terkapai-kapai tak nak tolong atas alasan bagi mereka rajin datang ke majlis ilmu. Jangan begitu sahabat. Jadilah agen Allah dan ummah. Walaupun kita buat perkara ini sekecil-kecil perkara. Tapi sekurangnya ini juga untuk bantu ummah yang makin sakit.
Ini untuk refleksi diri aku juga.
Konklusinya. Berkongsilah. :)
No comments:
Post a Comment