Bagaimana mahu menolak lamaran? Interesting betul soalan ini?
Aku pun macam itu juga. Rasa bersalah. Beberapa kali menolak lamaran orang. Beberapa nasihat aku dengar "Jangan memilih sangat, nanti tak dak orang yang nak". Aku tak tahu la. Mungkin sebab aku ala-ala rebel sikit. Aku letak semua benda ini kepada Tuhan. Sama ada keadaan aku belum bersedia atau keadaan orang yang melamar itu belum bersedia. Macamana eh nak cakap?. Depends on kau. Kau fikir masak-masak dan kau tenang.
Bagaimana mahu menolak?
Ini cadangan aku la. Aku baca beberapa buku dan aku praktikkan.
1. Tolak dengan terang dan jelas. Walaupun pahit, berkatalah dengan jujur supaya orang yang melamar itu tidak mempunyai harapan yang tinggi terhadap korang. Mungkin juga sebab aku jenis tegas dan agak daring sebenarnya. Aku akan terus cakap "Maaf, aku rasa hati aku ada kat orang lain". That's it. Aku tahu, dalam perbincangan sebegini akan ada satu pihak yang terluka. Tapi itu realiti. Aku sangat-sangat tak cadangkan yang kedua.
2. Jangan pernah tolak dalam keadaan sindiran. Lelaki ini bukan paham benda sindiran ini. Cakap terus. Jangan juga pernah cakap "Saya nak tunggu habis belajar dulu". Sebab nanti dia akan rasa masih ada harapan untuk tunggu kau habis belajar. Sedangkan kau dah ada orang lain. Ini kes naya orang.
3. Jangan pernah juga cakap "Aku tidak bersedia". Ini sebab aku baca daripada buku Hilal Asyraf. Bukan apa tah. Sebab bila kau cakap macam tu, orang itu akan kecewa kalau tiba-tiba dia dapat tahu kau ada orang lain. Aku bagi contoh : kalau kau cakap kau tak bersedia, tup-tup minggu depan kau dah tunang dengan orang lain. Benda lain boleh jadi nanti.
Yang tu sahaja lah. Hahaha. Aku mmg akan pakai no 1. Sebab aku jenis direct. Maaf, aku rasa hati aku ada kat org lain. Walaupun orang itu tak tahu or what so ever.
Kepada si pelamar pula, jangan pulak nak buat tak tentu pasal. Sekurangnya dia dah cakap dia tak nak. Hati orang jangan paksa bhai. Hati-hati dengan tindak tanduk. Aku dah terkena. Tak pasal-pasal ada orang salah faham dengan aku. Aku rasa macam nak baling bom ja. Hahahaha. K. Kidding.
Good luck korang! Doakan aku exam dengan tenang.
No comments:
Post a Comment