Tips? Berpuasalah kalau tidak mampu.
Islam itu memudahkan dan memberi solusi kepada masalah. Bezanya kita mahu mencari atau tidak. Aku juga percaya setiap apa yang ada dalam Al-Quran dan Hadith itu berhikmah. Sesungguhnya, Islam itu adalah agama yang berjustifikasi dalam bahasa formalnya dan berhikmah dalam pengertian secara islamisasinya. Setiap apa-apa yang yang dianjurkan dalam Islam itu adalah berjustifikasi. Carilah, kalau nak rasa puas hati akan sesuatu penganjuran itu. Tidak perlu hendak menelan bulat-bulat sepertimana yang digembar-gemburkan oleh orang lain dalam jawapan mereka. Misalnya, "kenapa kena buat itu?". Jawapan yang paling klise adalah "Sebab nanti masuk neraka". Walhal, ada lagi jawapan cantik yang boleh diberikan. Hahaha.
Ok, Entri aku kali ini berkenaan tips kalau orang yang tidak mampu berkahwin dalam kategori harus. Semua orang nak kahwin. Bagi aku, agak abnormal kalau orang yang tidak mahu kahwin. Kalau dia cakap tidak mahu kahwin itu bagi aku itu hanya di mulut. Mesti akan ada sedikit disudut hujung hati dia nak kahwin. Tuhan bagi fitrah sama kepada semua hamba Dia.
Rasullulah S.A.W menganjurkan berpuasa kalau tidak mampu berkahwin. Kenapa? Sebab berpuasa itu banyak hikmah. Tidak perlu pergi jauh. Cuma lihat definisi berpuasa itu sendiri iaitu menahan diri. Menahan diri daripada apa? Daripada makan dan minum. Bukan itu sahaja, berpuasa juga membawa maksud menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang tidak baik.
So, berpuasalah! Kalau rasa tidak mampu berkahwin. Aku tak nak mengaku aku malaikat. Aku memang praktis benda ini. Aku jumpa hikmah, bila aku puasa, Aku letih. Aku tak fikir apa. AKu fikir nak makan apa dan nak berehat sebentar di tengah hari sebab panas sangat cuaca. Kah! When you fall in love with someone, yang kau tak tahu dia suka kau atau tidak. Bagi aku itu sudah tidak mampu. Makanya, berpuasalah. Jaga hati untuk jadi yang lebih baik.
Lagi satu, berlumbalah untuk lakukan perkara yang sunat. Bangun tahajjud ( kalau tidak mampu setiap hari, sebulan sekali pun tak pa). Nikmati nikmat satu per tiga malam yang Allah bagi. Banyakkan baca Quran dan solat sunat yang lain. Solat Dhuha, Solat Witir sebelum tidur. Hati akan lebih tenang.
Seterusnya, elakkan daripada bertembung 'face to face'. Ini tips yang aku guna juga. Walaupun dia selalu like status, insta dan bla,bla,bla. Tak sama dengan face to face situation. Sekali kau dah jumpa, kau akan nak jumpa lagi. Aku minta simpang kalau jumpa, mesti tak pijak tanah. Kah! Kalau kau nampak dia ikut jalan A, pergi ke jalan B. Aku selalu lucky dalam perkara sebegini. Instinct aku kuat kot. Hahaa.
Dah la, Kbai. Apa-apa mesej aku kat FB, Twitter dan email. InsyaAllah, ada benda aku boleh jawab, aku jawab.
No comments:
Post a Comment