Wednesday, 27 May 2015

Kisah husnozon.

Kadangkala aku rasa segan, nak marah dengan golongan-golongan so called 'islamist' ini. Aku terlihat dalam satu 'confession' sebuah universiti. Yang pasti bukan universiti aku lah. 
Seorang yang tidak dikenali telah menegur seorang perempuan yang berpewatakan muslimah supaya menjaga keterbatasan dan 'kerapatan' dengan berlainan jantina semasa berada dalam satu tempat. Tambahan pula, dia adalah seorang 'muslimah' yang bertudung labuh.

Rata-rata yang memakai DP islamik di situ boleh dikatakan hampir 90 peratus mengatakan dan mengkonklusinkan bahawa perlunya adanya sikap 'husnozon' mungkin ini adalah isteri suami atau apa-apa sahaja. Lalu, aku terfikir. Seandainya seseorang ini tidak meletakkan 'muslimah bertudung labuh', aku tidak rasa adanya perkataan 'husnozon' ini.

Apakah perkataan 'husnozon' ini hanya perlu diletakkan kepada golongan-golongan yang bertudung labuh, berjubah, berserban, berkopiah dan geng-geng osrah sahaja?. Kalau begitu, rasanya orang lain membawa makna tidak layak untuk disangka baik. Mungkin orang cakap aku ada antara orang-orang yang skeptikal terhadap golongan ini, tapi ini realitas yang perlu semua orang telan. 


Tak percaya? Cuba kau try jadi yang tidak dikenali dan luahkan perkara yang aku sebutkan di atas. Lepas itu, kau mention "budak ini dah la pakai tudung pendek". Aku rasa kau dan aku dah expect benda apa yang keluar kat komen bawah itu. 

Yang paling aku tak leh blah apabila ada golongan ostajah yang komen " sekurangnya dia menjadi maruah dengan memakai tudung labuh". Kau belajar dekat mana ni ukhti? Dengan pakai tudung labuh itu bermakna dia boleh melakukan mungkar lepas tu korang perlu husnozon?. Heh. 

Aku dah lama perhati tren-tren ini.

Sahabat usrahku yang disayangi, macamana kita nak sampaikan Islam? Kalau sampai benda macam ini pun, kita ada double standard. Jangan pernah rasa kita ini 'malaikat' sebab berada dalam usrah, majlis 'ilmu, sebab pergi taffaqufiddin. Pergi liqo fikri. Orang lain semua jadi setan untuk kita pijak-pijak.

Sahabat usrahku yang dikasihi, jangan fikir orang lain tidak tahu. Ada lalat kecil yang hinggap dalam makanan tertutup yang kita sedang jaga elok. Atas urusan 'gerak kerja dakwah' kita bermaharajalela bermesej secara persendirian tanpa ada waktu. Jangan fikir juga orang lain tak tahu betapa ramainya yang bercinta atas 'cinta dakwah' berabang sayang' di belakang dinding-dindin media sosial. Orang malas nak bicara sebab itu kisah manusia-manusia ini dengan Tuhan. Malangnya, golongan - golongan ini juga yang cuba berlakon menjadi malaikat yang mempunyai cahaya atas kepala.


Nasihat aku. Jangan pernah memilih bulu dalam menyatakan sesuatu yang mungkar. Kalau kau rasa kau buat, kau berdosa. Diamkan. Itu antara meditasi kau dengan Tuhan. Namun, tidak perlu berlakon seperti manusia suci yang hatinya suci. 


No comments:

Post a Comment