Wednesday, 27 May 2015

Kau tahu tak? Manusia itu pendosa tanpa noktah.

Tahukah? Manusia itu adalah satu makhluk yang tidak sempurna. Dosa penuh tanpa noktah. Sebab itu, adanya erti 'ketaubatan'. Jangan pernah rasa risau, kalau kau pernah buat dosa. Semua orang ada dosa. Bezanya, nampak dan tidak nampak. Besar dan kecil. Kita sesama manusia. Bukan Tuhan. Mereka tidak tahu tahap mana dosa kita. Kita sendiri pun tidak tahu. Hanya Allah Azza Wajjal sahaja tahu. 

Ada orang mengadu, "Awak, kita banyak sangat dosa dengan Tuhan". Ini jawapan aku.
Bersyukurlah. Ucapkan terima kasih kepada Tuhan. Tuhan telah pilih saudari untuk rasa berdosa kepada Tuhan sendiri. Berbanding dengan rasa yang tiada. Tidak ramai yang terdetik dalam hatinya bahawa dia sedang berdosa dengan Tuhan. Pedulikan cakap orang. Itu hal kita dengan Tuhan. Beringatlah, nanti suatu hari, andai kata ada orang yang berkata "aku berdosa", bimbinglah dia. Sebab kau atau aku atau sesiapa sahaja adalah wadah penghubung Tuhan dengan orang ini. Jangan pernah pijak atau henyak manusia-manusia yang masih rapuh ini.

Jangan pernah rasa putus asa dengan kekuasaan al-Ghaffar. Indahnya, sebuah kemaafan dari Al-Ghaffar. Percaya dengan Tuhan kita. InsyaAllah, jiwa akan tenang dan rendang
 
Tiap-tiap langkah menuju ke arah Tuhan itu adalah dikira. Jangan pernah bimbang. Rasa berdosa itu adalah rasa seorang hamba. Tunduk kepada Tuhan. :)
 
 

No comments:

Post a Comment