Bertaddaburlah dengan kalam Tuhan.
Tetiba rasa nak tulis entri pasal ini. Korang perasan tak? Kita selalu ja berlumba-lumba mahu menghafal surah, mengkhatam Al-Quran tapi kita jarang nak menghayati makna-makna ayat ini. Kita malas. Kita tak rajin langsung. T___T
Bukalah terjemahan Al-Quran. Sebab nanti kita akan jumpa macam-macam. Allah bagi kalam itu indah. Dalam apa jua perkara yang kita mahukan. Ada dalam itu. Al-Quran itu datang sebagai peringatan, iktibar dan ikutan.
Aku bagi contoh, 2/3 daripada isi Al-Quran itu adalah sejarah. Sejarah ini harus dijadikan iktibar supaya tidak berlaku lagi nanti. Manusia jarang nak beringat-ingat dengan apa yang Allah sampaikan dalam Al-Quran itu sendiri. Kisah-kisah nabi Allah, Kisah-kisaha para pejuang. Setiap jumaat kita baca Al-Kahfi, tapi kita tak pandang langsung terjemahan di sebelah. Tahu baca dan nak kejar masa habiskan satu surah Al-Kahfi sebelum Maghrib. Allahu :'(
Macam itu juga dengan Al-Mulk. Bacaan sebelum tidur. Kita masih juga serupa.
Jangankan surah panjang. Surah al-Fatihah pun kita jarang nak tahu makna. Tahu baca dan solat. Ustaz aku cakap, sebab itu solat kita tidak kusyuk, Kita tidak faham apa yang kita baca. Al-Fatihah. Ibu segala surah dan isi Al-Quran sependek itu pun kita tidak tahu.
Tuhan, Tunjukkan kami jalan yang benar"
Ayuh, transform diri. Jadi orang yang lebih baik. Kita kayuh pelan-pelan orang kedah cakap. Tehee.
No comments:
Post a Comment