Aku dan sneakers. Tidak perlu jadi manusia lain.
Aku dan sneakers. Orang kenal aku , akan kenal aku. Aku pakai sneakers daripada sekolah lagi. Kasut sekolah aku pun sneakers. Kasut jalan-jalan pun sneakers.
Sampai satu saat aku sayang kasut sneakers aku. Yang paling aku sayang sekali. Sneakers merah aku. Sentimental gila. Aku pakai kasut tu dah lebih dua tahun. Sampai sekarang aku pakai lagi kasut itu. Walaupun, aku dah ada kasut yang warna mustard tu.
Aku harap sangat moga Tuhan temukan aku dengan jodoh yang mampu terima keadaan aku apa adanya. Kadangkala aku selalu terfikir. Kawan-kawan aku, mak ayah dan adikberadik lain terima apa adanya aku. Walaupun aku daripada aku free hair, pakai tudung, berniqab. Mereka terima aku apa adanya. Moga jodoh aku mampu terima aku seadanya seperti mana mereka.
Aku jenis yang bedal pakai sneakers dalam semua outfit. Bajukurung, tshirt, seluar, skirt, jubah dan sebagainya. Semua aku pakai sneakers. Aku rasa lagi selesa nak bergerak pakai sneakers berbanding kasut lain. Serius. Aku tak melecet kaki, Aku tak sakit kaki. Hehehe.
Betapa banyaknya jasa dan pengorbanan sneakers dalam hidup aku. Pergi ke majlis ilmu, pergi ke kelas tuntut ilmu, jadi saksi tribulasi dunia. Belajar jadi manusia untuk aku. Kadangkala, aku rasa syg dengan sneakers aku . Dia yang bawak aku pergi jalan dalam UM.
Maybe, sneakers is just a small matter to the other person but not me. Ah, sneakers ja pun. Kau tahu tak, kalau tak dak sneakers itu, jalan kaki ayam. Tahu tak? Ingat saudara-saudara kita di negara yang miskin, kasut pun tiada. Bersyukurlah. Sekurangnya, kita ada kasut.:)
Sneakers walaupun org cakap mahal harganya. Tapi aku rasa berbaloi. Sebab boleh pakai bertahun-tahun. RM100=\++ Hurm. Jimat. Hahaha. Pakai sampai lunyai.
Pesan aku, jadilah diri kau. Tak perlu jadi orang lain. Manusia itu macam-macam. Kalau kau rasa hidup kau dengan sneakers kenapa kau perlu korbankan kaki kau untuk org nak lihat kau jadi 'perempuan'? Aku mmg akan sembur terus orang yang cakap "Perempuan, pakailah kasut perempuan". :)
Kbai.
No comments:
Post a Comment