Aku nak cerita satu benda. Dulu, masa aku free hair; aku berada dalam satu perhubungan yang serius. Yakni sampai aku nak berkahwin. Tunggu hari akad nikah sahaja. Tapi, itulah Allah dah lorongkan satu jalan yang terbaik untuk aku. Aku berhijrah masa aku di tahun pertama Universiti Malaya. Aku berhijrah 360 darjah daripada hidup aku.
Aku sudah mula ikut usrah, pergi ke majlis-majlis ilmu dan sebagainya. Masa ini, aku sudah mula menjauhkan diri dalam benda-benda yang aku rasa tak boleh. Aku masih ada hubungan dengan lelaki ini semasa aku berhijrah. Cumanya, aku jarang berhubung macam dulu. Aku rasa bermesej dalam seminggu sekali pun susah. Aku pernah berterus terang dengan dia; bahawasanya dalam keadaan aku yang begini, tunggu aku. Tunggu sampai aku boleh. Sebab, aku mahu belajar jadi yang terbaik. Dia cakap ok!
Sampai dipertengahan jalan, dalam lebih kurang 4 bulan sebelum majlis. Masa ini aku di Korea masa pertukaran pelajar. Kami berbincang dengan keluarga seperti biasa untuk majlis. Allah gerakkan hati aku; rasa tidak sedap hati. Aku sudah mula berniqab. Tiba-tiba, dia hantar mesej melalui FB cakap bahawasanya dia mahu menangguhkan majlis. Aku hairan. Semua orang hairan dengan penangguhan ini.
Mungkin aku ini jenis tegas dan garang. Akhirnya, dia mengaku. Dia sudah punya orang lain dibelakang aku. Aku beri dua pilihan; tinggal aku atau tinggal dia. Kalau pilih aku; kahwin dengan aku seperti biasa. Kalau pilih dia, tinggal aku. Jangan pernah harap untuk kembali kepada aku. Dan, akhirnya dia pilih dia. Aku pun move on.
Sampai saat ini, aku masih lagi tiada siapa-siapa sebab aku rasa Tuhan memang mahu aku begini. Belum sampai masanya lagi. Kalau kita mahu buat kerja yang baik untuk diri kita, Allah bantu kita untuk hilangkan perkara-perkara yang boleh menghalang kita. Ini cara Tuhan untuk jaga aku. :) Aku berfikir, kalaulah dalam masa tidak sampai setahun untuk menjadi yang halal daripada perhubungan yang mencecah 4 tahun, mengapa tidak boleh tunggu? 4 tahun dan setahun. Sekejap sahaja kan? Tapi, Tuhan beri bantuan kepada aku saat aku rasa aku sudah jauh tersasar.
Aku memilih untuk bujang sehingga sekarang bukan sebab aku masih ada rasa dengan dia. Tapi, sebab aku rasa aku perlu tunggu untuk orang-orang yang betul untuk aku. Terima aku apa yang aku ada sebelum, semasa dan selepas. Aku bukanlah orang yang mudah suka dengan orang. Berkali-kali aku beritahu pada orang; aku memilih sebab aku rasa suami adalah orang yang akan bawa aku sama ada ke syurga dan neraka. Bukan sahaja aku, tetapi juga keluarga aku.
Perkara ini ada hikmah kepada aku. Aku nampak bagaimana Allah mahu berikan aku perlindungan melalui hijab. Minggu lepas, aku rasa betul apa yang ustaz cakap; hijab memberikan penghormatan kepada wanita. Aku memang rasa perbezaan bagaimana lelaki berkomunikasi dengan aku masa dahulu dan sekarang.
Aku rasa aku tidak perlu takut untuk tunggu macam ustazah . Aku percaya kepada Allah. Bila aku tengok life dia sekarang, aku rasa memang betul Tuhan sedang selamatkan aku. Aku doakan dia semoga kembali ke jalan yang Allah redha dan lebih baik :)
No comments:
Post a Comment