Malam ini, seperti biasa aku ke Daurah Kitab Risalah an-Nur lagi. Minggu ini pasal wanita. Sememangnya, ia menepati dengan tahap kehadiran sang wanita berbanding sang lelaki. Sangat menepati. Mukallaf. Mungkin berada dalam aulawiyat yang lain. Biasalah. Yang datang dalam daurah ini spesis yang rare. Lelaki yang rare. Susah nak jumpa. Kalau nak buat calon suami, boleh sangat. Tapi bukan aku la. Sebab aku belum filter dan searching lagi. Belum jumpa cahaya untuk mencari. Kali ini, ustazah yang sampaikan. Aku sudah tidak ingat namanya. Hahaha. Walaupun, baru berlalu setengah jam yang lepas. Aku suka ustazah ini sebab dia realistik, tidak berawangan, berfakta, yakin dan informatif. Buat pertama kalinya, aku merasa 'impressed' terhadap seorang ustazah sebab dia realistik. Aku adalah manusia yang jarang untuk menyatakan bahawa aku akan impressed. Hahaha.
Ok, malam ini ustazah syarahkan mengenai prinsip asas wanita dalam berdakwah. Keperluan wanita dalam berdakwah adalah perlu. Tidak kira sama ada dakwah terhadap diri sendiri, orang sekeliling dan masyarakat. Tapi, ustazah tekankan dakwah kepada diri sendiri iaitu mujahadah untuk melakukan apa yang terbaik untuk diri kita melalui islah.
Prinsip-prinsip asas dalam kekuatan wanita berdakwah :
1. Sifat syafaqah.
Sifat syafaqah ini sebenarnya adalah sifat yang unik ada pada wanita. Allah berikan kelebihan kepada wanita untuk memiliki sifat ini berbanding lelaki. Lelaki tidak mempunyai sifat syafaqah seperti mana perempuan memiliki. Uniqueness.
Syafaqah ini adalah sifat kasih sayang yang mendalam sifatnya dan ikhlas. Tiada harapan pembalasan. Misalnya, kasih sayang ibu terhadap anak. Inilah syafaqah. Apabila anak sakit, ibu dilihat sebagai dominan dalam pemberian syafaqah berbanding bapa kan? Syafaqah ini tidak boleh disamakan seperti kasih sayang antara suami dan isteri kerana kasih sayang ini adalah bersifat timbal dan balik. * Dalam psikologi, hubungan interpersonal dipanggil cost and rewards.
2. Mahabbah (Kasih sayang)
Kasih sayang ini adalah lebih terlihat dalam hubungan suami dan isteri (perkahwinan). Hubungan mahabbah ini perlu dibina atas dasar syafaqah tadi yang mana perlu mementingkan keluhuran budi, akhlak dan sahsiah Dalam hal ini, wanita menjadi pahlawan kasih sayang.
Dalam membina dan mencari pasangan, kita perlu bersedia untuk risiko yang bakal ada. Macam aku cakap sebelum ini, kalaulah kita dapat lelaki yang bukan kita sangkakan dan jangkakan; ustaz Nursi ada menyebut pasal Islah;
Pertamanya, Cuba untuk islahkan kembali pasangan kita kepada Allah S.W.T dengan syariah dan akhlak
Keduanya, Jadilah wanita yang setia pada hakiki. Menjadi wanita ini perlu setia; setia pada yang hakiki iaitu setia berdasarkan syariat Islam.

3. Jangan mengambil keseronokan dan kelazatan dunia secara berlebihan.
Ustaz Said Nursi ada menyebut bahawa perempuan jangan mengambil keseronokan yang lebih di dunia kerana ia akan membawa kesengsaraan dunia serta akhirat. Islam tidak mengharamkan hiburan dan keseronokan, tetapi biarlah dalam berpada-pada dan kuantiti yang sedikit :'(
Ustazah memberikan misalah kepada kelas; bagaimana mahu menggantikan keseronokan itu sebagai ibadah? Misalnya, percutian (vacation). Buatlah percutian itu adalah yang Allah Redha. Bagaimana Allah mahu redha. Lihatlah dalam sekecil-kecil perkara iaitu hasil yang digunakan; sumber wang. Adakah syubhah? Halal?Haram?
Didikan Ibu sebagai pemangkin seorang insan
Said Nursi memberikan satu nukilan bahawa apa yang ada berlaku kepada dia adalah bermula daripada didikan ibunya. Beratus-ratus guru yang beliau berguru, ibunya yang paling terbaik. Di sini, mampu disimpulkan bahawa ibu merupakan guru pertama serta madrasah pertama anak-anak.
Wanita menjadi benih-benih syurga kepada seorang insan!
Wanita, tahu hak anda!
Kepada sesiapa yang mahu berkahwin, sila hadam ini. Jangan fikir mahu berkahwin, mahu halal tetapi tidak tahu ilmu hak! Hak anda perlu tahu sebelum berkahwin. Wanita perlu tegas dalam hal ini. Kebanyakan wanita yang ada masalah dalam rumahtangga mula goyah apabila lelaki menggunapakai dalil yang tidak benar. Penggunaaan perkataan derhaka, nusyuz, dan sebagainya perlu dikaji. Perlu tahu. Jangan pernah terkejut bahawa perempuan dan wanita yang terperangkap ini adalah orang yang educated.
Wahai wanita, aku rasa inilah perjuangan wanita. Memilih suami itu berada di tengah antara syurga dan neraka. Wanita kena tahu laluan dan hak kalau berlaku apa-apa. Tahu feqah nusyuz dan derhaka kepada suami. Derhaka tidak bernama derhaka kalau lelaki selalu pukul; tidak dikira nusyuz. Hak lelaki jangan disalah anggap.
Wanita, Allah cipta untuk berada di bawah perlindungan.
Wanita adalah satu makhluk manusia yang Tuhan cipta dengan keunikan. tidak lemah. Tapi, fitrahnya di bawah perlindungan. Berada dibawah perlindungan tidak beerti bahawa wanita itu lemah, tetapi wanita itu istimewa! Wanita itu difitrahkan untuk berbahagia; sebelum berkahwin di bawah wali keluarga, setelah berkahwin di bawah suami; setelah tua dan suami meninggal di bawah anak.
Bujang! Jangan risau.
kepada orang yang lone ranger dan single macam aku, jangan risau! Sebab, Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Allah lorongkan kepada kita bila sudah sampai waktu. Ustazah berpesan, masa muda dan bujang ini, carilah ilmu sehabis banyak. Sesungguhnya, apa yang mendatang bermula daripada sekarang. Didikan anak kita bermula daripada kita bujang.
P/S: Bacalah kitab Tarbiyatul Aulad :) oh, ya, Ustazah itu berkahwin semasa umurnya 32 tahun, suaminya orang Turki. Mana tahu suami kita nanti orang British. Hahahahahhaa.
Nanti aku sambung pasal Risalah Hijab An-Nur.

No comments:
Post a Comment