Thursday, 24 September 2015

You've got straight A's but one failed??

Aku sengaja upkan benda ini lambat sedikit sebab rasa malas nak mengulas. Untuk beri keadilan kepada semua mengenai post aku di laman sosial lain seperti facebook, insta dan blog sebelum ini, aku upkan lagi sekali. 

Sebenarnya, result aku itu adalah result untuk semester lepas. Sebelum ini, aku tidak pernah upkan result aku. Malas betul. People selalu cakap aku ini dean list. Hoi. Pointer aku tidak pernah 3.8 lagi. Mana boleh nak berdekan-dekan ini. Lagipun, aku tak suka sangat dekan-dekan ini sebab lecturer akan tumpu dalam kelas. -_-'

Ok, continue. Actually, kalau tengok kat slip tu, aku tak straight A's pun. I've got one B+ for politics of thailand. Begini ceritanya, aku failedkan aku punya thesis (dengan sengaja) atas alasan-alasan aku yang tertentu. Mungkin orang lain ada prinsip berbeza dengan aku. Mungkin la. Prinsip aku, aku lebih rela gagal thesis daripada aku dapat C. 

Mulanya, ada nasihat-nasihat supaya aku tidak berundur sebelum thesis ini disiapkan. Ada juga mencadangkan buat tajuk biasa-biasa sahaja. Tak kisah la dapat C atau apa-apa janji tak failed thesis. Ada juga yang menyatakan pandangan bahawa yuran untuk aku 'extend' nanti. Actually, aku dah lama considerkan benda-benda ini semua. Dan aku menolak dengan baik tetapi tegas "No, it is ok. I am willing myself to extend my semester because of this".

Bagi aku, setiap apa keputusan yang kita ambil perlu ada pro and cons. Aku ambil langkah ini juga ada pro and cons. Say yes means yes. Otherwise, say no means no. Aku jelas apa yang aku ambil. Mari sini aku cerita. 

Aku rasa aku lebih banyak pro berbanding cons. 

Sebabnya, walaupun aku failed thesis, tapi aku still boleh repeat kan? Kalaulah aku teruskan juga perjuangan thesis sampai habis tapi dapat C, aku tidak boleh repeat sebab syarat repeat adalah Failed! Bayangkan, dalam resume nanti tertulis FYP = C . I'm not condemning any people. But, it is the reality we have to face. Sebab bagi aku FYP = usaha, masa, tenaga dan kritis. Bagi aku, agak rarelah kalau dalam resume FYP 6 jam kredit = C. 

Yang keduanya, ambil langkah ini boleh buat aku terus fokus kepada subjek lain. Bila aku dah beritahu kepada pihak berwajib akan keputusan aku, there's nothing left except for the other subject. Aku struggling sehabis daya supaya result aku tidak kepada 2.5. Alhamdullilah, result aku ialah 2.85. 5A 1B+ dan 1 F. 

I don't know how can I resist with myself during that phase. But, seriously. I can tell you, I keep struggling myself 24/7 before examination. Before this, I didn't because for me it is not compulsory at all. It is too much stress. I don't like to push myself for examination. I'd never, never and never do it. 

But, in that phase. Only close friend who keep question me "Are you ok?" knows what is happening. I've lost my appetite. 

Now, aku tengah repeat aku punya thesis. Walaupun bukan dalam bidang yang aku minat dan passion, aku kena usaha sungguh, bahawasanya aku bukanlah pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran. No!

Apa-apapun, Ini semua Tuhan yang punya. :) Kepada yang buat thesis, berusahalah sebaik yang boleh. Hwaiting.

Wednesday, 23 September 2015

Suka itu perasaan sahaja.

Pagi-pagi raya aku sudah mahu mencemarkan blog aku dengan perkara alergik sebegini. Hahaha. Tiadalah alergik sangat, cumanya macam 'rare' sikit aku nak sebut perkara yang begini.

Aku selalu cakap perasaan suka dan cinta itu perasaan sahaja. Boleh dikawal. Kawalan yang bagaimana? Ikut suka koranglah. Kalau macam aku, aku jenis nak elakkan face to face. Tapi, kalau dah terpaksa face to face. Aku redah sahaja. Walaupun, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa jantung aku berdegup kencang, tunggu masa nak terkeluar. *hiperbola sahaja ini. Muka aku pakai purdah. So, tak nampak sangat aku punya 'nebes' tahap maksima. Peluh kat dahi pun aku lap cepat-cepat. Kahkahkah. 

Aku cool tahap maksima kat luar. Nampak aku rileks. Tapi, aku jenis yang clumsy juga. 

Aha, perasaan itu boleh dikawal. Rilekslah. Cool. 

Kalau kau rasa dia serasi, kau dah ready, beritahu kepada ibubapa dan kawan-kawan kau.

Tapi, ada benda yang kita perlu ingat. Dahulukan Tuhan kita dalam apa-apa jua perkara yang kita lakukan. Say it to Him first. (istikharah) Dah rasa tenang, dah rasa ready. Pegang ayat 'litaskunu ilaiha' : kalau kamu lihat dia, kamu berasa tenang. Tanda bahawa dia yang terbaik.

Step yang seterusnya, Beritahu kepada orang lain yang mendapat kepercayaan dan berbincang (istisyarah). Dah stabil zahir dan batin, proses seterusnya.



Moga Adik Teha bahagia di sana bersama keluarga baru!

Alhamdullilah, semalam aku dapat wassap bahawasanya budak yang berada bawah jagaan aku beberapa bulan yang lepas dah selamat sampai di tempat yang selamat. I hope it is the best way for her. Baby teha baru berusia tak sampai dua bulan . :) Allah datangkan ujian. InsyaAllah, nanti dah besar, jadilah anak yang soleh dan solehah kepada ibu.


Teha is baby to single-parent (unmarried women). Selama berminggu-minggu dia tinggal di hospital, hari ini dia jumpa jalan keluar. Moga bahagia adik Teha. Nanti kalau ada jodoh, kakak jumpa baby Teha. Kalau tak di dunia, insyaAllah di negeri abadi. 

Baby teha adalah salah seorang baby yang sangat berdikari. Jarang betul menangis. Kalau pergi, diam sahaja. Tidur. Bila pegang tangan, automatik dia akan genggam jari. :'D it is too cute for me. Thank you baby, sebab jadi guru kepada kakak sepanjang jaga Teha hari itu. Ajar supaya jadi manusia yang lebih baik. 

Be a good kids to the penjaga and a good servant to Him. :')




Tuesday, 22 September 2015

Raya bersama anak-anak chow kit.

Malam ini, malam raya. Sedih woi. Tapi, malam ini aku dengan kawan aku nak plan untuk turun bermalam raya bersama anak-anak Chow kit. Dah lama aku tidak turun benda yang sebegini. Sibuk plus tidak ada transport. 

InsyaAllah, sabtu ini. Aku dengan volunteer lain akan bawa anak-anak Chow Kit pergi Aquaria KLCC dan Petrosains!!! Excited. Buat pengetahuan semua, anak-anak Chow Kit ini adalah anak-anak yang tinggal di lorong-lorong Chow Kit atas sebab kekangan ekonomi. Hidup secara tidak terurus. Ada yang dah tidak bersekolah.

Tapi, aku sangat puji kecekalan anak-anak ini. Kalau korang rajin skrol page 'Buku Jalanan Anak-Anak Chow Kit' korang akan tahu perkembangan budak-budak ini. Penganjur akan bawa buku dan sit there for a while. Dalam beberapa jam. Lepas itu, budak-budak ini akan datang baca buku. Yang mana tidak boleh membaca, akan dibantu. Serius, muka budak-budak ini nampak happy sangat kalau dapat buku. Berbeza pula dengan orang yang mampu untuk membeli buku tapi tidak melakukannya. 

Selepas itu, no doubt. Ada yang sangat talented dalam kalangan budak-budak ini. Pergi ke page benz ali. Ada lukisan abstrak budak umur 11 tahun. Abstrak gila. Bakat Tuhan bagi kan :') 

Apa-apa pun. Selamat Hari Raya Haji. Aku raya bersama budak-budak Chow Kit. :) Peace! 

Monday, 21 September 2015

Fall in love with auti kids.

Autism (Auti) kids is adorable. Seriously. Aku duduk dengan budak-budak ini rasa tenang ja. Aku teringat Juna, anak kak fynn jamal dan bung tri. Sangat adorable. Ada budak auti kat tempat aku jaga tempoh hari, perangai macam Juna. Hakak dah jatuh cinta kat kau hadek. Aiseh.

Dia kalau minta sesuatu gayut tangan, lepas itu tunjuk. Dah dapat dia akan sapu-sapu pipi. Maigad. Actually. dia agak memilih orang juga sebenarnya untuk dia dekat. Masa nak balik, dia akan pegang jari dan hantar sampai ke pintu. Huwaaa. Rindu.

Aku tak tahu nama dia apa sebenarnya. Sebab, he can't speak. Tapi, kalau tengok data dalam lebih kurang 3-4 tahun. Rambut dia pun macam Juna. Bulat macam cendawan.

He is too adorable. Tambah pula, kalau panggil orang. Hanya orang tertentu sahaja yang dia nak duduk. Bertuah betul aku. Insan terpilih. Hahahahahahaha. :'D

kbai.

Perempuan pendek di stesen bas dan perpustakaan.

Perempuan yang pendek sering kali menjadi mangsa di stesen bas. Bayangkan, aku punya la beratur, dengan penuh semangat jitu nak balik awal. Makcik-makcik tolak aku ke belakang. Last sekali terpaksa tunggu bas lagi sekali.

Belum lagi scene, pakcik bas tutup pintu bas sebab aku rasa bas tu terlalu tinggi untuk nampak aku rasanya. Astaga. Dah banyak kali pakcik rapid dan bas um tutup pintu. Pendek sangat. 

Kisah kat perpustakaan lagi, 
kalau cari buku, kena kod yang rak paling atas, kena pusing satu perpustakaan untuk cari kerusi/ tangga. Kalau tak ada, kena panjat. Macam spiderwoman. Pakai purdah dengan jubah, tapi panjat rak. CIs. Hodoh benor. Nasib baik aku ini muka tak malu. Kalau lelaki lalu, buat bodoh. Tapi, buat masa sekarang, tiada lagi yang gentleman nak datang tolong aku. Kalau ada, orang tolong aku, aku nak meminang. Kawen terus. Kahkahkahkah, Kidding.

Aku kadang-kadang berangan, kalau dapat suami yang universiti sekali, senang sikit nak ambil buku atas rak itu. Nak yang tinggi macam Lee Min Ho. Tak nak pendek macam Jong Kok. Sebab nanti kena pergi cari kerusi/ tangga juga. Kalau dapat stok KJ. Bolehlah.

Hahahaha.

Tapi, itulah. Kelebihan orang pendek. Orang ingat hang first year. Ada budak second bahasakan diri dia 'akak' kat aku sebab mungkin dia ingat aku first year. Aku pun angguk. Hahahahahaha. Rasa muda jelita kembali gitewww. 





Sunday, 20 September 2015

Doa : Kebergantungan diri kepada Allah.

Doa adalah salah satu bentuk kebergantungan diri kita kepada Allah. Kita meletakkan Allah sebagai 'priority' dalam apa-apa jua perkara yang kita lakukan.  


Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, Maka sesungguhkan Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia (benar-benar) berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran” 

(QS. Al-Baqarah: 186)

Kadangka

Apabila kita berterusan berdoa, kita rasa doa kita makin tidak makbulkan Tuhan. Maka, timbul persoalan "Tuhan ini tidak mendengarkan doaku?" 

Kita sudah berusaha sehabis daya kita, kita sudah berdoa sungguh-sungguh. Tapi masih tidak dimakbulkan. Macam aku cakap sebelum ini, bersangka baik dengan Tuhan. Mungkin Tuhan mahu memberikan bila adanya masa yang sesuai, mungkin juga Tuhan mahu menggantikan dengan apa yang lebih baik.

Dia Maha Mengetahui segala sesuatu ke atas tiap-tiap hambaNya. :) 





Saturday, 19 September 2015

Sambung master.

Aku sebenarnya, memang dah tekad dan berazam, kalau diizinkan Tuhan aku nak sambung belajar peringkat sarjana lepas habis ijazah ini. Tengah fikir lagi. Antara dua jalan yang besar. Should I go to history or sociology and anthropology. Entahlah.

Tengah usyar-usyar scholarship ke UK. Sebab aku rasa aku lebih ke arah child protection and legal. Tapi, tu la. Exam IELTS tu. Buat aku rasa gerun gila. Berbelit lidah aku time MUET dulu. Nak pergi ke exam IELTS tu. 

Tapi, ada kakak tu cerita, dia sambung masters luar. Then, dia cerita, dia dapat band 6.5 (pakai band ka eh) dalam exam IELTS tu. Lepas tu, dia cerita lagi. MUET dia dulu cuma band 2. Weh, mesti dia jenis struggle gila babeng nie. 

Yuran IELTS tu bapak lah mahal gila. Aku rasa kalau aku nak ambil exam itu, aku kena struggle tahap maksima bahasa Inggeris aku yang macam sayoq ayaq. Aku nak kawen dengan mat salleh lah gini. Hahahaahha :'( Dapat yang accent macam David Cameroon pun jadilah! Mengarut.

Tapi seriuslah. Gua rasa tekanan sekarang. Choi. Sebab gua rasa gua nak sambung, tapi gua takot dengan exam tu. 

But, I want to go to UK!!! 

Maigad.

Kalau tak dak rezeki nak pergi ke UK pun, dalam Malaysia pun tak pa. Hahahaha. Asalkan sambung belajar. 

Azam : Sehari dua puluh muka surat buku.

Mulai semester ini, aku sebenarnya dah lama letakkan azam sehari 20 muka surat buku untuk dibaca. Hopefully, it will going very well. Ehem. Senak perut juga rasanya 20 muka surat itu. Sebab, aku bukanlah orang yang boleh 'stick' dengan suatu benda dalam masa yang lama. Aku hyper. Cepat bosan. 

Aku dah senarai pendekkan buku yang aku akan baca dalam masa  beberapa bulan ini.

1. Sekularisme dan proses demokrasi di Turki.

2. Masyarakat Melayu dan Islam.

3. Melayu - Syed Naquib al- Attas

4. Bersih 


Moga aku berjayalah! 

Berlumba dengan roommates sebenarnya.

Kahkahkah.

Gitar aku letak jauh-jauh sekejap.

Walaupun amp gitar aku perghhhhh. Bunyi sedap. Sekali gua 'rennnngggg' boleh gaduh dengan pakcik sebelah rumah.

Ibanez punya amp! Thank you khalis! 


Thursday, 17 September 2015

Perempuan, jangan menunduk.

Kinda peliks of entry. Seriously dude! I don't know how create that title. Hahaha. 

Women and girls,
Phrase 'perigi mencari timba' it is wrong at all. Nothing wrong on it. If you like him, you want him to be your spouse, then tell him. No worries about being 'rejected'. Normal. Even, I'm not doing it by myself. In behalf of myself, it is really good rather than you have to face him with questionmark! Ting! 

Different people and different view. 

Few steps when you like 'somebody';

1. Tell Him. Tell Allah and ask for His guidance with your 'somebody'. He knows the best for his servant. It is the most important things than others. Allah is number one.

2. Ask forgiveness of our sins. We did to many sins every single day. Ask Allah for His forgiveness. Allah al-Ghaffur. He will continuously forgiving ( Al-Ghaffar). InsyaAllah, our heart will be more calm. Do your tahajjud. The good time for us to pray. 1/3 night while others is sleeping. Istigfar for every minute. It is free! Astagfirullah hal 'azim (O Allah, please forgive us)

3. Do more in 'additional value' such as Dhuha. 

4. Istikharah.

5. Istisyarah. Ask people. Meet and ask people about 'somebody'.

6. Trust Him. Allah will make your way easier. InsyaAllah and barakallahuma. 


Hahahaha. 

Just wait for the right time of our 'mr'! 
Don't worry sister. 
If Allah wills, he will be your mr. 

Just pray!

p/s: Aku menunggu bulan jatuh ke riba. Hahahahaha. 


Wednesday, 16 September 2015

Anak-anak istimewa.

Hari ini aku rasa rindu untuk bersama-sama dengan anak-anak istimewa. InsyaAllah, ahli syurga Allah. Betapa Allah hantarkan mereka ke dalam dunia untuk kita kembali bermuhasabah. Bait lirik "Tidak ku minta lahir ke dunia, tidak ku minta cacat begini" buat hati sado gua berkecai dan lerai. 

Sungguh, mereka tidak minta untuk jadi sebegitu. Aku sangat 'salute' kepada penjaga dan ibubapa kanak-kanak yang mempunyai anak-anak istimewa. Pahala melimpah ruah. Akhirat nanti, anak-anak ini menjadi penyelamat ke syurga Allah kan?

Aku rasa bila aku bersama dengan budak-budak ini, jiwa aku jadi tenang semacam. Lupa masalah. Setiap kali bercerita dengan penuh ceria, walaupun butir kata sesetengah aku tidak faham, mereka bercerita sambil ketawa. Muka jujur dan tulus. 

Kadangkala, aku rasa masyarakat kita masih belum didedahkan dengan golongan seperti ini. Aku jadi sedih setiap kali jumpa atau program bersama orang biasa, mereka akan menjadi perhatian dan seolah-olah momok. Seharusnya, sebagai ibubapa yang mempunyai anak-anak normal, berikan ruang untuk mereka mengenali antara satu sama lain. Dedahkan anak-anak dengan anak-anak istimewa ini supaya mereka tiada konotasi negatif. 

Jadi budak sukarelawan memang rasa seronok walaupun tidak dibayar gaji, masa dan tenaga. Tapi, inilah aku rasa satu perjuangan. Roh perjuangan untuk bersama dengan orang-orang yang sebegini. 

p/s: rindu haikal dan iskandar. Haikal budak down sindrom. Tapi suka menyanyi. Iskandar OKU fizikal. Dia budak pintar, tiada kekurangan mental dan mampu berfikir, mampu berdiri. Cumanya, mulutnya 'terbahagi' dua dan dia dinafikan di pendidikan arus perdana atas alasan "kawan-kawan Iskandar takut dengan mulut Iskandar!". Lalu, dia dipindahkan ke sekolah pendidikan khas. 

Welcome to Malaysia! 

Aku juga rindu fitri. He's autism. Like Juna. Setiap kali nak susu. Gayut tangan dan pegang tangan. Rambut cendawan macam Juna. Fall in love with him. Nasib baik kau kecil dik oi. Hahahaha. Kalau tak, dah lama akak mengorat kau sampai kawen! 




Tuesday, 15 September 2015

Islam adalah agama berfikir.

Allah ciptakan manusia dengan berakal. Melalui akal ini, manusia perlu berfikir. Dalam Islam, adalah digalakkan untuk berfikir. Malah, jika ditanya. Aku suka untuk menjawab bahawa agama Islam adalah agama untuk berfikir dan mengajak manusia dan umatnya berfikir. 

Kalau ada orang menyuruh kita berhenti berfikir, itu masalah dia. Masalah dia. Bukan masalah kita. Berfikirlah untuk melihat keesaan Tuhan. :') 

"Sesungguhnya, pada langit dan bumi, dan pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang berakal. Iaitu orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri, duduk dan berbaring, mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata) "Wahai Tuhan kami! Tidaklah engkau menjadikan semuanya ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada azab api neraka". 

( Al- Imran, verse 190-191)

Berfikir. Semakin manusia berfikir, semakin dia jumpa Dia. Maha Suci Tuhan yang memberikan akal fikiran kepada manusia. Akal ini adalah perbezaan antara manusia dan makhluk Tuhan yang lain. Kalaupun, manusia itu berfikir, ianya pasti didorong oleh sifat ingin tahu yang kuat kan? Sifat ingin tahu ini adalah fitrah yang bernama manusia. 

Jika dilihat dalam sejarah yang ditemukan melalui kajian pun, manusia itu berfikir dan membina tamadun. Mustahil daripada ketamadunan ini terlahir manusia yang tidak berfikir. Misalnya, manusia berubah dan berevolusi daripada kemahiran berfikir! Tidak secara sendirinya manusia itu berubah sehingga berubah menjadi manusia yang homo sapien sapien seperti sekarang. Manusia berevolusi Asia Tenggara manusia Megantropus Paleojavanicus, Pithecanthropus Mojokertensis, Hobbit, Homo, Homo Sapien dan Homo Sapien Sapien. Mereka adalah manusia yang pintar berfikir dan berevolusi serta beradaptasi daripada alam sekeliling. Hasilnya, beberapa teknologi yang dihasilkan.

Begitu juga dengan hal, tamadun-tamadun awal yang dibina. Misalnya, tamadun Indus. Penciptaan-penciptaan yang berlaku dalam tamadun ini tidak berlaku secara semulajadinya tanpa manusia itu berfikir!

Begitu juga dari perspektif Islam, ahli-ahli cendekiawan yang terdahulu berfikir untuk menghasilkan sesuatu. *Walaupun, ada yang tidak dapat membezakan antara cendekiawan Islam dan Arab. Banyak cendekiawan Islam yang tidak berasal daripada tanah 'Arab'. 

Dalam mengimani Al-Quran sebagai panduan, ahli-ahli ilmuwan Islam menjadikan apa yang Allah katakan dalam Al-Quran sebagai formula penciptaan yang hebat! Antaranya Abbas Ibnu Firnas. Beliau telah menemukan sebuah teori penerbangan melalui survival burung yang terbang. Beliau berpendapat bahawa penerbangan manusia melalui sayap sepertimana burung. Beliau telah memulakan kajian terhadap teori penerbangan burung melalui penciptaan pakaian daripada sutera dan bulu burung helang dan terbang. Allah dah menyatakan dalam Al-Quran supaya manusia berfikir dengan mata hati : 

“Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pengasih. Sungguh, Dia Maha Melihat segala sesuatu.” (Al Mulk verse 19) 

Walaupun, percubaan beliau untuk terbang tidak berjaya. Hasilnya, beliau tidak mampu untuk meneruskan penciptaan. Bermula pada awal abad ke-17, seorang ahli saintis daripada Itali telah mengkaji struktur badan sang burung yang akhirnya, menjadi rujukan pada abad ke 20.
 
Sungguh, manusia diberikan akal fikiran untuk berfikir dan kembali kepada Tuhan kita. Kembalikan fitrah bertuhan kepada kita. Bahawasanya, Allah punya kuasa yang tidak terbatas. Tiada apa yang mampu untuk mengatasi kuasa Tuhan dalam segala-galanya. Tuhan Al-Khaleeq, mencipta untuk manusia berfikir dan memberikan petunjuk supaya manusia tidak terkapai-kapai. 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Konteks sekarang, umat Islam dilihat didoktrin agar tidak berfikir. Misalnya, kes Alvin Tan. Aku rasa persoalan beliau adalah logik. Yes, logik. Tadabur kembali dengan ayat Tuhan dalam Al-Quran. Kenapa Allah menimpakan sesuatu terhadap manusia? Atas kesilapan mereka sendiri. 

Ramai umat Islam yang marah apabila Alvin mengemukakan mengenai kewujudan Tuhan dalam kes runtuhan di Mekah. Tapi, kalau difikirkan sedalamnya, ya. Apakah itu adalah petanda bahawa kerajaan Arab Saudi sedang melakukan kerosakan terhadap alam sekitar. Jawapannya ya. Binaan-binaan ditinggikan, pembangunan pesat dijalankan. Walaupun, ianya atas kemudahan umat Islam. Belum kira lagi laluan VIP untuk golongan tertentu menunaikan haji. Bukankah falsafah menunaikan haji itu adalah untuk memberikan kesedaran dan ibrah kepadam manusia bahawa tiada yang membezakan manusia dengan manusia yang lain melainkan taqwa. Kan?

Begitu juga dengan doktrinisasi terhadap pembelajaran bahawasanya kewujudan neraka dan syurga. Kalau ditanya persoalan "Kalau Tuhan itu baik, kenapa dia jadikan juga neraka? Kenapa semua orang tidak masukkan ke dalam syurga". Dengan senang hati, ada manusia-manusia yang melabelkan jatuh 'kafir' kerana aqidah. Mereka mempersoalkan apa yang Allah lakukan. Walhal, manusia yang bertanya ini adalah manusia berfikir. Berfikir untuk mencari Tuhan. 


Nanti aku sambung. 

Kewarasan manusia berfikir "Kalau Tuhan itu baik, kenapa Dia menjadikan neraka. Dan, tidak semua orang ke syurga?".  InsyaAllah. 







Muka Melayu

Aku belek muka aku kat cermin. Aku rasa muka aku muka Melayu. Tak daknya muka kacukan. Hahahaha. Pelik pula aku rasa bila orang ingat aku bukan Melayu. Entah tang mana bukan melayunya. Nak kata hidung aku tinggi macam tok arab, tak juga. Nak kata kulit putih macam siam dak juga. 

Orang selalu ingat aku orang Siam. Walaupun, aku ada darah arab, India dan Siam. Tapi, aku rasa muka aku macam Melayu. Macam orang lain. Paling aku tak blah sekali, kalau orang mai cakap Siam dengan aku. Aku bukan reti pun. Hahahhahahha. 

Friday, 11 September 2015

Perancangan dan merancang.

Manusia merancang dalam perancangan. Perancangan itu sendiri sebenarnya adalah satu pilihan. Bagaimana mahu untuk memberikan satu pilihan terbaik? Pilihlah mana-mana yang dirasakan yang terbaik. Allah bagi manusia rasa dan pengharapan kepada Dia untuk manusia memilih. 

Dalam kamus hidup manusia, ada rasa untuk pengharapan sebuah rancangan itu berjaya mencapai matlamat kan? Siapa yang nak merancang tapi mahu rancangannya gagal. 

Namun, kegagalan itu bukan tanda pengakhiran sebuah rancangan kan? Misalnya, kita merancang untuk menyambung pelajaran ke universiti. Kita memilih universiti yang kita mahu dan kos yang kita idamkan. Ini adalah percaturan. Dapat atau tidak. Kalau dapat universiti yang kita mahu, tapi tidak kos yang kita mahu. Dapat kos kita mahu, dihantar universiti bukan pilihan. 

Ha, inilah masa untuk kita refleksi diri. 

Allah kata dalam Al-Quran "wama karu wama karullah wallahu khairul maakirin" 


Apa yang Allah kata dalam ayat ini ? 

Allah kata "Manusia merancang dan Allah juga merancang namun perancangan Allah yang terbaik". '

( Al- Imran chapter 3 verse 54)

Percaya, setiap apa yang berlaku dalam hidup kita ini adalah hikmah. Carilah hikmah itu. Tuhan pasti akan bagi kita jumpa.

Thursday, 10 September 2015

Feeling down? Of Course. Then, find Allah.

Are we feeling down with our day? If yes, it is normal. But, no worries because we have Allah. Open our noble Quran and we will find 'tranquility' through Allah's ayah.


"It is He who sent down tranquillity into the hearts of the believers that they would increase in faith along with their [present] faith. And to Allah belong the soldiers of the heavens and the earth, and ever is Allah Knowing and Wise." (Al Fath, Chapter 48, Verse 4) 




Then, find Allah. Allah know what is the best for His servant. Allah is Al-Khaleeq (The Creator). Feeling down is a test from Allah. Every single things Allah give to us is a test. Do we know what is main purpose of the test? Because Allah is Ar-Rahman and Ar-Rahim. 



Every single day, minute and second we asked Allah "O Allah, please give me the strength to face all challenge in this world". We're waiting for the strength. But, it is not coming. The test comes over and over again. The final destination after the test, we felt down.


Dear ourself,
Do you know something?
Allah gives you a test because He want you to be a strong servant.


Gitar pink dan aku.

Aku ada gitar. Warna pink. Hahahahaha. Aku rasa interest aku dalam muzik ini dari kecil. Tapi, well. Dah tiada jalan nak belajar. Masa kecik-kecik aku pernah nak pergi kelas piano. Tapi, mak aku tak benarkan sebab masih kecil. After naik sekolah menengah, mak aku bg tapi duduk asrama. Takkan nak balik seminggu tiga kali sebab kelas petang dan malam. Hahahahha. Belajar secara tidak formal pernah la. Dah lama dahulu. Bila dah ada gitar baru ini, aku rasa best la sikit.

Jari pun dah keras macam dengan apa lagi. Kod aku pun dah ke laut. Wuuuuuuuu. Tapi, practice makes perfect kan? Hahahahaha. Ayat penyedap hati ja ni. 

Obsession and books.

Today is the last day for the first week of new semester. Not too busy because it is not in a week of disaster... Not yet. Maybe 4 or 3 weeks coming. Kahkahkah. Just be relax and do anything you want to do to make your leisure time become awesome! 

I've bought 3 books within 5 days! And, it costs RM100 plus. Maigad. What I'm gonna do with this books?. Just read half of it and leave it. Continuing take one another books.And, read it by half.  This is so peliksss. Actually, I gotta admit. I'm actually having an obsession towards books. Don't you dare to gimme an invitation "Nabilah, should we go to MpH?". It is a big disaster to me :'( . Oh, please. I have too many books ( about ten) which I didn't read yet.  Just for my nafsu. Hopefully, I'll finish it before graduation day. Hahahahaha.

Today, I bought 2 books. Yesterday, i bought one. Last week, two. Kbai. 




Sunday, 6 September 2015

Junior pengajian Islam

Tadi, ada junior sekolah mesej secara peribadi melalui FB bertanya pasal UM. Serius. Aku tak perasan langsung siapa. sebab DP pakai purdah. Hurm. Mungkin budak PMI kot. Aku ramal ja. Bila dah mesej baru dia 'reveal' yang dia sebenarnya junior sekolah aku. MasyaAllah. Aku tak sangka langsung.

Pertama kali sepanjang yang aku tahu, tiada junior aku yang menyambung pengajian dalam pengajian Islam. Tidak pernah! Sebabnya, sekolah aku tiada basic dalam pengajian agama. Sangat menongkah arus dalam apa yang kami pelajari kat sekolah. Dia junior aku masa aku pindah sekolah form 6. Rancangan khas kami ialah bahasa Jepun.

Tidak silap aku dahulu, junior ini budak ST. Sains Tulen. Aku tanya macamana boleh sambung pengajian Islam sedangkan kita tiada basic pengajian Islam selain daripada pendidikan Islam. Dia jawab, perancangan Allah dah atur cantik. Dia di jalan ini. Barakallahumma. Kuatnya hati kau dik. 360 darjah kau tukar bidang. Daripada kau nothing dah jadi begini.

Moga Tuhan memberkati setiap langkah perjalanan kau adik. InsyaAllah, setiap perjalanan ada hikmah. Apapun, hanya Lillahi. :') 


Daripada, 
Pegawas asrama yang garang dan poyo.

Thursday, 3 September 2015

Langkah penjimatan hebat. Tips dari si kecil



Aha! Disebabkan aku rasa aku dah banyak belajar berjimat semasa keadaan ekonomi sekarang. Aku nak share beberapa tips yang aku rasa berguna. Jimat woi!

1.       DIY shawl sendiri. Buat sendiri. Hahahaha. Aku pergi beli kain chiffon yang harga dia semester rm 3-6 ringgit (ikut kemampuan) dan potong sendiri. Aku dah pasak dalam hati. Chewaah. Setiap kali aku nampak shawl yang cantik, aku akan pergi survey harga kain. Lepas tu, dah cukup duit nanti, aku beli lah. Cara aku ukur senang sahaja. Beli kain 2 meter. Lepas tu, korang ambil shawl yang korang selesa ukuran dia, letak atas kain tadi. Pinkan banyak-banyak pakai jarum peniti supaya kain tidak lari. Hahahaha. Lepas tu, gunting! Harga pergi kedai untuk jahit tepi. Selalunya aku pakai shawl chiffon rm 10 tu ja. Tapi, plain. Kalau nak corak-corak aku dah survey kat internet. Bapak ah. Mahal gila.

2.       Beli barangan bundle. Hahahaha. Ini bukan lawak ok. Tapi, depends on korang juga benda ini. Kalau saiz aku memang senang dapat kat bundle ataupun pasar malam. Kat kawasan rumah aku di KL. Ada pasar malam pantai permai. Aku selalu pergi beli baju rm 5 ja. Hurm. Tapi, baju yang tidak sempurnalah. Yang bertali dan tiada lengan tapi labuh, yang muat-muat tapi jarang dan macam-macam lagi. Bagi aku, simple ja. Just DIY. Buat ootd sendiri. Tutup aurat tak susah pun. Kita yang susahkan.

3.       Masak! Masaklah sendiri kalau yang duduk rumah berdapur. Bawa bekal. Aiseh. Dah boleh jimat tahap maksima.

4.       Bawa air sendiri. Ini penting. Bawa air sendiri. Sebab, air ini percuma. Kalau tidak percuma pun, pakai air mesin rm 0.20. Ha, daripada beli air rm 2 plus.

5.       Survey harga untuk dapat yang lebih murah. Ps : jangan selalu sangat window shopping


Wednesday, 2 September 2015

Macamana nak skor dalam subjek politik?

Aku dapat emel ini. Hahaha. Aku pun tak tahu la nak jawab apa. Tapi, insyaAllah. Aku akan cuba jawab. Hope membantu korang!

1.       Fahamkan terms dengan lebih jelas. Ini adalah step yang paling penting sekali. Sebabnya, kalau kita tak faham terms, ia akan menjadi masalah bila masa penghuraian nanti. Kalau tanya aku, aku tidak suka untuk menghafal. Hafalan vs pemahaman. Pemahaman bagi aku sangat membantu. Terutamanya kalau pensyarah yang jenis putar soalan 360. Hahahahha. Lepas itu, kalau pemahaman ini lebih lambat lupa berbanding hafalan. Gotta admit, terms in politics sangat susah. Bagi aku la. Ada terms yang sangat berbeza mengikut definisi tokoh-tokoh tertentu. Melalui tokoh-tokoh ini, pemahaman yang lebih perlu diberikan perhatian. Misalnya, teori atau terms melalui kuasa hegemoni oleh Antonio Gramsci. Penaklukan idea ini sebenarnya bermula daripada teori kelas Karl Marx. Aha, daripada sini kita akan kenalpasti dengan lebih mendalam dalam keadaan sesuatu terms. InsyaAllah, pemahaman ini adalah tidak bersifat deskripsi semata-mata tapi memerlukan kita untuk berfikir.

2.       Banyakkan membaca buku politik. Buku politik ini termasuklah sejarah politik, politik semasa dan sebagainya. Pembacaan yang lebih luas dalam bidang politik sebenarnya lebih meyakinkan kita untuk menjawab persoalan yang ada. Bagi aku, ini adalah key yang penting. Sebab kupasan dalam kertas soalan tidak hanya tertumpu melalui apa contoh yang telah diberikan oleh pensyarah tetapi lebih kepada kita punya kemahiran untuk berfikir.  Bukan buku sahaja, banyakan baca paper yang ulasan politik dia awesome! Dan, selalulah singgah ke laman web obersea macam BBC ka, Times, Canada Report.

3.       Beri tumpuan dalam kelas. Aku jarang skip kelas politik sebenarnya. Samaada minor sejarah politik ataupun major sosiologi politik. Penting ni! Kalau tidak tumpu dalam kelas, memang akan rasa tidak faham masa menjawab peperiksaan.

4.       Niat. Berniatlah dengan nak belajar untuk dapatkan ilmu. InsyaAllah.

5.       Rajinkan diri untuk hadir forum berkaitan politik semasa. Aha! Banyak forum politik sekarang kan? Pergilah, sebab ini adalah satu add value kita untuk tambah ilmu luar kuliah dan luahkan dalam peperiksaan.

6.       Rajinkan diri tengok video ulasan politik semasa sama ada dalam atau luar negara. Buka you tube dan taip apa yang kita nak tahu. Tapi, pastikan seimbang. Kalau boleh, dengarkan ulasan daripada perspektif yang berbeza-beza. Lepas itu, catat point yang penting.

Yang tu ja kot. Harap membantu!

Tuesday, 1 September 2015

Result praktikum

Hari ini, result praktikum secara tak rasmi keluar. Aku memang dah jangka. Hahaha. Redha. Pengertian redha perlu ada dalam setiap apa yang kita lakukan. InsyaAllah. Tapi, aku memang jenis tak kisah sangat soal result ini. Dapat ok, oklah. Dapat tak ok, tak ok lah.


Aku sebenarnya, dah pasak dalam diri bahawa pergi praktikum ini adalah untuk cari pengalaman dan ambil peluang untuk berdakwah. Cari hikmah apa yang Tuhan bagi. Hari pertama praktikum aku dah jumpa Aufa. He is my son. InsyaAllah, penghuni syurga. Dua hari selepas itu, aku jumpa lagi anak-anak syurga autisme dan sindrom down. Lepas itu, jumpa kes prostitution, akhlak dan sebagainya. Bagi aku, inilah result yang sebenar. Berada dalam lapangan masyarakat. Berderet mesej tanya “Kau tak sedih ka?”. Kahkahkah. Aku dah tiga tahun kawan dengan korang. Takkan tak tahu peel aku. Rileks sudah.  Aku bukan jenis nak kejar A apa kebenda tu. Pelajar terbaik SPM dan STPM itu pun sebab nasib. Family aku pun tak pernah nak tekan untuk kejar A. Bertenang.

Sebab apa aku rasa aku tenang masa tengok praktikum tapi kawan-kawan lain dah gelabah?

Sepanjang praktikum, aku rasa bertuah sangat sebab Tuhan hantar aku ke situ. Baru aku tahu betapa umat Islam sekarang semakin tenat. Maha Suci Tuhan lagi mengetahui segala. Kalau kawan-kawan aku mungkinlah di pejabat. Tidak kepada aku. Aku berada dalam kehidupan masyarakat yang sebenar. Bersama sesi kaunseling perempuan yang di bawah pengaruh dadah, mental, pelacuran, hamil luar nikah. Kes penderaan, rogol, liwat dan sebagainya. Sampai sekarang, aku masih lagi terasa Aufa di bawah aku. Moga Tuhan merahmati Aufu sayang.  Orang lain tidak rasa semua ini. Tuhan hantarkan aku untuk bersama dengan ahli-ahli yang dijamin syurga Allah. :') 

Sekarang?
Dah tahu?
Hahahaha. 
Chill sudah.