Saturday, 31 October 2015

Mahu berkahwin? Baca nie!

Sebenarnya, aku sekarang tengah berada dalam fasa peperiksaan. Huhu. 
Hari ini aku nak kongsi dengan korang mengenai "Perkahwinan dan penyesuaian". 
Mungkin adalah salah satu cara untuk aku mengulang kaji dan berkongsi ilmu dengan semua orang. 
Teheee. 

Aku sebenarnya belum berkahwin lagi. Harap maklum. So, aku tidak pernah melalui stage yang sebegini. Peringatan : perkongsian ini hanyalah berdasarkan teori dan kajian. Tapi still berguna juga untuk kemudian hari. Aku bersyukur sebab ambil kelas ini sebab aku rasa macam banyak ilmu yang berguna dalam kelas ini. Lecturer yang paling aku suka dari first year. Hurm. Faktor juga sebenarnya. Hahaha. 

Perkahwinan dan penyesuaian ini adalah satu "stage of life cycle" dalam sesebuah pembinaan keluarga. Antara faktor penting mengapa perlunya stage ini kerana kualiti sesebuah perkahwinan, cabaran yang akan berlaku dalam perkahwinan, komunikasi dan konflik yang akan berlaku dalam perkahwinan.

Ramai orang bercakap berkahwin dengan sebelum kahwin stagenya adalah sama Tapi sebenarnya adalah berbeza sama sekali. Dr selalu pesan "Apa yang kamu nampak sebelum bernikah masa bercinta itu bukan true colors of him/ her". Dalam kes stage selepas berkahwin ini, ia lebih menjurus kepada persoalan "Who are you?". Kiranya macam proses kenal-mengenal lah.

Bila cakap soal kualiti perkahwinan, ada lagi faktor yang mempengaruhi kualiti sebenarnya. Antaranya ialah tempoh/ masa berkahwin , bilangan anak, kerjaya dan isu gender. Ha, isu gender kat situ aku nak tekankan ialah peranan lelaki dan perempuan dalam rumahtangga misalnya dalam pembahagian tugas rumah tangga dan sebagainya. Penting nie hoih! Gua pun rasa gerun. Hahaha. Dah la tak reti masak. Hahahah. K. Just kidding. 

Tahap perkahwinan dalam rumahtangga biasanya ada 4 stage. Depends on researchers juga. Tapi tahap ini pasti akan ada dalam setiap kajian. Aku harap korang hadam betul-betul. Aku nak memeningkan kepala. Hahahaha. 

Stage pertama:
Tahap awal perkahwinan : Newlyweed Stage a.k.a pengantin baru.
Boleh refer gambar aku nanti. Gambar rajah yang paling hodoh. Hahaha.
Dalam tahap ini akan berlaku satu polemik atau ujian terhadap pasangan sebab individu yang berkahwin akan mula memainkan peranan masing-masing dalam membentuk sebuah keluarga atau kehidupan suami dan isteri.

Kat bawah ini aku senaraikan beberapa perkara atau konflik yang akan berlaku dalam tahap ini.

1. Peranan suami dan isteri dalam membentuk keluarga. Biasanya akan terlihat dalam tolak ansur sesuatu perkara. Aku bagi contoh, kes balik kampung. Kes balik kampung nampak macam remeh. Tapi sebenarnya besar kot. Boleh bawa kepada penceraian ! 
Dalam kes balik kampung ini, individu perlu memainkan peranan menentukan yang mana satu perlu dipersetujui. 'Power sharing' la katakan. 
 Contoh lain lagi ialah, pembahagian tugas antara suami dan isteri. Walaupun masa ini tiada lagi anak, beban dalam pembahagian ini akan berlaku juga. Sebab isteri kena memasak dan menguruskan rumahtangga. Dan bagaimana dengan tugas suami dalam perkara ini. 

2. Sokongan emosi terhadap pasangan. Pasangan perlu memainkan peranan yang penting dalam sokongan emosi ini. Perpisahan dalam keluarga memberikan impak terhadap emosi pasangan ditambah lagi dengan peranan baru yang perlu dimainkan oleh pasangan. Makanya, perlu ada sokongan antara satu sama lain.

3. Penyesuaian "Habits" pasangan. Sama ada hobi atau kebiasaan yang ada pada pasangan. Konsep memberi dan menerima amat diperlukan dalam hal ini. Jangan ini perkara ini remeh! ( Aku buat tanda seru, sebab dr ulang banyak kali kat sini, hahaha) Misalnya, merokok. Lelaki yang merokoknya (aku sebut lelaki sebab lelaki yang majoriti merokok). Macamana pasangan nak melakukan penyesuaian terhadap 'habits' pasangan ini? Nak suruh keluaq rumah? Kena halau?. Hahaha. Fikir. Hurm. Aku pun tak tahu la. 

4. Negotiate gender roles. Macam aku mention kat atas tadi. Tolak ansur dalam pembahagian gender dalam rumah tangga amatlah diperlukan. Sebab nt akan berlaku konflik kalau ada kelebihan kuasa terhadap sebelah pihak dan overlapping. Dr cakap, masa ini apa yang diperlukan adalah hormat-menghormati.

5.  Keluarga vs pekerjaan. 
Pasangan perlu beradaptasi dengan pekerjaan pasangan masing-masing. Atau rutin pekerjaan pasangan. Misalnya, kalau kerja dr, lawyer. Workholic. So, kena pandai adapt dan menyesuaikan. Peace! Antara rumahtangga dan pekerjaan. So, tak boleh lah sangat nak kerja kuat mcm  masa bujang kan? Balik 2-3 pagi sebab kerja. 

6. Pendapatan dan pengurusan ekonomi

7. Develop communication skills.
Kalau tak develop communication skills ini akan berlaku communication breakdown. Interaksi dengan pasangan adalah penting. 

8. Bentuk hubungan dengan 'kin' atau kerabat keluarga. Kedua-dua belah pihak. TImbal balik dalam membentuk hubungan keluarga yang lebih besar.


Stage 2 
Parental Stage

Tahap ini bermula apabila isteri mula mengandung dalam berlakunya perubahan dalam beberapa perkara seperti biologi dan fizikal perempuan. Masa ini, suami kena bersedia untuk menerima apa adanya pasangan. Sebab itu, ada kes curang belakang isteri masa mengandung. Sebab tak boleh nak adapt dengan keadaan isteri dan perubahan yang berlaku. Meh! 
Dalam keadaan fizikal, pembahagian gender perlu mendapat persetujuan sebab berlakunya perubahan. Pengendalian rumahtangga (household) semasa isteri mengandung. Perlu faham kat sini, ada certain kes di mana ada isteri yang mengandung dan terpaksa ulang-alik ke hospital. Suami perlu ada peranan untuk mengatasi emosi dia dan pasangan. Hurm. 

Parental stage terbahagi kepada dua :

a) Early parenthood
- Anak belum bersekolah/ anak sudah bersekolah.
Masa ini perlu diperbaiki adalah kualiti perhubungan dengan pasangan dan anak-anak. Tiga hala perhubungan. 
Parenting skills sgt penting. 
Sebab masa inilah emosi, ekonomi akan tercabar. 
Seandainya tidak ada satu 'resist' untuk menghadapi benda yang begini, akan berlaku ketidakseimbangan dalam peranan akibat terbeban.

b) Late parenthood 
berlaku dalam keadaan :
a) anak sudah mula masuk kolej
 - Ekonomi : 
Tekanan ekonomi akan berlaku kerana perbelanjaan akan terus meningkat. 

NAKED : Minggu akustik. Muzik dalam ekspresi dan hiburan.

Minggu ini aku ke NAKED. Aku adalah pengunjung setia NAKED. Hahahaha. Malam ini adalah malam akustik. Ada tiga orang yang mempersembahkan akustik. Sepatutnya termasuk aku. Jadi 4. Tetapi, aku menolak atas faktor aku tidak seperti dulu. Hahahaha. Nak menyanyi bukan mudah. Walaupun, aku dulu adalah orang yang agak biasa ke arah ini.

Mula dengan Lan dan Ammar. Lan ini memang budak main gitar. Ammar ini aku terkejut gila. Boleh pula dia busking lagu yang gua rasa budak ini memang sangat sukar untuk dijangka. Dia baru beli gitar selepas aku. Perform very well. Mereka main lagu 'Zombie' dan solo Ammar lagu Oasis : Don't look back in anger.  Adam pula perform lagu sendiri. Dia genius gitar aku rasa. 4 lagu dia bubuh. Semua lagu sedap gila. Sedap gila. Serius. Aby menyanyi lagu 'Dan sebenarnya'. Tanpa disangka! 

Kemudian, kami berbincang mengenai lagu dan muzik. Persoalan yang ditimbulkan oleh Adam ialah lirik lagu dia sedih. Tapi, disebabkan muzik yang dia gubah berentak pop (sebab festival seni pop band) orang semua gembira. Dan orang tepuk tangan dan off. Adakah muzik satu ekspresi atau sekadar hiburan?

Terpulang kepada masing-masing. Aku masih lagi memasang satu tanggapan bahawa muzik itu sendiri adalah ekspresi berbanding hiburan. Kalau lihat, The Beatles, Bob Marley, Cranberies dan banyak lagi banyak menyampaikan mesej kemanusiaan dan kritikan sosial masyarakat. Begitu juga dengan artis tanah air macam Ramli Sarip, Fynn Jamal, M, Nasir. Lagu mereka 'deep' untuk orang-orang macam aku.

Aku rasa sekarang ini, tidak lebih kepada hiburan, Misalnya, lagu 'Zombie' dinyanyikan dengan penuh girang. Walhal lagu ini adalah berbentuk protes kepada peperangan.


Anak-Anak Chow Kit at KLCC #tengokjerung.

Masa hari raya aidil Adha hari itu aku tidak pulang ke kampung sebab Universiti Malaya cuma memberikan cuti sehari sahaja. Rasa tidak berbaloi dengan pergi balik. Yang penting, duit. Maklumlah, tiket sekarang mahal. Aku hanya bergantung kepada pinjaman PTPTN. So, kena pandai hidup kat Kota Metropolitan ini.

Aku pergi program anak-anak Chow Kit at KLCC hari kedua raya aidilAdha. Program bermula pada jam 8 pagi. Kiranya, aku keluar rumah dari jam 7. Husna datang ambil. Masa sampai kat sana, kita orang dibekalkan baju untuk tukar. Baju anak-anak dengan sukarelawan sama. Warna hitam :'D 

Aku menempel kat kumpulan Husna. Kumpulan satu. Satu kumpulan ada 5-6 orang anak-anak Chow Kit. Semasa program ini berlangsung, aku agak rapat dengan Muhammad Al-Farizi. Dia panggil aku 'cikgu'. Alahai. Comel betul. Ok, sambung. Sebelum bertolak, kami makan di kedai makan roti canai. Ada anak-anak Chow Kit yang sememangnya hidup di jalanan pertama kali merasai roti canai dan air teh panas! Kalau sebelum ini, cuma melihat orang lain di bawah jambatan monorel dan LRT. Roti canai kosong yang diminta tambah. 

Selepas itu, kami berjalan ke arah stesen monorel Medan Tuanku dan turun di Damai untuk transit ke KLCC. Penat berjalan sebenarnya. Tapi, bila tengok anak-anak riang. Hilang rasa penat. Masa nak masuk ke stesen, mereka berebut-rebut untuk masukkan 'coin' dan apabila pintu terbuka. Mereka berlari dan gelak sampai mengekek. Bayangkanlah, perasaan seorang sukarelawan pada ketika itu. Farizi aku dukung untuk dia rasai sendiri pengalaman masukkan coin ke dalam mesin. Lepas itu, aku biarkan dia berlari dalam stesen. 

Apabila sampai di KLCC, kami naik 'telur bergerak', aku pun dah terlupa apa benda namanya. Masa di dalam ini, aku nampak mereka sangat sempurna gelak ketawanya. Masuk dalam tempat tekanan udara, melangkah ke kawasan dinasour, Masa ini aku terpaksa dukung al-Farizi, anak syurga sebab dia pegang aku dia cakap "Cikgu, nak kung". Aku tanya "Kenapa?". "Takut dinasour". Hahahaha. Masa korang main, tak takot dinasour. 

Aku pun dukung sampai habis kawasan. Agaknya begitulah perasaan ibu yang kecil macam aku ini nanti dukung anak. Macam yuyu Zulaikha dukung anak dia -..-. Selepas itu, kami ke KFC untuk makan tengah hari. Aku terasing daripada ahli kumpulan. Masa ini, husna makan dengan anak-anak. Selera betul. Tengok anak-anak ini makan, aku menjadi runtun hati. Tunggu empangan nak pecah sahaja masa itu. Bila balik, salah seorang sukarelawan muat naik status yang lebih kurang bunyinya begini "Ada antara anak-anak ini yang pertama kali makan kek dan KFC. Kalau tidak, hanya mampu melihat dari kaca kanak-kanak sebaya makan". 

Setelah habis makan, solat dan sebagainya. Kami bergerak ke Aquaria KLCC. Dalam ini, lagilah. Teruja betul tengok ikan. Bukan depa sahaja. Aku sekali. Hahahahaha. Jerung besar. Masa berjalan dalam terowong, banyak betul bertanya. Sentuh dinding kaca. 


Saat kita merasakan kita adalah manusia yang paling susah, ada lagi manusia yang susah. :') 

Buku Jalanan Anak-Anak Chow Kit.

Buat masa sekarang, aku stick dengan budak-budak buku jalanan Anak-Anak Chow Kit (BJCK). Aku dah jarang join PMIUM, Pertiwi, Soup Kitchen dan Dapur Jalanan dah sekarang. Mungkin sebab kekangan masa dan aku sendiri tiada transport. BJCK ini baru sahaja berjalan dalam dua-tiga bulan yang lalu. Aku join program ini pun dah lambat sebab aku tiada transport. Nasib baik ada kawan aku, Husna, sudi menumpangkan aku setiap hari Ahad ke sana. Kitaorang selalu berdua. Ada juga budak UM yang turun. Ammar, Lan, budak-budak pMIUM dua - tiga orang. 

Basically, kalau turun ke sini akan ajar anak-anak Chow Kit bermain dan belajar. Kiranya guide untuk pembelajaran la. Lebih kurang. Ada sistem pinjam buku. Hahaha. Belajar di tepi jalan. Sampai bila nak suruh perut kenyang tetapi otak tidak kenyang. Buku-buku ini bukan hanya kepada anak-anak tetapi kepada homeless yang dewasa juga! Ada satu uncle ini datang minta novel bahasa Inggeris. Aku rasa malu sangat dengan uncle tu. Sebab, uncle itu adalah orang yang kuat membaca. T____T Mungkin kita boleh ambil ibrah daripada dia. 

Sepanjang aku join program ini, macam-macam benda yang aku nampak. Mata aku sangat terbuka luas untuk menilai daripada mata masyarakat. Anak-anak ini masih lagi tidur di kaki lima, tapi dia mahu belajar. Mereka tidak punya lampu. Hanya berbekalkan lampu jalan. :'(

Nanti aku sambung balik.

P/S: Inilah bahagia aku sebenarnya. Cari bahagia bila kita bersama orang yang bahagia. :) 

Manusia.

Dalam hidup ini, ada sejenis manusia yang berdengki dengan orang lain. Serius. Kadangkala, aku rasa ada benda yang tidak patut berdengki pun, dah menjadi satu dengki. Dengki ini adalah sejenis penyakit hati. Orang yang mempunyai penyakit berdengki ini sangat berbahaya. 

Kalau ada orang berdengki dengan hidup kita, baik tidak payah layan. Buat bodoh, sebab berdengki itu adalah kerja-kerja orang bodoh. Jangan fikir, orang bodoh itu adalah orang yang mempunyai pelajaran rendah, tapi orang-orang yang tidak mampu menggunakan akalnya dengan sempurna. Apabila akal yang digunakan tidak sempurna, ia membawa kepada masalah hati. 

Fynn Jamal berkata, kalau orang tidak suka kita, cara kita minum air pun orang dah tak suka. Yes, that reality we should face. Indeed. there is no people perfect. No. But, kalau main dengan perasaan dengki ini apa pun tak boleh.

Apa-apa pun. Kalau rasa ada orang dengki dengan kita, biarlah. Mereka itu seorang dalam sejuta dalam hidup kita. Biarlah mereka hidup dalam mereka yang tidak pernah bahagia sebab dengki. Kalau tak percaya, kau cuba pergi kepada orang yang kau rasa berdengki dengan kau, kau rasa hidup dia bahagia atau tidak?. Semestinya tidak! Sebab dia akan sibuk fikir pasal kau sampai bila- bila. Dia akan berasa dengki bila kau bahagia. Ha, teruskanlah bahagia kau. Biar dia mereput dengan perasaan dengki kau.

Aku nak cakap, aku bahagia dengan orang-orang yang ada sekeliling aku sekarang. Ada kawan-kawan yang supportive, ada kawan yang mengingatkan kalau aku lupa, kawan-kawan yang mengingatkan aku kepada makan, kawan yang sekepala, kawan yang berkongsi dengan aku. So, aku tidak kisah pun dengki. Sebab orang yang mempunyai dengki ini hanya orang yang bodoh. 'Bodoh' sebab dengki. Eh?

Friday, 30 October 2015

Bibliophile

Bibliophile. 
Buku dan aku.
Aku jenis ikut mood. Boleh jadi bertukar. Oleh sebab itu:
a. Aku selalu akan tukar buku dalam masa yang singkat (tidak dari kulit ke kulit). Kalau aku rasa bosan dengan buku politik, aku baca buku bukan politik. Aku bukan jenis yang akan stick dengan satu-satu buku. 
b. Beri cadangan kepada orang lain. Aku boleh dikatakan pakarlah juga dalam 'menghasut' orang-orang membeli buku yang aku baca dan cadangkan. Sesiapa yang kawan rapat dengan aku tahu betapa aku suka menghasut. Hahahaha. 

c. Bawa buku ke mana sahaja. AKu memang akan bawa buku ke mana sahaja yang aku pergi. Sebab aku tidak tahu bila mood aku akan datang. Kalau mood aku datang, aku tak bawa buku. Menyesal bhai..... Itulah kan? Orang cakap, bila dah tiada baru nak dikenang. 

d. Masa beli buku itu akan ada satu perasaan. Berguna tak eh? Ha, daripada was-was. Aku rembat sebab aku rasa aku akan pakai juga satu hari nanti. Sebab itu ada buku aku yang tidak dibuka lagi plastiknya. Ha, sebab benda inilah. Kah! InsyaALlah, nanti aku buka. 

e. Kalau buku sejarah, politik, ekonomi. Aku jenis take note sama ada pakai highlighter, sticky notes dan tulis penuh kat mana ruang kosong dalam kertas tu. Lagi satu, pakai penanda yang lekat. Boleh terus tanda isu penting. Huhu. 

kbai.



Wednesday, 28 October 2015

Dua perkara dalam hidup manusia bernama MUSLIM;

Dua perkara dalam hidup manusia bernama Muslim; mengucap syahadah.

Aku tinggalkan pada kamu dua perkara, sekiranya kamu berpegang teguh dengan kedua-duanya, maka kamu tidak akan sesat untuk selama-lamanya iaitu: Kitabullah dan Sunnahku”.

[HR Imam Ahmad dan Ibnu Majah]


Antara perkara yang Rasullulah tinggalkan kepada umatnya ialah Al-Quran. Al-Quran itu sendiri adalah satu mukjizat. :)

Membaca Al-Quran dan bertaddabur dengan ayat Tuhan. Bertadaburlah supaya kita nampak hikmah sebuah kitab bernama Al-Quran. 


Monday, 26 October 2015

Help the needs.

"Helps the needs". Aha! Dalam bahasa Melayunya ialah 'tolong yang memerlukan'. Macamana kita nak tolong orang yang memerlukan tanpa perlukan kos yang banyak? Aku selalu review page 'kindness'.

Ok, sini aku cedok idea depa. Moh, kita sama-sama amalkan. Moga Allah redha. :)

1. Beli satu tin biskut. Letak dalam raga dan biarkan sambil letakkan notes 'Sila ambil satu' and what so ever yang membuktikan bahawa benda itu free. Teheee. Ramai kawan-kawan yang mahu study kat Siswa Rama, KPS, Library yang tidak mampu untuk keluar sebab hujan. sebab tidak mampu. Kalau ada lebih, boleh beli roti RM 80 sen tu. Hahahaha. 

2. Sticky notes. Paling murah. Tulis any kind of nice words kat atas sticky notes dan pelekat atas tangga, meja yang korang guna atau lalu. :D Just need marker pen and sticky notes. Oh, yeah! 

3. Pin. Hahahaha. Perempuan kan selalu hilang pin selepas solat. Letak satu bekas pin dan buat sistem pinjam. RM1.50 ja. Untuk emergency.


"Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat....."

(Hadith 36, Riwayat Muslim) 


Saturday, 24 October 2015

'Common sense'

'Common sense' benda yang perlu dalam setiap manusia. Kalau dia tiada, itu maknanya mungkin dia clan daripada kucing. Banyak benda yang kita perlukan common sense. Kadangkala tak perlu pun nak dinyatakan. Fikir logik sebagai manusia. Manusia ini diberikan akal daripada Tuhan untuk berfikir. Sebab itu, beza manusia dengan ciptaan lain adalah akal. Allah kata dalam Al-Quran "Afala Ta' qilun". Berfikir.

Rakyat Malaysia ada segelintir yang masih tiada common sense. Aku pun tidak tahulah apa benda yang dalam kepala mereka yang tidak mempunyai common sense ini. Kadang-kadang aku rasa mereka macam 'selfish' (dalam bahasa Melayu : pentingkan diri sendiri. 

Banyak contoh:

1. Merokok. Manusia yang aku rasa sel-sel otaknya tidak berhubung ialah merokok di tempat yang agak tertutup seperti 'food court' dalam bangunan. Yang aku rasa selang dua tiang tergantung "Kawasan larangan merokok". Orang-orang ini tidak peduli. Bukan peduli pun. Yang dia tahu sedut, hembus. sedut, hembus. Kalau nak merokok, merokok di tempat yang terbuka dan selamat sikit la bhai. Pelik juga, ada baby comel belakang pun masih lagi mahu 'ambil nyawa'. Bahaya untuk budak-budak. Kanak-kanak dan orang tua. Penyakit risiko (asthma dan sebagainya). Sekarang ini vape pulak. Berbentuk-bentuk lawan kat meja makan. Walaupun bau dia sedap sikit daripada rokok, kasihanilah kami ini.

2. Beratur naik lif dan bas. Ini paling aku geram. Disebabkan ini kecil molek, sering menjadi mangsa tolakan, tutup pintu dan terkepit depan pintu terutamanya pintu bas. Hadeh -_-' Ini bukan aku nak cerita. Common sense yang paling aku geram sekali ialah potong barisan. Dan menghalang orang lain daripada turun. Aku rasa orang begini tidak reti nak sabar. Depan lif, serbu masuk macam lif tu tak turun dah. 

3. Tempat duduk. Kalau orang-orang muda, baiklah kau berdiri dalam train, LRT dan bas. Sebabnya, kita masih ada kudrat kan? Jangan pentingkan diri sendiri. Aku lebih suka tak duduk. Sebab? Sebabnya, macamana kalau ada orang tua, kudrat tiada berdiri tapi kau tak nampak. Kan dah menzalimi orang lain. Berdirilah. Sekejap ja kan? Beri kepada orang yang memerlukan. Perempuan mengandung, orang tua, orang kelainan upaya dan sebagainya.

kbai!


Dulu dan sekarang.

Semalam aku pergi NAKED, lepas itu masa diskusi. Kitaorang kena cerita pasal muzik (kecenderungan muzik) sampai part aku. Aku terkeluar cerita aku pergi Gigs. Aku dulu kan banyak terpengaruh dengan skinhead dan punk. Lepas tu grunge. Tapi still stick dengan the beatles. 

Mungkin ada dalam kalangan budak-budak itu yang terkejut bahawasanya aku budak yang pernah masuk gigs. Gila hang. Pakai purdah tapi pergi gigs. Tak lah, aku pergi masa zaman kegelapan aku. Biasalah budak baru nak up. Sekarang tengok sahaja kat youtube. Tak pun, lepak kat street busker. It is easy. free and style. Aku tak suka nak masuk concert yang kena bayar. Konsert kt um aku tak pernah nak pergi sebab kena bayar. Aku anti-kapitalis. Kahkahkahkah. Sebab aku rasa seni itu berharga weh. Tak kisah suara kau sedap ka tak. Yang penting ada jiwa seni. 

Aku cenderung juga ke arah lagu puisi macam Fynn Jamal. Daripada dulu, tahun 2010 aku follow fynn jamal. Banyak orang cakap suara dia tak sedap. Tapi bagi aku sedap tidak sedap itu belakang kira. Yang penting seni. Aku suka jiwa seni kak fynn. Sekali lirik dia menusuk jantung ke hati. Cis. Over. Seriuslah. 

Aku nak cerita dulu aku lain. Buat yang pernah kenal aku. Aku minah short pants, short skirt yang keluar pakai singlet dan top. Berbeza dengan yang sekarang. Entahlah. Sebab itu aku cakap, kalau nak kawan dengan aku, kena tahu silam aku. Aku tak nak orang lain kecewa sebab tahu benda yang begini. Aku rasa bongoknya lahai masa tu. Bagi tayangan free kat orang. Pakai tudung hanya di asrama. Kalau kat rumah, aku redah sahaja nak pakai apa. Berbalik kepada kisah semalam dalam entri aku yang sebelumnya. Selepas aku putus masa aku second year, ada beberapa orang merisik. I did taaruf. But, some 'pious' man can't accept my past. So, move on ja la. Haahaha. Heran apa aku. 

Lagipun, aku tidak cenderung kepada orang-orang yang sebegini sebab aku jenis yang mahukan lelaki yang cool. Layan bundle macam aku, layan muzik macam aku dan layan buku macam aku. Best kot! Cool weh. Macam fynn dengan tri. Aku suka jenis hubungan yang macam itu berbanding dengan gambar peluk pra jimak yang buat orang macam aku like .... meh??? 

Aku rasa zaman remaja aku macam hurm. Aku bukan daripada sekolah agama. Aku dulu budak asrama. Allah bagi kemahiran menghafaz Quran. Tapi, itulah tak bersyukur.Lepas itu,aku pun tak tahu
macamana aku jadi macam sekarang. I need people who can accept my past. And, some of them did it. Thanks Allah. 





Thursday, 22 October 2015

Ruang.

Persoalan yang orang selalu cakap kat aku "Bila nak berkahwin?". Sebenarnya, aku agak sensitif sejak kebelakangan ini. Never mind. Aku perlukan ruang sebab aku mahu berkahwin bukan untuk penuhkan kehendak orang-orang sekeliling. Aku juga tak nak berkahwin sebab semua orang yang sebaya berkahwin. Definitely, no! Not at all. Walaupun umur aku sekarang sudah 23 tahun. 

Aku perlukan ruang untuk menghabiskan apa-apa yang tidak aku lakukan dahulu. Mahu jadikan anak-anak gelandangan tidak buta huruf. Mahu kucing-kucing aku gemuk. Mahu bersama dengan anak-anak syurga. It is too many things I should resolve. Yet, kalau aku dapat orang yang betul-betul bersama dengan aku sepanjang benda-benda ini, absolutely aku akan berkahwin walaupun sekejap lagi. Hahahaha. Kidding. 

Aku tidak mahu,disebabkan aku berkahwin, tanggungjawab sosial aku menjadi menurun dan kosong seperti mana kebanyakan aktivis masyarakat yang hilang selepas berkahwin. Ya, perkahwinan itu bukan sesuatu yang mudah. Berkahwin banyak komitmen. Kena pandai bahagi komitmen. Aku merasakan bahawasanya aku akan berkahwin dengan lelaki yang berada dalam bidang ini. Sebab aku rasa kita perlukan 'infak' diri untuk masyarakat. Seriusly, dude. Kalau bukan kita yang menginfakkan diri kita, siapa lagi? Nak harapkan pimpinan atas. Mati hidup kembali pun tidak aku rasa. Fikir perut mereka sahaja. 

Aku pernah beberapa kali pernah dirisik oleh beberapa individu termasuklah budak-budak UM. Tapi, aku terpaksa menolak atas keberangkalian ini. Aku bukanlah orang yang terlalu memilih. Tetapi, aku melihat perkara ini sebagai visi. Sungguh, semua manusia itu tidak sempurna. Tapi, setiap manusia itu perlu ada satu KPI yang jelas dalam perkara yang sebegini. Macam orang lain, nak suami yang pandai mengaji. Macam itu juga aku. Tapi, aku tak perlukan pun suami yang pandai mengaji taranum bagai semua itu. Yang penting, dia mahu berusaha untuk jadi orang yang terbaik. 

:) 

Sekarang dah tahu kan? Mengapa aku memilih untuk bersendiri lagi berbanding berkahwin? 
Banyak lagi benda yang lagi penting berbanding berkahwin. Yang penting layan bundle! Lepak tepi jalan! Muzik! The Beatles! 

Bodoh.

Aku rasa aku sekarang bodoh, 
sebab layan benda-benda bodoh yang tidak masuk akal.
Eh, 
Bodohnya lahai.

Bila masa aku tak tahu la kena simptom layan benda-benda bodoh.

Wednesday, 21 October 2015

Konklusi.

Kalau kau rasa kau dah suka dia tahap nak mati punya, kira macam dah tiada oksigen, kau pergilah cakap kat dia. Tiada kena mengena dengan aku walaupun sejentik. Pergi jumpa ummi dan abah dia, kenal dan cakap kau nak kawen dengan dia. Apa masalahnya?. Tiada masalah. Aku siap boleh bagi alamat penuh sekarang, alamat penuh sebelum dan alamat penuh kampung. Ummi dan abah dia. Hahahaha. Itu pun kalau aku tanya dia bagi lah. Kalau dia setuju nak suruh aku bagi la. 

He take an action because of his desire. Not because of me. Mana aku tahu apa dia punya matlamat dan hujah. Baik kau pergi tanya sendiri. Deknon, macam inilah. Kakak nak cerita, kalau deknon sukakan seseorang, jangan pernah berharap bahawa dia akan suka kita balik. Lelaki ini, perangai dia tidak macam perempuan. Kalau bertindak dengan tidak matang sebegitu lagilah mereka tidak suka. Jangan bagi nampak agak terhegeh-hegeh. I spoke in truly statement sister. Aku ada ramai kawan lelaki berbanding perempuan. Mereka tidak suka perempuan yang kejar-kejar mereka. 

Cubalah deknon buat chill sikit. Tak payah nak pakai falsafah cintan-cintun cemburu buta macam cinta budak yang tidak matang. Macam aku cakap kat atas, kau suka, kau pinang, kau kawen. Lelaki yang matang, dia tidak suka perhubungan yang remeh-temeh macam deknon buat sekarang. Kalaulah sekarang pun deknon buat leceh, dia akan fikir nanti lagi leceh lepas berkahwin.

Lagi satu aku nak pesan, aku dengan dia tiada apa-apa hubungan. Kami ada falsafah, kawan sampai kawen. Kalau Tuhan kata kami kawen, kami kawen la. Kalau Tuhan kata kami kawan, kami kawanlah sampai bila-bila. Rilekslah weh. We are bonding because of his family, because of our passion and because of our satu kepala. Kalau kau rasa kau nak jadikan dia suami kau yang sah, go ahead. Jangan kaitkan dengan aku. Hahahaha. Cubalah. Mana tahu kalau dia nak jadi suami kau yang sah. 

P/s: dear my sister, suka, cinta itu cuma perasaan sahaja. Boleh dikawal. :) Kita sebagai orang perempuan ini, jangan jadi orang yang terkejar-kejar. Biar masa yang menentukan. Kalau tahap berkawan rapat pun kau dah ada prasangka macam-macam, macam mana nanti kau nak kahwin dengan dia. Dalam hidup ini juga, kita jangan pernah harap crush kita akan suka kita balik. Dia suka kita balik atau tidak, itu hak dia kan? Jangan pernah meroyan kalau dia dengan orang lain. Peace! Keep calm and eat laksa PERMADAH. Kalau kau rasa kau tidak puas hati pasal aku dengan dia, kau boleh jumpa kami di kampus. Sebab kau sendiri pun dah block kitaorang kan? So, tak payah nak meroyan. Lagi satu, boleh PM aku kat FB, twitter dan insta. Email aku pun ada. Kat sebelah entri. :) 

Have a nice day sister! 
May Allah bless you.

Sunday, 18 October 2015

Alangkah lucunya negeri ini : "Orang yang berpendidikan itu mencopet dari mana bang?"

Sambungan daripada entri aku yang sebelum ini. Tema-tema yang dibincangkan dalam diskusi NAKED. Sebelum ini, aku jarang menulis mengenai aktiviti aku yang satu ini. Ada dalam draft. Malas nak menulis. Cuma ada tajuk.

Dalam alangkah lucunya negeri ini, 3 watak pendidik kepada anak-anak pencopet ialah Muluk, Pipit dan Samsul. Aku mahu menekankan peranan Samsul atau Sul dalam filem ini. Walaupun watak ini boleh diklasifikasikan sebagai watak bukan hadapan seperti mana Muluk, ia sangat berkesan dalam memberikan penekanan kepada jalan cerita dan tema yang ada. 


Antara peristiwa yang digarapkan dalam filem yang memberikan kesan kepada aku melalui watak Sul ialah "Pendidikan dan koruptor". Sul merupakan seorang graduan daripada sarjana Pendidikan dan menganggur. Setiap hari hanya bermain judi bersama-sama rakan yang lain. Satu hari, Muluk yang berfikir untuk memberikan jalan penyelesaian kepada anak-anak pencopet, telah meminta bantuan daripada Sul untuk mengajar anak-anak ini membaca, menulis dan mengira.


Pada hari pertama, Muluk telah meminta Sul untuk menyedarkan anak-anak ini bahawa pentingnya pendidikan. Reaksi anak-anak ini menjadi pasif dengan alasan "Malas ke sekolah". Sebagai seorang yang mempunyai sarjana pendidikan, beliau semestinya boleh memberikan penafsiran 'apa itu pendidikan' kan? Malangnya, terjadi sebaliknya. Seperti kita juga. Kita juga tidak mampu memberikan penafsiran apa itu sebenarnya pendidikan kita? Kena kita perlu mendapat pendidikan di universiti. Kenapa kita berada di universiti. Belajar dari tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah, masuk universiti dan bergraduasi? 

Sul memberikan analogi mudah kepada anak-anak pencopet. Bahawasanya, orang yang tidak berpendidikan hanya mampu untuk mengumpulkan sejumlah wang dalam masa setahun sama seperti orang yang berpendidikan mengumpulkan jumlah wang dalam masa seminggu/ sebulan. Misalnya, rm1000 = sebulan untuk orang yang tidak berpendidikan. Orang yang berpendidikan mengumpul rm 1000 dalam masa seminggu. Persoalan menarik dan mendalam bagi aku semasa penerangan oleh Sul apabila ada salah seorang anak ini bertanya "Orang yang berpendidikan itu mencopet daripada mana bang?" Jawapan Sul "Mereka tidak mencopet, mereka kerja jadi pegawai, jadi doktor....".

Muluk telah menyambung penerangan "Orang yang berpendidikan ada juga yang menjadi pencopet, tetapi mereka tidak mencopet dengan mencuri duit, Mereka mengambil daripada atas, seperti bank". 
"Saya mahu bang". Sul menyambut "Dipanggil koruptor" Lalu bergemalah satu kawasan dengan sorakan anak-anak pencopet "Hidup Koruptor!"

Selepas beberapa ketika, Muluk dan Pipit telah membuat keputusan untuk tidak meneruskan perjuangan mereka kerana menghormati dasar ayah mereka dalam halal-haram duit pencopet. Aku teringat satu dialog yang Sul katakan kepada Muluk dan Pipit "Yang paling besar dosanya adalah orang yang melakukan korupsi, mereka yang menghabiskan duit rakyat. yang biarkan rakyat hidup melarat, yang membiarkan rakyatnya menjadi pencopet".

Lalu, apakah orang yang berpendidikan itu menjadi seorang manusia? Atau lebih manusia orang yang tiada pendidikan sebab mereka tidak mempunyai kuasa? 
 

Saturday, 17 October 2015

Minah Bundle

Aku pun tidak tahu kenapa aku sekarang suka mempromosikan kegiatan bundle aku kepada orang-orang sekeliling aku. Hahahaha. Kiranya, akulah manusia yang menghasut supaya pergi beli baju bundle berbanding beli baju yang kapitalis gila. Harga mahal macam nak cekik darah orang. Beberapa orang telah aku berjaya hasut. Testimoni aku "Amacam barang bundle?". Sengih. Ada yang jadi lagi agresif. Rupanya, selama ini orang salah anggap terhadap bundle. Mungkin low standard. Kisah apa aku. Hahahaha. Kau ingat senangkah? Nak dapat sweater yang rm 5 satu. Kain tiptop. Mana nak cari lagi. 

Aku mula berjinak-jinak dengan bundle start sekolah menengah. Banyak beli baju rm5 yang jual longgok. Sekarang ini pun, walaupun aku dah hijrah aku masih lagi mengamalkan budaya bundle dalam kamus hidup aku. Memang pelik sangatlah kalau jumpa baju stok-stok muslimah kat sana. Tak pernah lagi la aku jumpa. Mungkin sebab aku jarang pakai baju stok-stok muslimah ini, aku DIY sendiri baju-baju yang aku beli dekat bundle jadi benda yang aku boleh pakai. Takkan nak pakai jeans atas lutut yang koyak-koyak tu lagi dengan purdah kan? Kahkahkahkah.  Baju ini kita buat dia, bukan dia buat kita. Pandai-pandailah kita membawa diri, Huhuhu. Janji tutup aurat dan patuhi KPI Islam ajar! 

Aku baru balik dari kedai bundle petang tadi. Kedai kesayangan aku selain chow kit. Kalau kat Chow Kit macam agak panas sikit sebab aku selalu pergi petang, kadang-kala orang ramai. Tambahan pula, nak jumpa perempuan kat kawasan-kawasan bundle ini memang sangat rare. Penuh dengan brader-brader. Susah betul nak shopping sensorang. Lagipun, Chow Kit agak bahaya. Aku kasar, tapi still perempuan kot. Ada perasaan was-was dan takut. Kalau kat kedai ini, selesa sangat. Kau tak payah nak bersesak dengan lelaki. Cumanya, kalau nak cari baju rare, kau kena turun danau kota, Chow Kit, area kelantan lah. Susah nak jumpa baju rare. Kalau baju biasa-biasa still ok lagi la. Aku tiada mood nak cari baju 'rare' sebabnya aku tak jumpa lagi baju the beatles bundle yang cantik T_____T Kalau ada pun, kecik dengan aku.Rugilah, beli cantik-cantik pakai kat rumah. Hahahahaha. Kawasan yang aku pergi ini kat petaling jaya.Taman Dato Haron. Kalau pakai waze, just search pasar raya matahari. Bila dah jumpa pasar raya matahari ni, korang cari bangunan tulis nama 'bande-bande bundle'. Oh ya! Dibawah poster besar ' janji ditepati' UMNO. 'Someone' tanya aku hari itu, depan pejabat UMNO ka? Aku dengan yakinnya menjawab 'tak nampak pun. Bukan kot'. Aku rasa dia pergi. Lepas itu, dia cakap punya besar poster UMNO kat situ. Aku ingat dia main-main. Aku pergi tadi, besar gila. Macamana aku boleh tak perasan sebelum ini. Astaga -_-' Mungkin jodoh aku dengan UMNO dah lama terkubur. K lawak. 

Aku rembat sweater 2 -rm 10. Kemeja 3- rm15. Total semua : rm 25. Hah? RM25? Ya. RM25. Hang nak ambil tang mana lagi woi. Wuwuwuwu. Ha, oleh itu, aku menyeru kepada semua mahasiswa terutamanya untuk membeli barangan bundle. Kegawatan ekonomi Malaysia sekarang seharusnya kita berjimat cermat. Tak payah nak pergi beli kat kedai mahal. Nanti hang tangkap gambaq gaya hipstur sikit. Ambil spek mata hitam dan pakai baju bundle. Keep calm. Haahahhaha.

Btw, aku rasa aku kena cari mamat bundle macam aku jugalah weh. Kalau tak dak pun, aku akan ajar menjadi budak bundle sejati! Supaya nanti ekonomi rumahtangga menjadi super jimat. Candle light dinner kat warung tepi jalan ja k, tak nak kasut kilat, nak sneakers.  Hahahahha. Kbai. 


Sekufu pengetahuan / ilmu

Tadi ada 'someone' tweet pasal sekufu. Aku seloroh cakap selalunya sekufu ini orang cakap pasal kahwin sahaja. Dan, dia cakap pasal sekufu pengetahuan. Aku cakap kalau nak kira sekufu ilmu pengetahuan sampai bila pun tidak habis sebab ilmu manusia itu sendiri berbeza-beza. Tahap pemikiran juga berbeza-beza. Aku mungkin berada dalam sains sosial akan berada dalam situasi ilmu pengetahuan A, kalau dalam bidang B pengetahuan berbentuk B, begitulah seterusnya. 

Make sense kan? Hahahaha. Entahlah, bagi aku manusia ini berbeza-beza. Ada manusia yang Allah beri kelebihan ke arah lain. Ada yang ke arah lain. :') Saling lengkap melengkapi. Mungkin apa yang kita ada orang lain tiada. Manakala apa yang kita tiada, orang lain ada. Yang penting, usaha! 

Friday, 16 October 2015

Bedah filem : Alangkah lucunya negeriku ini : Bagaimana pendidikan itu berfungsi.

Aku baru sahaja sampai rumah daripada fakulti setelah habis program 'naked' yang setiap minggu aku hadirkan diri. Hahaha. :'D Malam ini sufi tayangkan filem alangkah lucunya negeriku ini daripada Indonesia. Banyak persoalan yang timbul dalam benak aku masa aku menonton. Persoalan yang aku rasa aku sendiri tidak mampu nak menjawab. Perbincangan tadi aku rasa aku agak 'distracted' sebab aku tidak tahu aku nak cakap apa. Yang aku nak marah apa yang ada dalam kepala otak aku tidak mampu ditafsirkan melalui kata-kata. 

Buat yang tidak tahu hal filem ini, boleh tengok kat youtube. Seperti selalunya, filem daripada Indonesia sebenarnya lebih menarik minat aku berbanding di Malaysia yang kebanyakannya hanya berkisar kepada persoalan yang sama. Walaupun ada filem-filem yang berbentuk pendidikan, masih lagi tidak menjadi budaya dan tidak 'mainstream'. Mungkin juga berfaktorkan kepada keuntungan syarikat ataupun kehendak masyarakat kita sendiri yang mahukan filem yang sebegitu. Aku rasa makin bercambah drama di layar televisyen yang mempunyai jalan cerita yang sama. Jujur, aku katakan. Bosan! Walaupun, Indonesi mempunyai filem-filem sinetron yang jalan ceritanya agak sama, bagi aku mereka masih lagi mampu untuk menghasilkan filem-filem yang berkualiti tinggi dari segi pengisian seperti 99 cahaya di langit Eropah, Alangkah Lucunya Negeri Ini, Gie, Laskar dan sebagainya. 

Berbalik kepada filem alangkah lucunya negeriku ini, ia berkisahkan mengenai seorang graduan Pengurusan (management) yang tidak mempunyai pekerjaan. Namanya Muluk. Muluk telah berjumpa dengan seorang budak yang kerjanya penyeluk saku. Bermula dengan peristiwa ini, Muluk telah menggunakan ilmu aplikasi daripada yang dia pelajari untuk membantu anak-anak penyeluk saku ini ke arah yang lebih baik. 

Apa yang aku rasa daripada perbincangan tadi ialah pendidikan. Bagaimana pendidikan itu berfungsi dalam kehidupan manusia? Adakah ianya sebagai 'a priori knowledge'? Epistimologi semata-mata? Mungkin. Segalanya mungkin. Bergantung kepada penafsiran masing-masing. Apakah pendidikan itu hanya sekadar dijustifikasikan oleh konsep umur 5 tahun ke tadika, naik darjah, naik tingkatan dan naik kuliah. Hasilnya, bekerja. Lalu, apa sebenarnya matlamat pendidikan ini?

Dalam cerita ini, Muluk dan kawan-kawannya yang bertindak sebagai karakter utama telah bertindak memberikan pendidikan kepada anak-anak penyeluk saku; daripada mandi, kira-kira, agama sampai boleh bersolat, membaca, pancasila dan menyanyi lagu Indonesia Raya. `Selepas itu, ilmu pengurusan : cara menyeluk saku sistematik, kewangan dan akhir sekali memberikan modal untuk menjadi 'pengasong'.

Di akhir cerita, ayah Muluk dan Pipit mengetahui bahawa mereka telah digajikan melalui 'wang haram' hasil seluk saku. Akhirnya, menjadikan Muluk dan Pipit merasakan bahawa mereka juga perlu meninggalkan aktiviti memberi pendidikan kepada anak-anak penyeluk saku atas dasar menghormati ayah mereka dan syariat agama. Sebelum meninggalkan tempat itu, Muluk telah memberikan pilihan kepada anak-anak penyeluk saku untuk memilih menjadi pengasong atau penyeluk saku. 

Akhirnya, mereka terpecah kepada dua. Ada yang masih memilih untuk menjadi penyeluk saku walaupun mengetahui bahawa ianya salah dan tidak mampu untuk mengubah apa-apa. Harapan mereka hanyalah 'penjara'. Berbanding dengan menjadi pengasong. Hal ini perlu menjadi refleksi untuk diri aku juga. Bagaimana sebuah pendidikan itu memberikan satu pendidikan 'fizikal' dan 'spiritual'. Kalaulah ada kedua-dua ini, mana mungkin manusia yang berpendidikan paling tinggi di dunia sekalipun melakukan korupsi dalam pekerjaan. Tiadalah korupsi dalam kalangan golongan yang berpendidikan?. Masalahnya adalah berbeza. Kenapa masih ada lagi golongan yang berpendidikan masih lagi tidak menjadi manusia yang terdidik. Lalu, aku menyimpulkan bahawasanya pendidikan itu adalah proses untuk menjadi manusia itu seorang 'manusia'. Bilamana dia bergelar manusia seiring ilmu yang dia miliki, dia tidak akan melakukan apa-apa yang tidak seharusnya manusia lakukan.

"How education can educate people"

Bagi aku, terpulang kepada masing-masing. Sama kau mahu menjadi pendidikan itu sebagai satu terma untuk kau menjadi orang yang berpendidikan ataupun seorang manusia. 

Benda yang tidak masuk akal sebelum aku menjadi seorang dewasa.

Bila aku fikir balik, banyak benda yang tidak masuk akal aku fikir dan buat  masa aku kecil. Aku pun tidak tahu bagaimana benda yang sebegini boleh muncul dalam hidup aku. Hahahaha.

1. Lelaki perempuan tidak boleh kongsi/ duduk sebelah sebab nanti mengandung. Hahahahaha. Sebab mungkin masa itu belum terfikir lagi bagaimana seseorang manusia seperti kita terjadi. Aku fikir kalau kita pegang botol bekas lelaki pegang itu nanti dah kemungkinan besar akan mengandung.

2. Bulan itu sedang ikut manusia berjalan. Bila berjalan sikit, mesti bulan itu ikut aku. 

3. Buka Al-Quran itu akan membuatkan hantu lari dari kita. Aku ingat lagi masa aku kecil, aku balik daripada mengaji. Rumah yang aku mengaji duduk di hujung kampung. Nama dia Sungai Kerman. Sebelum sampai ke rumah tok guru aku, kena lalu sebatang pokok. Pokok Kabu. Dulu-dulu orang selalu cakap bahawa pokok kabu tempat tinggal pontianak dan langsuir. Mengaji aku akan habis selepas isyak. Balik jalan ramai-ramai. Daripada rumah tok guru aku itu, kami buka Al-Quran ramai-ramai dengan harapan hantu tidak kacau kami. Biar terbuka sepanjang jalan. Walhal, kalau nak halau hantu kena baca ayat Quran. Setakat buka Al-Quran, hantu pun tidak takut.

4. Asah pensel atas dan bawah. Kalau kita asah pensel atas dan bawah, nanti mak ayah kita mati cepat. Sebab itu, asah cuma bahagian bawah sahaja (tempat tulis).

5. Asah pensel jangan sampai mencecah jari kelingking. Jangan sampai pensel itu menjadi pendek. Aku pun tidak tahu sebab apa.

Banyak lagi. Nanti aku sambungkan. 

Thursday, 15 October 2015

High expectation and demands in 'romance' relationship

Kelas aku hari ini berjalan seperti biasa. Walaupun, hari Khamis hari malas sedunia aku. Hari jubah dan tudung bulat. Aku ada dua kelas sahaja kalau hari Khamis iaitu sejarah Islam dan Masyarakat Melayu dan Psikologi Sosial. Kelas sejarah Islam dan masyarakat Melayu itu aku suka la sebab dia Bahasa Melayu. Kalau kelas psikologi sosial ini kelas 'antarabangsa', sepenuhnya bahasa Inggeris. Pembentangan, bahan mengajar, diskusi dan tugasan sebab kelas ini ada budak pertukaran pelajar. Mahu atau tidak mahu, terpaksa ambil. Nota psikologi aku daripada tahun pertama dan tahun ini memang bahasa Inggeris. Sebab itu aku cuma ambil dua kali subjek psikologi; tahun pertama dan tahun ini. Satu lagi, aku ambil masa aku belajar di Korea Selatan, dua tahun lalu. Aku bukan tidak suka bahasa Inggeris. Tetapi,sebab aku tidak suka 'sains tulen'. Aku anggap psikologi ini sebagai sains tulen. Macam biologi macam aku belajar masa tingkatan 4 dan tingkatan 5 dulu. Huhu. Nasib baik aku tidak sambung ke Matrikulasi dan UiTM. Tutup.

"High expectation and demand in romance relationship"

Kalau sebelum ini, aku agak main-main dalam kelas psikologi sosial sebab itu memang aku. Hahahaha. Agak main-main. Tapi, hari ini aku rasa ada perkara yang menarik perhatian aku dalam kelas apabila Dr. M memberikan satu kenyataan yang aku agak setuju. Hari ini topik adalah lebih berkisar kepada 'interpersonal'. Bila saat-saat genting nak habis kelas, masuk satu sub-topik baru iaitu forming relationship : Friendship and romance. Pencirian dalam 'romance relationship' lebih tertumpu kepada emosi yang kuat (strong emotional) terhadap seseorang yang ditafsirkan kepada unsur penarikan (attractiveness), Unsur penarikan ini sebenarnya bertitik tolak daripada emotional erousal yang membawa kepada perasaan lebih positif ( based on conformity and proximity. Exp : sharing same attitude, behaviour, opinion, hobby and etc). 

Antara ciri lain yang ditekankan ialah 'high expectation and demand' in relationship ( I mean romance relationship), Ini benda yang aku nak cerita. Jangkaan seseorang melalui ciri yang aku sebutkan diatas sebenarnya boleh berlaku melalui sekeliling. Dr M. bagi contoh pembacaan. Lambakan novel cinta di pasaran (dalam dan luar negara) telah memberikan 'minor factor'. Tapi, bagi aku ia agak major di Malaysia. Hahahaha. Apabila kita membaca novel yang bersifat cinta 'perfectionist' atau terlalu sempurna, kita secara tidak langsung akan dipengaruhi oleh jalan cerita yang digarapkan dan dalam masa yang sama meletakkan 'high expectation and demand' dalam sesebuah perhubungan. 

Banyak perkahwinan yang terhenti dipertengahan jalan sebab tidak mampu untuk memenuhi 'demand' ini. Misalnya, ada sebab penceraian; pasangan tidak pernah membelikan bunga sepanjang perkahwinan. Solusinya, cari 'orang luar' yang sangat romantik membelikan bunga. Bunga = romantik. 

Begitu juga dengan watak yang ada. Kita terlalu meletakkan harapan bahawa ada seseorang yang akan muncul dalam kehidupan kita dalam perhubungan seperti mana yang kita mahukan. Ini namanya 'perfection'. Walhal, realitinya tidak. Dr. M concluded what is we need to look is total acceptance with other person not our high expectation need. 


Thursday, 8 October 2015

My New Hobby; Cooking.

Aku rasa aku dah ada hobi baru la. Hahaha. Gitar aku dah letak tepi. Sekali- sekala ja aku pergi pegang dia. Lepas itu, meroyan tak tentu pasal sebab lupa kod la. Strum tak sedap la, gitar macam tak tune. Tune tak reti la. Huh -_-' 

Btw, kalau sapa yang follow aku kat insta memang aku dah memasak. Bawa bekal pergi ke fakulti. Setiap hari untuk breakfast and lunch. Yang aku tak blah lagi, boleh pulak aku masak awal pagi untuk ke kelas jam 9. Sempat pulak. -..- Aku pun tak tahu macamana. Kadang-kadang aku tak makan pun. Aku suruh kawan aku makan. Seronok memasak. Kahkahkahkah. 

Rupanya, memasak ini macam kacang ja. Kehkehkeh. Tak susah sangat pun. Sindrom mak-mak sangat ok. Aku selalu masak ringkas ja kalau hari yang kelas awal. Nak tahu rahsia aku???

Aku selalu buka youtube DIY hacks for lunch and breakfast. Super jimat, super kenyang dan super sedap. Tapi, makan ala-ala mat salleh la. Kalau hari biasa, aku masak macam biasalah. Nasi putih dan lauk-lauk.

Aku nak cakap. Perempuan yang rasa dia dah capai had umur macam aku. Masih belum terlambat untuk belajar masak. Kah! Macam aku. 

Weh, tapi aku suka terlebih letak garam. Cis. Garam tak ingat dunia. Wuwuwuwuwuwuwu. Nasib baik kucing mahu mendengar rintihan aku. 

Aku kena cari laki reti masak. Sebab kalau tak, lepas kawen ini sama-sama kebulur. Makan mi tekup letak dalam microwave. 

Sunday, 4 October 2015

Macamana nak skor dalam subjek sejarah?

Sebelum ini, dalam post lama, aku ada kongsi satu artikel masa aku form 6. Woha! Dah banyak tahun. Tekan link ini : Sejarah tingkatan enam

Harap boleh bantu adik-adik form 6 yang ambil sejarah. 

Kali ini aku nak kongsi macamana nak skor sejarah di universiti ( boleh juga digunapakai dalam subjek lain terutamanya sains sosial seperti TITAS) 

1. Pembentangan pastikan research dan study betul-betul. Impressed lecturer dan rakan sekelas. Sebab, markah pembentangan itu menentukan sama ada ia berkisar; A, A-, A+, B+ dan sebagainya. Kalaulah, 5 markah ini penentu walaupun kecil. Kalau jabatan sejarah aku jenis tak pakai slide; pakai handout. Semua orang dalam kelas akan dapat handout. 

Aku start gunapakai benda ini lepas aku balik dari Korea hari itu. Kiranya macam lambat dapat hidayah lah . Kahkahkahkah. 

a) Pastikan soalan itu korang faham. Sebab kalau ada budak kelas yang jenis 'hantu' suka tanya soalan pelik-pelik. Kelas aku mesti akan ada soalan yang nak 'pekena' macam nak pergi berperang. Hahahahhaha. Sebelum masuk tutorial yang jenis bisik "Weh, kau ready tau, aku nak tanya soalan". Choi.

b) Bila dah faham, nyatakan statement selepas perkenalkan diri. Aku paling suka part ini sebab nanti lecturer takkan tanya dah masa akhir pembentangan "Daripada pembacaan saya yang lepas, saya merasakan bahawa saya bersetuju/; tidak bersetuju/ menyimpulkan/ bahawa....... (question statement). Kiranya letak awal-awal dah, apa pandangan kita dalam soalan.

c) Pakai nota kaki. Setiap mana-mana kenyataan atau statement yang diambil daripada sumber, letak end note atau foot note macam dalam tugasan. Ini memberikan kemudahan kepada kawan bila nak ulang kaji  dan pensyarah untuk menyemak. 

d) Pastikan di setiap akhir halaman, letakkan lampiran (jika ada) dan paling penting bibliography! 

e) Jangan lupa, letak nama , no matrik no soalan dan soalan. 


2. Tugasan. Aku mula waktu masa tahun 3. Hahahaha. Sebelum ini aku tak tahu, inilah formula. Pastikan muka surat melebihi 20-25 muka surat. Jangan kurang daripada 25. Selalunya lah. 20 still ok. Tapi kalau boleh, pastikan lebih. 

Pakai sumber melebihi 10 buah buku, dan sumber lain sehingga mencapai 20. Kiranya 10 buah buku plus 10 sumber lain (artikel jurnal, artikel, monograpghy dan sebagainya). Masukkan ulasan sokongan dan bantahan. Aku bagi contoh : Bagi sesetengah pengkaji sejarah mempunyai pandangan yang berbeza tentang Tunku Abdul Rahman (TAR) adalah pejuang kemerdekaan yang sebenar. Hal ini dapat dilihat melalui idea TAR yang disokong oleh ...... dalam bukunya ........ membuktikan bahawa beliau adalah pejuang kemerdekaan. Di satu pihak yang lain, TAR dilihat mendominasi perjuangan semasa peringkat yang terakhir berbanding Onn Jaafar yang lebih terlihat perjuangan berbanding TAR. Atas dasar ini, ada pengkaji yang memberikan hujah bahawa Onn Jaafar adalah pejuang kemerdekaan yang sebenar. Menurut Ramlah Adam...... (buktikan spesifikasi hujah). Kajian lanjut telah dilakukan oleh pengkaji sejarah politik lain........ 

3. Banyakkan membaca perkara yang diluar kuliah. Maksudnya, tidak hanya terikat kepada buku yang diberikan rujukan oleh pensyarah :) Tambahkan lagi. 

4. Keep faith on Him! InsyaAllah. Belajar lillahi Taala. Sebarkan ilmu kepada orang lain. :) 

Thursday, 1 October 2015

Dakwah bil hal. Simple and easy!

"Dakwah bil Hal". Buat yang tertanya maksud dakwah bil hal, dakwah bil hal ini membawa maksud dakwah melalui teladan. Sebenarnya, kita tidak sedar, kita semua adalah ejen Islam yang dilantik melalui syahadah "La illaha illallah, muhammad Rasul ullah " 'Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Ramai orang silap faham, kalau nak menjadi ejen Islam itu, kita perlu berada dalam sistem pengajian Islam. Betul. Tapi, aku tidak setuju sepenuhnya. Sebab, semua yang mengambil syahadah itu sebenarnya ejen Islam. :) 


Macamana kita nak tunjuk dakwah bil hal ini? Semua manusia itu tidak sempurna bukan? Sebab kita memang tidak sempurna kerana kita hanyalah sebaik-baik kejadian, tidak kejadian paling sempurna. 
Masing-masing ada khilaf. No doubt. Human makes mistakes. It's a priori philosophy. 

Tapi, bukan bermakna itu menjadi penghalang untuk kita melakukan dakwah bil hal ini.

Jom, edit diri dan refleksi 'dakwah bil hal in easier task'!

1. Kemas tempat makan kita. Perasan tak, kalau kita pergi restoran makanan segera, restoran, warung, kita jarang kemas balik tempat makan kita. Paling ketara sekali di restoran makanan segera. Rasanya tiada salah kalau kita menyimpan satu helai tisu untuk mengelap meja selepas mengemas meja. Angkat bekas makanan kita dan buang yang perlu dibuang ke tempat yang berkenaan. Aku rasa dekat sahaja tempat buang sampah dan susun pinggan di situ. Aku rasa benda yang paling sakit mata sekali ialah apabila adanya makan beramai-ramai di KFC, tisu berterabur, makanan tulang ayam. sampah sarap penuh atas meja. Bayangkan, kalau dalam satu kumpulan itu ada 60 orang,setiap seorang makan seketul ayam dan segelas air. -_-' Kalau di kafe pun sama. Boleh sahaja kan, pergi letak kat tempat yang sepatutnya. Kalau dia tidak sediakan, kemaskan tempat makan kita. Lap meja selepas kemas. Asingkan sisa makanan dan pinggan. Supaya tidak kotor. :')

2. Ucapan terima kasih. Kita paling susah nak ucapkan terima kasih. Kepada cleaner, penghantar makanan, cashier. Sedar atau tidak, mereka telah bantu kita. Bayangkan kat kedai makan, penghantar makanan lambat atau tiada. Kan dah panas hati. Betul, makanan dan jodoh. Makanan lambat sampai lagi sakit jiwa. Hahahaha. Ucapkan terima kasih dan senyum. Antara sedekah yang paling senang sekali ialah senyum. Kenapa Rasullulah memberikan sunnah untuk senyum? Sebab ianya adalah sesuatu yang berharga kepada diri dan orang sekeliling.

3. Kutip sampah di atas jalan. Walaupun, kerja kita bukan pengutip sampah. Kita mahasiswa, ejen Islam dan manusia, tidak salah mengangkat sampah dan letakkan di tempat yang betul. Kalau semua orang kita reset begini termasuklah diri kita sendiri, nescaya sampah kat tepi jalan itu tidak wujud. Mentaliti kita masih berada pada tahap bawah kan? Terutamanya orang yang jenis buang sampah merata-rata. 

4. Berikan tempat duduk kepada yang lebih layak kepada orang yang memerlukan. Kita adalah syabab (remaja) yang mampu berfikir, punyai tenaga banyak. Berdirilah untuk beri peluang orang yang lebih memerlukan untuk duduk terutamanya di dalam public transport. Kadangkala, kita menjadi sombong dengan manusia lain atas sebab kita adalah kesamarataan (membayar duit tambang) yang sama harga. Jangan, bayangkan kalau kita yang jadi ibu mengandung, kita yang menjadi pakcik dan makcik pakai tongkat tersebut. 

5. Memberi kepada yang memerlukan. Apabila memerlukan ini, bukan macam gelandangan dan sebagainya. Tetapi, dalam konteks semasa yang berlaku. Ada orang yang sangat kaya tetapi memerlukan wang RM1 untuk naik bas. Buka beg rm 50 dan rm100 sahaja. Dia adalah orang yang memerlukan duit kita. Walaupun, cuma RM 1, kita telah memberikan kemudahan kepada orang yang memerlukan. Allah akan melapangkan urusan seseorang jika dia telah melapangkan urusan orang lain. 


Macam-macam kita boleh praktik dan kita tidak praktik pun. Pernah dengar ungkapan, negara Islam dan negara Muslim. Aku suka ungkapan ini, ada negara yang muslim yang penduduknya bukan Islam. Kenapa? Sebab mereka mempunyai satu standard etika (dalam Islam adab dan akhlak) yang Islam titikberatkan tapi kita sebagai orang Islam tidak pernah ambil tahu.