Sunday, 18 October 2015

Alangkah lucunya negeri ini : "Orang yang berpendidikan itu mencopet dari mana bang?"

Sambungan daripada entri aku yang sebelum ini. Tema-tema yang dibincangkan dalam diskusi NAKED. Sebelum ini, aku jarang menulis mengenai aktiviti aku yang satu ini. Ada dalam draft. Malas nak menulis. Cuma ada tajuk.

Dalam alangkah lucunya negeri ini, 3 watak pendidik kepada anak-anak pencopet ialah Muluk, Pipit dan Samsul. Aku mahu menekankan peranan Samsul atau Sul dalam filem ini. Walaupun watak ini boleh diklasifikasikan sebagai watak bukan hadapan seperti mana Muluk, ia sangat berkesan dalam memberikan penekanan kepada jalan cerita dan tema yang ada. 


Antara peristiwa yang digarapkan dalam filem yang memberikan kesan kepada aku melalui watak Sul ialah "Pendidikan dan koruptor". Sul merupakan seorang graduan daripada sarjana Pendidikan dan menganggur. Setiap hari hanya bermain judi bersama-sama rakan yang lain. Satu hari, Muluk yang berfikir untuk memberikan jalan penyelesaian kepada anak-anak pencopet, telah meminta bantuan daripada Sul untuk mengajar anak-anak ini membaca, menulis dan mengira.


Pada hari pertama, Muluk telah meminta Sul untuk menyedarkan anak-anak ini bahawa pentingnya pendidikan. Reaksi anak-anak ini menjadi pasif dengan alasan "Malas ke sekolah". Sebagai seorang yang mempunyai sarjana pendidikan, beliau semestinya boleh memberikan penafsiran 'apa itu pendidikan' kan? Malangnya, terjadi sebaliknya. Seperti kita juga. Kita juga tidak mampu memberikan penafsiran apa itu sebenarnya pendidikan kita? Kena kita perlu mendapat pendidikan di universiti. Kenapa kita berada di universiti. Belajar dari tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah, masuk universiti dan bergraduasi? 

Sul memberikan analogi mudah kepada anak-anak pencopet. Bahawasanya, orang yang tidak berpendidikan hanya mampu untuk mengumpulkan sejumlah wang dalam masa setahun sama seperti orang yang berpendidikan mengumpulkan jumlah wang dalam masa seminggu/ sebulan. Misalnya, rm1000 = sebulan untuk orang yang tidak berpendidikan. Orang yang berpendidikan mengumpul rm 1000 dalam masa seminggu. Persoalan menarik dan mendalam bagi aku semasa penerangan oleh Sul apabila ada salah seorang anak ini bertanya "Orang yang berpendidikan itu mencopet daripada mana bang?" Jawapan Sul "Mereka tidak mencopet, mereka kerja jadi pegawai, jadi doktor....".

Muluk telah menyambung penerangan "Orang yang berpendidikan ada juga yang menjadi pencopet, tetapi mereka tidak mencopet dengan mencuri duit, Mereka mengambil daripada atas, seperti bank". 
"Saya mahu bang". Sul menyambut "Dipanggil koruptor" Lalu bergemalah satu kawasan dengan sorakan anak-anak pencopet "Hidup Koruptor!"

Selepas beberapa ketika, Muluk dan Pipit telah membuat keputusan untuk tidak meneruskan perjuangan mereka kerana menghormati dasar ayah mereka dalam halal-haram duit pencopet. Aku teringat satu dialog yang Sul katakan kepada Muluk dan Pipit "Yang paling besar dosanya adalah orang yang melakukan korupsi, mereka yang menghabiskan duit rakyat. yang biarkan rakyat hidup melarat, yang membiarkan rakyatnya menjadi pencopet".

Lalu, apakah orang yang berpendidikan itu menjadi seorang manusia? Atau lebih manusia orang yang tiada pendidikan sebab mereka tidak mempunyai kuasa? 
 

No comments:

Post a Comment