1. Lelaki perempuan tidak boleh kongsi/ duduk sebelah sebab nanti mengandung. Hahahahaha. Sebab mungkin masa itu belum terfikir lagi bagaimana seseorang manusia seperti kita terjadi. Aku fikir kalau kita pegang botol bekas lelaki pegang itu nanti dah kemungkinan besar akan mengandung.
2. Bulan itu sedang ikut manusia berjalan. Bila berjalan sikit, mesti bulan itu ikut aku.
3. Buka Al-Quran itu akan membuatkan hantu lari dari kita. Aku ingat lagi masa aku kecil, aku balik daripada mengaji. Rumah yang aku mengaji duduk di hujung kampung. Nama dia Sungai Kerman. Sebelum sampai ke rumah tok guru aku, kena lalu sebatang pokok. Pokok Kabu. Dulu-dulu orang selalu cakap bahawa pokok kabu tempat tinggal pontianak dan langsuir. Mengaji aku akan habis selepas isyak. Balik jalan ramai-ramai. Daripada rumah tok guru aku itu, kami buka Al-Quran ramai-ramai dengan harapan hantu tidak kacau kami. Biar terbuka sepanjang jalan. Walhal, kalau nak halau hantu kena baca ayat Quran. Setakat buka Al-Quran, hantu pun tidak takut.
4. Asah pensel atas dan bawah. Kalau kita asah pensel atas dan bawah, nanti mak ayah kita mati cepat. Sebab itu, asah cuma bahagian bawah sahaja (tempat tulis).
5. Asah pensel jangan sampai mencecah jari kelingking. Jangan sampai pensel itu menjadi pendek. Aku pun tidak tahu sebab apa.
Banyak lagi. Nanti aku sambungkan.
salam alaiki.Maaf nk ty. Dulu kan ada post awak pasal winter coat bundle rm10. Kdai mana ye awak beli? plss help sbb taktau nk crik winter coat bundle kat mana n lg ni.......
ReplyDeleteWassalam. Ada :) Kat area pasar raya besar matahari. Kat kedai-kedai luar kawasan itu ada banyak kedai bundle. Cari dalam kedai-kedai bundle tu. Pasar raya matahari tu kat area Petaling Jaya, Taman Dato' Haron.
Deletejazakillah
ReplyDelete