Macamana kita nak tunjuk dakwah bil hal ini? Semua manusia itu tidak sempurna bukan? Sebab kita memang tidak sempurna kerana kita hanyalah sebaik-baik kejadian, tidak kejadian paling sempurna.
Masing-masing ada khilaf. No doubt. Human makes mistakes. It's a priori philosophy.
Tapi, bukan bermakna itu menjadi penghalang untuk kita melakukan dakwah bil hal ini.
Jom, edit diri dan refleksi 'dakwah bil hal in easier task'!
1. Kemas tempat makan kita. Perasan tak, kalau kita pergi restoran makanan segera, restoran, warung, kita jarang kemas balik tempat makan kita. Paling ketara sekali di restoran makanan segera. Rasanya tiada salah kalau kita menyimpan satu helai tisu untuk mengelap meja selepas mengemas meja. Angkat bekas makanan kita dan buang yang perlu dibuang ke tempat yang berkenaan. Aku rasa dekat sahaja tempat buang sampah dan susun pinggan di situ. Aku rasa benda yang paling sakit mata sekali ialah apabila adanya makan beramai-ramai di KFC, tisu berterabur, makanan tulang ayam. sampah sarap penuh atas meja. Bayangkan, kalau dalam satu kumpulan itu ada 60 orang,setiap seorang makan seketul ayam dan segelas air. -_-' Kalau di kafe pun sama. Boleh sahaja kan, pergi letak kat tempat yang sepatutnya. Kalau dia tidak sediakan, kemaskan tempat makan kita. Lap meja selepas kemas. Asingkan sisa makanan dan pinggan. Supaya tidak kotor. :')
2. Ucapan terima kasih. Kita paling susah nak ucapkan terima kasih. Kepada cleaner, penghantar makanan, cashier. Sedar atau tidak, mereka telah bantu kita. Bayangkan kat kedai makan, penghantar makanan lambat atau tiada. Kan dah panas hati. Betul, makanan dan jodoh. Makanan lambat sampai lagi sakit jiwa. Hahahaha. Ucapkan terima kasih dan senyum. Antara sedekah yang paling senang sekali ialah senyum. Kenapa Rasullulah memberikan sunnah untuk senyum? Sebab ianya adalah sesuatu yang berharga kepada diri dan orang sekeliling.
3. Kutip sampah di atas jalan. Walaupun, kerja kita bukan pengutip sampah. Kita mahasiswa, ejen Islam dan manusia, tidak salah mengangkat sampah dan letakkan di tempat yang betul. Kalau semua orang kita reset begini termasuklah diri kita sendiri, nescaya sampah kat tepi jalan itu tidak wujud. Mentaliti kita masih berada pada tahap bawah kan? Terutamanya orang yang jenis buang sampah merata-rata.
4. Berikan tempat duduk kepada yang lebih layak kepada orang yang memerlukan. Kita adalah syabab (remaja) yang mampu berfikir, punyai tenaga banyak. Berdirilah untuk beri peluang orang yang lebih memerlukan untuk duduk terutamanya di dalam public transport. Kadangkala, kita menjadi sombong dengan manusia lain atas sebab kita adalah kesamarataan (membayar duit tambang) yang sama harga. Jangan, bayangkan kalau kita yang jadi ibu mengandung, kita yang menjadi pakcik dan makcik pakai tongkat tersebut.
5. Memberi kepada yang memerlukan. Apabila memerlukan ini, bukan macam gelandangan dan sebagainya. Tetapi, dalam konteks semasa yang berlaku. Ada orang yang sangat kaya tetapi memerlukan wang RM1 untuk naik bas. Buka beg rm 50 dan rm100 sahaja. Dia adalah orang yang memerlukan duit kita. Walaupun, cuma RM 1, kita telah memberikan kemudahan kepada orang yang memerlukan. Allah akan melapangkan urusan seseorang jika dia telah melapangkan urusan orang lain.
Macam-macam kita boleh praktik dan kita tidak praktik pun. Pernah dengar ungkapan, negara Islam dan negara Muslim. Aku suka ungkapan ini, ada negara yang muslim yang penduduknya bukan Islam. Kenapa? Sebab mereka mempunyai satu standard etika (dalam Islam adab dan akhlak) yang Islam titikberatkan tapi kita sebagai orang Islam tidak pernah ambil tahu.
No comments:
Post a Comment