Mula dengan Lan dan Ammar. Lan ini memang budak main gitar. Ammar ini aku terkejut gila. Boleh pula dia busking lagu yang gua rasa budak ini memang sangat sukar untuk dijangka. Dia baru beli gitar selepas aku. Perform very well. Mereka main lagu 'Zombie' dan solo Ammar lagu Oasis : Don't look back in anger. Adam pula perform lagu sendiri. Dia genius gitar aku rasa. 4 lagu dia bubuh. Semua lagu sedap gila. Sedap gila. Serius. Aby menyanyi lagu 'Dan sebenarnya'. Tanpa disangka!
Kemudian, kami berbincang mengenai lagu dan muzik. Persoalan yang ditimbulkan oleh Adam ialah lirik lagu dia sedih. Tapi, disebabkan muzik yang dia gubah berentak pop (sebab festival seni pop band) orang semua gembira. Dan orang tepuk tangan dan off. Adakah muzik satu ekspresi atau sekadar hiburan?
Terpulang kepada masing-masing. Aku masih lagi memasang satu tanggapan bahawa muzik itu sendiri adalah ekspresi berbanding hiburan. Kalau lihat, The Beatles, Bob Marley, Cranberies dan banyak lagi banyak menyampaikan mesej kemanusiaan dan kritikan sosial masyarakat. Begitu juga dengan artis tanah air macam Ramli Sarip, Fynn Jamal, M, Nasir. Lagu mereka 'deep' untuk orang-orang macam aku.
Aku rasa sekarang ini, tidak lebih kepada hiburan, Misalnya, lagu 'Zombie' dinyanyikan dengan penuh girang. Walhal lagu ini adalah berbentuk protes kepada peperangan.

No comments:
Post a Comment