Thursday, 31 December 2015

Saudara baru.

Antara pengalaman yang aku rasa paling berharga sekali ialah apabila melihat saudara baru ke dalam Islam. Masa orang-orang ini mengucapkan dua kalimah syahadah, aku rasa panas pipi. Sucinya saudara baru, doa mereka diangkat oleh Tuhan sebab mereka seperti bayi yang baru dilahirkan. 

Sebelum turun ke menyampaikan risalah Islam kepada orang, ada seorang brother ini;dia selalu pesan kepada kumpulan kami; Bangunlah bertahajud di satu per tiga malam supaya Allah buka hati orang yang kita nak pergi untuk terima Islam. Mohon supaya Allah buang keangkuhan kita semasa sampaikan risalah Islam. Ini kekuatan untuk kita. 

Apabila orang ucap kalimah syahadah depan mata, rasa syahdu. Sebab rasa Allah payungkan kita dengan rahmat dan kasih sayang Allah. :') Moga Allah permudahkan hari-hari yang mendatang.  

Masa mula-mula (3 tahun yang lalu) aku rasa; 'kenapa aku pergi kursus ini?'; masa dalam kursus; brother tanya "Siapa kat sini ada kawan non-muslim?". Semua angkat. "Siapa pernah hadiah terjemahan Al-Quran kepada non-muslim untuk dia kenal Islam". None. Termasuklah aku. T___

Wednesday, 30 December 2015

Nak kahwin?

Aku faham, situasi sekarang orang ramai sangat mahu berkahwin muda; masa belajar. Tiada masalah. Kita rasa seronok bila tengok orang boleh pergi library sama-sama, belajar sama-sama, exam sama-sama. Tapi, kena ingat. Ini seronok zahir sahaja. Banyak lagi perkara yang perlu difikirkan.

Bagi aku, aku sangat salute dan respect kepada pelajar yang ambil keputusan untuk berkahwin masa belajar. Sebab boleh bahagi masa, belajar dan keluarga. Itu mereka. Kita bagaimana? Tanya diri kita, kita mampukah untuk menjadi seperti mereka. Kalaulah seorang diri di kampus ini pun disiplin masa ke laut; nak makan pun tidak sempat, apatah lagi berkeluarga. Sudah bersedia mahu menghadapi penat dan lelah belajar; dalam masa yang sama bersama keluarga? Kalau aku, aku masih belum bersedia. 

Begitu juga dengan pendapatan seisi rumah. Memang, Allah berikan rezeki yang murah selepas berkahwin. Allah dah kata dalam Al-Quran. Tapi, kena ingat. Allah bagi rezeki selepas kita berusaha. Jangan fikir rezeki itu hanya dalam bentuk duit, makanan, ketenangan hati itu pun satu rezeki kan? Kat sini, aku nak sangat korang fikir, apa yang aku perhatikan daripada kawan-kawan dan orang-orang sekeliling yang berkahwin masa belajar. Siang malam weh cari rezeki. Buat kerja sampingan; berniaga online, kerja part time di kedai makan, jadi despatch. Lillahi, aku kagum. Tapi, atas dasar ini juga aku rasa aku belum lagi bersedia untuk menuju ke arah itu. Aku hidup susah, serius susah. Bukan daripada keluarga yang senang. Aku dah terbiasa lalui benda-benda yang macam ini. Dan, aku tahu, ianya susah. Belum kira yang semasa belajar mengandung; pergi kelas, naik bas, turun bas dengan bawa perut. Moga Allah berikan ganjaran kepada mereka ini dengan anak soleh dan solehah. Setiap minggu kena pergi check up; tahan teksi, kalau assignment rushing; nak kena jaga suami. And, ask yourself, you can do or can't do?

Bila dah lahir masa pengajian, kena fikir siapa yang mahu jaga anak. Uruskan makan minum. Seriusly, kena fikir semua ini. Kena fikir. Bila malam kena sit untuk siapkan assignment, uruskan hal rumahtangga. Siapa yang mahu tanggung perbelanjaan. Weh, semua ini kena fikir! Kalau fikir setakat malam pertama sahaja; nak menghalalkan senggama; it is nothing! 

Macamana aku tahu semua ini? Buat pemerhatian dan tanya orang yang ada pengalaman. Tanya kawan-kawan yang berkahwin masa belajar, mengandung masa belajar. Ringankan mulut untuk bertanya. Banyak buat research sebelum ambil apa-apa keputusan. 

Kalau diri sendiri rasa dah yakin, dah bersedia untuk semua itu, dipersilakan. Aku tulis ini sebab aku rasa ramai sangat yang cakap nak kahwin masa belajar, rasa seronok sebab dah jadi halal. Disebalik halal itu, ada banyak benda yang nak kena fikir; semuanya TANGGUNGJAWAB. 


Thursday, 24 December 2015

Al-Kahfi.

Hari ini hari Jumaat; al-Kahfi antara surah yang digalakkan untuk dibaca. Al-Kahfi antara surah yang aku suka. Aku pun tak tahu sebab apa aku suka. Mungkin sebab macam cerita sejarah. Allah nukilkan cerita sejarah dalam Al-Kahfi.

Buku sejarah yang paling agung; Al-Quran. Allah berikan sejarah dalam Al-Quran supaya setiap daripada kita mengambil ibrah daripada ayat-ayat Al-Quran. Moga Tuhan jadikan kita antara orang-orang yang dekat dengan Al-Quran. 

Monday, 21 December 2015

jam 2.45 pagi.

Aku rasa aku teruk untuk masyarakat sekeliling aku di Pulau Langkawi. Aku harap sangat, wacana ilmu akan subur di sana. Ramai lagi masyaraat di sana yang masih tenggelam. Aku rasa teruk sebab aku rasa aku tidak memberi apa-apa kepada mereka. T___T

I am perfectionist?

I am perfectionist. Aku tak rasa pun. Hahaha. Entahlah. Sebab bukannya perfectionist pun. Tapi, aku jenis nak semua benda comel, cantik, kemas. Kalau lipat baju, kena bagi sama bentuk, potong kek kena bagi sama, potong buah kena bagi sama. Sebab aku rasa cantik. Aku tak suka benda yang serabut. 

Aku bukanlah pengemas sgt pun. Tapi, aku nak semua benda cantik. Hahahahaha. Misalnya, aku akan beli kuih yang comel macam ginger bread. Sebab bentuk dia comel. Macam tu juga dengan coklat teddy bear. Aku akan mula makan dengan kaki, tangan, kepala dan perut teddy bear. Hahahahaha. LOL, 

Sunday, 20 December 2015

When someone put a tons of effort. But, I am philophobia.

I don't know why I want to write this issue. Just randomly act while cooking. Kah!
It just for nothing more than just a story. I don't know why he put a tons of effort towards. Either it is just an 'effort' or he have another story to make it up. Sigh. 

I keep repeating myself with this; every moment. I am philophobia; fear of falling in love. Or in terms of emotional attachment. Seems like I don't secure to any commitment by this day. Indeed, I'm strongly believe it can be bad side. But, I need a space to reflect myself.

I had my bad past. I moved on by that side. But, in having any attachment is not easy. Difficulties before I stand up with myself today is not easy. Through this, I should be confront by making statement 'big no'. Please don't put any effort for me.

I'm rather for being a single, independent and stood up in my singlehood. I don't what will happen for the tomorrow and the future. But, I wanna tell you something. We have Allah. Right? Pray to Him. If I meant for you, then I meant. If not, Allah know who will stand next to you.

Remember, Allah know what is the for us.



Friday, 18 December 2015

Odor and body odor.

Aku tidak suka bau yang kurang menyenangkan. Straight to the point; body odor. Women esp. But, men too. Sigh. Depends on individual. 

I don't know how to explain; tapi aku ada beberapa tips yang mungkin boleh pakai. Bagi aku, bagi akulah. Orang lain tidak tahu la macamana. Sebenarnya, perfume tak membantu sangat pun benda ini. Aku lebih suka kalau 'wangi' yang semula jadi. Maksudnya, jaga kebersihan dan wangi. 

1. Pakai sabun yang agak tahan lama bau dan menyenangkan. Aku tahu, mahal. Hahaha. Aku pun bukannya orang yang senang. Ok, ini tips aku. Beli sabun dari apa-apa jenama yang memang keluarkan sabun macam gini. Misalnya, faceshop and bodyshop. Mahal. Confirm lah. Tapi, aku ada cara nak resist benda ini. Hahahaha. Aku cuma pakai time aku tidak boleh solat. Yakni, dalam 5-6 hari dalam sebulan. So, sabun ini akan tahan selama lebih kurang 5 bulan. Kalau time boleh solat pun, aku cuma pakai kalau nak keluar untuk jangka masa panjang! Macam aktiviti and what so ever. Selain itu, kalau time pokai duit habis. Pilihlah sabun yang agak kuat macam dettol dan seangkatan. Ini kalau kena minggu yang sukan dan mengeluarkan peluh yang banyak. Hahaha. Serius. Boleh try. Kalau hari biasa, pakai sabun biasa ja la. Duduk rumah pergi fakulti ja pun.

2. Jaga keadaan rambut. Aku tengok kebanyakan perempuan ada masalah bau because of this! Sebab rambut tidak dijaga dengan rapi. Kalau boleh, keringkan dulu rambut sebelum pakai tudung. Kesian rambut awak tau, dia pun nak hidup juga. Hurm. Hurm. Lepas itu, kalau masa tidak boleh solat, pakailah apa-apa produk rambut ; pelembap rambut, krim rambut untuk jaga rambut awak supaya wangi dan cantik. Ingat, rambut mahkota perempuan.

3. Pakailah any kind of deodorant untuk jaga bau badan. Seems like; seharian kot. 

kbai awak. 

Lelaki hensem and bersih. I choose the bersih one. Hahaha. 

RISALAH HIJAB AN_NUR.

Semalam aku dah janji nak masukkan lagi pasal daurah kitan Risalah An-Nur bahagian kedua daripada semalam kan? Hari ini bahagian risalah hijab dalam Risalah An-Nur. Said Nursi Badiuzzaman pernah menukilkan dan menulis pasal Risalah Pemuda. Kitab ini belajar masa awal dahulu. Siri 1. Sekarang siri 2, ada pasal wanita. Baguslah, wanita. Tambahan pula, malam itu lelaki tak sampai 10 orang. Insan-insan terpilih sahaja. Dapat ilmu pasal wanita. 

Macam aku cakap sebelum ini,
Perempuan yang mahu bertudung, lihatlah hikmah. Carilah falsafah Islam, kenapa Islam itu ada arahan supaya wanita itu menjaga auratnya. 

Persoalan, kenapa wanita perlu menutup aurat? Kenapa Allah suruh kita menutup aurat dan menjaga aurat macam dalam Al-Quran ada sebut dalam surah An-Nur? Kenapa? Aku sebenarnya merasakan ini yang perlu semua orang tahu. Sebab aku adalah antara orang-orang yang memberontak pemakaian hijab satu masa dahulu kerana bila aku tanya orang-orang yang aku rasa mampu jawab , "Dosa", "Masuk neraka", dan sebagainya. Then, I decided not to wear a hijab. Hahaha. 

Kembali kepada topik;

Said Nursi telah memberikan 4 hikmah dan sebab kenapa Allah mahu menurunkan risalah Hijab kepada wanita dengan kasih sayang dan rahmatnya?

1. Fitrah wanita

Hijab ini sesuai dengan fitrah wanita yang sentiasa mahukan perlindungan. Macam entri sebelum ini, wanita ini memerlukan perlindungan bermula daripada kecil hinggalah meninggal dunia. Anak - wali bapa, isteri-wali suami dan seterusnya. Wanita akan sentiasa ada fitrah mahukan perlindungan. 

Selain itu, hijab juga melindungkan wanita daripada perkara-perkara yang tidak baik dan mengundang malapetaka. Ustazah juga ada menyebut, wanita akan merasa yakin apabila berada dalam hijab yang sempurna. Aku mengaku, ya. Aku rasakan perubahan ini. Aku tidak tahu kenapa setelah aku berhijab, aku rasa yakin. Yakin sampaikan aku tidak tahu datang daripada mana perasaan yakin dan berani itu. Masa aku kat korea pun, aku tidak tahu bagaimana aku boleh begitu berani untuk berbuat begitu. Walaupun, aku rasa orang tengok aku macam alien. Hahahaha.

Sebut pasal hijab, hijab juga menghilangkan rasa insecure kepada kita sebagai wanita daripada pencerobohan lelaki. Again, it happened to me. Aku merasakan perbezaan antara layanan lelaki terhadap aku sebelum berhijab dan selepas berhijab. It is totally different. Different. 360 degree. Different at all! 

2. Mahabbah dalam perhubungan antara lelaki dan perempuan.

Sebagaimana yang ditulis kat atas, hijab ini adalah satu fitrah kepada wanita. Hijab mampu untuk menjaga mahabbah dalam hubungan antara lelaki dan perempuan (suami dan isteri). Mampu menjaga pandangan lelaki lain terhadap isteri. Hal ini memberikan mahabbah kepada lelaki kerana ia menjadi 'secure' kepada lelaki dan sebagai tanda hormat kepada lelaki.

Ustazah ada menyebut, inilah hikmah mahar kepada isteri. Dalam erti kata lain, falsafah kenapa Islam memberikan mahar dan wajib kepada bakal suami. Tidak seorang pun boleh bayar mahar kecuali suami.  

3. Memberikan sifat saling percaya mempercayai antara suami isteri dan adik beradik berlainan jantina.

Hasil rentetan daripada mahabbah tadi, ia memunculkan sifat saling percaya mempercayai antara hubungan kekeluargaan. Selain itu, ustazah juga ada menyebut mengenai hubungan adik beradik yang berlainan jantina. Bagaimana penjagaan aurat ini adalah penting untuk menjaga perkara ini. Walaupun, Islam memberikan kebenaran kepada kita untuk membuka aurat antara pusat hingga lutut sesama ahli keluarga, namun jagalah aurat yang boleh membawa kepada keghairahan dan kesyahwatan antara satu sama lain. 

Perkara yang tidak diambil berat inilah menyebabkan berlakunya sumbang mahram. :) Walaupun, ada faktor-faktor lain. Perkara ini seharusnya diambil berat. 

4. Hijab menghindarkan wanita daripada sifat-sifat yang menjadikan kita malu akan sesuatu.

Misalnya, bersekedudukan bermula dengan pemakaian hijab. Wanita yang memahami falsafah hijab akan tahu dan malu untuk melakukan perkara-perkara yang sebegini. Begitu juga dengan wanita berhijab lain. Misalnya, pergi ke kelab malam, mustahil kan? Inilah hikmah. Allah menjaga diri kita daripada perkara-perkara yang sebegini.


p/s: Ustazah berpesan kepada wanita, jagalah diri baik-baik kerana lelaki mempunyai kuasa untuk memilih dominan berbanding wanita. Dia boleh pergi kepada mana-mana wanita yang dia suka, dia pinang dan berkahwin. Berbanding wanita. :)

Berkongsilah apa sahaja. Itu saham akhirat kita.

Assalamualaikum dan selamat pagi!
Hai gais!
Hahaha.
 
Hari ini aku nak cerita pasal perkongsian. Dalam konteks perkongsian ilmu, sama ada ilmu formal atau tidak formal. Kadangkala, kita kata ilmu itu hanya tertakluk kepada pengajian Islam sahaja. Means, dakwah dalam laman sosial. Tapi sebenarnya, it is beyond than that. Tidak kira dalam mana-mana bidang yang kita ambil, jangan pernah lokek untuk berkongsi ilmu dengan orang lain.
 
"Ilmu itu adalah saham dalam kubur, walaupun ajarannya cuma satu noktah"

HIKMAH RISALAH PEDOMAN WANITA MENITI ZAMAN

Malam ini, seperti biasa aku ke Daurah Kitab Risalah an-Nur lagi. Minggu ini pasal wanita. Sememangnya, ia menepati dengan tahap kehadiran sang wanita berbanding sang lelaki. Sangat menepati. Mukallaf. Mungkin berada dalam aulawiyat yang lain. Biasalah. Yang datang dalam daurah ini spesis yang rare. Lelaki yang rare. Susah nak jumpa. Kalau nak buat calon suami, boleh sangat. Tapi bukan aku la. Sebab aku belum filter dan searching lagi. Belum jumpa cahaya untuk mencari.  Kali ini, ustazah yang sampaikan. Aku sudah tidak ingat namanya. Hahaha. Walaupun, baru berlalu setengah jam yang lepas. Aku suka ustazah ini sebab dia realistik, tidak berawangan, berfakta, yakin dan informatif. Buat pertama kalinya, aku merasa 'impressed' terhadap seorang ustazah sebab dia realistik. Aku adalah manusia yang jarang untuk menyatakan bahawa aku akan impressed. Hahaha. 

Ok, malam ini ustazah syarahkan mengenai prinsip asas wanita dalam berdakwah. Keperluan wanita dalam berdakwah adalah perlu. Tidak kira sama ada dakwah terhadap diri sendiri, orang sekeliling dan masyarakat. Tapi, ustazah tekankan dakwah kepada diri sendiri iaitu mujahadah untuk melakukan apa yang terbaik untuk diri kita melalui islah. 

Prinsip-prinsip asas dalam kekuatan wanita berdakwah :

1. Sifat syafaqah.

Sifat syafaqah ini sebenarnya adalah sifat yang unik ada pada wanita. Allah berikan kelebihan kepada wanita untuk memiliki sifat ini berbanding lelaki. Lelaki tidak mempunyai sifat syafaqah seperti mana perempuan memiliki. Uniqueness. 

Syafaqah ini adalah sifat kasih sayang yang mendalam sifatnya dan ikhlas. Tiada harapan pembalasan. Misalnya, kasih sayang ibu terhadap anak. Inilah syafaqah. Apabila anak sakit, ibu dilihat sebagai dominan dalam pemberian syafaqah berbanding bapa kan? Syafaqah ini tidak boleh disamakan seperti kasih sayang antara suami dan isteri kerana kasih sayang ini adalah bersifat timbal dan balik. * Dalam psikologi, hubungan interpersonal dipanggil cost and rewards. 

2. Mahabbah (Kasih sayang)

Kasih sayang ini adalah lebih terlihat dalam hubungan suami dan isteri (perkahwinan). Hubungan mahabbah ini perlu dibina atas dasar syafaqah tadi yang mana perlu mementingkan keluhuran budi, akhlak dan sahsiah Dalam hal ini, wanita menjadi pahlawan kasih sayang.

Dalam membina dan mencari pasangan, kita perlu bersedia untuk risiko yang bakal ada. Macam aku cakap sebelum ini, kalaulah kita dapat lelaki yang bukan kita sangkakan dan jangkakan; ustaz Nursi ada menyebut pasal Islah;

Pertamanya, Cuba untuk islahkan kembali pasangan kita kepada Allah S.W.T dengan syariah dan akhlak

Keduanya, Jadilah wanita yang setia pada hakiki. Menjadi wanita ini perlu setia; setia pada yang hakiki iaitu setia berdasarkan syariat Islam.




3. Jangan mengambil keseronokan dan kelazatan dunia secara berlebihan.

Ustaz Said Nursi ada menyebut bahawa perempuan jangan mengambil keseronokan yang lebih di dunia kerana ia akan membawa kesengsaraan dunia serta akhirat. Islam tidak mengharamkan hiburan dan keseronokan, tetapi biarlah dalam berpada-pada dan kuantiti yang sedikit :'(

Ustazah memberikan misalah kepada kelas; bagaimana mahu menggantikan keseronokan itu sebagai ibadah? Misalnya, percutian (vacation). Buatlah percutian itu adalah yang Allah Redha. Bagaimana Allah mahu redha. Lihatlah dalam sekecil-kecil perkara iaitu hasil yang digunakan; sumber wang. Adakah syubhah? Halal?Haram?


Didikan Ibu sebagai pemangkin seorang insan 

Said Nursi memberikan satu nukilan bahawa apa yang ada berlaku kepada dia adalah bermula daripada didikan ibunya. Beratus-ratus guru yang beliau berguru, ibunya yang paling terbaik. Di sini, mampu disimpulkan bahawa ibu merupakan guru pertama serta madrasah pertama anak-anak.

Wanita menjadi benih-benih syurga kepada seorang insan!

Wanita, tahu hak anda!

Kepada sesiapa yang mahu berkahwin, sila hadam ini. Jangan fikir mahu berkahwin, mahu halal tetapi tidak tahu ilmu hak! Hak anda perlu tahu sebelum berkahwin. Wanita perlu tegas dalam hal ini. Kebanyakan wanita yang ada masalah dalam rumahtangga mula goyah apabila lelaki menggunapakai dalil yang tidak benar. Penggunaaan perkataan derhaka, nusyuz, dan sebagainya perlu dikaji. Perlu tahu. Jangan pernah terkejut bahawa perempuan dan wanita yang terperangkap ini adalah orang yang educated.

Wahai wanita, aku rasa inilah perjuangan wanita. Memilih suami itu berada di tengah antara syurga dan neraka. Wanita kena tahu laluan dan hak kalau berlaku apa-apa. Tahu feqah nusyuz dan derhaka kepada suami. Derhaka tidak bernama derhaka kalau lelaki selalu pukul; tidak dikira nusyuz. Hak lelaki jangan disalah anggap.


Wanita, Allah cipta untuk berada di bawah perlindungan.

Wanita adalah satu makhluk manusia yang Tuhan cipta dengan keunikan. tidak lemah. Tapi, fitrahnya di bawah perlindungan. Berada dibawah perlindungan tidak beerti bahawa wanita itu lemah, tetapi wanita itu istimewa! Wanita itu difitrahkan untuk berbahagia; sebelum berkahwin di bawah wali keluarga, setelah berkahwin di bawah suami; setelah tua dan suami meninggal di bawah anak.


Bujang! Jangan risau. 

kepada orang yang lone ranger dan single macam aku, jangan risau! Sebab, Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Allah lorongkan kepada kita bila sudah sampai waktu. Ustazah berpesan, masa muda dan bujang ini, carilah ilmu sehabis banyak. Sesungguhnya, apa yang mendatang bermula daripada sekarang. Didikan anak kita bermula daripada kita bujang.

P/S: Bacalah kitab Tarbiyatul Aulad :) oh, ya, Ustazah itu berkahwin semasa umurnya 32 tahun, suaminya orang Turki. Mana tahu suami kita nanti orang British. Hahahahahhaa.

Nanti aku sambung pasal Risalah Hijab An-Nur.







Tuesday, 15 December 2015

Hari ini; aku yakin.

Hari ini; aku yakin dengan apa yang ada dalam fikiran aku. Allah mendengar doa hamba-hambaNya. :') 

Aku sebenarnya tadi bersama-sama rakan satu jabatan untuk makan. Biasalah, last gathering. Masa tengah gathering itu, aku dijemput untuk menghadap tiga orang doktor; dr antropologilah yang pastinya. Suruh aku sambung ijazah lanjutan dalam bidang antropologi. Dah bincang tajuk dan teori sikit. Dan, aku diberikan pilihan untuk duduk di bawah sapa. It is too fast for me actually. FYP aku masih ke laut sebenarnya. Tapi, ini mungkin cara Tuhan menjawab apa yang aku ada dalam kepala. 

Dr cakap "Saya nak kamu sambung ke PhD. Kalau boleh, lepas master. Kami nak usaha untuk bantu kamu ke overseas nanti. Buat masa sekarang, kalau boleh sambung master di Malaysia". MasyaAllah, :'( 

Korang, doakan aku. IELTS aku risau sangat. Dah la mahal nak mati. 



Monday, 14 December 2015

Aku Spesis Tidak Sopan.

Kalau orang yang kenal aku, aku memang seorang manusia (perempuan) yang tidak bersopan. Aku tak reti nak duduk berkepit. Aku tak reti nak makan secara sopan. Alahai. Jalan Kepit. What the fish. -_-'
Entahlah weh.

Saturday, 12 December 2015

Allah dekatkan kita dengan perkara yang baik-baik bila kita mahu berbuat kebaikan.

Aku nak cerita satu benda. Dulu, masa aku free hair; aku berada dalam satu perhubungan yang serius. Yakni sampai aku nak berkahwin. Tunggu hari akad nikah sahaja. Tapi, itulah Allah dah lorongkan satu jalan yang terbaik untuk aku. Aku berhijrah masa aku di tahun pertama Universiti Malaya. Aku berhijrah 360 darjah daripada hidup aku.

Aku sudah mula ikut usrah, pergi ke majlis-majlis ilmu dan sebagainya. Masa ini, aku sudah mula menjauhkan diri dalam benda-benda yang aku rasa tak boleh. Aku masih ada hubungan dengan lelaki ini semasa aku berhijrah. Cumanya, aku jarang berhubung macam dulu. Aku rasa bermesej dalam seminggu sekali pun susah. Aku pernah berterus terang dengan dia; bahawasanya dalam keadaan aku yang begini, tunggu aku. Tunggu sampai aku boleh. Sebab, aku mahu belajar jadi yang terbaik. Dia cakap ok!

Sampai dipertengahan jalan, dalam lebih kurang 4 bulan sebelum majlis. Masa ini aku di Korea masa pertukaran pelajar. Kami berbincang dengan keluarga seperti biasa untuk majlis. Allah gerakkan hati aku; rasa tidak sedap hati.  Aku sudah mula berniqab. Tiba-tiba, dia hantar mesej melalui FB cakap bahawasanya dia mahu menangguhkan majlis. Aku hairan. Semua orang hairan dengan penangguhan ini.

Mungkin aku ini jenis tegas dan garang. Akhirnya, dia mengaku. Dia sudah punya orang lain dibelakang aku. Aku beri dua pilihan; tinggal aku atau tinggal dia. Kalau pilih aku; kahwin dengan aku seperti biasa. Kalau pilih dia, tinggal aku. Jangan pernah harap untuk kembali kepada aku. Dan, akhirnya dia pilih dia. Aku pun move on.

Sampai saat ini, aku masih lagi tiada siapa-siapa sebab aku rasa Tuhan memang mahu aku begini. Belum sampai masanya lagi. Kalau kita mahu buat kerja yang baik untuk diri kita, Allah bantu kita untuk hilangkan perkara-perkara yang boleh menghalang kita. Ini cara Tuhan untuk jaga aku. :) Aku berfikir, kalaulah dalam masa tidak sampai setahun untuk menjadi yang halal daripada perhubungan yang mencecah 4 tahun, mengapa tidak boleh tunggu? 4 tahun dan setahun. Sekejap sahaja kan? Tapi, Tuhan beri bantuan kepada aku saat aku rasa aku sudah jauh tersasar.

Aku memilih untuk bujang sehingga sekarang bukan sebab aku masih ada rasa dengan dia. Tapi, sebab aku rasa aku perlu tunggu untuk orang-orang yang betul untuk aku. Terima aku apa yang aku ada sebelum, semasa dan selepas. Aku bukanlah orang yang mudah suka dengan orang. Berkali-kali aku beritahu pada orang; aku memilih sebab aku rasa suami adalah orang yang akan bawa aku sama ada ke syurga dan neraka. Bukan sahaja aku, tetapi juga keluarga aku.

Perkara ini ada hikmah kepada aku. Aku nampak bagaimana Allah mahu berikan aku perlindungan melalui hijab. Minggu lepas, aku rasa betul apa yang ustaz cakap; hijab memberikan penghormatan kepada wanita. Aku memang rasa perbezaan bagaimana lelaki berkomunikasi dengan aku masa dahulu dan sekarang.

Aku rasa aku tidak perlu takut untuk tunggu macam ustazah . Aku percaya kepada Allah. Bila aku tengok life dia sekarang, aku rasa memang betul Tuhan sedang selamatkan aku. Aku doakan dia semoga kembali ke jalan yang Allah redha dan lebih baik :)

Friday, 11 December 2015

How am I started with guitar?

I'm started unofficially since when I was 14 YO. Informal. But, I stopped after that. Because I'm living in hostel. Don't have much time to practice and learn. I still can remember the basic chords and minor chords because I don't bother much with 'theory' of chords. Don't know how to read music sheet. 

Aku belajar gitar sendiri. Tengok orang. Pakai lagu. Cara yang paling senang untuk belajar chord. Belajar guna lagu. Aku tiada masalah bab kod gitar. Tapi, aku ada masalah plucking and strumming. Hari itu aku ke Kedai Yamaha. Macam aku sebut entri sebelum ini untuk belajar gitar secara official. Exam dan dapat sijil. Tetapi, malangnya, cuma ada di Subang Parade. Jauh nak pergi dari tempat aku. So, aku pun balik dengan hati remuk. Cis. Sebab aku rasa harga dia affordable untuk aku. 3 kali kelas RM180. Sebulan. Oklah. Oklah bagi aku. Aku nak pergi dua bulan, lepas itu exam terus. Hurm. 

Aku ingat, nak cari kelas kat langkawi. So, aku boleh ajar orang kod gitar. Tapi, aku rasa strumming aku sangat berterabur. Serius. Sangat berterabur. Next semester, aku kena perform. InsyaAllah, sebab itu aku kena struggle for myself. 

Tuesday, 8 December 2015

"Tak berkahwin pun tidak mengapa".

I don't know why I want to write about this. Aku rasa, akan sampai satu saat kau akan cakap tidak berkahwin pun tidak mengapa. Hahahaha. Bukanlah maksud aku tidak mahu kahwin, tetapi aku rasa priority aku yang berbelas-belas. Kalau sampai yang sesuai aku kahwin la.

Lagipun, tadi masa dalam bas lepas aku berbusking; belajar gitar dengan Asrul. Aku terfikir; kalaulah bakal ayah mertua aku lihat aku dalam keadaan yang begini. Pakai purdah; tapi main gitar, aku rasa kena rejek. Hahaha. Confirm! Antara dua; pengorbanan untuk mengatakan ya atau tidak. Sebab itu, aku merasakan aku ada spesis yang weirdo. Hanya orang-orang yang weirdo sahaja mampu untuk survive dengan kehidupan aku sekarang.

Kawan-kawan lelaki aku pernah tanya, "Kalau hang kahwin dengan ustaz nanti, macamana?". Tak guna punya soalan. Hahahaha. Aku cuma cakap sebab itu, aku cuba tidak meletakkan mereka dalam keadaan aku sekarang. Sebab aku tahu mereka hanya melihat aku sebagai apa yang aku sekarang. Tidak melihat aku yang sebelum. Aku pun tidak mampu membayangkan kalau masin mulut depa ini. Fuhhh. Harap jangan. 

Aku jenis lihat kepada penampilan. Sebenarnya, aku lebih cenderung kepada bebudak grunge, underground, busking yang tidak lupa Tuhan. Cool. Pakai sneakers rabak macam aku juga. Layan bundle. Barulah aku rasa serasi. Mungkin sebab sosialisasi aku. Lagipun, aku rasa orang-orang begini lebih memahami aku kot. Jiwa yang degil, sensitif, hati rabak macam tisu, suka kacau orang. Hanya orang yang akan stand sahaja aku stand. 

Zaman moden la nie, mana nak ada dah mak ayah yang mahukan menantu perempuan macam aku. Oleh itu, aku cakaplah kat diri aku "Tak kawen pun tak pa, kawen pun tak pa". 

Sunday, 6 December 2015

Beri salam.

Budaya beri salam kepada pensyarah macam kat sekolah dulu aku rasa macam cool. Walaupun dah besar, tapi aku rasa budaya ini bagus. Tak salah pun kalau bagi lecturer salam, dapat pahala mendoakan.

Bagi aku, ini adalah satu cara penghormatan kepada pensyarah; guru kita. Beri salam is a good thing what? Rileks. Cool la weh. Tak semestinya kau berbalah dengan pensyarah, kau tak leh nak hormat dia. 

Oleh itu, ayuh hidupkan budaya beri salam.  

I miss Korean Food.

I miss korean food a lot. I miss the scenery of winter and street food like hell. Hahaha. Truly, I wish I can eat toebooki, odeng and sweet potato. Can you imagine, you eat all this kind of food while snowing. Kah! 

Tomorrow, our ISC (International Student Center) will organize international food festivals. My korean classmate ask me to hang around. He told me that odeng and toebooki will be there!!! Gosh. 

Thanks dude. 


Saturday, 5 December 2015

Kelas Muzik.

Aku sedang mencari kelas formal muzik. Sebab aku rasa aku tidak boleh belajar secara sendiri melalui YouTube semata-mata. Hahaha. Aku rasa macam susah sangat; aku tiada masalah untuk notes dan lagu, walaupun aku adalah salah seorang manusia yang tidak boleh membaca kertas muzik. Tapi, aku ada masalah plucking dan maintain beats aku. -_-' Oh, please. Aku rasa macam teruk sangat aku main. 

Tapi, tadi aku survey RM200 sebulan; kelas sebulan sekali. Sejam satu sesi. Sejam? RM200. Paroklah duit aku. Aku tengah mencari kelas yang agak affordable untuk aku pergi dalam RM100 plus ataupun dua ratus plus untuk beberapa sesi sebulan. 2 sesi atau lebih. -_-' masalahnya, ada tak kelas yang macam ini. RM200 satu kelas bagi aku sangat mahal. Aku nak bagi lepas level beginner tahap 1 dan exam untuk sijil aku sahaja. 

Aku rasa macam uhuk. Mahal weh, kelas muzik sekarang. Stress juga rasanya. hahaha. Buat teruk kan aku. Kalau yang dekat dengan tempat aku Yamaha Music School. Tapi, tapi, tapi. YAMAHA!! Confirm mahal nak mati. Tapi, mana tahu rezeki aku kalau murah kan? Esok baru nak pergi tanya. 

Friday, 4 December 2015

Harga.

Aku datang daripada keluarga lower-class income. Ayah aku cuma bergaji purata (ikut hari bekerja) cuma RM2000.Kalau musim hujan, cuma gaji basic RM900. Ayah aku kerja di site. Apabila berlakunya kenaikan barangan secara drastik dan harga keperluan lain, keluarga aku adalah antara orang-orang yang struggle untuk teruskan hidup. Mak aku mula berniaga tepi jalan untuk menampung perbelanjaan aku dan adik aku. Adik aku di kolej, aku di Universiti Malaya. 

Aku biasanya akan gunakan semaksimanya duit pinjaman PTPTN pada 4 bulan pertama memandangkan yuran UM sudah hampir mencecah RM2500 satu semester. Aku ambil keputusan untuk keluar dari kolej dan tinggal di luar. Ianya masih berkisarkan mengenai keperluan. Aku rasa sama sahaja di luar atau kolej. Cumanya, kalau di luar, akan survive untuk beli beras RM2kg tahan untuk seminggu. Selalunya, kalau masa sesak duit, aku akan makan sehari sekali. Kalau jadi pelajar, tak tempuh perkara yang begini memang tak best lah hidup sebagai pelajar. Menu utama : telur goreng dan kicap. Kalau sesak lagi, makan nasi putih dengan kicap. Resam hidup sebagai seorang pelajar yang hidup di tengah kota untuk belajar berdikari dan sendiri. 

Aku adalah manusia yang paling malas mahu minta duit dekat mak ayah sebab aku tahu mereka sedang struggle di kampung. Bayar itu, ini dan sebagainya. Aku jarang balik ke kampung atas faktor ini. Kenaikan harga bas; RM50 hingga RM55. Pergi dan balik sudah mencecah RM100. Perjalanan untuk pergi ke stesen bas RM5.00 dan ke atas. Pergi dan balik dah RM10. Naik feri RM18. Pergi dan balik RM36. Selalunya, aku balik dengan tawakal. Tiada satu sen. Kalau apa-apa terjadi dalam perjalanan, akulah manusia yang tiada apa-apa. Hanya ada tawakal, lesen, kad matrik dan kad pengenalan serta telefon bimbit. 

Dulu, masa aku kecil. Keluarga aku agak mewah sebab ayah aku ada sub-kontrak. Disebabkan ayah aku adalah orang yang mempunyai pengalaman yang lebih daripada 15 tahun dalam bidang pembinaan, Ayah aku melabur bersama kawan baik ayah aku untuk satu projek besar; berpuluh-puluh ribu atas dasar mahu 'tolong kawan'. Malangnya, kawan baik ayah aku itu songlap duit tersebut. Selepas peristiwa ini, kami sekeluarga memang bekerja keras sampai sekarang untuk teruskan hidup. Kawan baik ayah aku itu, sudah ada banglo yang rumahnya ada kereta Mercedez. Tetapi, aku tidak kisah pun sebabnya Tuhan itu Maha Adil. Kebahagiaan itu bukan pada rumah tetapi pada hati. Duduk rumah besar; tiada ketenangan sebab berfikir bukan namanya bahagia kan?

Aku tabik kepada ayah dan mak aku yang mengajarkan aku dan adik tidak menjadi gila harta. Mak dan ayah aku membesarkan kami menggunakan wang gaji yang mereka bekerja 100 peratus tanpa ada harta sampingan yang lain. Tiada tanah, tiada rumah sewa, tiada apa-apa. Kami hanya bergantung kepada gaji ayah aku sahaja. Selepas peristiwa ayah aku ditipu oleh kawan baik sendiri; kami tiada kereta. Kami cuma ada sebiji motor untuk naik empat orang. Kereta yang sekarang dibeli pada usia aku 13 tahun. Kiranya, masa aku umur 13 tahun aku baru merasa naik kereta sendiri. Sebelum ini, pinjam orang. 

Aku selalu cakap kat adik aku "Kita tidak perlu nak mengharapkan harta orang lain sebab dari kecil sampai besar mak ayah besarkan kita dengan tiada harta, tiada simpanan. 100 peratus bergantung kepada gaji. Kita tiada tanah bendang, getah macam orang lain. Tiada rumah sewa macam orang lain. Tapi dengan benda ini kita belajar sampai tahap sekarang. Belajar ke kolej dan universiti".

Atas dasar ini, aku adalah perempuan yang berdikari dan berdiri atas kaki sendiri. :) 


Thursday, 3 December 2015

Daurah Kitab Risalah An-Nur : Siapakah aku sebagai manusia?

Semalam, kelas yang kedua, siri dua Daurah Kitab Risalah An-Nur. Sambungan kalimah yang minggu lepas, tetapi minggu ini berkisar pasal 'Fitrah Insan'. Tajuknya ialah Ubudiyyah tugas Fitrah Insan.

Dalam kehidupan manusia itu sendiri sebenarnya kita ada persoalan fitrah; 
Ustaz ada nukilkan 4 persoalan fitrah :
 
1. Siapa aku?
2. Dari mana aku datang?
3. Ke mana aku?
4. Siapa yang bawa aku ke sini?

Dari keempat-empat soalan ini sebenarnya adalah fitrah kepada setiap manusia bagi manusia yang berakal. Tidak kira muslim atau tidak muslim. Tuhan menciptakan satu naluri fitrah untuk manusia berfikir. 

Seperti yang dibincangkan sebelum ini, manusia itu diberikan syariat tetapi boleh memilih. Tidak seperti makhluk-makhluk yang lain. Misalnya, lebah menghasilkan madu, lembu menghasilkan tenusu dan daging. Manusia tidak, sebab kita diberikan pilihan untuk memilih dan tidak mempunyai peranan yang khusus sepertimana makhluk lain. 

Said Nursi memberikan dua sifat manusia yang paling utama dalam menentukan persoalan siapakah aku sebagai manusia? Mahiyatul Insan?

Manusia itu perlu memperhalusi dua sifat ini :

a) Faqir
Manusia adalah satu makhluk yang sangat miskin. Lagi miskin daripada makhluk-makhluk yang lain. Analogi mudah, manusia tidak menghasilkan produk sendiri, kita hanya mengambil produk makhluk lain dan menjadikan ia sebagai 'produk' kita. 

Misalnya, madu. Yang menghasilkan madu itu ialah kelulut, lebah dan sebagainya. Kita ambil produk madu itu dan kita re-brand menjadi produk kita seperti madu pak Abu. 

Kita juga miskin kerana kita adalah makhluk yang keperluannya sangat besar. Makhluk lain tidak. Hanya keperluan yang khusus. Manusia itu memerlukan rumah, makanan, kereta, motor, bag dan sebagainya. Makhluk lain tidak. Belum lagi dicirikan makanan apa yang kita perlukan, nasi goreng (dr bagi nasi goreng semalam, hahahaha), nasi lemak, western food dan sebagainya. Baru 0.001 peratus keperluan dan kehendak kita. Kita cari misalan haiwan; adakah lembu memerlukan makanan sebegitu? Hanya perlukan rumput.  

Manusia ini mempunyai sifat raqabat; keinginan untuk memenuhi keperluan sendiri tetapi tidak mampu. 
 

b) A'jiz (Kelemahan)
Manusia juga adalah makhluk yang sangat lemah.
Kenapa kita lemah?
Sebab kita banyak sangat musuh dalam hidup.
Daripada sekecil-kecil musuh sampai sebesarnya.
Dari sekecil-kecil virus yang kita tidak nampak, nyamuk, panas, sejuk, kotor. Semua musuh kita. 

Sebab kita juga banyak kerisauan.
Walaupun, kita rasa kita bahagia, kita ada rasa kerisauan yang fitrah. Kita rasa risau. 
Misalnya, akan sampai satu saat, kita risau dengan kehilangan orang yang sekeliling. Kita berfikir akan kerisauan itu. Manusia ini lemah jika dibandingkan dengan haiwan. Haiwan yang anaknya mati; hanya meroyan sehari. Selepas itu, tiada. Berbanding dengan manusia yang memandang ia sebagai satu kerisauan. 

Dalam memperhalusi dua sifat ini, manusia akan jumpa persoalan siapa aku sebagai manusia? 
Memahami diri dan peranan kita sebagai manusia yang mempunyai tugasnya sendiri. 


Siapakah yang akan menyelamatkan aku apabila berada dalam dilemma?

Inilah konsep 'beribadah kepadaku'; 

a) Ibadah secara paksa 
Tunduk kepada undang-undang Allah S.W.T tanpa disedari dan ia berlaku kepada semua. 
Misalnya, oksigen. Kita menggunakan oksigen untuk bernafas. Kita tidak boleh menggunakan selain daripada oksigen untuk bernafas. Begitu juga dengan putaran galaksi, tidak boleh bertukar undang-undang. 
Walaupun begitu, manusia ini diberikan syariat tetapi diberikan juga ujian untuk memilih, sama ada manusia itu mahu tunduk atau tidak kepada Tuhan?

b) Merendahkan diri kepada Allah S.W.T.
Persoalan penting dalam diri "Adakah benar-benar aku ini adalah ubudiyah?"
Kemuncak kepada pengabdian diri kita adalah menundukkan dan merendahkan diri kepada Allah Taala.

Apakah maksud tunduk dan merendahkan diri - konsep ubuddiyah?
Ustaz memberikan analogi; apabila kita mengharapkan pada sesuatu atau cinta kepada kepada sesuatu, akan lahir sifat ubuddiyah. 
Menjadi fitrah manusia untuk tunduk dan patuh kepada sesuatu yang dia harap dan cinta.
Bagaimana mahu seperi ini ?
Konsep kenal. Kalau kita tidak kenal, mana mungkin lahir rasa hub ( cinta ) ini. 
Macam itu juga dengan konsep Tuhan; kalau kita tidak kenal Tuhan, bagaimana kita mahu mencintai Tuhan dan lahir rasa merendahkan diri kepadanya. 

Cinta manusia kepada manusia yang lain hanyalah nisbah atau gambaran supaya kita cari Allah di penghujungnya. Kalau kita suka kepada seseorang, kita akan melakukan apa sahaja untuk mencari keredhaan dia. Ini nisbah bagaimana Allah mahukan kita lihat konsep ini ke atas Dia. 


Pencetus cinta dan rasa kagum hingga melahirkan rasa ubuddiyah

Ia berada pada tiga perkara :

a) Al-jamal (kecantikan) 
Ini adalah proses pertama dalam mencetuskan rasa cinta dan kagum. Kalau kita tidak kenal Tuhan kita, bagaimana kita mahu tahu Allah itu Maha Cantik? Allah itu kecantikan yang mutlak, Tiada menyerupai mana-mana makhlukNya. Macam cakap kat atas, Allah menciptakan sesuatu di dunia atas nisbah kepada Nya. Macam kita jatuh cinta, kita akan lihat kecantikan. Allah berikan sedikit rasa kecantikan melalui penglihatan kita untuk memahami sedikit kecantikan Allah. 

Terbit rasa Allah itu Maha Cantik bila kita kenal Tuhan kita. 

b) Al-Kamal (kesempurnaan)
Bila kita sudah mencapai tahap pertama, kita lihat kesempurnaan. Kita rasa kesempurnaan. Kita akan beralih kepada tingkat yang terakhir atau yang paling tinggi. 

c) Ihsan
Allah S.W.T menisbahkan ihsan ini kepada banyak perkara. Misalnya, kasih sayang seorang ibu. Kasih sayang seorang ibu itu adalah rahmat dan kasih sayang Tuhan kepada wanita. Allah bagi naluri kasih sayang. Tetapi, kasih sayang Allah kepada makhlukNya itu lagi besar daripada kasih sayang yang dinisbahkan kepada makhlukNya. 



Tuesday, 1 December 2015

People change.

Changes. All people change or changed. Two ways of changes; bad or good. May Allah guide us into the good one. Not the other side. People can change by second. Me as well. 


Saturday, 28 November 2015

Manusia dan iman;

Khamis minggu lepas aku ke Daurah Kitab Risalah an-Nur lagi macam biasa setiap hari khamis malam Jumaat. Minggu ini berkisar tentang kalimah iman dan kesempurnaan insan. Sudah menjadi lumrah kalau setiap kali hadir ke kelas ini,  aku ini manusia yang terlalu kerdil jika mahu dibandingkan dengan orang lain yang belajar dalam bidang agama. Mendapat pendidikan formal. 

Dalam kelas kali ini, ustaz banyak menyebutkan mengenai peranan iman dalam menjadikan seorang manusia itu sempurna. Betapa Allah memberikan penisbahan iman kepada kita sebagai manusia untuk menjadikan diri kita sebagai hamba Allah. Iman menjadikan seseorang manusia itu menjadi tinggi dalam kedudukan di dalam sesama makhluk. Kita seharusnya, merasa malu kerana apa yang Allah berikan kepada kita. Kita adalah manusia yang tercipta daripada air mani yang kotor. Malah, kita juga tidak mampu untuk berbuat apa-apa seperti makhluk yang lain. Kalau lebah dan kelulut, menghasilkan madu, lembu memberikan daging dan hasil tenusu. Lalu, manusia menghasilkan apa? Tiada apa. Kita cuma mengambil hasil-hasil daripada makhluk-makhluk lain yang Allah cipta. Jangankan binatang; seperkara kecil seperti zarah-zarah yang diperlukan kita itu pun mampu untuk bekerja; C02, 02, zarah-zarah lain. Namun, kenapa Allah melantik kita menjadi seorang khalifah? Inilah sebenarnya nisbah keimanan kepada pencipta kita. :)

Kita jarang bertadabur dengan alam-alam sekeliling sedangkan, kita adalah makhluk Tuhan yang diberikan kesempurnaan oleh Allah S.W.T. Alam-alam sekeliling ini adalah ayat-ayat Tuhan supaya kita melakukan refleksi diri kepada Dia. Kita adalah hamba kepada Tuhan. Allah meletakkan keihsanan dan kasih sayang Dia kepada sesuatu sebagai bukti cinta dan kasihnya menuju Tuhan kita. 

Sifat-sifat kita sebagai manusia dan makhluk lain sebenarnya adalah refleksi kita kepada Tuhan. Dalam Al-Quran Allah, banyak memberikan perumpamaan supaya kita melakukan perkara ini. Antara perkara aku rasa kena di batang hidung; aku rasa semua orang pun sama masa malam itu; pasal buah oren. 

Sebiji buah oren terhasil daripada sepohon pokok.yang bermula daripada sebiji biji benih pokok. Bagaimana proses sebiji biji oren yang kecil ini menjadi sepohon pokok yang menghasilkan buah oren? Bagaimana pula dengan jenis buah oren yang berbeza; negara A bentuknya lain, negara B bentuknya lain? Sifat Allah itu Maha Membentuk dan Maha Menjaga. 

Kalau kita lalu atau berjalan di ladang oren atau sepohon pokok yang nampak cantik sebab variasi oren. Sifat Allah itu Maha Cantik.

Lalu, kita berkata lagi; oren ini adalah isinya elok  untuk manusia makan. Sifat Allah itu Maha Pemberi Rezeki.

Seterusnya, apabila kita makan buah oren, kita rasa isinya lembut; Allah itu Maha Lembut.

Lagi?
Buah oren ini vitamin C kan? Allah Maha Menyembuhkan. :) 


"Mana satu nikmat Tuhan yang engkau dustakan?", 

Wahai manusia. 


Tuesday, 24 November 2015

fikir mahu berkahwin berbanding ajal; cucukan iblis yang menyesatkan?

Ligat memikirkan mahu berkahwin berbanding ajal itu cucukan iblis untuk menyesatkan manusia? Bagi aku, ini bukan kerja iblis sangat pun, tapi kerja orang-orang yang membudayakan projek kahwin yang berkisarkan cinta. Sedangkan cinta itu sendiri adalah tanggungjawab. Banyak projek kahwin disuruh berfikir pasal cinta dan perasaan. Bila sudah berkahwin, rasa tidak mampu untuk beradaptasi dengan tanggungjawab, akhirnya bercerai di usia muda.
Mana tidaknya, masing-masing hanya mahu memikirkan mr perfect, suami itu, suamiku ini macam dalam drama dan cerita novel. Pernah tahu tak? Ada antara kes cerai yang aku pernah kaji, ada yang bercerai atas alasan suami tidak pernah romantik. Romantik yang bagaimana? Tidak membelikan bunga, hadiah masa peristiwa penting. Begitu juga dengan kes yang tidak ingat hari jadi, hari ulangtahun perkahwinan. Lawak? Itulah yang berlaku. 

Bilamana lagi, lambakan forum-forum imamku, makmumku, yang ternyata bagi aku sampah! Sebab apa sampah? Sebab mahu mengelakkan maksiat habis berasmara di malam pertama pengantin. Dapat nikmat sebelum berkahwin tidak pegang tangan isteri dan selepas berkahwin boleh bersenggama. Sedangkan, apa yang lagi penting ialah penekanan soal tanggungjawab, komunikasi antara pasangan dan keluarga, pendedahan masalah rumahtangga, konflik 'fight -flight' dalam rumah tangga dan sebagainya. Come on, malaysia! Wake up. Wake up. Muslim teenagers should be more 'aggresive'.

Pergi buat kerja kebajikan, turun street dakwah, jadi aktivis, baca buku banyak-banyak, luangkan masa dengan orang sekeliling, belejar daripada pengalaman dan sebagainya. Weh, masa bujang inilah kita nak merasa semua ini. Kalau lepas kahwin, kebarangkalian ini tiada. Kalau ada pun, kalau kita kahwin dengan orang yang memang buat kerja macam ini. Turun sama-sama. 

Jangan salah faham, aku bukanlah menolak perkahwinan, kalau nak kahwin, kahwinlah, Islam lagi suka berkahwin di usia muda. Tetapi, janganlah sebab kawan-kawan kahwin, kita pun rasa merenyam mahu berkahwin. Bersedia atau tidak kita? Lagi satu, aku rasa kita terlalu ligat pasal jodoh, kahwin seolah-olah kahwin itu adalah 'goals of life'; pengakhiran kita di situ. Begitu juga dengan orang-orang yang hari-hari meratib pasal berkahwin. Kahwin, kahwin. Masuk usrah kahwin, forum ekonomi kahwin, forum makanan kahwin, forum... kahwin. Rasa macam doktrin pula.

Orang yang pro-ajal ini pula, macamana boleh tahu orang yang berkahwin; mahu berkahwin fikir pasal jodoh ini tidak fikir pasal ajal. Biasalah, fikir pasal jodoh, pasangan ini Allah bagi fitrah. Fitrah sebagai manusia. Jangan terlalu ekstrim sangat. Rileks sudah. Semua orang kena persiapkan diri untuk kahwin dan ajal! Simple! Seimbangkanlah antara kedua-duanya. 


Friday, 20 November 2015

Ahli antropologi dan sosiologi muslim.

Pagi tadi, aku bersama-sama dengan dr dalam FGD ( Focus Group Discussion) untuk projek penilaian antropologi dan sosiologi. Dr tanya aku, apa aku punya kerja dalam antropologi dan sosiologi yang aku nak capai lepas aku bergraduasi nanti. 
Aku menjawab, aku akan sambung dalam peringkat sarjana lanjutan dan menjadi seorang pekerja sosial. InsyaAllah, tapi benda yang berpusing dalam kepala aku sekarang ialah aku budak antropologi dan sosiologi; belajar pasal masyarakat; membantu untuk memahamkan masyarakat; dan seharusnya bertindak dalam membantu masyarakat. Daripada balik buku jalanan semalam, aku rasa tanggungjawab dan taklifan graduan 'antropologi dan sosiologi' ini besar. 

Apakah kiranya aku tidak menjalankan tanggungjawab aku terhadap masyarakat seadanya seperti mana aku belajar dalam kelas dalam erti masyarakat, aku akan ditanya oleh Tuhan aku? Aku belajar pasal manusia lain; kes-kes manusia yang tertindas, kes-kes yang implicit (tidak nampak) atau yang nampak tapi buat-buat tidak nampak.

Aku bertanggungjawab atas segala sesuatu bentuk-bentuk apa yang berlaku dalam masyarakat sekarang. Aku muslim, aku ahli antropologi dan aku ahli sosiologi. Tapi, masyarakat aku masih lagi berada pada tahap yang sama. Masih sama. Termasuk aku. Bukan sahaja masyarakat manusia, tetapi masyarakat selain manusia. Lalu, apa sumbangan aku sebagai graduan?


Maha Suci Tuhan, moga Tuhan permudahkan jalan ini. 

Thursday, 19 November 2015

Al-Quran.

Moga Tuhan jadikan kita antara orang-orang yang dekat diri, jiwa dan hatinya dengan Al-Quran. 

Dia; Tuhan.

Aku percaya dengan kata, kalau kita dekat Allah, Allah akan datangkan yang baik-baik kepada kita. Bersangka baiklah dengan Allah. Percaya kepada Allah. Kalau kita rasa kita jauh, kita dekatkan. Biasalah, iman manusia turun naik. Nipis sahaja. Macam kulit bawang. Mungkin lebih nipis daripada kulit bawang. 

Renovasi diri kita; jadi yang lebih baik daripada semalam. Hari-hari mendatang lebih baik daripada hari sebelumnya. Audit dan tajdid niat kita. Sulami diri kita dengan perkara-perkara yang lebih membawa ke arah kebaikan. 

Kita tidak tahu apa yang bakal berlaku; tapi kita perlu yakin dan meyakini bahawa Allah akan menjadikan segala sesuatu itu baik-baik sahaja untuk diri kita. Carilah Tuhan kita dahulu. Baru yang baik-baik akan mencari diri  kita.


Monday, 16 November 2015

Jarak.

Aku tidak faham dan mengerti kenapa sejak seminggu yang lalu, aku rasa ada perkara yang hilang. Rasa tidak seronok. Bahkan, aku dengan sengajanya menghentikan perhubungan aku dengan orang-orang sekeliling dengan meletakkan telefon bimbit di dalam laci meja solek. Dalam masa lebih kurang seminggu, aku tidak ada hubungan media sosial. 

Sepanjang seminggu aku di rumah, aku menghabiskan masa aku untuk mengulangkaji not muzik dan membaca buku. Buku yang aku baca kembali ialah Hlovate. Sudah berhabuk aku rasa buku-buku Hlovate. Aku mula membaca kaya Hlovate bermula daripada sekolah menengah; Tunas, Aa+Bb, Versus, Contengan Jalanan. Mungkin kena jiwa aku cara Hlovate ini. Lebih kepada muzik dan kumpulan jalanan. Sebenarnya, aku adalah orang yang lebih tertarik kepada orang-orang yang mempunyai 'same interest' berbanding sebaliknya. Mungkin kerana keadaan psikologi manusia untuk lebih cenderung kepada 'kesukaan' dalam kumpulan tertentu. Mungkin. Bagi aku segalanya mungkin,

Walaupun, masa aku dihabiskan dengan perkara yang aku suka pada minggu yang lepas, aku rasa masih ada perkara yang aku hilang. Aku pun tidak tahu perkara apa. Sampai saat aku menulis ini, aku adalah orang yang sesat dalam hilang dalam kegelapan. Jujur, aku pun tidak tahu. Mungkin, aku perlukan jarak dengan orang-orang yang dekat dengan aku supaya aku rasa hati aku sendiri. Hati aku sekarang macam berbolak-balik. Mungkin jarak adalah solusi untuk bertanya pada hati apa sebenarnya yang sedang dipandu?

Mungkin juga kerana kurangnya kehadiran aku di majlis-majlis ilmu berbanding tahun-tahun sebelumnya; mungkin juga kerana kelewatan tidur aku sudah kurang untuk berjumpa dengan Tuhan di satu per tiga malam. Jadual aku untuk bangun satu pertiga malam hanya bertanda kosong dalam saban tahun. Begitu juga dengan Dhuha. Aku teringat Hlovate; The Eleventh Hour . Mungkin juga sebab aku sedang menyiapkan FYP yang masih belum masuk 20 muka surat lagi sedangkan aku akan bentang pada hari Jumaat ini. Mungkin juga sebab aku tidak turun ke Chow Kit sudah dua minggu bersama adik-adik Chow Kit. Segalanya mungkin.

"Ihdinas siratal mustaqim"

Sunday, 15 November 2015

Aku rasa aku memang jenis susah nak suka kat orang. Kalau setakat crush itu benda  biasalah. Mungkin sebab muka dia macam kurt Cobain, John Lennon dan sebagainya. Hahaha. Impossible! Kalau aku cakap “Weh, aku rasa aku fall in love”. 


Kalau org tanya aku “Weh, hati kau belum ada sesiapa?”. Aku selalu gelak dulu dan cakap “Nope. Belum jumpa orang yang betul-betul kena dengan jiwa. Lagipun, I should take a look on his effort”. Effort yang  bagi aku bukan bagi bunga sekuntum, nak berjiwang, ‘dah makan ke belum’; sebab aku rasa aku mampu jaga diri aku sendiri. Meh? Mampu lagi bergerak nak pergi makan; kalau malas aku lapar. Easy. Maybe mr right should impress me in other way.  Don’t know what it is. Aku sendiri pun tidak tahu dan tidak faham. 


I’m freaking weirdo. 

Monday, 2 November 2015

Ilmu luar kuliah : Catatan.

Ilmu luar kuliah selalunya akan penuh setiap hari. Di kampus aku sendiri pun, setiap hari pasti akan ada majlis ilmu. Bersusun. Daripada pagi sampai ke malam. Setiap hari. Bezanya, antara kita mahu pergi dan tidak mahu sahaja. Kan?


Ilmu yang kita belajar diluar bilik kuliah itu sebenarnya satu nilai tambah kepada diri kita sebagai seorang manusia. Tidak kira tazkirah, forum, diskusi, debat dan sebagainya; itu semua adalah lubuk emas untuk ilmu. Rugi sangat tidak pergi. Aku selalu pesan kat adik-adik (junior) supaya rajinkan diri turun benda-benda yang begini. Nanti dah habis belajar, kemungkinan besar tak buat. Aku cakap berdasarkan pemerhatian. Komitmen banyak, mestilah sudah bekerja, sudah berkeluarga. Kalau ada pun, tidak mungkin untuk kita pergi setiap minggu. Masing-masing ada komitmen. 


Jadinya, masa bergelar pelajar universiti ini, ambillah peluang sehabis boleh untuk hadirkan diri ke ilmu luar kuliah. Antara perkara penting yang aku nak tekankan disini ialah catatan. AKu rasa rugi seorang mahasiswa yang turun ke perkara yang sebegini tetapi tidak mencatat ilmu yang diberikan. Sekurangnya, ambillah audio atau video. Mungkin cara orang yang berbeza.


Benda-benda ini berguna untuk kita kelak. Setiap kali balik daripada program yang sebegini, azamlah untuk berkongsi dengan orang ramai. Anggaplah ini adalah sebagai satu usaha kita untuk menyebarkan ilmu kepada orang lain di samping ini adalah sedekah. Moga Allah redha setiap apa yang kita tulis. Sama-sama belajar. :) 


Begitu juga dengan buku nota catatan. Kalau aku, aku jenis yang asingkan buku aku untuk ke benda-benda seperti ini. Tulis dalam satu buku. Sertakan tajuk, tarikh, tempat dan panel-panel. Kalau rajin, boleh letak sticky notes highlight tu untuk kategori. Misalnya, kau pergi forum ekonomi; tulis ekonomi. Kiranya, macam buku hikmat, Hahahahaha. Ok? 


Bawalah pen dan buku. Ulama-ulama dahulu belajar dengan mengambil nota. Imam Syafie :)


Good luck! 


Budak Autisme.

Aku ada menyertai kumpulan Facebook yang membincangkan mengenai perkembangan autisme di Malaysia merangkumi ratusan/ribuan ibubapa yang mempunyai anak autisme. Aku pun tidak tahu sejak bila aku mula 'mencintai' golongan-golongan ini. Mungkin sebab Juna anak kak Fynn ataupun selepas itu. Mungkin juga semasa aku menajalankan latihan industri di sebuah badan kerajaan yang memerlukan aku untuk memantau kanak-kanak ini setiap bulan. Tidak tahu. Apa yang penting, aku sekarang mula merasakan bahawa aku jatuh cinta kepada anak-anak ini. Mereka istimewa. 'Adorable and attractive' . 

Banyak benda yang aku belajar daripada kak Fynn dan kumpulan tadi. Aku juga ada mengikuti beberapa orang pakar terapi luar negara yang kerap kali membincangkan mengenai autisme ini. Sangat menarik sebenarnya untuk aku ambil tahu. Sebab aku rasa di Malaysia ini tahap awareness masih berada pada tahap yang rendah. Masih ramai lagi yang tidak tahu akan autisme ini. 

Aku sebenarnya kurang bersetuju dalam sistem pendidikan negara kita dalam menguruskan kanak-kanak seperti dalam pendidikan 'khas'. Dicampurkan dengan kes 'khas' yang lain. Seharusnya mempunyai satu sistem untuk anak-anak 'khas' mengikut keperluan. Adanya sekolah swasta untuk anak-anak autisme. Tapi, swasta kan? Bayarannya mungkin berpatutan. Namun, ada lagi yang tidak mampu. Akhirnya, anak-anak autisme ini dihantar ke sekolah pendidikan khas yang diajar bulat, bintang, nombor dan ABC serta bermain. Aku kira bagus. Mungkin aku lebih tertarik kepada sistem pembelajaran di negara-negara Eropah. Mementingkan hak anak-anak ini. Bayangkan di setiap tadika di Norway tak salah aku, akan ada satu pakar terapi untuk mengesan 'delay speech' dan perkembangan kanak-kanak. 

Apa-apa pun, aku harap satu hari nanti kerajaan Malaysia mempertimbangkan persoalan ini. Ini perkara yang penting. Anak-anak istimewa ini bukannya tidak boleh berfikir. Malah, lebih 'advanced' daripada orang lain. Tapi, sistem pembelajaran di samping tiadanya pendedahan kepada ibubapa mengenai 'Homeschooling' yang menjadi keterbatasan. Kalau ada pun, masih lagi tertumpu kepada golongan yang agak 'educated' dan kawasan-kawasan akses tertentu. Mungkin juga perlu diviralkan benda ini sampai ke akar umbi. Aiseh. 

Tadi, ada seorang kakak yang mempunyai anak autisme memuatnaik satu gambar anak dia yang autisme menaip di papan kekunci laptop. Yes, it is. Aku pernah tengok kat youtube kaedah komunikasi cara ini. Mereka tidak boleh bercakap secara verbal tapi boleh dalam tidak verbal. Kat situ, anak dia tidak tulis apa-apa cumanya dia menyusun (coding) mengikut abjad macam dalam kamus. Kira macam transfer daripada kamus kepada taipan. Yang peliknya, kakak ini menggunakan bahasa Melayu dalam pertuturan harian. Anaknya menulis perkataan dalam bahasa Inggeris!  Itulah namanya tranfer memory. Mungkin dia pernah lihat dimana-mana. Dia ingat dan dia tranferkan. Istimewa kan? Kita pun tidak mampu. Aku cakap kat kakak itu bahawa ini adalah perkembangan kanak-kanak yang positif sebab daripada pembacaan aku, kalau anak autisme memberikan satu 'sign' komunikasi itu maknanya mereka sedang membina perkembangan positif. Gunakan laptop dan keyboard sebagai satu langkah untuk kita sebagai orang sekeliling berkomunikasi dengan dia. InsyaAllah, dia akan menjadi lebih baik. 

Autisme is something. People don't know what it is! Every single person of them have their own 'something'. 
InsyaAllah, satu hari nanti mereka akan jadi orang yang berjaya andai kita merasakan dan menghargai bahawa mereka ada 'sesuatu'. 

Sunday, 1 November 2015

"Apa cita-cita kamu bila besar nanti?" - Cikgu "Saya mahu jadi pelacur, cikgu"- budak sekolah

Pelacuran bukan sesuatu cita-cita. Mana mungkin seorang manusia yang azalinya telah bercita-cita untuk menjadi pelacur. Mustahil! Pernahkah wujud cita-cita yang ditulis dalam biodata kawan-kawan "cita-cita : pelacur". Begitu juga dengan pertanyaan oleh guru dalam kelas "Cita-cita kamu mahu jadi apa?". "Saya mahu jadi pelacur, cikgu". Tiada!

Lalu, mengapakah adanya pelacuran ini? Ia bukannya sebuah cita-cita yang orang mahukan. Aku setuju dengan kawan aku cakap semalam semasa satu program "Pelacuran ini sebenarnya berpunca daripada 'oppressive economy'. Dia sosialis. Macam aku juga. Kadang-kadang aku rasa. Membayangkan perkara ini, aku rasa ianya betul. Hujah yang digunakan jika semua orang mampu beradaptasi dengan tekanan ekonomi yang sedia ada, tiadalah pelacuran. Mengapa orang mahu menjadi pelacur? Sedangkan pelacur itu dilihat sebagai lapisan yang paling bawah dalam hierarki sosial masyarakat. 

Aku melihat tekanan ekonomi ini sebagai satu hujah yang kuat. Memandangkan, kebanyakan pelacur ini sebenarnya merasa tertekan dengan desakan ekonomi. Lalu, tiada pelajaran, jual badan untuk mencari 'rezeki'. Aku tidak 'pro-pelacur'. Aku tidak menyokong kegiatan pelacuran. Sebab aku manusia yang masih berpegang kepada janji Tuhan. Fitrah beragama. Kenapa Allah mengharamkan seks rambang. Seks rambang cenderung kepada kegiatan pelacuran. Dalam melihat sesuatu dengan adil (meletakkan sesuatu pada tempatnya) aku lebih suka untuk menilai daripada 'kasut' mereka. 

Aku tidak tahu apa pandangan orang lain terhadap kecenderungan aku terhadap pelacur.Bilamana kita sendiri, orang yang melihat pelacur ini sebagai orang yang tidak punya harga diri, kita jarang melihat apakah sebenarnya yang mereka hadapi. Pernah baca buku Melati Rahim? Aku dah tidak ingat nama bukunya. Kalau perasan, ada watak bernama 'adik' yang menjadi pelacur disebabkan dijual oleh saudaranya sendiri. Lalu, dia mahu belajar bersolat dan mengaji dihujung hayatnya sebagai pelacur. Ini kisah benar. Aku ada bersama kumpulan tersebut. Aku tidak pernah terlibat secara langsung. Sebabnya, perempuan tidak dibenarkan. Aku cuma mendengar dan membaca melalui orang-orang yang berada dalam kumpulan tersebut. :') Moga syurgalah tempatnya.


Begitu juga dalam keadaan putaran sosial pelacur. Betapa ramai dalam kalangan pelacur-pelacur ini adalah orang yang terperangkap dalam dunianya sendiri. Berada dalam lingkungan dan putaran yang sama. Anak-anak perempuan pelacur menjadi pelacur kerana 'dijaga' oleh orang-orang tertentu. Kalau tiada siapa yang pergi menyelamatkan, begitulah sampai semua keturunan. Kasihan. Yang lelaki dijadikan sebagai 'body guard'. Bukannya mereka tidak mencuba untuk keluar, tetapi mereka tidak tahu bagaimana. Andainya satu hari nanti, kita punya wang yang banyak. Berjuta-juta. Kita beli orang-orang ini supaya dia bisa hidup seperti kita.

Dalam masa yang sama, aku tidak menafikan ada dalam kalangan pelacur ini adalah secara sukarela. Tetapi, semua orang pukul sama rata. Ada dalam kalangan pelacur-pelacur ini membaca Al-Quran setiap kali ada masa lapang :'( Allahu. Kita tidak tahu. Tidak tahu. Dan tidak mahu ambil tahu. Mereka lagi manusia berTuhan.




Saturday, 31 October 2015

Mahu berkahwin? Baca nie!

Sebenarnya, aku sekarang tengah berada dalam fasa peperiksaan. Huhu. 
Hari ini aku nak kongsi dengan korang mengenai "Perkahwinan dan penyesuaian". 
Mungkin adalah salah satu cara untuk aku mengulang kaji dan berkongsi ilmu dengan semua orang. 
Teheee. 

Aku sebenarnya belum berkahwin lagi. Harap maklum. So, aku tidak pernah melalui stage yang sebegini. Peringatan : perkongsian ini hanyalah berdasarkan teori dan kajian. Tapi still berguna juga untuk kemudian hari. Aku bersyukur sebab ambil kelas ini sebab aku rasa macam banyak ilmu yang berguna dalam kelas ini. Lecturer yang paling aku suka dari first year. Hurm. Faktor juga sebenarnya. Hahaha. 

Perkahwinan dan penyesuaian ini adalah satu "stage of life cycle" dalam sesebuah pembinaan keluarga. Antara faktor penting mengapa perlunya stage ini kerana kualiti sesebuah perkahwinan, cabaran yang akan berlaku dalam perkahwinan, komunikasi dan konflik yang akan berlaku dalam perkahwinan.

Ramai orang bercakap berkahwin dengan sebelum kahwin stagenya adalah sama Tapi sebenarnya adalah berbeza sama sekali. Dr selalu pesan "Apa yang kamu nampak sebelum bernikah masa bercinta itu bukan true colors of him/ her". Dalam kes stage selepas berkahwin ini, ia lebih menjurus kepada persoalan "Who are you?". Kiranya macam proses kenal-mengenal lah.

Bila cakap soal kualiti perkahwinan, ada lagi faktor yang mempengaruhi kualiti sebenarnya. Antaranya ialah tempoh/ masa berkahwin , bilangan anak, kerjaya dan isu gender. Ha, isu gender kat situ aku nak tekankan ialah peranan lelaki dan perempuan dalam rumahtangga misalnya dalam pembahagian tugas rumah tangga dan sebagainya. Penting nie hoih! Gua pun rasa gerun. Hahaha. Dah la tak reti masak. Hahahah. K. Just kidding. 

Tahap perkahwinan dalam rumahtangga biasanya ada 4 stage. Depends on researchers juga. Tapi tahap ini pasti akan ada dalam setiap kajian. Aku harap korang hadam betul-betul. Aku nak memeningkan kepala. Hahahaha. 

Stage pertama:
Tahap awal perkahwinan : Newlyweed Stage a.k.a pengantin baru.
Boleh refer gambar aku nanti. Gambar rajah yang paling hodoh. Hahaha.
Dalam tahap ini akan berlaku satu polemik atau ujian terhadap pasangan sebab individu yang berkahwin akan mula memainkan peranan masing-masing dalam membentuk sebuah keluarga atau kehidupan suami dan isteri.

Kat bawah ini aku senaraikan beberapa perkara atau konflik yang akan berlaku dalam tahap ini.

1. Peranan suami dan isteri dalam membentuk keluarga. Biasanya akan terlihat dalam tolak ansur sesuatu perkara. Aku bagi contoh, kes balik kampung. Kes balik kampung nampak macam remeh. Tapi sebenarnya besar kot. Boleh bawa kepada penceraian ! 
Dalam kes balik kampung ini, individu perlu memainkan peranan menentukan yang mana satu perlu dipersetujui. 'Power sharing' la katakan. 
 Contoh lain lagi ialah, pembahagian tugas antara suami dan isteri. Walaupun masa ini tiada lagi anak, beban dalam pembahagian ini akan berlaku juga. Sebab isteri kena memasak dan menguruskan rumahtangga. Dan bagaimana dengan tugas suami dalam perkara ini. 

2. Sokongan emosi terhadap pasangan. Pasangan perlu memainkan peranan yang penting dalam sokongan emosi ini. Perpisahan dalam keluarga memberikan impak terhadap emosi pasangan ditambah lagi dengan peranan baru yang perlu dimainkan oleh pasangan. Makanya, perlu ada sokongan antara satu sama lain.

3. Penyesuaian "Habits" pasangan. Sama ada hobi atau kebiasaan yang ada pada pasangan. Konsep memberi dan menerima amat diperlukan dalam hal ini. Jangan ini perkara ini remeh! ( Aku buat tanda seru, sebab dr ulang banyak kali kat sini, hahaha) Misalnya, merokok. Lelaki yang merokoknya (aku sebut lelaki sebab lelaki yang majoriti merokok). Macamana pasangan nak melakukan penyesuaian terhadap 'habits' pasangan ini? Nak suruh keluaq rumah? Kena halau?. Hahaha. Fikir. Hurm. Aku pun tak tahu la. 

4. Negotiate gender roles. Macam aku mention kat atas tadi. Tolak ansur dalam pembahagian gender dalam rumah tangga amatlah diperlukan. Sebab nt akan berlaku konflik kalau ada kelebihan kuasa terhadap sebelah pihak dan overlapping. Dr cakap, masa ini apa yang diperlukan adalah hormat-menghormati.

5.  Keluarga vs pekerjaan. 
Pasangan perlu beradaptasi dengan pekerjaan pasangan masing-masing. Atau rutin pekerjaan pasangan. Misalnya, kalau kerja dr, lawyer. Workholic. So, kena pandai adapt dan menyesuaikan. Peace! Antara rumahtangga dan pekerjaan. So, tak boleh lah sangat nak kerja kuat mcm  masa bujang kan? Balik 2-3 pagi sebab kerja. 

6. Pendapatan dan pengurusan ekonomi

7. Develop communication skills.
Kalau tak develop communication skills ini akan berlaku communication breakdown. Interaksi dengan pasangan adalah penting. 

8. Bentuk hubungan dengan 'kin' atau kerabat keluarga. Kedua-dua belah pihak. TImbal balik dalam membentuk hubungan keluarga yang lebih besar.


Stage 2 
Parental Stage

Tahap ini bermula apabila isteri mula mengandung dalam berlakunya perubahan dalam beberapa perkara seperti biologi dan fizikal perempuan. Masa ini, suami kena bersedia untuk menerima apa adanya pasangan. Sebab itu, ada kes curang belakang isteri masa mengandung. Sebab tak boleh nak adapt dengan keadaan isteri dan perubahan yang berlaku. Meh! 
Dalam keadaan fizikal, pembahagian gender perlu mendapat persetujuan sebab berlakunya perubahan. Pengendalian rumahtangga (household) semasa isteri mengandung. Perlu faham kat sini, ada certain kes di mana ada isteri yang mengandung dan terpaksa ulang-alik ke hospital. Suami perlu ada peranan untuk mengatasi emosi dia dan pasangan. Hurm. 

Parental stage terbahagi kepada dua :

a) Early parenthood
- Anak belum bersekolah/ anak sudah bersekolah.
Masa ini perlu diperbaiki adalah kualiti perhubungan dengan pasangan dan anak-anak. Tiga hala perhubungan. 
Parenting skills sgt penting. 
Sebab masa inilah emosi, ekonomi akan tercabar. 
Seandainya tidak ada satu 'resist' untuk menghadapi benda yang begini, akan berlaku ketidakseimbangan dalam peranan akibat terbeban.

b) Late parenthood 
berlaku dalam keadaan :
a) anak sudah mula masuk kolej
 - Ekonomi : 
Tekanan ekonomi akan berlaku kerana perbelanjaan akan terus meningkat. 

NAKED : Minggu akustik. Muzik dalam ekspresi dan hiburan.

Minggu ini aku ke NAKED. Aku adalah pengunjung setia NAKED. Hahahaha. Malam ini adalah malam akustik. Ada tiga orang yang mempersembahkan akustik. Sepatutnya termasuk aku. Jadi 4. Tetapi, aku menolak atas faktor aku tidak seperti dulu. Hahahaha. Nak menyanyi bukan mudah. Walaupun, aku dulu adalah orang yang agak biasa ke arah ini.

Mula dengan Lan dan Ammar. Lan ini memang budak main gitar. Ammar ini aku terkejut gila. Boleh pula dia busking lagu yang gua rasa budak ini memang sangat sukar untuk dijangka. Dia baru beli gitar selepas aku. Perform very well. Mereka main lagu 'Zombie' dan solo Ammar lagu Oasis : Don't look back in anger.  Adam pula perform lagu sendiri. Dia genius gitar aku rasa. 4 lagu dia bubuh. Semua lagu sedap gila. Sedap gila. Serius. Aby menyanyi lagu 'Dan sebenarnya'. Tanpa disangka! 

Kemudian, kami berbincang mengenai lagu dan muzik. Persoalan yang ditimbulkan oleh Adam ialah lirik lagu dia sedih. Tapi, disebabkan muzik yang dia gubah berentak pop (sebab festival seni pop band) orang semua gembira. Dan orang tepuk tangan dan off. Adakah muzik satu ekspresi atau sekadar hiburan?

Terpulang kepada masing-masing. Aku masih lagi memasang satu tanggapan bahawa muzik itu sendiri adalah ekspresi berbanding hiburan. Kalau lihat, The Beatles, Bob Marley, Cranberies dan banyak lagi banyak menyampaikan mesej kemanusiaan dan kritikan sosial masyarakat. Begitu juga dengan artis tanah air macam Ramli Sarip, Fynn Jamal, M, Nasir. Lagu mereka 'deep' untuk orang-orang macam aku.

Aku rasa sekarang ini, tidak lebih kepada hiburan, Misalnya, lagu 'Zombie' dinyanyikan dengan penuh girang. Walhal lagu ini adalah berbentuk protes kepada peperangan.


Anak-Anak Chow Kit at KLCC #tengokjerung.

Masa hari raya aidil Adha hari itu aku tidak pulang ke kampung sebab Universiti Malaya cuma memberikan cuti sehari sahaja. Rasa tidak berbaloi dengan pergi balik. Yang penting, duit. Maklumlah, tiket sekarang mahal. Aku hanya bergantung kepada pinjaman PTPTN. So, kena pandai hidup kat Kota Metropolitan ini.

Aku pergi program anak-anak Chow Kit at KLCC hari kedua raya aidilAdha. Program bermula pada jam 8 pagi. Kiranya, aku keluar rumah dari jam 7. Husna datang ambil. Masa sampai kat sana, kita orang dibekalkan baju untuk tukar. Baju anak-anak dengan sukarelawan sama. Warna hitam :'D 

Aku menempel kat kumpulan Husna. Kumpulan satu. Satu kumpulan ada 5-6 orang anak-anak Chow Kit. Semasa program ini berlangsung, aku agak rapat dengan Muhammad Al-Farizi. Dia panggil aku 'cikgu'. Alahai. Comel betul. Ok, sambung. Sebelum bertolak, kami makan di kedai makan roti canai. Ada anak-anak Chow Kit yang sememangnya hidup di jalanan pertama kali merasai roti canai dan air teh panas! Kalau sebelum ini, cuma melihat orang lain di bawah jambatan monorel dan LRT. Roti canai kosong yang diminta tambah. 

Selepas itu, kami berjalan ke arah stesen monorel Medan Tuanku dan turun di Damai untuk transit ke KLCC. Penat berjalan sebenarnya. Tapi, bila tengok anak-anak riang. Hilang rasa penat. Masa nak masuk ke stesen, mereka berebut-rebut untuk masukkan 'coin' dan apabila pintu terbuka. Mereka berlari dan gelak sampai mengekek. Bayangkanlah, perasaan seorang sukarelawan pada ketika itu. Farizi aku dukung untuk dia rasai sendiri pengalaman masukkan coin ke dalam mesin. Lepas itu, aku biarkan dia berlari dalam stesen. 

Apabila sampai di KLCC, kami naik 'telur bergerak', aku pun dah terlupa apa benda namanya. Masa di dalam ini, aku nampak mereka sangat sempurna gelak ketawanya. Masuk dalam tempat tekanan udara, melangkah ke kawasan dinasour, Masa ini aku terpaksa dukung al-Farizi, anak syurga sebab dia pegang aku dia cakap "Cikgu, nak kung". Aku tanya "Kenapa?". "Takut dinasour". Hahahaha. Masa korang main, tak takot dinasour. 

Aku pun dukung sampai habis kawasan. Agaknya begitulah perasaan ibu yang kecil macam aku ini nanti dukung anak. Macam yuyu Zulaikha dukung anak dia -..-. Selepas itu, kami ke KFC untuk makan tengah hari. Aku terasing daripada ahli kumpulan. Masa ini, husna makan dengan anak-anak. Selera betul. Tengok anak-anak ini makan, aku menjadi runtun hati. Tunggu empangan nak pecah sahaja masa itu. Bila balik, salah seorang sukarelawan muat naik status yang lebih kurang bunyinya begini "Ada antara anak-anak ini yang pertama kali makan kek dan KFC. Kalau tidak, hanya mampu melihat dari kaca kanak-kanak sebaya makan". 

Setelah habis makan, solat dan sebagainya. Kami bergerak ke Aquaria KLCC. Dalam ini, lagilah. Teruja betul tengok ikan. Bukan depa sahaja. Aku sekali. Hahahahaha. Jerung besar. Masa berjalan dalam terowong, banyak betul bertanya. Sentuh dinding kaca. 


Saat kita merasakan kita adalah manusia yang paling susah, ada lagi manusia yang susah. :') 

Buku Jalanan Anak-Anak Chow Kit.

Buat masa sekarang, aku stick dengan budak-budak buku jalanan Anak-Anak Chow Kit (BJCK). Aku dah jarang join PMIUM, Pertiwi, Soup Kitchen dan Dapur Jalanan dah sekarang. Mungkin sebab kekangan masa dan aku sendiri tiada transport. BJCK ini baru sahaja berjalan dalam dua-tiga bulan yang lalu. Aku join program ini pun dah lambat sebab aku tiada transport. Nasib baik ada kawan aku, Husna, sudi menumpangkan aku setiap hari Ahad ke sana. Kitaorang selalu berdua. Ada juga budak UM yang turun. Ammar, Lan, budak-budak pMIUM dua - tiga orang. 

Basically, kalau turun ke sini akan ajar anak-anak Chow Kit bermain dan belajar. Kiranya guide untuk pembelajaran la. Lebih kurang. Ada sistem pinjam buku. Hahaha. Belajar di tepi jalan. Sampai bila nak suruh perut kenyang tetapi otak tidak kenyang. Buku-buku ini bukan hanya kepada anak-anak tetapi kepada homeless yang dewasa juga! Ada satu uncle ini datang minta novel bahasa Inggeris. Aku rasa malu sangat dengan uncle tu. Sebab, uncle itu adalah orang yang kuat membaca. T____T Mungkin kita boleh ambil ibrah daripada dia. 

Sepanjang aku join program ini, macam-macam benda yang aku nampak. Mata aku sangat terbuka luas untuk menilai daripada mata masyarakat. Anak-anak ini masih lagi tidur di kaki lima, tapi dia mahu belajar. Mereka tidak punya lampu. Hanya berbekalkan lampu jalan. :'(

Nanti aku sambung balik.

P/S: Inilah bahagia aku sebenarnya. Cari bahagia bila kita bersama orang yang bahagia. :) 

Manusia.

Dalam hidup ini, ada sejenis manusia yang berdengki dengan orang lain. Serius. Kadangkala, aku rasa ada benda yang tidak patut berdengki pun, dah menjadi satu dengki. Dengki ini adalah sejenis penyakit hati. Orang yang mempunyai penyakit berdengki ini sangat berbahaya. 

Kalau ada orang berdengki dengan hidup kita, baik tidak payah layan. Buat bodoh, sebab berdengki itu adalah kerja-kerja orang bodoh. Jangan fikir, orang bodoh itu adalah orang yang mempunyai pelajaran rendah, tapi orang-orang yang tidak mampu menggunakan akalnya dengan sempurna. Apabila akal yang digunakan tidak sempurna, ia membawa kepada masalah hati. 

Fynn Jamal berkata, kalau orang tidak suka kita, cara kita minum air pun orang dah tak suka. Yes, that reality we should face. Indeed. there is no people perfect. No. But, kalau main dengan perasaan dengki ini apa pun tak boleh.

Apa-apa pun. Kalau rasa ada orang dengki dengan kita, biarlah. Mereka itu seorang dalam sejuta dalam hidup kita. Biarlah mereka hidup dalam mereka yang tidak pernah bahagia sebab dengki. Kalau tak percaya, kau cuba pergi kepada orang yang kau rasa berdengki dengan kau, kau rasa hidup dia bahagia atau tidak?. Semestinya tidak! Sebab dia akan sibuk fikir pasal kau sampai bila- bila. Dia akan berasa dengki bila kau bahagia. Ha, teruskanlah bahagia kau. Biar dia mereput dengan perasaan dengki kau.

Aku nak cakap, aku bahagia dengan orang-orang yang ada sekeliling aku sekarang. Ada kawan-kawan yang supportive, ada kawan yang mengingatkan kalau aku lupa, kawan-kawan yang mengingatkan aku kepada makan, kawan yang sekepala, kawan yang berkongsi dengan aku. So, aku tidak kisah pun dengki. Sebab orang yang mempunyai dengki ini hanya orang yang bodoh. 'Bodoh' sebab dengki. Eh?

Friday, 30 October 2015

Bibliophile

Bibliophile. 
Buku dan aku.
Aku jenis ikut mood. Boleh jadi bertukar. Oleh sebab itu:
a. Aku selalu akan tukar buku dalam masa yang singkat (tidak dari kulit ke kulit). Kalau aku rasa bosan dengan buku politik, aku baca buku bukan politik. Aku bukan jenis yang akan stick dengan satu-satu buku. 
b. Beri cadangan kepada orang lain. Aku boleh dikatakan pakarlah juga dalam 'menghasut' orang-orang membeli buku yang aku baca dan cadangkan. Sesiapa yang kawan rapat dengan aku tahu betapa aku suka menghasut. Hahahaha. 

c. Bawa buku ke mana sahaja. AKu memang akan bawa buku ke mana sahaja yang aku pergi. Sebab aku tidak tahu bila mood aku akan datang. Kalau mood aku datang, aku tak bawa buku. Menyesal bhai..... Itulah kan? Orang cakap, bila dah tiada baru nak dikenang. 

d. Masa beli buku itu akan ada satu perasaan. Berguna tak eh? Ha, daripada was-was. Aku rembat sebab aku rasa aku akan pakai juga satu hari nanti. Sebab itu ada buku aku yang tidak dibuka lagi plastiknya. Ha, sebab benda inilah. Kah! InsyaALlah, nanti aku buka. 

e. Kalau buku sejarah, politik, ekonomi. Aku jenis take note sama ada pakai highlighter, sticky notes dan tulis penuh kat mana ruang kosong dalam kertas tu. Lagi satu, pakai penanda yang lekat. Boleh terus tanda isu penting. Huhu. 

kbai.



Wednesday, 28 October 2015

Dua perkara dalam hidup manusia bernama MUSLIM;

Dua perkara dalam hidup manusia bernama Muslim; mengucap syahadah.

Aku tinggalkan pada kamu dua perkara, sekiranya kamu berpegang teguh dengan kedua-duanya, maka kamu tidak akan sesat untuk selama-lamanya iaitu: Kitabullah dan Sunnahku”.

[HR Imam Ahmad dan Ibnu Majah]


Antara perkara yang Rasullulah tinggalkan kepada umatnya ialah Al-Quran. Al-Quran itu sendiri adalah satu mukjizat. :)

Membaca Al-Quran dan bertaddabur dengan ayat Tuhan. Bertadaburlah supaya kita nampak hikmah sebuah kitab bernama Al-Quran. 


Monday, 26 October 2015

Help the needs.

"Helps the needs". Aha! Dalam bahasa Melayunya ialah 'tolong yang memerlukan'. Macamana kita nak tolong orang yang memerlukan tanpa perlukan kos yang banyak? Aku selalu review page 'kindness'.

Ok, sini aku cedok idea depa. Moh, kita sama-sama amalkan. Moga Allah redha. :)

1. Beli satu tin biskut. Letak dalam raga dan biarkan sambil letakkan notes 'Sila ambil satu' and what so ever yang membuktikan bahawa benda itu free. Teheee. Ramai kawan-kawan yang mahu study kat Siswa Rama, KPS, Library yang tidak mampu untuk keluar sebab hujan. sebab tidak mampu. Kalau ada lebih, boleh beli roti RM 80 sen tu. Hahahaha. 

2. Sticky notes. Paling murah. Tulis any kind of nice words kat atas sticky notes dan pelekat atas tangga, meja yang korang guna atau lalu. :D Just need marker pen and sticky notes. Oh, yeah! 

3. Pin. Hahahaha. Perempuan kan selalu hilang pin selepas solat. Letak satu bekas pin dan buat sistem pinjam. RM1.50 ja. Untuk emergency.


"Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat....."

(Hadith 36, Riwayat Muslim)