Saturday, 27 June 2015

Beruntung jadi orang yang kecil. Pilih tudung murah.



Haha. Saja aku nak upkan entri pasal ini. Aku nak buat tutorial tudung macam dulu. Tapi memandangkan aku rasa segan, nanti aku nak letakkan gambar step by step. Doakan moga aku ingat janji-janji blog aku. Aku rasa banyak gila entri yang aku just tulis tajuk. Tak dak idea dan mood nak tulis. 

Ok, kelebihan dan untung jadi orang yang berbadan kecil ini aku nak hurai dari segi pemilihan tudung. Orang selalu cakap kat aku la. Tapi aku rasa asbab yang lebih jelas ialah cara kita lipat tudung dan pakai tudung. 

1. Bidang tudung 45. Aku pakai tudung 45. Tapi nampak macam bidang 60. RM5. 

2. Shawl. Aku pakai yang satu meter. Kat masjid jamek bercambah rm 10 ini. Aku tak suka pakai shawl yang cotton. Sebab entahlah. Susah nak belit. Aku suka pakai chiffon.Senang nak bentuk dan lilit. Hurm. 

Macam gambar bawah ini. 

Memang nampak labuh. Tapi sebenarnya aku pakai shawl biasa ja. Yang rm 10. Aku ada cara pakai aku sendiri. Nanti kalau aku rajin. Aku tunjukkan. InsyaAllah. Daripada bidang kecil, kita boleh besarkan. 

Tips nak beli sneakers ( converse )


Disebabkan aku ini memang pemakai sneakers converse. Aku nak bagitahu perkara penting kepada sesiapa yang nak membeli sneakers converse ( original).

1. Pastikan kau beli kat butik dia yang betul. Kalau aku, aku jenis tak suka pergi kedai yang campur-campur banyak jenis jenama kasut. Walaupun dia original, entahlah. AKu rasa ragu-ragu. Kalau aku lah. Depends on korang jugak. 

2. Dah sampai kedai. Perhatikan made in apa. Paling nak sedap, made in USA. Tapi mmg rare nak jumpa zaman sekarang. Aku tak tahu nak cari kat mana. Kecuali bundle original yang boleh dipercayai. T___T . Tapi sepanjang aku bercinta dengan converse ini, ada dua made in yang lebih kurang sama la selesa dia. Made in USA dan made in Vietnam. Walaupun korang pergi kedai yang betul, made in tu penting. Sebab bagi aku, aku rasa lain sikit dengan made in ini. Kualiti dia lain bhai ~~~~

3. Kalau nak tahu original atau tidak, Dibelakang kasut ini ada tulis "Converse All Star". Tidak hanya "converse". Lambakan sneakers kat pasaran sekarang ada beza. Oklah. Kalau dapat yang RM 30 ++. Tapi kalau ada yang jenis cakap "Ini ori bang, kak". Dia bedal kau RM 100++ Sebab dia cakap original. Padahal dia beli RM 30 ++. Hati-hati weh. Melayang duit tak sudah. Hahaha. 

4. Dia ada banyak jenis. Aku suka pakai yang classic. Pilihlah. Tapi kalau aku nak beli, aku akan round dan cari butik sampai puas hati. Biar berbaloi. Nanti hati nak pakai pun senang.

5. Nak converse lagi rare. Cari kat bundle. Kat situ banyak kasut yang rare. Kalau aku, aku suka kasut yang agak season. Tapi posibility nak dapat yang macam ini sekarang mmg sangat susah la. Aku tak tahu nak pergi mencari kat mana. T___T  

6. Aku cakap sama lu. Pakai sneakers berbaloi. Sekali aku beli, aku boleh pakai sampai 3 tahun. Hahaha. Nanti aku nk kawen, aku nak pakai sneakers. Rare tak rare belakang cerita. Aku tak nak sakit kaki. :D


I'm good eater.



Sebenarnya, walaupun aku kecil. Tapi aku jenis makan. Semua makanan aku bedal. Tak memilih. Sedap tak sedap belakang kira. Ada setengah makanan aku tidak makan. Tidak makan kat sini bukan maksud aku tak nak makan. Tapi kurang sikit. Memang jarang jugak aku tolak makanan kalau orang bagi. Bedal jugak. Hahahaha.

Aku tak makan banyak. Jenis makan sikit tapi ulang-ulang. Aku tak boleh nak resist kalau tengok gambar. Terus rasa craving nak makan. Aku ada satu tabiat pelik. Suka cari gambar makanan kalau masa craving. Lepas tu, meroyan sorang-sorang nak cari kat mana. Sapa yang follow aku punya twitter tahu la. LOL.

Tengah malam aku memang akan lapar. Parents aku dah tahu aku jenis yang macam ini. So, dalam peti ais. Ayah aku akan belikan buah. Untuk jadi snek. Anak ayah la katakan. Hihihi. Aku balik ja mmg penuh buah dalam peti ais. 

Kadangkala mai mood aku rasa aku perlukan makanan yang sihat, aku akan hentikan makan makanan yang oily macam burger, fries, nugget. Tapi kalau mai mood aku nak makan. Hurm.... letak tepi. 

Tapi kelebihan orang yang macam aku. Ada perangai jenis bedal semua makanan ini ialah boleh survive untuk makan kat tempat orang. Pergi mana-mana pun boleh makan. Walaupun lepas itu akan berlaku sakit perut. Sebab tak leh adapt. :D Hantaq p cerok tok kun pun makan jugak. 

Tu lah, perangai bedal semua makanan ni bahaya jugak. Tak memilih. Lastly, diri yang susah. Sakit perut lah, peninglah. Semua ada.

Btw, impian aku sebelum kawen. Aku nak pergi makan kat negeri orang. Masa first year aku pergi ke Kelantan. Duit habis kat melantak. Tak beli langsung barang. Berhenti. Makan. Berhenti. Makan. Makan. Makan. Makan. Kalau pergi penang lagi lah. Dari pagi sampai ke tengah malam. 

Hahahaha. kbai.

Friday, 26 June 2015

Berpuasa di Korea. Winter.


Aku dah draft berbulan-bulan. Makan bertahun nak cerita. Tadi cek draft baru perasan. Buat entri baru.

Aku nak cerita pengalaman aku berpuasa di Korea masa aku study sekejap kat sana. Alhamdullilah, aku pergi free. Universiti tanggung. Hahaha. Alhamdullilah juga, aku sempat rasa 4 musim. Spring, summer, fall and winter. LOL :P 

Masa aku kat sana, aku puasa. Saja nak rasa puasa kat negara orang. Kah! Aku ingat lagi masa tu, winter. Aku puasa sehari dalam 5-6 jam sahaja. Tapi, lapar. Ya Tuhan. Tuhan sahaja yang tahu masa tu macamana. Sapa yang pernah ber'winter' tu, tahulah azab lapar macamana. Hahaha. Sepanjang masa kena mengunyah. Lapar. Yang paling kau rasa ujian gila. Bila pergi ke street. Street food berlambak-lambak. Winter. Tengok makanan tu berasap-asap. Telan ayaq liuq. Hahaha.

Tapi itulah. Pengalaman kan? Nanti aku nak cerita kat anak-anak aku. Pengalaman ajar Islam minoriti kat sana. Selalunya dinner, cafeteria akan sediakan makanan. Tapi dia tak asingkan makanan. Ada sekali tu 'duoeji' week. Sepanjang minggu duoeji ini. 5 hari berterusan. T_____T 
Duoeji itu apa? Ha, sapa yang nak pergi ke Korea, mohon hafal ayat ini "Duoeji gogi isoyo?". Kalau dia jawab "Iso". Tak selamat. Kalau dia "anni" Selamat. Tapi as a muslims we can't eat any kind of meat without penyembelihan. Satu lagi ayat popular "Gogi?". Kalau ne tu jangan. Kalau dia jawab anni. Lantaklah. Hahaha. Oh ya, gogi itu daging. Duoeji itu khinzir. 

Sepanjang minggu 'pork' ini student malaysia makan nasi putih, chilli flakes dan kimchi. Huwaaaa :'(
Tapi melantak juga sebab lapar punya pasal. Kalau nak lagi ok, pergi beli sardin. Sardin tu pun kena hati-hati. Tapi, kalau kat korea ini memang kena survive dengan strugglenya.

Masa aku puasa, buka puasa dalam keadaan yang macam ini. Masa inilah baru nak bermuhasabah. Apa yang kita makan ini satu rezeki. Rezeki yang Tuhan bagi. Bayangkan ada lagi umat Islam yang berpuasa tanpa bersahur dan berbuka. Moga mereka diberikan kekuatan. Dan, insyaAllah, syurga buat mereka. 


Tempat aku pergi tu, Gwangju. 6 jam dari Seoul. T____T Memang sepanjang kitaorang di sana. Memang puasa makan 'daging' :(  Masa kat Seoul sebulan tu ja makan daging puas-puas. 
Itulah. Aku rasa hidup sebagai minoriti Islam selama berbulan-bulan. Ada hikmah Allah hantar aku ke sana. :)

Thursday, 25 June 2015

Pengucapan awam. Tanpa teks.


Pengucapan awam, presentation atau sebagainya tanpa tengok teks is quite hard actually. Tapi, aku yakin benda ini boleh diasah kan? Aku ada beberapa tips yang aku gunapakai semasa kena buat benda alah ini. Viva, and etc. Aku dilatih oleh cikgu sekolah. Alhamdullilah, agak berkesan jugak lah. Present tanpa ada teks. 

1. Tenangkan diri. Yakin ja. Orang yang kat depan itu manusia juga. Nebes juga kalau bagi ucapan.

2. Latih depan cermin. Latih dan latih lagi. Latihan depan cermin ini sebenarnya adalah latihan ekspresi muka, gerakan bibir mulut (gerakan bibir mulut ini adalah perlu supaya mesej dan suara kita jelas dan lantang) dan hilangkan rasa takut.

3. Rakam. Aku jenis rakam sebelum presentation. Kalau on the spot gagap jugak. Tapi kalau viva, presentation. Berguna woi. Memang la nak tergelak dengar suara sendiri. Tapi ini satu koreksi untuk dengar perkataan kau sebut itu betul atau tidak. Jelas atau tidak.

4. Kedudukan postur badan. Penting! Sebab kalau postur badan yang tidak stabil akan buat nampak kurang yakin. Hurm. Aku biasa akan memainkan gerak tangan kat perut. Eh?. Sebab itu buat kau nampak yakin dan tak nebes. Dalam hati? Tuhan sahaja yang tahu.

5. Tips yang sangat penting. Buat research. Buat research betul-betul. Sebab nanti kalau kena tembak, boleh tembak balik. Hehe. Tak ada lah. Ini untuk buat kau yakin dengan apa yang kau nak cakap. :)

6. Belajar untuk tidak bawa kertas. Tahu tak? Bawa kertas tu akan buat kita percakapan akan limit and agak 'distracted' sebab kita berpandukan point dalam kertas. Tersekat nanti. 

Kbai. 

Moga Tuhan temukan aku dengan orang yang baik-baik sahaja.


Hari ini aku rasa aku terlalu emosi.
Aku jadi emosi bila aku tengok perempuan lain merana di belakang selingkuhan pasangan. 
Demi Tuhan aku,
Aku pernah rasa apa yang perempuan ini rasa,
Bilamana seorang perempuan lain dan orang yang letakkan pengharapan bawa ke aku satu fasa yang baru rupanya ada selingkuh di belakang aku.
Dua tahun berlalu.
Lama. 
Benar, luka itu bisa sembuh. 
Parut belum tentu.

Begitu juga dengan wanita. Terkadang-kadang aku rasa wanita yang sanggup selingkuh di belakang wanita lain. Ini bukannya wanita. Tiada perasaan. Sudahlah perempuan itu memang ditindas lelaki. Ini kaum yang sesama wanita itu pun kau mahu menindas. 

Aku bukan mahu doa yang buruk-buruk.
Jauh sekali.
Aku selalu ingatkan diri.
Buatlah baik-baik sahaja kepada orang lain,
Allah balas kebaikan kita dengan kebaikan yang lain.
Begitu juga dengan perkara sebaliknya.

Jangan pernah merasa bahagia.
Jangan.
Jangan.
Jangan pernah merasa gembira untuk kasih yang kamu bina atas keresahan orang lain.
Dia tinggalkan manusia lain untuk kamu.
Tidak mustahil,
Dia tinggalkan kamu untuk manusia lain.
Berputar-putar.
 Sekejap di atas. Sekejap dibawah.
Tidak selamanya berada di tempat yang sama. 

Tuhan,
Moga kau temukan aku dengan pasangan yang baik-baik sahaja supaya aku tidak merasa.
Cukuplah sekali. 

Wednesday, 24 June 2015

Rahsia aku yang paling besar.


Jeng, jeng. jeng. 
Rahsia aku yang paling besar. Aku banyak teddy bear. Hahahaa.
Aku mmg kasar. Kasar lah. Tapi aku still perempuan. :'D 
kbai.

Ujian berkala.


Ujian berkala dalam hidup manusia itu pasti. 
Bukan ujian bertulis. Tapi ujian iman dan hati. 
Bila-bila masa. Tuhan beri ujian agar hati lebih terdidik. 

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” 
Al- Baqarah : 286

Bila mana manusia itu diberikan ujian. Tanda hati manusia itu sedang beriman. Iman manusia ini senipis kulit bawang. Ada turun dan naik. Apabila ditimpakan ujian, makanya bersabarlah. Kalam Tuhan ada sebut. Ujian ini hanya untuk orang terpilih dan beriman. 

Berikan masa kepada hati untuk refleksi.
Cari ruang untuk koreksi diri.


Ujian ini adalah ruang kita dekat dengan Tuhan. Kadangkala, jarak kita dengan Tuhan terlalu jauh dan jauh. Tuhan bagi ujian sebab dia tahu kita terlalu jauh dengan Tuhan. 




"Setiap dari muslim itu adalah agen Islam" - Patma Pasya.


Lebih kurang macam tu lah skrip yang Patma Pasya cakap dalam filem 99 cahaya di Langit Eropah.
Setiap muslim yang mengucap dua kalimah syahadah adalah agen Islam dan ummah. Kita adalah model kepada Islam. Orang lihat kita, orang akan lihat Islam. Benar, setiap manusia itu ada kurang lebihnya. Tapi, tak salahkan kalau kita berusaha untuk jadi agen dalam perkara.

Hari ini aku nak cakap pasal "Dakwah bil Hal". Ataupun, dakwah dari perlakuan dan tauladan. Benda yang kita buat akan jadi teladan dan penyampaian dakwah kepada orang lain. Sebenarnya, dakwah bil hal ini adalah senang. Tapi, kita sia-siakan peluang yang ada untuk sampaikan dakwah Islam. Ramai orang yang cakap, dakwah itu perlu pergi masjid dan bla,bla, bla. Padahal, setiap masa kita adalah masa berdakwah. Walaupun tidak secara besar pun. Adalah sedikit. 

Aku bagi contoh yang paling senang. Berapa ramai orang Islam yang susun pinggan cantik-cantik dan kemas meja dengan cantik selepas makan di kedai makan, rumah kenduri, restoran makanan segera mcm KFC?. Tak ramai. Padahal, ini juga adalah salah satu bentuk dakwah kepada orang lain. Dalam masa yang sama, kita dapat saham akhirat. 

Begitu juga dengan senyuman. Rasullulah (PBUH) berikan galakan untuk kita senyum dengan mengumpamakan bahawa kita sedang bersedekah. "Senyuman itu satu sedekah". :) Senyumlah walau apa cara sekalipun. Ini cara dakwah yang paling senang. Senyuman itu dari  segi psikologi pun memberikan satu aura yang positifkan. Bukan untuk diri kita sahaja. Tetapi juga untuk orang lain.

Ini untuk aku dan kau. Kita semua yang bernama muslim. Mengucap "La illah ha illah". Mulakan hari kita dengan pegangan aku adalah agen Islam dan Ummah. :) 
Moga Tuhan memberkati setiap langkah perjalanan kita.
Moga ia juga jadi saham untuk menuju dunia abadi.

Kehilangan dan rasa bertuhan.


Kadangkala kita rasa macam hilang sesuatu dalam diri. Tapi kita sendiri tidak tahu benda apa. Cari sampai penat tapi masih tidak jumpa kita hilang apa. Inilah tanda, kita masih bertuhan. Kita masih ada fitrah bertuhan. 

Carilah Tuhan. Nescaya, kita akan jumpa apa yang hilang dan hikmah sebuah erti kehilangan. 
Tundukkan kepala lama-lama cari balik rasa Tuhan. Tuhan itu ada. Dalam hati. Sebab, kita ini manusia lemah. Hati kita pun lemah. Berbolak balik. Sekejap begitu, sekejap begini. Kadangkala, lupa terus Tuhan. 


"Allahumma musorrifal-quluub, sorrif qulubana `ala to`atik.
Allahumma ya Muqollibal-quluub, thabbit qolbi `ala dinik"


Friends comparative religion (FCR). When non-muslim asked you.


Aku dah start jatuh cinta dengan 'interfaith talk atau dialogue' daripada first year. Aku pergi training FCR (friends comparative religions). Masa kat sana, aku rasa aku noob gila. Aku rasa trainer tu mmg hebat gila. Daripada quote bible, veda, semua kitab hadith. Ada seorang muallaf tu, nama dia Faisal. Sampai sekarang, dia masih lagi contact dengan aku. Pangkat uncle lah. Kau tahu? Dia baru masuk Islam tak sampai 10 tahun. Tahu hadis 40. Aku ini, satu hadis pun tak tahu.

Start daripada situ, aku start pumped up untuk study lebih luas dalam bidang ini. Sungguh, aku rasa damai bila aku belajar pasal agama lain. Pergi church, pergi kuil untuk buat dialog aman. Dengar pendapat daripada agama lain. Aku rasa aku dah lebih terbuka dalam benda yang begini. Aku teringat kata bro Mas "Kita selalu suka bila orang lain masuk agama kita, tapi yang berusaha untuk bagitahu pasal agama kita berapa kerat sangat". Sentap. Aku adalah salah seorang daripada orang yang suka tapi tidak buat apa-apa. :'( Pertama kali aku turun street dakwah. Baru aku tahu betapa peritnya untuk sampaikan Islam kepada orang lain. Berpanas, berhujan, berpeluh semua ada. Allahuakbar. Itu belum kira lagi masa tergagap-gagap nak jawab soalan non-muslim yang kau sendiri tidak terfikir ada dalam agama kau. Masa ini, aku rasa bodoh sangat. Nampak sangat aku tak tahu pasal aku punya pegangan sendiri, Ada setengah non-muslim yang kebanyakannya ada foreigners tahu Quran translation banyak dari aku. Serius weh, aku rasa down gila.

Selepas itu, aku dah mula tahu nak handle benda yang macam ini. Terutamanya dalam kalangan rakan-rakan non-muslim yang sekeliling, Berbekalkan keadaan yang noob gila ini, aku pergi ke Korea. Disebabkan aku seorang yang berniqab. Memang jadi alien lah kat korea tu weh. Masa depa tanya, aku tahu jawapan. Aku akan jawab. Kalau tidak tahu, aku ada tips. Tips ini agak berguna juga untuk aku menelaah Islam pegangan aku sendiri. Yang aku sendiri pun tak tahu. Aku akan berkata jujur. "Sorry, I don't have any answer for this. Can you leave your email or we can meet up somewhere for this?". Dalam masa 24 jam,cari jawapan sampai jumpa. :) 

 Kadangkala aku rasa aku ini Islam budaya. :'( 

Tuesday, 23 June 2015

Berkahwin dan persoalan.


Kah!
Kalau tanya aku, buat masa sekarang. Aku tak nak kawen lagi. Entahlah. Aku rasa banyak benda lagi aku tak setel. Aku nak enjoy masa bujang aku. Walaupun kadangkala aku rasa macam best jugak kawen eh?. Sebab kawan-kawan aku dah kawen. 

Macam-macam benda lagi aku nk setel.
Nak baca buku banyak-banyak
Nak lepak depan laptop lama-lama
Nak hadam movie lagi
Paling penting, masak.
Hurm.
Gardening
Jaga kucing
Jaga anjing
Feed homeless
Pergi rumah perlindungan wanita.

Hurmmmm. Banyak lagi.
Aku pun dah tak ingat.

Tapi,
kalau hati terbuka untuk kawen,
Aku kawen la.
Belum sampai jodoh lagi tu,
Kalau ada, ada la. 
Kalau tak dak. Macam ni lah.

Bukanlah forever alone.
Tuhan kan ada.


Rasa.


Kadangkala aku rasa aku dah berjalan jauh tinggalkan apa yang di belakang.
Tapi aku belum lagi berjalan jauh rupanya.
Moga Tuhan berikan kekuatan hati.

Dua tahun berlalu.
Aku harap moga siapa jua yang datang ke hadapan,
Mampu jaga aku sebaiknya.
Sesungguhnya,
Tuhan itu ada bersama aku.

Saturday, 20 June 2015

Sengugut. Menstrual pain


Senggugut atau menstrual pain. Aku tak pernah rasa lagi sebenarnya. Aku pernah tanya dr dan cikgu PJ aku, sebab aku takot tak normal. Tapi rupanya normal.

Aku tak tahu la pantang aku ini berkesan ka tak. Tapi aku dari dulu, amalkan benda ini.

1. Tidak minum air bergas . Aku mmg jarang minum. Kalau teringin sangat kot, aku akan mimum. Setahun tu dalam 5 kali aku minum. Rasanyalah. Kalau pergi kfc atau any kind of makanan segera. Aku akan minta milo (tapi aku dah boikot) dan ice lemon tea. Kebanyakan aku tengok orang sekeliling yang ada senggugut ini mmg tabiat minum air bergas.

2. Kurangkan ais. Hahaha. Aku mmg tak suka minum air ais. Lebihkan minum air kosong. Biasakan minum air kosong yang tidak berais. Hahahaha.

3. Senaman. Aku dulu mak aku hantar pergi kelas aerobik. So, antara senaman yang boleh hilang stress rahim dan perut ialah tinggikan kaki ke dinding, pastikan ia 90 darjah. :)

That's it. 

Tapi aku tak tahu la selepas ini, Sebab mak aku cakap kadang-kala senggugut datang lebih bersalin. T___T  

SPM dan form 6 masuk UM.

Keputusan SPM aku yang bilangan A nya adalah lebih dari sebelah tangan. Got 3 A+ and others A's . Tapi aku rasa benda ini tak bawa apa-apa pun sekarang sebab kehidupan di universiti yang sangat berbeza. Aku dulu selalu ponteng kelas time sekolah walaupun aku KP ( Ketua Asrama dan Biro disiplin Asrama). Tapi bila exam still boleh score. Math dengan sejarah aku mmg jarang gila B. Selalu A dan ke atas. Malangnya, benda ini aku terikut-ikut sampai aku masuk form 6. Form 6, aku ambil aliran sastera dan sejarah. Sastera aku selalu dapat 95 dan ke atas. Sejarah pun sama. Paling tinggi aku pernah dapat 99 peratus. Sebab aku tak letak kesimpulan.
Bila masuk universiti, aku rasa semua ini... Hurm... Prestasi aku mmg aku down. aku rasa tak puas hati. Sebab aku rasa aku dah tak macam dulu. Malas gila. Lepas itu, dulu aku duduk di asrama sampai form 6. Semua jadual aku diaturkan. Sampai universiti, semua kena buat sendiri. Bilik study tak dak. Kena berdikari :'(
Allah.......
Serius, aku rasa malas sangat. 

Rasa nak pitam bila puasa.

Benda yang common bagi aku. Bila puasa ja, time petang akan rasa nak jatuh sakit kepala semua ada. Aku pun tak tahu kenapa.
Tapi aku rasa puasa kali ini paling terasa. Sebelum puasa hari tu, aku hilang selera makan sampai turun 2 kg dalam masa 2 minggu. Tinggai tulang ja aku nie. Aku rasa baju aku longgar. Balik nanti mesti Mak aku tanya kenapa kurus sgt. 
Nak tahu aku kurus ka tak. Senang nak spot. Tulang pipi bawah nampak, tulang tangan nampak. Hurm. Aku tak nak kurus. 

Harapnya esok dah ok sikit. Takut nak pergi klinik sebab nanti kalau darah rendah. Kena ambil vitamin la, checkup la. Kenot kenot kenot. 

Friday, 19 June 2015

Viral : Isteri baru tahu bermadu setelah berlakunya kemalangan.

Pertama kali aku baca viral ini, aku rasa sebak. Tabahnya hati seorang wanita bergelar isteri. Terpaksa menanggung perit mengandung anak sulung, suami meninggal, dapat tahu ada madu.
Ada hikmah dan pengajaran Allah nak bagi kat semua masyarakat kita sebenarnya. Kita perlu mencari apa hikmahnya. 

1. Hargai isteri. Isteri mengasihi suami, pengorbanan isteri, isteri mengandung, masak.

2. Berpoligami. Dibenarkan. Tapi, berlaku adillah kepada isteri-isteri anda. Berlaku adil bukan bahagi sama rata. Tetapi, meletakkan sesuatu pada tempatnya.

3. Moga anak yang sedang dikandungnya adalah anak yang soleh dan solehah. Jadi orang yang tabah bila keluar nanti.

4. Moga si isteri juga tabah. Ada hikmah yang Tuhan nak bagi. Boleh jadi yang kita rasa tidak baik untuk kita, tapi baik bagi Allah. :)

Kalau aku di tempat kakak tu, aku tidak tahu macamana perasaan aku sekarang.

Al-Fatihah.

Upload gambar di media sosial.

Aku mmg jenis tak suka nak upload gambar kat media sosial. gambar=gambar aku lah. Jarang gila. Kalau upload pun, aku akan tutup muka dengan stickers. Hahaha. Entahlah. Aku rasa pelik letak gambar kat media sosial banyak-banyak. 

Ha, gambar aku yang paling banyak sekali, gambar kasut dengan kucing. Kahkahkah. 
Entahlah. Depends jugaklah. Aku pernahlah sekali upload kat media sosial. Jadi DP fb. Walaupun DP tu aku privatekan, still boleh nampak. Makanya, ramailah pak ostad yang hantar mesej private. Syukron ya ukhti. What the chicken????? Macam aku nak sekeh kepala laju-laju. Kebendalah. Lepas tu, aku mmg jaranglah. Bagi nampak muka. Kat twitter selalu jugalah. Tapi cuma dp.

kbai.


Lelaki, be gentleman.

Lelaki, be gentleman. Jumpa ibu dan ayah perempuan terus. Utamakan Allah, ibubapa, sahabat dan dia. Istikharah bersama istisyarah. Dahulukan yang mana satu perlu.

Hormat perempuan sebagaimana kau hormat perempuan yang kau sayang. 

Kuala Lumpur. Bandar Metropolitan. Jalan jam.

Kuala Lumpur. Dah hampir 4 tahun aku di sini. Aku masih tidak faham macamana orang sini melangsungkan hidup. Setiap hari jam sampai berjam-jam. Jalan depan rumah aku ini kadangkala sampai jam 11 malam masih jam. Dapat bayangkan tak? 

Aku dilahir dan dibesarkan di kawasan yang tiada kereta banyak dan motor banyak. Tidak pernah menghadapi situasi tersekat dalam jam sampai berjam-jam. Bila sampai sini, kena belajar untuk sabar. Tapi sebab aku lebih suka naik pengangkutan awam, aku tak rasa sangat la. Walaupun kadangkala boleh hilang sabar walaupun aku tidak memandu dalam KL.

Aku pernah tersekat dalam jam dari UM ke stesen universiti selama 3 jam! 3 jam! kalau tidak jam ambil masa dalam 5-10 minit. Oh, my God. Aku pun terfikir, macamana orang KL ini survive hari-hari. Pagi jam, tengah hari jam, petang jam dan malam pun jam. 

Kota metropolitan. Penuh misteri.

Thursday, 18 June 2015

Nasi beriyani ayam pak India.

Serius nie weh. Aku serius. Aku craving nasi beriyani ayam pak India. Dengan salad Kobis plus timun campur garam lada dia. Minum bersama mango lassi.

Astaga. Jauh woi nabilah. Itaewon. Dulu boleh kata dua hari sekali aku pergi makan sana. Sampai pak India tu kenal kitaorang. 

Arghhhh.
Di mana kan ku cari ganti serupa pak India punya nasi beriyani. Mango lassi. Bulgogi dah letak tepi kalau fikir nasi pak India. 

Feeling...  

Tengok balik speech.


Tetiba aku rasa nak tengok balik video aku bagi speech dalam bahasa Inggeris. Selalu bagi speech dalam BM. Hancoq woi aku punya grammar. Kah!  Berterabur dan bersepah. Lepas ini, jangan nak suruh aku bagi speech bi. 

Aku dah padam video tersebut. 

"Mana satu nikmat Tuhan yang engkau dustakan?".


"Mana satu nikmat Tuhan yang kau dustakan?".

Nikmat Tuhan yang ada tidak akan terhitung.

Astagfirullah.



Astagfirullah. Study tak masuk apa ini. :( 
Moga Tuhan permudahkan untuk esok. 


Structural Function in Marriage.

Teofri fungsi struktural dalam perkahwinan dan keluarga boleh didefinisikan untuk penjelasan aturan atau pola sosial yang ada dan bagaimana ia akan berfungsi dalam sistem sosial. Perlu difahami bahawa dalam sistem sosial yang wujud ada aturannya. Pendekatan ini lebih merangkumi konsep do and don't yang perlu diterapkan dalam sosial keluarga. Setiap unit sosial yang ada mungkin berbeza konsp 'do and don't' ini. Misalnya, perbezaan antara masyarakat Cina dan Melayu. Begitu juga dengan hal yang berlaku dalam aturan sosial antara gender iaitu lelaki dan perempuan. 

Saya lebih suka untuk melihat perkara ini dengan lebih jelas dalam tugasan dan peranan yang perlu dimainkan oleh gender lelaki dan perempuan dalam keluarga masing-masing. Peranan dan tugasan ini sebenarnya adalah satu set yang telah ditetapkan oleh masyarakat. Apabila berlaku 'overlapping' atau ketidakseimbangan dalam peranan ini, ia akan menyebabkan aturan sosial tidak berlaku dengan sepatutnya. 

Antara tokoh yang memperbahaskan stuructural function ini ialah Talcott Parson. Dalam perbahasan beliau, beliau telah mengemukakan konsep A.G.I.L yang diperlukan dalam sistem sosial yang ada dalam masyarakat. Konsep ini telah muncul apabila berlakunya perubahan dalam struktur keluarga setelah berlaku Revolusi Industri.

A.G.I.L adalah konsep yang terdiri daripada akronim beberapa sub- konsep dibawahnya. 

A - Adaptation.
Adaptation atau adaptasi ini adalah menerangkan kemampuan masyarakat untuk berinteraksi dalam lingkungan suasana yang sedia ada. Masyarakat akan mengumpul sumber-sumber kehidupan dan menghasilkan komoditi untuk pengagihan semula sisstem sosial yang ada. 
Misalya, bekerja untuk memenuhi keperluan hidup. 

G - Goal attainment 
Melibatkan kecekapan atur dan tujuan masa depan melalui keputusan yang sesuai terutamanya dalam penyelesaian masalah ekonomi dan politik. Setiap unit yang ada perlu mengetahui tujuan asal sesuatu yang memerlukan strategi. Strategi yang perlu ada meliputi manfaat dan makna dalam setiap perlakuan.

I- Intergration 
Intergrasi akan terbentuk yang membawa kepada keharmonian sistem sosial melalui persetujuan bersama. Hal ini dapat dilihat melalui perkongsian norma, budaya, agama dan sebagainya. 
Ahli keluarga sangat memainkan peranan penting dalam hal ini. 

L- Latency
Latentcy adalah satu proses untuk memelihara pola, nilai-nilai, budaya masyarakat aturan dan sebagainya. 
Misalnya, bagaimana mahu mengekalkan keharmonian dalam perkahwinan campuran. (Exo)

A.G.I.L adalah empat perkara yang wajib dimiliki untuk mengekalkan survival sistem sosial.

Kisah aku, kak fynn, Bung Tri dan abang cendawan.

Kalau orang yang follow aku dari dulu. Aku mmg agak obvious menjadikan kak fynn dan keluarga sebagai inspirasi. Inspirasi diri dan inspirasi keluarga aku kelak. InsyaAllah.

Macamana aku kenal kak fynn? Sebab channel aku punya youtube menemukan. :)
Start follow kak fynn dari tahun 2009. Masa itu kak fynn mmg sangat femes kat youtube. Dengar puisi beliau bersama lagu. Lepas tu, kak fynn kawen, dan adopt juna.

Aku mula dengan kak fynn. Kak fynn mempunyai cita rasa yang sama macam aku. Bermula dari lagu puisi sampailah ke kasut. Begitu juga pengalaman hijrah. Dulu aku pun pakai ala-ala kak fynn yang agak. Hurm.. Malas nk cerita. Kak fynn adalah orang yang bertuah sebab Tuhan bagi bakat sampai orang tersentuh hati. Aku kalau dengar lagu kak fynn, tak menangis, Memang bukan aku. Sebab aku ni budak chenggeng. 

Masa kak fynn mula-mula adopt Juna. Aku ingat lagi, kak fynn buat pengumuman di FB untuk kutip sedikit wang pinjaman buat tampung pembedahan Juna. Video Juna kat Youtube aku still play sampai sekarang. Juna dulu penuh wayar kat badan. Kuasa Tuhan. beliau jadi sihat sampai dah jadi abang cendawan. I'm gonna cry..... :'(

Kak fynn juga adalah insan yang buka mata aku dengan masyarakat sekeliling. Terutamanya kes pembuangan anak dan adopt anak yang tidak diterima. Allahu :'( Aku salute kak fynn. Tolong golongan-golongan nyawa yang tidak berdosa ini.

Bung Tri adalah orang yang lelaki yang aku sebagai perempuan respect. Boleh terima kak fynn apa adanya. Aku dulu pernah terfikir macam kak fynn jugak. Macamana kalau ada lelaki yang tak boleh terima kekurangan aku?. Aku dengan kak fynn lebih kurang sama jugak la perangai. Agak hyper tapi senang jatuh ayaq mata doh. Choi. Bila aku tengok bung Tri terima kak fynn, aku rasa.. Allah itu Maha Adil. 

Aku respect dua makhluk Allah ini sebab mampu jaga Juna daripada awal sampailah sekarang. Orang yang kuat sahaja mampu. 

Moga Tuhan terus limpahkan mawaddah, wa rahmah atas keluarga ini. Barakatillah. 
Moga Tuhan juga dengar doa hamba-hambaNya.

Book review. The Invisible Arab : The Promise and Peril of The Arab Revolutions.

Aku baru tersedar. Dah lama aku tak buat book review ni. Hahaha. Makan bertahun bhai.
Ok, hari ini aku nak buat book review yang bertajuk seperti di atas. Buku ini telah ditulis oleh Marwan Bishara. Buku ini menarik minat aku sebab dia punya tulisan. AKu jenis manusia pelik. Tengok tulisan buku dahulu sebagai first impression. Kah! Senang baca. Bahasa dia agak senang la. 
Ada orang minta pandangan tentang buku politik mcm IR (International Relations), any kind of cabang sains politik, Aku lagi suka prefer bahasa Inggeris. Aku ada juga buku politik bahasa Melayu. Tapi mmg rare sangat la. Aku pilih bahasa inggeris atas faktor "Terms". Ada terms yang kita takkan faham kalau diubahsuai dan diterjemah dalam bahasa Melayu. Bagi aku, bacalah kedua-dua bahasa supaya nanti nak buat analisis agak banyak idea. Hurm. Lagi satu, sebab kebanyakan buku bahasa Inggeris dalam sains politik ini agak mendalam kajiannya walaupun ada sedikit bias.
Ok, back to the our objective, buku ini memberikan satu pandangan terhadap apa yang berlaku dalam dunia Arab sebelum, semasa dan selepas berlakunya Arab Spring. Seingat aku, dalam buku ini ada cerita Tunisia, Mesir, Libya, Syria, Palestine. Tapi yang aku perasan buku ini agak menfokuskan mengenai kebangkitan golongan 'belia' di negara Arab. Kebangkitan yang berlaku disebabkan oleh semangat 'youth' dan revolusi yang tercetus oleh 'Facebook Revolution' dan 'Twitter'. 
Ada perkara yang aku tidak setuju dalam buku ini tapi ini tafsiran aku la. Kebangkitan 'youth' ini tiada kena mengena dengan Ikhwanul Muslimin (Muslim Brotherhood). Bagi aku, aku setuju dengan pandangan prof redzuan, IM adalah pencetus kepada kebangkitan yang berlaku di negara Arab ini sejak bermula daripada tahun 1928 sehinggalah pengharaman dan penindasan IM pada tahun 1952 oleh Gamal Naseer berlanjutan sehingga Hosni Mobarak disambung lagi dengan Al-Sisi. Dalam buku ini, aku terbaca pandangan beliau bahawa IM tidak terlibat dalam keadaan yang berlaku ini. Mungkin dia ada justifikasi yang tersendiri. 
Apa-apa pun, buku ini agak ringkas, Tapi padat. Aku beli kat MpH rm 62.90. Huhuhu
Aku beli buku politik setahun sekali ja tau. Sebab harga lah. Hahahaha. Next target: History of American politics. Harga dia RM 200++ Astaga. Tunggu aku kawen dengan orang kaya kot. 

Wednesday, 17 June 2015

Calon dan "filter theory"

Hidup ini adalah pilihan. Dalam teori pemilihan pasangan "Filter Theory" mempunyai beberapa sub teori yang diperlukan dalam penapisan calon. Pertamanya, Propiquinty. Keduanya, Attraction. Akhir sekali, homogamy. 
*teori ini jika dilukis adalah berbentuk silikon. Mengembang dari atas dan mengecil dan akhirnya menemui calon dan berkahwin.

Ketiga-tiga perkara ini telah ditekankan dalam teori bagi membuktikan bahawa pemilihan seseorang calon sebagai pasangan hidup adalah berbentuk penapisan. Benar. Kita mulakan dengan propiquinty. Propinquity filter adalah satu tahap penapisan calon yang paling besar iaitu keadaan geografi semasa antara pemilih dan calon yang mahu dipilih. Geografi ini termasuklah tinggal bersama dalam kejiranan, universiti yang sama, kawasan perumahan yang sama dan sebagainya. Pencarian akan bermula apabila adanya interaksi langsung atau tidak langsung dengan pemilih dan calon-calon yang ada dalam penapisan peringkat ini. 

Seterusnya, apabila sudah mempunyai beberapa orang calon, proses penapisan yang kedua perlu dilalui ialah attraction filter. Attraction filter ini adalah memberikan satu bentuk ideal dalam menentukan kriteria calon. Hal ini termasuk juga dengan keadaan fizikal dan personaliti yang diperlukan oleh pemilih terhadap calon. Misalnya, aku akan memilih lelaki yang lebih tinggi sebab aku itu adalah ideal bagi aku yang pendek, 

Ok, masuk tahap yang terakhir iaitu homogamy. Homogamy ini adalah perkara-perkara yang terkandung dalam kriteria akhir pemilihan calon. Sebab calon yang ditapis ada banyak kan?. Antara ciri yang ada dalam penapisan homogamy ini adalah seperti umur ( kematangan dalam usia), pendidikan, agama/ bangsa/ ras yang sama/ kedudukan status ekonomi dan sebagainya. 

Belajar dalam antropologi perkahwinan ini buat aku terfikir. Betapa Islam itu indah. DIa sudah meletakkan satu panduan kepada umatnya dalam menapis dan mencari calon. Benar, kata pujangga. Islam ini adalah satu agama yang praktis. Daripada kecil sampai ke dalam kubur, ada ilmu. 

Dalam Islam sendiri. Rasullulah dah tetapkan kalau perempuan memilih suami, pilihlah orang yang beragama dan berakhlak.
Begitu juga lelaki dalam memilih isteri, Rasulllah dah tetapkan kriteria.
Ingat, memilih pasangan hidup ini adalah pilihan "Either you choose jannah or jahannam".


Hasil melepak dengan budak haluan kiri.

Malam ini aku agak mengantuk. Tapi aku nak cerita juga. Ini pandangan aku sahaja. Tidak boleh terima tiada masalah. Bukan masalah aku pun. Aku cuma nak cerita sepanjang aku melepak, borak-borak dengan budak 'haluan kiri'; sosialis, anarkis dan sebagainya. Tiada pula dia nak suruh aku keluar daripada agama Islam. Tak pernah lagi la. Aku pun pelik, macamana orang boleh cakap macam tu kat aku. Aku tanya balik "Kau dah pernah lepak ka dengan depa nie". "Tak pernah, tapi aku dengar orang cerita".

Bagi aku la. Itulah masalah orang Melayu Islam ini sebenarnya. Suka sangat dengar cerita. Lepas itu sebar, sebar ke merata-rata. Yang aku nak tergelak lagi, ada juga geng 'agamawan' kira stok nak berdakwah tapi mengkafirkan puak ni. Puak ini solat tak tinggal bhai. Aku tahu la. Aku lepas dengan depa selalu. Sampai ke malam. Aku rasa ada something dengan budak-budak ini yang paling aku suka. Mereka GIGIH MEMBACA. Membaca itu bagi depa satu 'opium'. Macam lalok kalau baca. Depa mana main baca buku 'Suami, isteriku ini'. Falsafah. Aku ulang falsafah. Kalau depa bincang pasai falsafah, aku budak universiti pertama dan terkenal di Malaysia boleh ternganga. 

Walaupun, aku tak dak la setuju sangat dengan ideologi-ideologi sesetengahnya. Sebab, aku ada justifikasi sendiri. Tapi aku rasa benda itu normal lah. Ada konsep give and take. Kalau dia cerita kau dengar, kalau kau cerita dia dengar. Terima tak terima belakang cerita. Keterbukaan inilah yang sebenarnya bagi bercambahnya satu bentuk pemikiran yang lebih jitu. 

Start kenal depa inilah, aku rasa hidup aku kembali ceria. Sebab bila aku berkumpul dengan orang lain, banyak yang tak berminat nak bercerita dengan aku. 

kbai. 


Aku baru cek duit blog aku. InsyaAllah, nanti dapatlah duit raya. Kau fikir rm50 ringgit senang ka nk dapat?

Esok puasa!


Alhamdullilah, esok umat Islam dah mula berpuasa. Hari pertama puasa, hari pertama exam. Ada hikmah Tuhan temukan exam dan puasa. 

Tahun ini adalah tahun yang keberapa tak tahu aku menyambut puasa sebagai perantauan. Daripada sekolah sampai la sekarang. Dulu masa sekolah, mak dengan ayah selalu hantar makanan yang kering macam ikan bilis goreng untuk bersahur. Coklat untuk bersahur dan berbuka. Hahahaha. 
Tapi sejak tinggal jauh nie, sahur pun aku rasa tak semangat. Bukan tak semangat nak makan. Entahlah. Tak tahu rasa macamana. Mungkin sebab jauh daripada family kot. Walaupun aku stay hostel daripada form 1 sampai upper 6, aku still dapat rasa masakan rumah. Kalau di sini......Hahahaha. 

Hidup di perantauan ini sebenarnya ajar berdikari, kalau kau malas, maknanya kau akan lapar. Simple. Kau dapat bygkan tak? bangun jam 3.30 pagi, Masak nasi pakai dapur. Rebus telur masin atau goreng ikan masin ( aku mmg jenis macam gini. Aku tolak kalau bukan dua makanan ini kalau bersahur. Tekak rasa lain weh). Mak aku punya ayat "Baru hang tau, esok hang kawen hang malas ka hang rajin ka, semua hang kena buat". K fine. Ayat mak aku mmg 'killed'. 

Berbuka pula, mmg ikut dan sahaja. Dulu masa aku aktif dan terlibat dengan program pmium. Kami akan atur masjid untuk berbuka. Hahahaha. Murah rezeki bulan puasa. Dah la free, makan masa berbuka dia bagi, moreh pun dia bagi. Dulu selalu buat tour dengan budak PMIUM lepas habis program naik motor. Yang aku ingat pergi ke masjid shah alam, masjid negara, masjid jamek, masjid bulat *paling kerap* Sebab dekat dengan rumah sewa kitaorang masjid bulat tu. Mmg hari-hari la. 

Masa kat perantauan inilah nak belajat untuk mengatur makanan tidak perlu tahu tak?? Tengok semua benda teringin. Bila fikir dua tiga hari lagi punya belanja. Twist ke beli nasi ja la. Bukan nak makan sangat pun.

Aku raya mmg kat sini. Cuma tahun nie, gua balik raya. Sebelum ini, teriak kot telefon sahaja. Mak gua hantar adik gua teman raya. Kah! Mak masukkan duit. Apa lagi? Beraya sakan la.

Moga ramadan tahun ini lebih baik dari sebelumnya. Berazam sangat nak solat tarawih sampai akhir. Sebab selalunya puasa aku yang akhir, aku akan buat part time kat kedai / warung bazar. Lepas kemas warung, dah jam 9 T__T

kbai. 

Bas.

Masih menunggu bas yang masih tidak kunjung tiba. 

Dalam hati berharap ada superman,  batman dan sailormoon datang selamatkan aku. 

Malangnya, ia hanya angan-angan yang sampai sudah jadi angan-angan.

Moga Ramadan esok jadi bermakna. 
Dan lusanya adalah hari peperiksaan. 
Moga Tuhan izinkan doa makbul. 

Tuesday, 16 June 2015

Serik nak bercinta? Atau serik dengan lelaki

Apa punya soalan ni. Hahahaha. Dua-dua ya. Kot. Maybe. Entahlah. Aku pun tak tahu macamana nak cakap. Sebab aku rasa pengalaman aku gelap sangat. LOL. Tapi tak dak la sampai anti lelaki terus. Ingat aku homo ka apa. Nauzubillah hi min zalik. 

Aku tak tahu la, sekarang ini aku rasa aku ada agak 'skeptikal' dekat lelaki. Sikitlah. Tak banyak. Actually, aku lagi ramai kawan lelaki berbanding perempuan. Hurm. Mungkin sebab depa tak emosional kot. Hahahaha. Aku pulak jenis cakap 'garang'. Tapi still ada bff dari sekolah rendah dan menengah. Walaupun semua dah kawen. 

Ok, back to the topic. Yes, aku rasa dua-dua. Mungkin org yang pernah lalui macam aku akan rasa kot. First thing, hati aku tak shattered sebab mangkok hayon tu tinggalkan aku bersama perempuan lain yang baru kenai tak sampai... Entah lah. Aku rasa bengkak hati sebab bila libatkan family. Dapat bayangkan tak? Betapa susahnya perbincangan pakai facebook untuk majlis? Sebab masa itu aku di korea. Alih-alih seminggu selepas itu, boleh pulak hantar mesej "Maaf, kita terpaksa batalkan majlis sebab dah ada kenal orang lain. Terpulang nak terima macamana". Peliknya, aku tak nangis langsung. Aku rasa tenang. Mungkin sebab aku jauh. Kalau aku dekat, aku rasa boleh bertumbuk bagi dia sedar sikit. Dia bukan dah hancurkan hati aku. Dia dah hancurkan hati kedua family. Huh! Aku bagi kata dua "Pilih aku, teruskan majlis. Pilih dia, tinggalkan aku, Hang tiada pilihan". 

Start pada itu, ada beberapa pinangan aku tolak. Bukan tolak tuah. Tapi aku rasa.... Entahlah.Lagipun, alasan aku pakai kat mak ayah aku, nak sambung study. Nak sambung belajar. Malas fikir. Hahaha. Walhal, aku rasa aku serik pun ada juga. LOL. Tahu tak? Punya lama aku nak move on. Pointer aku lepas balik dari korea hari tu. Astaga. Jatuh sampai ke tahap. Seumur hidup aku, exam aku kat sekolah ke universiti tak pernah rendah sampai tahap macam tu. Hahaha.

Pasai ter'crush' tu, sesiapa pun tak tahu 'crush' tu. Ramai org tanya. Rahsia la woi. Dah nama pun crush. Hanya aku ja yang tau. Kah! Tapi aku jenis rileks. Aku malas nk fikir sebenarnya. Ada dua ja pendirian aku kat 'crush' ni, kalau ada jodoh aku kawen dengan dia, kalau tiada jodoh, dia kawen dengan orang lain, aku kawen dengan orang lain. Hahahaha. Tapi akhlak dia bagus sangat. Sopan doh. Aku rasa aku hyper lagi dari dia T___T. ex tahfiz biasalah. Aku nie setakat juzuk 30 ja woi. Tu pun kalau tasmik, tajwid kena tegur lagi.  Dia juga matang dari aku, aku lagi macam budak-budak T__T Tak pa lah. 


So, konklusinya, move on. Tapi mak ayah aku ada tanya. "Sampai bila nak bujang?". Tak kurang juga yang menasihati. Jangan tolak pinangan orang, nanti jadi tak laku. Ini jawapan aku, "Pertamanya, aku tolak dengan kehendak syarak. Dalam Islam, Islam membenarkan penolakan pinangan. Perempuan berhak untuk menolak pinangan". "Keduanya, nak pilih pasangan hidup bukannnya untuk kita rasa kita manusia yang sudah menang sebab kita sudah berkahwin dan ramai lagi yang bujang. Konon tak laku. C'mon, zaman millenium dah kot". "Ketiganya, macam aku ckp sebelum ini, the way of approach jadi prinsip aku. Jangan fikir yang berkopiah dan berserban sentiasa sambil pegang tasbih tu, tak berani nak mesej aku. Kalau dia berani mesej aku, cakap dia suka. Apatah lagi kat inbox yang orang tak nampak". "Keempatnya, aku yakin. Satu hari nanti Tuhan bagi yang terbaik untuk aku walaupun tidak sempurna".

Alhamdullilah, aku bahagia dan tenang sekarang. Ada hikmah la tu. Tapi tak jumpa lagi. InsyaAllah, nanti Allah buka mata nak bg jumpa hikmah ada la. :) Huhu. 




'U shape curve' marital of happiness.

benda ini akan dilalui oleh setiap pasangan yang berkahwin.  

Hurm. 

Ikhwanul Muslimin.


Nanti aku akan share kat sini. 
InsyaAllah. Selepas exam. 
Doakan aku!

Anthropologi?

Asal aku cakap aku budak antropologi semua org tanya. Hah? Apa antro? Aku pun tak tahu nak explain macamana. Yang aku boleh bgtau, dia belajar dengan masyarakat dan budaya. Tentang diri kita pun kita akan tahu melalui antropologi. Serius. Nanti aku cerita.
 Tapi belajar antropologi akan buat kau ternganga dalam kelas. 
When dr presenting data about any kind of culture. Many of students will be like this "Oh". "Eh", "Ei". Faham tak ekspresi muka?. Serius. Ada banyak lagi benda yang kita tak tahu. Boleh jadi tahu. Hahahhaha. Sampai dr pernah tegur dalam kelas "Tak pernah dengar?", "Itu baru sedikit. Do your own research"
Semester ini aku ambil antropologi perkahwinan. Oh ya, kat UM, Antropologi adalah antropologi budaya. Lawak betul dalam kelas tu. Sebab dr bagi tugasan untuk cari 4 keturunan dan ke atas. Mula aku fikir. Astaga. Macamana nak cari. Gua macam putus asa. Ke hulu, ke hilir cari responden. Akhirnya, Tuhan permudahkan. 
Guess what? Aku dapat 7 keturunan atas aku. Pheww. Dan aku baru perasan, banyak perkara yang aku dok study selama ini ada dalam family aku. Aku tahu sebelah mak aku adalah berdarah siam. Tapi jawapan dia rupanya,.... Berdarah siam yang muallaf. Seorang pengembara. Lepas berkahwin, hilang dan dikhabarkan mengembara lagi. Macam tu juga cerita sebelah ayah aku. tingkat keenam tu, adalah berketurunan arab yang berkahwin dengan mamak. ??? Nama dia Yusof. Dengar cerita dari Mekah. Hahahaha. Aku pun baru tahu. Hahahahaha.
Tapi benda penting bila belajar antropologi ini buat akan buat kau juga terkedu. Terkedu dengan masalah yang berlaku dalam masyarakat. Antropologi sebenarnya ajar aku jadi orang yang lebih peka kepada masyarakat sekeliling. Start cari diri sendiri, bantu orang lain. :'( Ada lagi manusia yang tertindas di bawah kita. 
Jumaat ini aku exam Perkahwinan! 
Doakan aku doh.
Aku pening lagi nk jawab macamana.
Oh, btw. I wanna say hi! to all my future junior. 
Salam sayang,
Senior antropologi dan sosiologi. Teheeee.

Monday, 15 June 2015

Tarbiyah.

aku bersyukur sebab aku adalah antara org yang ditarbiyah oleh pmium. 
Agm yang lepas, maknanya sudah tiga tahun aku bersama pmium.
Tuhan sahaja yang tahu. 
Ditarbiyah sebenarnya buat aku rasa kuat dan lebih 'garang' dalam memberikan definisi. 

Serius. Aku rasa pmium dah ajar aku jadi manusia yang lebih qowiy.
Balik jam 3 pg, esoknya kelas awal pagi.
Meredah kegelapan pagi. 

Membesar dalam alam kampus mcm kelahiran semula. Walaupun, aku rasa aku selalu berperang dingin. 
Percaya, itu masih rahmat dalam
kekhilafan.
Aku harap pmium mampu maju ke hadapan untuk menjadi arkitek ummah dan Islam. 

Suburkan kasih sayang Islam dalam kampus dan negara. 

Sekian,
Sang ribbiyyun.





Takdir Tuhan dalam sebuah kebetulan.

kadangkala kita rasa apa yang kita pernah jumpa itu adalah satu kebetulan. 

Tapi, Allah Maha Tahu. 
Kebetulan itu adalah salah satu cara pengaturan perjalanan seorang manusia. 

Sungguh, 
Kadangkala kita sendiri pun tidak bersangka.

Moga semua kamu  baik-baik sahaja. 
Berada dalam perlindungan rahmat Tuhan. 

Aku paling suka ayat ini,
Motivasi untuk aku juga. 
Moga ia juga Motivasi untuk orang lain.

"jadilah yang baik-baik, sebab yang baik-baik adalah untuk yang baik-baik. Belajarlah jadi yang baik-baik sahaja".

Jaga diri. Peace! 

Nota kuliah.

Aku punya lah bertenang tadi. Sebab aku rasa aku dah baca habis. Tapi, aku pelik sebab aku punya mcm sikit. Hampa tau dak pasaipa? Pasai aku lupa. Aku ada lagi satu buku nota. Heh. 

Takotnya. 

Fa sabrun jameel.

Moga diri mampu untuk hayati dan tadabbur dengan ayat 'fa sabrun jameel'. 

Allah. 

Masyarakat dalam arus hantaran 10 k minimal?


Aku saja nak upkan topik ini. Agak malas sebenarnya mahu menulis dalam konteks 'jauh berilmiah' seperti mana penulisan tugasan. Hahaha. Santai. Asalkan orang faham. Nanti kalau ada masa lapang, aku akan tukarkan kepada bahasa penulisan tugasan. Hahahaha.

Kalau ditanya pada diri aku, aku adalah antara golongan yang menentang arus 10 k hantaran ini. Aku menentang sama sekali. 10 k secara minimal dalam masyarakat sekarang buat aku terfikir, apa sudah jadi dengan struktur masyarakat dan sistem keluarga yang ada. Aku tak nak bicarakan perkara ini dalam konteks ilmiah 'hukum-hakam' agama sebab semua orang sudah tahu. Tapi, biasalah masyarakat kurang terkesan dengan pendekatan sebegini. Sebagai bakal ahli sosiologi dan antropologi yang masih tidak diiktiraf, aku memandang perkara ini adalah sebagai satu struktur yang bakal menyusahkan kehidupan masyarakat dan sistem keluarga. Aku lebih percaya kepada teori yang mengatakan bahawa sesebuah negara yang baik berasal daripada pembinaan keluarga yang baik.

Aku justifikasikan mengapa aku tidak bersetuju dengan masyarakat yang semakin gila akan harga penetapan hantaran perkahwinan yang lebih tinggi. Dan menjadi semakin tinggi, semakin tinggi dan semakin tinggi. Persoalan yang orang timbulkan kepada aku, "Kalau mampu, apa salahnya nak letak harga yang tinggi". Terpulang. Tapi bagi aku, survival dalam pembinaan struktur keluarga dalam memahami peranan keluarga lebih penting berbanding harga kenduri yang akan berlangsung sehari atau dua hari ini.

Malah, tidak salah jika aku mengatakan bahawa fenomena sosial yang ada bakal memberikan impak yang negatif dalam masyarakat sama seperti kebebasan yang diperjuangkan oleh golongan LGBT di dalam dan luar negara.

Kat bawah ini, aku akan nyatakan pendirian kepada aku berkata begini.

1. Kes cohibitation atau bersekedudukan. Aku masih ingat semasa aku berada dalam kelas sosiologi semasa di Korea. Aku dengan penuh yakin mengatakan kepada songsengnim bahawa Malaysia tiada 'cohibitation'. Tidak lama selepas itu, adanya headline dalam sebuah akhbar, tahap kesedudukan antara pasangan terutamanya dalam kalangan pelajar sudah ada malah, semakin meningkat. 
Kita sedang berbicara mengenai kes yang berlaku di Malaysia! Tidak di US, tidak di Netherland. Tidak! Malaysia. Negara kita yang tercinta. 

Cohibitation mungkin berlaku atas faktor perkongsian ekonomi dan memberikan penjimatan ekonomi antara pasangan. Walaupun tiadanya data atau statistik yang jelas mengenai perkara ini, aku rasa semua masyarakat sudah sedia maklum berlakunya perkara ini dalam masyarakat. Lalu, kita bertindak diamkan sahaja. Paling kuat, melontarkan komentar di laman sosial masing-masing. Amatlah sedikit yang mahu memikirkan mengapa perkara ini berlaku. Jawapan yang paling klise yang bakal diberi ialah ibubapa tidak memainkan peranan yang penting. Aku tak nafikan. Betul. Lalu, aku mahu bertanya lagi, apakah masyarakat sekeliling itu tidak memainkan peranan seperti yang sepatutnya. 

Aku mahu mengenengahkan jenis cohibitation yang ada dalam perbincangan atau diskusi ini. Pertamanya, temporary alternative to marriage. Tahu tak? Apa maksudnya jenis kesedudukan ini. Kesedudukan yang dilakukan oleh pasangan yang terpaksa menangguhkan perkahwinan atas faktor-faktor tertentu seperti ekonomi. Duit yang ada tidak mencukupi untuk membiayai kos perkahwinan, INi bukan aku kata. Ini kajian yang dilakukan oleh negara barat terhadap kelompok bersekedudukan ini. Korang rasa, mustahil tak? Dengan pe'el yang berlumba-lumba nak letak harga hantaran yang paling tinggi ini, mustahil tak berlakunya bersekedudukan ini? Fikir. 


Ingat, tidak semua orang mampu tahan nafsu. Bila tidak mampu tahan nafsu, keluarlah anak-anak yang tidak berdosa kena buang macam sampah. Ada yang kepala hilang macam dalam berita semalam. Kemanusiaan dan sistem keluarga semakin terhakis. Dr selalu cakap dalam kelas, walaupun orang yang buang anak ini terlepas daripada pandangan umum dan manusia, tapi dosa membunuh takkan hilang dalam ingatan sampai dia mati. 

2. Tekanan ekonomi dalam survival kehidupan sebelum dan selepas berumahtangga. Ramai orang yang menumpukan perhatian kepada nak buat kenduri besar, nak buat meriah. Tapi, tidak fikir apa yang berlaku ke hadapan. Aku juga percaya, pecah belah dalam pengurusan ekonomi atau amanah dalam kerja ini adalah bertitik tolak dalam perkara ini. Bila duit tidak cukup untuk berkahwin, ada 'jalan mudah' untuk jadi kaya sementara. Rasuah, penyelewengan, dan pecah amanah dalam pengaliran wang, Tidak mustahil. AKu cakap, tidak mustahil. Dengan keadaan ekonomi yang semakin meruncing, tekanan ekonomi yang semakin dasyat.

Bila nak buat kenduri besar, hantaran yang besar, terpaksa pinjam bank, pinjam saudara. Lepas berkahwin nak survive sebagai partnership. Nak fikir pasal hutang. Nak fikir pasal kehidupan rumahtangga yang baru nak dibina.


Hurm. Banyak lagi aku nak cerita. Tapi nanti aku panjangkan lagi. 
Aku rasa cara yang paling berkesan sekarang. Peranan golongan atasan. Sama ada pihak daripada majlis fatwa atau golongan pemimpin negara untuk melihat perkara ini dengan lebih serius. Malangnya, apa yang aku lihat, pemimpin yang lebih dalam perkara ini. Bersederhanalah. :)

Soalan rare: Macbeth dan converse or dr martens?

Kalau orang yang tahu aku, pasti dia dah tahu jawapannya. Hahaha.  Aku pun tak tau apa motif soalan ini. 

Antara tiga jenis ini, aku nak tiga-tiganya. Tapi kalau ikot ranking aku akan letak sneakers converse aku first sb jiwa aku dah mmg jatuh cinta dengan converse. Dari zaman sekolah sampai la skrg. Kasut jenama ini yang berbakti. Yang paling sentimental, semua orang tahu. Converse merah aku. Teheee. Aku still pakai sampai sekarang walaupun dah lunyai sangat. Yang mustard aku tu aku pakai la juga. Ikot lah. Kalau mood aku rajin. Tapi selalunya aku pun pilih merah tu la. 

Ranking kedua, dr martens punya boots. Kecik besar, kecik besar ja aku tengok kasut dia bhai. Kalau ada org yang teringin nak kasi hadiah kat aku, hadiahkan kaler merah hati atau merah cherry. Choi. Mengada. Hahahaa. Serius lah.

Ketiga Macbeth.  Sebab aku tak pernah ada lagi kasut nie. So, mungkin aku akan jadi selesa dan tidak selesa. Cantik juga design kasut nie. Tambah kaler merah. Line hitam. K malas cakap. Harga dia pun agak cantik sebenarnya. Peace!! 


Sunday, 14 June 2015

Scotland??

Actually, aku tgh research pasal Scotland. Tapi mcm susah pulak nak sambung master kat sana berbanding korea. Aku lebih suka Scotland sebab kena dengan jiwa aku. Scotland mcm nampak hijau. Hiking. Seems interesting. Mungkin sebab aku dah pernah belajar sekejap kat korea. Aku rasa nak cuba kat tempat lain.

Lagi satu, kalau duduk Scotland. Aku boleh travel ke negara-negara jiran lain. Hahaaha. Ini misi aku sebenarnya. Lol. Aku boleh pergi London, edgware road. The beatles dan muzik Pop yang lain punya tempat. Hahahahaha. Boleh la...

Hurm. Tapi itulah. Pointer ke laut, bahasa inggeris ke laut. Semua ke laut sebab aku kat pulau. 

Kerja gila.

Semalam aku tidur bilik kawan aku, Mastura. 
Study sampai jam 3 pagi. 
Jam 5 bangun, jam 6 subuh. 
Terus datang bukit botak. 
Aku seorang manusia yang rajin kan? 

Allahumma balighna ramadhan.

Moga Tuhan sampaikan diri kita ke arah ramadhan yang lebih baik baik daripada sebelum ini.

Jadikan ramadhan sebagai perisai diri untuk menjadi mukmin yang berjaya dunia dan akhirat. 

Selagi mana diri kita masih bertuhan, pasti akan ada jalan. Berserulah, ke jalan Tuhan. 


Speechless. Nikmat.

Akhirnya, aku jumpa juga. Hhaahaha.
Apa???? 
Ni..

Cara aku tangani stress dan kemarahan yang paling 'rare'

Entri ni aku nak cerita cara aku 'resist' dengan stress dan kemarahan melampau. Hahahaha.
Selain tidur, ini antara kegiatan yang aku lakukan. Cuci toilet!
Nampak macam lawak. Tapi kau tahu tak? Cuci toilet itu sangat menguji tahap kesabaran yang tinggi. 
Tak caya? Try la buat. 

Aku nak bagi tips untuk cleaning bathroom.
Kalau korang nak bersihkan dinding toilet. *aku  jenis gila tengok dinding yang macam errrr... Tapi aku selalu ingatkan diri aku "Kalau aku yang tak buat, siapa yang nak buat? Hantu?".
Rajinkan diri buat benda ini, sebab nanti kalau kahwin. Nak harap suami?? Setakat yang aku tengok sekarang nie. Mmg mustahil. Ulang suara : mustahil. Belajar. 

Aku ada satu formula yang aku baru dapat beberapa tahun yang lalu. 

1. Sediakan clorox, sabun serbuk dan botol spray.

2. Campurkan clorox, sabun serbuk dan air. Masukkan dalam botol spray dan goncangkan!

3. Sembur ke dinding. Sekali aku pakai, satu botol kecik clorox tanpa aku berus. Hahahaha. Geli punya pasal.
 
4. Biarkan seketika.
 
5. Percikkan air ke arah dinding. 
 
6. Siap! 
 
 
kbai.

Saturday, 13 June 2015

36 articles of West Asia Politics.


Yes, i need to read it all. 

36 artikel. Huewwwww.

Kemas bilik???? Oh my God.


Kemas bilik? Aku tak la selalu sangat kemas bilik. Tapi aku ada satu pe'el, kena pastikan barang yang aku suka tengok tersusun. Macam meja buku, tempat study, nota. Yang lain tu, kira macam priority rendah sikit la. 

Aku ada tips untuk korang nak kemas bilik. Aku faham perasaan bila korang malas, tapi korang nak bilik bersih dan cantik. 

1. Search video diy atau any kind of infomation how to make your room tidy and cute! Kalau aku, aku mmg hari-hari depan lappy search video you tube. Banyak gila. Lepas tu, fikir idea macamana nak buat bilik korang tu cantik dan bersih. Sebab, kalau dah ada idea, benda ini akan motivate diri untuk rajin mengemas. Hahaha.

2. Bila dah dapat gambaran, start to make sure asingkan dulu mana satu yang menyemakkan. Contoh, baju yang bersepah, kasut bersepah, buku bersepah dan sebagainya. Tenangkan diri. Dan buat yang bersepah ini tidak bersepah. Letakkan kat satu sudut yang korang rasa jauh dari tengah-tengah ruangan. 

Aku nak bagi tips untuk dresser atau closet :
a. Asingkan baju basuh dan tidak basuh. Aku tak pernah la lagi campurkan kedua-dua benda ini begini. Tapi ada orang yang mmg jenis habit macam nie. Belajarlah untuk asingkan. Kalau tak, kena basuh semua baju sebab bau dah melekat. Moga lepas ini, belajar untuk asingkan semua ini! Kalau dari sekarang tak belajar untuk buat benda simple begini, nanti habit akan melekat sampai ke tua. Perempuan terutamanya. Nanti akan jadi burden. Turun kepada anak-anak dan warisan. Tolong k. 

b. Mulakan pengasingan barangan yang tak pakai dan pakai. Misalnya, sampah, botol kosong, tisu yang dah guna ke dalam plastik sampah. Plus! yang dah expired date. So, step kedua, untuk menyejukkan mata dan hati. Dan teruskan usaha untuk mengemas!

c. Susun barang-barang dengan betul dan cantik. Kalau aku, aku akan dahulukan buku. Sebab buku yang tersusun akan menampakkan lagi kecantikan bilik. Hahaha. Nampak kemas dan tersusun. Oh ya! Sebelum itu, pastikan katil korang kosong. Dan tarik cadar cantik-cantik dan kemaskan. InsyaAllah, akan lagi nampak tenang.

3. Pakai baju yang sporty, yang senang korang nak buat kerja * dok dalam rumah ja pun. Heran apa. Bagi yang perempuan, mohon ikat rambut dengan kemas. Nanti masa mengemas, berpeluh, bersawang. Ok! 

4. Kemaskan almari / closet/ dresser. Aku mmg jenis akan asingkan baju kurung, baju kemeja, baju casual, formal dan baju untuk pakai di rumah. So, daripada sini, closet akan jadi lebih nampak teratur dan kemas. Kalau baju pakai di rumah/ dalam rumah, aku biasanya akan fold. Masa fold ini asingkan antara baju lengan panjang, singlet, top, baby t dan sebagainya untuk memastikan kekemasan di dalam almari. Nanti korang nak pakai, terus grab. Tak payah nak cari lagi dah. Sebelah kanan untuk lengan pendek, sebelah kiri untuk lengan panjang. Ok?? *btw, aku ada satu pe'el. Kalau aku dah rajin terlebih, aku akan keluarkan semua baju yang difold. Dan susun balik ikut jenis dan warna. Mula dari warna cerah hingga ke gelap. Hahahaha. Nasiblah sapa kawen dengan aku nanti. 

5. Sapu sampah, Mop lantai, sapu debu dan vacuum. Done! Tak susah pun nak kemas bilik sebenarnya. Antara nak dengan tak nak ja. 


tips penting!
Selalu tengok DIY room. Hahaha. benda ini yang sangat bagi inspirasi untuk kemas bilik. LOL

InsyaAllah, nanti kalau aku rajin, bilik aku dah siap. Lepas aku cari barang semua jumpa, aku akan buat room tour. :peace!!

Islam ajar falsafah "Good intention came with the good deeds.


Falsafah yang ada ini melambangkan bahawa Islam adalah agama yang memberikan kebaikan dan membawa kerahmatan. Dalam Islam, jika seseorang manusia berniat melakukan kebaikan, maka akan diberikan pahala. Itu baru berniat. Tidak lagi melakukan praktikal. Kalau melakukan praktikal kebaikan. Islam lagi menganjurkan ganjaran pahala.

Begitu juga sebalik. Kalau manusia itu berniat untuk melakukan kejahatan yakni apa-apa keburukan tetapi tidak melakukannya. Cuma berniat, Islam bagi ganjaran pahala. Sebab tidak melakukan apa-apa kejahatan. Islam sebenarnya adalah sesuatu falsafah hidup yang syumul dalam menganjurkan kebaikan. Tapi, kita sebagai umat Islam yang tidak sedar akan perkara sebegini. :)

Berkahwin dengan lelaki yang lebih muda??


Actually, ada someone yang emel aku beberapa bulan yang lepas. Aku tak sempat nak balas dan aku terlupa sebenarnya. K, sorry sis. Aku baru teringat hari ini sebab aku tengah belek nota 'woman and singlehood'. Perempuan yang 'delay marriage' dan berkahwin dalam usia yang agak 'tua'. Risau betul aku baca. Hahaha. Salah satu sebab berlakunya singlehood atau berkahwin lewat ini adalah kerana pendidikan. Perempuan tidak dilihat terlalu bergantung kepada lelaki sebab sudah ada karier dan mampu berdiri di tapak kaki sendiri. Tak macam zaman dulu. 

Dalam kajian yang aku jumpa, kebanyak perempuan yang berkahwin lewat ini akan mengalami kekurangan 'calon' means susah nak jumpa calon seperti mana dalam usia yang sesuai untuk berkahwin antara 19-25 tahun. Hurm. Aku nak relate aku punya nota dengan soalan sis tadi. 

Kalau tanya pendapat aku, why not??? As long as kau punya future husband ada akhlak, ada tanggungjawab dan matang dalam kehidupan. Btw, kalau tengok kat media, kalau lelaki yang lebih muda berkahwin dengan perempuan yang lebih tua digambarkan mengikis harta ; lebih ke arah negatif. 

Kau fikir macam ni lah, Adakah umur itu menjamin kebahagiaan dan long-survival kau dalam kehidupan rumahtangga. Aku tengok ramai juga yang berlaku penceraian dalam kalangan orang yang sama umur, lelaki yang lebih tua. Back to basic, "What is your purpose of marriage?".  
Kalau kau rasa nak kawen sebab nak penuhi mata orang, baik lupakan. Sebab yang nak menghadap your future spouse adalah diri kau sendiri. Bukan orang lain. Kau juga nanti yang akan bina rumahtangga korang kan?

Biasalah, mulut manusia ini. Macam taboo. Perempuan berkahwin dengan lelaki yang lebih muda akan jadi macam errrr. Makanya, bersedialah. Tapi kalau aku, aku redah ja. Bukan depa pun nak kawen. Hahahaha. Nanti dalam kubur tak tanya pun, siapa suamimu. Yang akan dihisab adalah amalan kita. Don't worry. 

Think positif. Peace! 

 “ Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan” (hadith hasan riwayat Tirmidzi no 1084).


Islam sebenarnya sudah letakkan garis panduan dalam memilih suami dan isteri. Dalam memilih suami, pilihlah akhlak dan agamanya. Begitu juga dengan pemilihan isteri, hartanya, keturunan, kecantikan dan agama. :) 


Konklusinya, usia itu hanya sekadar angka. Bezanya dalam tahun. Tapi, sejauhmana kematangan dalam menggunapakai akal dan fikiran adalah perkara yang jauh lebih penting berbanding angka usia.

Kbai. 

Friday, 12 June 2015

Tahu tak apa perasaan aku skrg?? P

Perasaan aku sekarang ialah aku rasa aku keliru. Keliru sebab aku tak leh tidur langsung. Nak kata aku makan caffeine teh, nescafe or coffee mmg jauh la. Sebab aku jenis tak suka nak minum benda yang manis. Hot chocolate pun aku tak pakai gula. 

Aku pun tak tahu sebab apa. Yang menjadikan aku keliru skrg ialah aku malas nk study dan aku rasa..... Aku menyesal nk tidur. Kau faham tak?. Aisemen.

Aku pun tgh fikir, balik nanti aku nk buat room tour. Peace!! Tapi kasi aku siapkan bilik aku dulu la. Bosan sgt aku tengok bilik aku tu. Dah survey barang untuk diy dan art. 
Sebenarnya aku suka art. Hahaha. Tapi lama tak buat art. 

Back to reality. Aku nk study. Dr, help me. I can't study. Hahaha. Boleh??? 

Hantu jam 12 tengah malam dan ke atas.


Seram weyh. Hantu tersebut ialah gambar makanan kat laman sosial. Malam-malam mcm ni, org selalu update pasal pergi makan sana la, sini la. Kau tahu? Aku makan maggi sambil bayangkan aku makan sushi. Sadis. :'( Walaupun someone advice aku untuk tidak makan maggi sangat sebab kata dia banyak sangat perasa dalam tu.. Sorry bro. Mungkir janji. Hahahaha. 

Kawan aku, Perempuan la tapi. Jam 2 pagi. Boleh pulak dok update nasi lemak kat mapley. Choi. Kalau dtg ambil aku sekali tak pa juga. Lepas tu, nak retweet gambar makanan, mention nama aku. Sadis. Aku rasa macam., Nak juring. Tak pa, dia budak olahraga sekali dengan aku. Tahan juring. 

Tadi pun sama, adik aku. Dia buat cake. Aku dah lama craving moist cake. Chocolate. Tapi kat sini macam susah nak buat. Adik aku dengan sopannya hantar gambar kek tengah panas. Gebu. -_-' Caption dia "Kat sini durian berlambak". Astaga. Nasib baik hang sorang ja adik aku. 

. Doakan semoga selera makan nasi aku kembali normal. Dah banyak minggu aku tak makan nasi tahu tak??? Aku turun 2 kg. Kau bayangkan, 2 kg???? Kalau underweight nanti mmg hospital lah. Baru bulan lepas, aku tetiba datang penyakit gastrik. Tak pergi kelas dua hari. -_-'

kbai. 

Study. La sangat.

buat pengetahuan hampa, aku tengah study ni. *sambil giggle. 

Study la sangat. Eh, tapi betul tau. Aku tak bohong. Study 5 minit. Tengok movie sejam. Astaga. dah berapa movie aku tengok hari ni. 

Tak sedar diri betul. Aku dah deac aku punya media sosial. Insta, twitter dan fb. Sebab benda tu mcm hantu. Hahaha. 

Jangan rindu aku pulak nanti. Choi. Perasan gila. Tapi tak tahu kalau betul ada org rindu aku. Hahaha. K kidding. 

Malam nie aku study marriage. Aku malas nk study politik yang serabut dengan IR.  Dah la sampai 6 pm. Dasar luar dr tunku sampai najib. 

Bila aku study, belek dan nilai. Kahwin itu bukan mudah. Takot pulak aku nak kawen rasa. 

Tak tahu la takot aku tu Sebab aku tak leh nak hadam nota aku tulis sendiri. Ataupun, mmg aku betul takot. Hahaha. 

Tapi aku rasa mcm nak mesej dr skrg. Aku rasa mcm aku study kepala aku kosong. Dah lewat. Esok lah. Hahaha. 
Bab ilmu munakahat dan parenting skills penting bila nak kawen. 

Nasihat dr aku nak print nak tempel kat dinding. Sebab nanti kalau aku jumpa jodoh, aku nak kawen. Aku nak suruh jodoh aku baca jugak nota tu. Biar hadam. Hahaha. Jahat betul. 

Dah la. Off. 
Kalau nak tanya apa, email aku terus. 

Chow. 


Musim exam.

Musim exam. Hahaha. 
Aku tgh belek nota. 
Bosan. 
Hahaha. 
Aku ada satu peel. 
Nota exam aku kena comel dan cantik.
Kalau tak, mmg aku tak suka tengok. 
Nak tengok??? 
Tara....

Sekolah ramadhan.


Tak lama lagi, umat Islam akan menyambut bulan ramadhan. 

Jadikan ramadhan sebagai satu sistem pendidikan dalam menyekolahkan diri kita sebagai hamba ilahi. 

Bukanlah aku nak ckp kita perlu jadi hamba ramadhan. 

Tapi jadikan ramadhan sebagai platform untuk jadi yang lebih baik daripada sebelumnya. 

Nak menghasilkan sesuatu yang bernilai dan baik memerlukan proses yang berulang kan? 

Allah bagi hadiah ramadhan supaya kita belajar jadi orang yang terpilih, 
Orang yang Allah cinta.

Bertahajud. Kalau kita mampu bangun untuk bersahur, 
Solat sunat tahajud yang tak sampai 15 minit tidak mampu? 
Kan? 
Moga Allah bimbing kita ke jalan yang benar. 
Ameen.
Moga Tuhan makbul doa-doa kita.
 

Thursday, 11 June 2015

Tinggi aku cuma.

Tinggi aku cuma 144 cm.
Hurm. 
Macam budak sekolah rendah. 
Hahahaha.

Aku mmg selalu kena tahan depan panggung wayang dan cakap "Sorry, it's for 18 ages and above".
"You wanna see my identity card? Lemme show you". Pffftttttttttt.

Belum masuk lagi kalau bab aku kat kedai.
"Adik, tak sekolah dah ka?".
Sebab musim bukan cuti sekolah.
Hahahaha.

Seterusnya ialah "Kak, anak kak darjah berapa?".
Hang tau dak dia sebut darjah???? 
Tingkatan boleh lagi la blah.
Ini darjah.

Lawak pun ada.
Klasifikasikan diri aku sebagai terbantut. 
Tapi kekal sebagai makhluk Tuhan yang paling comel.


Cerita pasal english accent.


Aku tak handal bi pun. Tapi aku jenis orang yang akan utamakan sumber bahasa inggeris berbanding bahasa Melayu. Buku aku lebih banyak bi.

Cerita pasai accent, aku lebih suka british accent. Macam handsome dan cantik ja orang yang cakap accent nie. Hahaha. LOL. 

Tapi, masalahnya aku tak reti nak cakap. Kalau aku reti cakap, mesti aku nie ada pakej aku cantik. 

Aku pernah ada budak England dalam kelas masa kat korea dulu, pakai accent nie. Sedap gila bhai. Tapi aku akan cakap. "Sorry, can't understand you". Huwaaaaa... Aku faham sikit-sikit la. 
Gals = girls, mere = mirror, bus = bus, apa lagi eh?
Whot, On. Yang nie ja la. Yang lain hampeh.  Cakap dah la mcm peluru. Hahaha. 

Tapi budak tu tinggi sangat 190. Kau tahu? Aku dengan dia, aku dok bawah pinggang dia. Cis. Hahahaha. *tak dak kena mengena dengan accent pun.

Apapun, aku tengah fikir macamana aku nk survive untuk IELTS nie woi. MUET aku pun cukup makan. Apatah lagi benda alah nie. Tolonglah :"(
Aku harap ada mat salleh sudi kawen dengan aku. Ajar aku cakap english. LOL

Kbai.

Craving.


Buat masa sekarang, byk benda aku craving. 

Chocolate Moist cake
Larva Chocolate
Sushi
Kimchi
Som Tam
Durian
Laksa

Kbai! 

Ada pun Tuhan itu.

kadang, 
Kita rasa Tuhan menarik nikmat dari kita, 
Sedangkan kita belum pun tahu apa rencana Tuhan.

Manusia.


Ramadhan. Right time to be alone. Reflection.

Aku rasa ramadhan ini adalah masa untuk refleksi diri. Bermuhasabah sbg sang musafir di bumi Tuhan. 
Apa yang berlaku dalam masa seminggu ini buat aku terfikir,
Apakah aku perlu bersendiri.

Aku pernah berkata kepada orang lain,
"berikan masa untuk hati menilai apa yang kau rasa sekarang adalah nafsu atau Lillahi"

Doakan moga aku selamat di bawah lembayung kasih dan rahmat Tuhan. 
InsyaAllah,
Moga semua juga berada kasih sayang Tuhan. 



Wednesday, 10 June 2015

Hafal quran dan lupa??

Biasalah. Dah hafal quran, walaupun bukan satu pun  juzuk dah lupa. 
Ustaz aku Selalu cakap org yang lupa bila dia hafal quran nie sebab dia banyak buat benda lagha berbanding dengan faedah dan manfaat. Deep kan? Aku lagi la. Menusuk jantung hati limpa usus semua ada. Hahaha. 

Dah tersentap tu pulun hafal balik. Lupa balik. Hurm. Normal. Bila nak ubah perangai aku pun tak tahu. 

Tapi kalau juzuk 30 nak bagi ingat, aku pasang mp3. Dengar ulang-ulang sambil cek mushaf. Teheee. InsyaAllah, boleh punya la. Tapi kena selalu practise la. Kalau tak, mmg lupa. Macam aku. 

Lagi satu, lepas solat malam, kalau boleh terus hafal sebab masa ini masa ajaib yang Allah bagi untuk menghafal. Lepas subuh pun sama. Tapi aku ada masalah besar sebenarnya, aku suka tidur lepas subuh. Masalah besar aku la. Hahaha. Dulu ustaz aku marah gila. Pantang betul. Tapi aku tidur juga sebab aku rasa mengantuk. Lol 😂 😂 😂 

Apa-apapun. Jadikan Quran sebagai teman kita. Serabut mcmana pun InsyaAllah tenang. Mushaf ini adalah as-syifa'.  
Kbai. 

Andainya hati manusia.

Hati manusia berbolak -balik.
Lemah sangat. 
Dalam banyak perkara yang perlu dijaga, hati paling susah. 
Semua orang sama. 

Kekuatan hati manusia akan datang bersama kekuatan semangat bangun dua pertiga malam. 
Sebab masa ini adalah masa untuk hati berbicara dengan Allah azzawajjal. 

Makanya, doa sungguh-sungguh.
Sebab pemilik dan pemegang hati itu Allah. 
Benar, manusia itu kadang-kadang terjatuh,
Bangun. Malah, jatuh semula. 
Kalau fizikal pun begitu, apatah lagi hati. 

Kalau rasa hati kau dah terpaut dengan hati manusia lain, 
Berdoalah.
Sebab kadangkala Allah sengaja mahu menguji tingkat hati hambaNya. 

Ingat,
Allah tidak pernah kejam untuk HambaNya,
Saat begini, 
Elok rasanya manusia Bertaddabur dalam mencari kekuatan dalam kalam Tuhan.
Al-baqarah. 
Boleh jadi benda yang kita sangka tidak baik untuk kita,
Sebenarnya dah cukup baik. 
 
Mungkin juga ia memang baik untuk org lain, 
Tidak kita. 

Perancangan Allah lebih sempurna.

Tuhan,
Andai kata hati ini benar. 
Perkenan. 
Kalau ternyata hanya bisik untuk hati tunduk dunia, 
Tunjukkan. 

Moga Tuhan beri kekuatan melalui ketenangan dan kerendahan hati. 

Mungkin juga, 
Hati manusia lain milik orang lain. 
Perkenankan. 
Moga ada jalan Tuhan yang lebih baik menanti.

Berpeganglah,
Jangan pernah merajuk dengan takdir Allah. 
Jalan yang Allah bagi ini mungkin juga wasilah untuk utamakan Dia. 


Tiada.

mengapa diselitkan kata pengharapan andai kata tiada. 
 mungkin jua manusia ini selalu terjatuh;
Bukan tempat dan masa yang benar. 

Pengharapan manusia terkadang menjangkau lebih dari al-khaleeq;
Sedangkan kita tahu makna maha Pencipta. 

Pesan pada diri aku, 
"kembali ke Tuhanmu. Dia pasti berikan" 

As-syifa' nya adalah di sepertiga malam. 
Moga Tuhan pilih sebagai orang yang terpilih dalam penuh pengharapan bahawa Tuhanmu ada.